Anda di halaman 1dari 8

RAKAN PEMBIMBING JABATAN PERDANA MENTERI

BULETIN PEMBIMBING
ISU KELUARAN

Buletin 50/JUN 2007 Buletin 50/ JUN 2007

Dari Meja Kaunselor...

Hindari LETIH Ketika Bekerja

M
2. Pekerja Baru. Terimalah Dengan Hati Terbuka

ereka yang bekerja di pejabat akan mengalami keletihan yang amat sangat terutamanya minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer. Selain mengambil vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, anda yang kerap mengalami keletihan seperti ini boleh mengatasi dengan cara yang disyorkan seperti berikut: 1. BERSIFAT POSITIF Ketika bekerja, kita hendaklah menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat. 2. BERSANTAI SEJENAK

3. Hilang Kerja: Apa Gunakan waktu istirehat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Membaca komik dan kartun atau berjenaka bersama Yang Perlu Anda teman-teman sekerja yang boleh mengurangkan keletihan dan membangkitkan kesegaLakukan? ran. 4. 7 Tip Membongkar Rahsia 3. REHATKAN MATA

Kerap menggunakan komputer boleh memberi tekanan kepada daya penglihatan dan minda. Berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual5 & 6. Menghubungi bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam. 4. BEKERJA SECARA SISTEMATIK Pembimbing Anda Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja. 7. Anak-Anak & 5. MINUM AIR MINERAL / PANAS Geng Jalanan Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh. Mengambil air panas seperti milo atau horlick juga dapat membantu anda menyegarkan tubuh 8. Mengenalpasti badan. Cuba ambil sedikit masa dan bancuhlah minuman sendiri. Nikmatilah minuman Keinginananda sambil menarik nafas lega. Kemudian barulah sambung semula kerja yang tertangkeinginan Yang guh. Memotivasikan 6. JAGA PEMAKANAN Diri Sendiri Jangan amalkan mengambil makanan yang terlalu berat jika anda tidak terlalu lapar. Elakkan makan nasi lemak atau makanan yang membuatkan anda mengantuk di pagi hari. Cubalah hanya dengan seketul dua kuih dan ambil banyak sayuran dan buahbuahan ketika makan tengah hari. Makanan yang keterlaluan juga akan menjadi punca anda lebih malas dan letih. 7. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan. Pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat. Lakukan tips ini untuk diri anda sendiri. Moga Berjaya! Rakan

BULETIN 50/ JUN 2007

Mukasurat 2

Pekerja Baru..
TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA!
Apabila seorang pekerja tiba di tempat baru adalah diharapkan agar majikannya sudah pun membuat perancangan yang dapat membantu pekerja baru itu menyesuaikan dirinya dalam suasana baru. Sekurang-sekurangnya satu program yang tidak formal akan membuatkan pekerja baru itu merasakan dirinya diterima oleh warga yang sedia ada. Untuk membantu seorang pekerja baru memerlukan perancangan di pihak majikan. Cuba bayangkan keadaan pekerja baru yang berasa serba tidak kena kerana pada hari beliau melaporkan diri pengurus yang ditugaskan bercuti. Penyambut tetamu pula tidak dapat maklumat daripada pengurus, jadi pekerja baru itu terpaksa menunggu sehingga penyambut tetamu itu mendapatkan pegawai lain untuk menguruskan hal tersebut.

PERANCANGAN YANG PERLU DIBUAT:


Buat perancangan yang baik supaya pekerja baru yang melaporkan diri disediakan ruang kerjanya sendiri dan tidak disuruh menumpang tempat pekerja lain. Pekerja yang lain sudah tentu mempunyai tugas yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Menumpangkan pekerja baru akan hanya menambahkan kekusutan fikiran dan perasaan kurang selesa di kedua-dua pihak. Pekerja baru yang menumpang terpaksa menggunakan satu kerusi dan jika ada pelawat, pekerja baru itu terpaksa mencari tempat lain.

1
2

Adalah lebih baik jika dilantik seorang pekerja untuk berperanan sebagai mentor kepada pekerja baru. Mentor ini adalah seorang pekerja kanan yang memahami keseluruhan proses dalam menyempurnakan tugas di pejabat berkenaan. Jangan letakkan pekerja baru dengan mentor yang terkenal kerana sikap suka hentam, tak peduli siapapun atau mulut celupar dan yang siapapun tak suka! Sebaliknya, mentor ini mestilah seorang yang dapat diterima oleh kebanyakan pekerja, seorang yang dapat menjalankan sesi taklimat dan lawatan ke jabatan atau unit yang berurusan dengan tugas pekerja baru.

4 5
6
7

Uruskan agar pekerja baru juga boleh dibawa oleh mentor untuk diperkenalkan kepada staf sedia ada dalam membantu proses sosialisasi pekerja baru.

Pekerja baru selalunya tidak dibebankan tugas berat yang menyebabkan ia terpaksa duduk sendirian di ruang kerjanya untuk menyelesaikan tugas tersebut. Oleh itu jangan dibiarkan pekerja baru itu bersendirian dalam menguruskan tugasnya sementara pekerja yang lain keluar makan secara berkumpulan.

Pekerja lain yang telah dimaklumkan akan kedatangan pekerja baru itu boleh digalakkan untuk melibatkan pekerja baru itu dalam aktiviti pejabat seperti pergi makan dan sembahyang bersama. Selepas peringkat awal itu, terpulanglah kepada pekerja baru itu untuk menentukan siapa yang lebih serasi dengannya. Seorang pekerja baru juga mempunyai banyak persoalan yang mungkin dianggap kecil oleh pekerja sedia ada. Pekerja baru selalunya mengemukakan soalan yang agak sama. Untuk membantu majikan mengatasi masalah menjawab soalan yang sama senaraikan soalan yang lazimnya dikemukakan oleh pekerja baru dan disediakan jawapannya (FAQfrequently asked questions). Maklumat ini boleh ditempatkan dalam laman web, difailkan atau dibukukan sebagai rujukan untuk semua pekerja baru.

Pengalaman hari pertama pekerja baru akan menentukan sama ada beliau akan terus berkekalan di organisasi ini atau meninggalkan organisasi itu untuk mencari tempat kerja yang lain. Aktiviti hari pertama pekerja baru yang dirancangkan dengan baik dan melibatkan pekerja kanan merupakan kaedah sokongan yang dapat mendorong pekerja baru ke arah produktiviti yang tinggi. Hari pertama yang positif adalah faktor yang menyumbang kepada seorang pekerja baru yang merasakan dirinya diterima dan akan terus datang bekerja pada hari-hari berikutnya.

BULETIN 50/ JUN 2007

Mukasurat 3

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?


Seorang warga kerja yang kehilangan kerjanya tidak harus berputus asa dan hilang punca. Antara sebab kenapa seseorang itu boleh kehilangan kerjanya ialah kerana syarikat mengurangkan pekerja, syarikat memberhentikan operasi di negara ini dan syarikat yang terus berhenti kerana ketidakcairan atau bankrap. Faktor global, teknologi yang kerap berubah dan saingan sengit daripada syarikat lain juga boleh menyebabkan syarikat memberhentikan pekerja. Apapun sebabnya ia tidak harus menjadikan kita berasa kurang harga diri, hilang keyakinan dan kecewa kerana prestasi kerja yang tidak menepati kehendak majikan. Anda perlu ingat jika umur anda sudah melebihi 40 tahun, peluang mendapatkan pekerjaan amat sukar kerana majikan memerlukan pekerja yang muda. Lihat sahaja iklan kerja kosong dalam akhbar, umur tidak melebihi 30 tahun. Beberapa cadangan diberikan jika anda kehilangan pekerjaan. Yang paling penting, Hubungi kesatuan sekerja anda. Kesatuan sekerja mempunyai rekod statistik pekerjaan di dalam sesebuah industri. Maklumat dari kesatuan sekerja dapat menolong ahlinya mendapatkan pekerjaan di dalam industri yang serupa. Di sinilah pentingnya anda menjadi ahli sesebuah kesatuan sekerja. Kebiasaannya kesatuan sekerja akan menghulurkan bantuan kewangan dari dana khas kesatuan bagi membantu ahlinya yang kehilangan pekerjaan. Hubungi Alumni Universiti/Kolej anda untuk mendapat maklumat tentang peluang pekerjaan. Alumni adalah mereka yang pernah melalui sistem pembelajaran di Universiti/Kolej tempat anda belajar. Persatuan Alumni merupakan tempat yang terbaik untuk memperolehi maklumat tentang peluang pekerjaan yang baru. Rakan anda semasa universiti atau kolej dulu mungkin sudah memegang jawatan yang penting di dalam sektor korporat atau kerajaan dan mungkin ada yang telah berjaya menjadi CEO syarikat sendiri. Mereka ini perlu dihubungi bagi meringankan bebanan anda terutama bagi mendapat pekerjaan baru. Kemaskan maklumat kerjaya dan diri anda. Anda perlu menyediakan resume yang terkini. Dari resume ini anda akan mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Jika resume menunjukkan kemahiran dan pengetahuan anda berada ditahap yang lama, maka inilah masa paling sesuai untuk anda membuat sesuatu dengan segera. Dapatkan kemahiran dan pengetahuan baru dengan mengikuti kursus atau bengkel berkaitan. Sanggup dan sedia menerokai serta mencuba kerjaya baru. Perubahan ini bermula dari segi minda. Anda perlu sanggup menjalani kerjaya baru yang mungkin ada di tempat yang baru. Walaupun kerjaya baru mungkin menawarkan gaji/upah kurang daripada apa yang pernah anda terima dahulu, telan sahaja ego anda kerana ini soal masa depan anda. Gunakan simpanan wang untuk mempelajari kemahiran baru. Apabila seorang warga kerja kehilangan pekerjaan tetapnya kerana faktor perubahan teknologi atau perubahan di dalam ekonomi global, ia perlu segera menyesuaikan diri sendiri untuk menghadapi cabaran baru ini. Ia perlu mempelajari kemahiran baru selaras dengan kehendak pekerjaan baru. Bersedia menceburi bidang keusahawanan atau bekerja dari rumah. Pihak kerajaan dan swasta dapat membantu mereka yang berminat untuk menjadi usahawan dengan mewujudkan peluang perniagaan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. Ini dapat dilakukan dengan menawarkan tender atau kontrak kerja kepada mereka yang baru kehilangan pekerjaan. Alternatif lain kepada mereka yang tidak gemar berniaga dalam suasana pejabat yang formal ialah dengan berniaga secara beroperasi dari rumah kediaman sendiri dengan penggunaan media elektronik.

1
2

4 5
6

BULETIN 50/ JUN 2007

Mukasurat 4

7 TIP MEMBONGKAR RAHSIA


Lihat matanya dan tenung tajam-tajam, jika ia lebih banyak berkelip atau meliar ke kiri ke kanan serta tidak mampu bertentangan mata dengan kita, tandanya dia sedang menyembunyikan sesuatu. Boleh jadi dia sedang berbohong.

Matanya berbicara

Sesekali serkap

Seorang pencuri tidak akan mengaku mencuri sehingga dia dibuktikan mencuri. Masalahnya untuk membuktikan dia mencuri bukanlah mudah, tambahan lagi kalau kes itu di bawa ke mahkamah, mahkamah memerlukan bukti untuk mensabitkan kesalahannya. Bagaimanapun, pencuri boleh diperangkap dengan soalan-soalan yang memerangkap hingga dia sendiri akhirnya terperangkap hingga dia sendiri akhirnya terperangkap atau pun membuat pengakuan kerana tidak tahan lagi. Misalnya, seorang jaksa pendamai boleh bertanya begini, Betul tak kamu mencuri? Tidak, saya tak pernah mencuri tuan. Sumpah. Banyak tak yang kamu curi? Saya tak mencuri tuan. Ada tujuh kilo gula pasir? Ini terlalu banyak tuan

Soalan yang menjerat

Sebut sahaja: Saya boleh baca air muka pembohong. Awak berbohong, bukan? Orang yang biasa berbohong dia akan kelihatan selamba dan tidak terlihat langsung wajah pembohongnya itu tetapi orang yang sekali sekala berbohong memang mudah terperangkap.

7
1 2 3 4

Fakta bercelaru

Fakta si pembohong selalunya tidak sama. Hari ini kata lain besok kata lain. Minggu lepas dia kata begini, sekarang dia kata begini pula. Kadang-kadang dek terlalu sangat berbohong dia sendiri terlupa dengan fakta yang disebutkannya tadi.

TAHUKAH ANDA.
Semakin gelap warna buah-buahan atau sayursayuran begitu juga dengan nutrisi kandungannya. Avokado adalah buah-buahan bebas kolestrol dan menyumbang vitamin E, folic acid dan potassium. Walaupun mempunyai kandungan lemak yang tinggi namun kebanyakan lemak yang terkandung adalah jenis tidak tepu. Tomato sebenarnya tergolong dalam keluarga berry dan pada kurun ke-16 buah-buahan eksotik ini di panggil love apples.

Orang yang berbohong mempamerkan wajah Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran diyang berlainan daripada wajahnya yang secadangkan pengambilannya sebanyak lima kali hibenar. Boleh jadi dia kelihatan pucat sedikit, mung- dangan setiap hari, tidak kira sama ada yang segar atau kin juga berpeluh, mungkin juga tersenyum dalam bentuk yang sudah dibekukan, dikeringkan, jus kambing. atau ditinkan.

Air mukanya berubah

Jika suaranya perlahan sahaja serta perkataan yang dituturkan kurang jelas, itu tandanya dia sedang berbohong atau ragu-ragu untuk berbohong.

Tidak jelas dan perlahan

Cuba bawa kisah-kisah orang ditangkap polis atau sebut sahaja perkataan polis dengan kuat. Jika dia gelabah, dia sedang cuba memperdayakan anda.

Polis

5 6 7

Satu tin kecil (200gm) kacang panggang dikira sebagai satu daripada lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dicadangkan.

Susu skim dan susu separa skim mengandungi jumlah kalsium yang sama banyak dengan susu penuh krim. Jadi buatlah pilihan yang bijak. Makanan yang dimakan lewat malam tidaklah menggemukkan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan keseluruhan kalori yang anda ambil dalam sehari yang perlu diambil kira.

BU L E T I N 5 0/ J U N 20 0 7

Mukasurat 5

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA


Ab. Latif bin Ibrahim (BHEUU) abdullatif@bheuu.gov.my Burhan bin Mat Sum (BKN, Sabah) burhan_msum@yahoo.com Zainon bt. Shaari (JPA) zainons@jpa.gov.my Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet) kabpsuk2@kabinet.jpm.my Arbaiyah bt Jusoh (BKN) arbaiyah@bkn.jpm.my Norazlin bt. Alias (JPA)

Mohamad Zahri bin Samigon (MAKSAK) Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi (BPR) mzahri70@yahoo.com muhd_alamudi@yahoo.com Azali bin Bachok (BPPSM) azali@bpk.jpm.my Aida bt Abd. Wahab (JAKIM) Siti Rahimah bt. A. Rahman (UPE) rahimah@epu.jpm.my Yaacob bin Shafie (BBG, Kota Bharu, Kelantan) Missuyah bt Mohmad (ICU JPM) missuyah@icu.gov.my

Nurul Akmalina binti Shamsuddin (Jab. Perpaduan & Integrasi Nasinal)

Junaidah bt Mohamed (Perangkaan) junaidah@stats.gov.my

NorAsyikin bt Yusoff (Peguam Negara) norasyikin@agc.gov.my Abdul Wahab bin Abd. Aziz (BPR, Pahang) wahab@bpr.gov.my Mohamed Noor bin Mohamed Alias (Insolvensi) Azhar bin Hawari (Audit Negara) azawari@yahoo.com Che Norliza bt Yahaya (BPH) cmorly@bph.jpm.my Azmi Ibrahim (BBG, Perak)

Ramlah bt Endut (JPA) ramlahe@jpa.gov.my Robiah bt Abdullah (SPP) robiahabdullah@spp.jpm.my Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz (Perangkaan) gunawan@stats.gov.my Norizah bt. Abd. Ghani norizah@audit.gov.my Zulfikri bin Yasoa (Mah. Syariah Selangor) zulfikri@esyariah.gov.my Zakaria bin Mohd Radzi (BIUPA)

Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU) azizan@epu.jpm.my Ruhana Abdullah (Parlimen) ruhana@parlimen.gov.my Mazlina bt Hj. Hussain (Mah. Syariah) mazlina1@esyariah.gov.my Zubaidah bt. Idris (Audit Negara) zubaidah@audit.gov.my Maznan b. Hj. Tamah ( JIM) maznan@bheuu.gov.my Abdul Jalil bin Abdul Ghani (Parlimen)

Hauriah bt. Panjang Ahmad (Audit Negara) hauriah@audit.gov.my Kalibaskaran a/l Muniandy (MAMPU) kalibaskaran@mampu.gov.my Sulaiman bin Ameed (BPR)

Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara) naimah@audit.gov.my Roslah bt. Adnan (EPU) roslah@epu.jpm.my Abu Saifulhadi bin Abg. Hj. Ibrahim (Perangkaan)

Janudin bin Jantan (Parlimen) janudin@parlimen.gov.my Siti bt Bahuddin (KPKK) siti_b@cgso.jpm.my Abu Hassan bin Hj. Mohd Isa (KPKK)

Ahmad Faiz bin Sulaiman (BPR) Habibah binti Mohamed Yusof (BBG, Phg)

Fredah binti Nusi (Bhgn. Keselamatan Negara) Hafizah binti Abdul Razak(Mahkamah,Selangor) Khairolnizam bin Hassan (Perangkaan, Kedah) Huzairi bin Zainal Abidin huzairi@pmo.gov.my

BULETIN 50/ JUN 2007

Mukasurat 6

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Rozita binti Abdullah (JIM) rozita@bheuu.gov.my

Ruzita binti Ramli (Mahkamah Syariah, WPKL) ruzita_ramli@yahoo.com

Rosli bin Hj. Puteh (BPPSM) rosle@bppsm.jpm.my

Suzana binti Hj.Abu Bakar (Kem. Perdagangan Antarabangsa & Industri)

Siti Zaleha binti Ismail (Bhgn. Keselamatan Negara)

Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri (PERANGKAAN, KL)

Zaleha binti Mohamed (BPA)

Zainab binti Abdul Aziz (BPPSM)

Rohana binti Yacob (Istana Budaya, KL) Ong Wee Ching (Mahkamah Sesyen & Majistret, KL) Norhaliza binti Yunos (Akauntan Negara)

Mohd Bahari bin Mohd Hanapiah (JAKIM) Azizah binti Sandiman zizah@bppsm.jpm.my

Norizah binti Abdul Ghani (Audit Negara)

Nordin bin Harul (Bhgn. Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa)

Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon JPM atau hubungi :YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Kaunselor JPM) 03-8888 7348 rajakamariah@bppsm.jpm.my Sharifah Sharizad Syed Sagap (Pembantu Kaunselor) 03-8888 5140 sharizad@bppsm.jpm.my

BULETIN 50/ JUN 2007

Mukasurat 7

(Merempit, Melepak, Budaya Songsang)


Adakah anda bimbang anak-anak anda terlibat dengan Geng Jalanan. Geng Jalanan adalah remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya luar secara berkumpulan. Isu Geng Jalanan ini tidak akan merebak di Putrajaya dan bertambah bilangannya jika anak anda tidak menambahkan lagi jumlah bilangan kumpulan ini. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan keperluan dalam membina jati diri anak-anak ke arah yang lebih positif. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk menghalang anak anda daripada terlibat dalam Geng Jalanan ini. Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Anak-anak mesti mempercayai bahawa ibu bapa mereka adalah seorang pendengar yang baik. Jika mereka yakin terhadap ibu bapa mereka, ianya adalah satu permulaan yang baik untuk anak-anak itu menyatakan perasaan mereka seperti melepaskan kemarahan, melahirkan perasaan gembira, meluahkan masalah dan sebagainya. Yakinkan diri anak anda! Melatih Anak-Anak Bertanggungjawab Amat perlu ibu bapa mengajar anak-anak untuk bertanggungjawab ke atas setiap tindakan yang mereka lakukan. Sebagai permulaan, ajar anak anda dengan memberi tanggungjawab tugasan di rumah. Sekiranya tugasan yang diberikan dilakukan adalah salah, kita sebagai ibu bapa perlu mengajar mereka dengan sempurna supaya apa yang mereka pelajari akan menjadi satu pengalaman berharga. Dalam menghadapi karenah anak-anak, kita mesti menghadkan sikap tegas dalam mendidik mereka, dikhuatiri ia akan memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak. Kesannya anak-anak akan berpaling kepada gejala negatif. Sukar untuk ibu bapa menyelamatkan anak-anak jika mereka telah terjebak dengan gejala negatif. Oleh itu, didiklah mereka bertanggungjawab. Mengajar Menyelesaikan Masalah Kita sebagai ibu bapa perlu mengajar anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan memberitahu mereka akibat yang perlu dihadapi ke atas setiap tindakan yang mereka lakukan. Pemikiran anak-anak perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni dan sikap yang positif supaya setiap masalah yang dihadapi oleh anak-anak itu tidak akan mudah dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh luar yang bersifat negatif. Melihat Melalui Mata Anak-Anak Dalam pendekatan ini, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak-anak dalam membuat keputusan yang dipertanggungjawabkan dalam tugasan rumah. Sebagai permulaan, digalakkan ibu bapa melakukan aktiviti bersama-sama seperti menonton program televisyen, bersama-sama melayari internet secara betul serta aktiviti-aktiviti lain yang dapat mengeratkan kasih sayang dalam keluarga. Kita perlu sentiasa membina keyakinan mereka agar setiap keputusan dan tindakan yang akan anak-anak lakukan adalah bersifat positif. Berkata Tidak Tapi... Di usia yang masih mentah, sememangnya anak-anak tidak tahu akibat dalam setiap tabiat negatif yang mereka lakukan. Oleh itu, ibu bapa perlu menyatakan tidak ke atas tindakan atau pilihan yang mereka ingin lakukan. Tapi...jangan lupa menerangkan kepada mereka mengapa dan kesan akibat daripada pilihan mereka. Ini membantu anak-anak supaya berfikir jauh ke hadapan. Menyatakan Rasa Kasih dan Sayang Setiap anak-anak yang dilahirkan memerlukan curahan kasih sayang ibu bapanya. Anak-anak akan merasakan diri mereka dihargai dan akan merasa bahagia jika mempunyai sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Penilaian dan tanggapan anak-anak amat bernilai dalam menentukan kebahagian sebuah keluarga. Perkara-perkara seperti bergaduh, bermasam muka, memaki hamun dan sebagainya perlu dielakkan berlaku dihadapan anak-anak supaya anak-anak tidak berpandangan negatif dan merasa tertekan. Penglibatan Ibu Bapa Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang anak-anak lakukan. Sekurang-kurangnya ibu bapa mempunyai sikap prihatin dan mengambil tahu tentang rakan-rakan mereka, kegemaran mereka tentang muzik, pakaian, hobi, warna pilihan dan sebagainya. Selain itu, ajarlah anak-anak bagaimana untuk mengelakkan diri daripada rakan-rakan sebaya yang bermasalah. Mendidik Diri Anda Sendiri
Bagi menangani masalah anak-anak yang terlibat dengan gejala negatif ini, anda sendiri perlu mencari inisiatif dengan belajar tentang tandatanda atau perkataan-perkataan yang sering mereka gunakan. Contohnya perlu tahu mengenai poyo, sikin, doh dan perbendaharaan kata yang berbeza, tahu pakaian yang dipakai anak-anak, dari mana wang yang diperolehi anak-anak dan sebagainya. Sikap mendidik diri anda sendiri dapat mengelakkan anda daripada kehilangan anak anda sendiri walau secara fizikal sahaja yang dekat tapi jauh di hati dan perasaan.

BULETIN 50/ JUN 2007

Mukasurat 8

KEINGINANMENGENAL PASTI KEINGINAN-KEINGINAN YANG MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI.


Dalam kehidupan kita, kadangkala kita gagal mengenal pasti keinginan-keinginan atau perkara-perkara yang menimbulkan motivasi kepada diri kita. Berikutnya merupakan skala penilaian ke atas perkara-perkara yang mungkin boleh menimbulkan motivasi kepada diri anda. Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan, sila tandakan jawapan dengan membulatkan nombor yang paling sesuai dengan apa yang anda rasai. Semasa menjawab, sila pertimbangkan jawapan anda berdasarkan kepada konteks pekerjaan sekarang atau pekerjaan lepas. Jawab berpandukan skala berikut:-

(1) Sangat Tidak Setuju


1 2 3 4 5 6 7 8 9

(2) Tidak Setuju

(3) Tidak Pasti

(4) Setuju

(5) Sangat Setuju


1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

Saya telah mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi kerja di masa lalu. Saya gemarkan persaingan dan memenanginya. Saya seringkali mendapati diri saya berbicara tentang hal-hal yang tidak mempunyai kaitan dengan pekerjaan bersama orang-orang disekeliling saya. Saya gemarkan cabaran-cabaran yang sukar. Saya seronok jika mengawal keadaan. Saya ingin disukai dan diterima orang lain. Saya ingin tahu sejauh mana perkembangan diri saya semasa menyiapkan sesuatu tugasan. Saya akan menentang orang-orang yang melakukan perkara yang saya tidak persetujui. Saya mempunyai kecenderungan untuk membentuk hubungan yang rapat dengan rakan sekerja saya.

10 Saya seronok menetapkan matlamat-matlamat yang realistik dan mencapainya. 11 Saya seronok mempengaruhi orang lain untuk menyebelahi saya. 12 Saysa seronok menjadi sebahagian daripada kumpulan dan organisasi. 13 Saya seronok menikmati kepuasan dalam menyiapkan tugasan yang sukar. 14 Saya selalu berusaha untuk memperoleh lebih banyak kawalan ke atas setiap kejadian yang berlaku di sekitar saya. 15 Saya seronok bekerja bersama orang lain berbanding bekerja secara bersendirian.

Pemarkahan: Untuk menentukan keutamaan keinginan-keinginan atau perkara-perkara yang memotivasikan diri anda, masukkan nombor jawapan 1 hingga 5 yang mewakili jumlah skor setiap kenyataan yang anda pilih ke dalam kotak berikut. Markah yang tertinggi akan menunjukkan keutamaan keinginan atau perkara paling memotivasikan anda. PENCAPAIAN KUASA PERHUBUNGAN

(ACHIEVEMENT)
Item Item Item Item Item 1. 4. 7. 10. 13. 2. 5. 8. 11. 14.

(POWER)
3. 6. 9. 12. 15.

(AFFILIATION)

TOTAL (Dipetik dan disesuaikan daripada Karen E. Hamilton, http://webhome.idirect.com/~kehamilt/ob4.html)