Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN 3

Baca dan fahami laporan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

LAPORAN KEMBARA PERSATUAN SAINS SJK ( C ) CHUI CHAK,LANGKAP Pada 20 Januari 2007, Persatuan Sains telah menganjurkan aktiviti kembara.Aktiviti ini dijalankan di kawasan Hutan Simpan Lata Kinjang.Seramai 35 orang ahli persatuan bersama-sama lima orang guru menyertai aktiviti lasak ini. Aktiviti ini diadakan selama dua hari satu malam. Aktiviti bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh ketua rombongan, Cikgu Wong Sai Cheong. Beliau menerangkan ciri-ciri keselamatan yang harus diberi perhatian oleh para peserta ketika berada di dalam hutan. Para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang diketuai oleh seorang guru. Setiap kumpulan akan bergerak mengikut arah yang ditetapkan. Sepanjang pengembaraan para peserta didedahkan tentang tumbuh-tumbuhan hutan. Pengembaraan di dalam hutan itu berakhir pada pukul 6.00 petang. Pada malam itu, para peserta bermalam di dalam khemah yang mereka dirikan. Pada hari kedua, para peserta berkesempatan berkelah dan mandimanda di Air Terjun Lata Kinjang. Pada puku 4.00 petang, para peserta berkemas lalu bertolak pulang. Aktiviti ini memberi banyak pengalaman baru kepada para peserta. Disamping itu juga, para peserta berpeluang mengenali pelbagai jenis tumbuhan hutan serta kegunaannya. Disediakan oleh, 22 FEBRUARI 2007.

Liew Ming
. (LIM LIEW MING) Setiausaha, Persatuan Sains, SJK (C) Chui Chak, Langkap.

01

Berapa orangkah yang menyertai aktiviti kembara tersebut ? A B C D 30 orang 35 orang 40 orang 45 orang

02

Bilakah mereka bertolak pulang ? A B C D 20 Januari 2007 21 Januari 2007 22 Februari 2007 23 Februari 2007

03

Mengapakah para peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil ? A B C D Untuk mengadakan pertandingan. Untuk mudah mendirikan khemah Untuk menjamin keselamatan. Untuk mudah mengembara.

04

Pernyataan yang manakah tidak berkaitan dengan pengalaman baru yang dimaksudkan dalam petikan ? A B C D Dapat mengenal pelbagai tumbuhan dan kegunaannya. Dapat pengalaman meredah hutan. Berpeluang mendirikan khemah. Mendengar taklimat guru.

05

Apakah maksud perkataan kembara berdasarkan petikan. A B C D melancong menjelajah berkhemah berkelah