Anda di halaman 1dari 11

sumbang mahram dilihat sebagai satu perbuatan yang amat bertentangan dengan Islam dan berdosa besar.

Akhir sekali, dalam percubaan pengkaji untuk menjelaskan punca-punca kejadian sumbang mahram ini, beliau telah melihat apakah kecacatan hubungan perkahwinan antara pesalah dan isterinya menyumbang kepada masalah ini seperti yang ditemui di Barat. Namun, penemuan kajian ini bercanggah dengan di Barat dan didapati bahawa dari segi hubungan perkelaminan pesalah, majoriti pesalah mengakui bahawa hubungan perkelaminan mereka tidak ada kena mengena dengan kesalahannya itu. Sama ada nafsunya dipenuhi oleh isteri atau tidak, ia tetap akan melakukan inses.

Faktor-faktor Mahram
Tahap iman yang lemah

Sumbang

Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa tersebut.

Kegagalan Isteri memenuhi Keperluan Suami


Kegagalan isteri memuaskan keperluan suami menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Inimendorong suami menggunakan anak untuk tujuan tersebut. Rata-rata isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbangmahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui umum

Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga


Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada sumbang mahram.

Kesan Terhadap Mangsa


Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur, bengkak atau berdarah, kecederaan tubuh badan akibat dikasari,

jangkitan penyakit kelamin, berat badan naik mendadak akibat ketidakseimbangan hormon atau selera makan yang berubah secara tiba-tiba, perubahan jadual tidur dan gangguan tidur di samping sering mengadu sakit perut. Terdapat juga kesan-kesan yang boleh diperhatikan dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa (kurang sesuai dengan umur mereka) atau berkelakuan yang terlalu kebudakbudakan ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak suka disentuh, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal serta cenderung mengajar rakan sebayanya tentang seks. Seandainya tidak ditangani dengan sempurna, kesan dari kejadian tadi akan terbawa-bawa hingga ke peringkat remaja dan dewasa. Antara kesan-kesan yang biasa ditunjukkan adalah tingkah laku seksual yang keterlaluan seperti bertukar-tukar pasangan, perasaan dendam menyebabkan mangsa menjadi pendera kanak-kanak, terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti penagihan dadah, perubahan emosi menyebabkan mangsa sukar berhubung dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling, keyakinan diri dan maruah yang rendah, rasa bersalah mendorong mangsa menyisihkan diri dan kadangkala mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan makan dan tidur kerana cenderung menyeksa dirinya sendiri.

b) Kesan Terhadap Masyarakat


Hasil dari perbuatan sumbang mahram kadangkala akan menyebabkan kehamilan yang tidak diingini berlaku. Oleh kerana undang-undang di Malaysia tidak mengizinkan pengguguran dilakukan, kehamilan yang tidak diingini ini akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada ibu dan anak tadi. Antara kesan-kesan yang mungkin terjadi kepada ibu dan bayi malang tadi adalah tekanan jiwa yang teruk akan menjejaskan kandungan dan berakhir dengan kelahiran bayi cacat, bayi sering kali akan mengalami kecacatan mental yang teruk, 86% kelahiran adalah tidak cukup bulan, tidak sempurna dan kebanyakannya meninggal dunia sewaktu atau di peringkat awal kehidupan dan kecacatan genetik seperti penyakit jantung congenital, pekak-bisu dan kecacatan sistem saraf pusat, sistem dalaman tubuh serta kecacatan alat kelamin. Kebarangkalian untuk kecacatan teruk pula adalah 25%. Selain daripada kesan-kesan terhadap kehamilan, terdapat juga kesan-kesan psikologi jangka panjang yang tidak sihat seperti percubaan membunuh diri, pcychosis yang kronik, obesiti atau anoreksia, pelacuran atau kehidupan yang dipengaruhi oleh seks, masalah personaliti termasuklah perasaan bersalah, cemas, ketakutan, murung dan kehilangan maruah diri, pengulangan perbuatan penderaan, histeria, agresif dan kecelaruan personaliti, tidak percaya kepada orang lain serta masalah penagihan dadah dan ketagihan arak yang menjurus kepada masalah kesihatan yang berkaitan. Ini memberi kesan kepada keadaan kesihatan keseluruhan rakyat yang mana terdapat lebih ramai kelahiran cacat serta timbulnya pelbagai penyakit yang kronik. Kerajaan akan terpaksa menyalurkan lebih banyak dana untuk membendung atau membantu pesakit sedangkan sepatutnya perkara itu boleh dielakkan daripada berlaku. Keluarga juga mengalami kesan dari kejadian sumbang mahram. Antaranya ialah nama baik dan maruah keturunan yang

tercemar, hina dan dicela oleh masyarakat, hilangnya perasaan sayang, hormat dan mesra sesama ahli keluarga, tidak sah taraf untuk anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram dan lemah mental, kemungkinan nikah sesama mahram, kebajikan generasi yang dilahirkan terabai, anak yang mewarisi sifat keji ibu bapa (pelaku sumbang mahram), disisih masyarakat, menyumbang kepada masalah sosial masyarakat dan berlakunya pengabaian tanggungjawab. Selain daripada itu, terdapat juga kesan keseluruhan terhadap masyarakat, antaranya ialah melambatkan proses pembangunan masyarakat, menjejaskan imej masyarakat Islam dan Malaysia amnya, melambatkan proses pembentukan keluarga dan masyarakat, merenggangkan hubungan kemasyarakatan, meningkatkan keruntuhan institusi keluarga di samping penambahan kepada masalah sosial sedia ada. Akibat dari perbuatan sumbang mahram ini bukan sahaja meliputi kehilangan maruah diri, tetapi juga mengakibatkan kepada timbulnya berbagai-bagai masalah psikologi dan mental yang boleh merosakkan generasi yang akan datang. Selain dari itu, terdapat juga kesan negatif kepada ekonomi negara seperti terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk program pemulihan dan pencegahan, daya pengeluaran negara terjejas kerana sumber tenaga yang lemah, membantutkan pembangunan negara serta kurangnya sumber tenaga yang berkualiti.

Akibat seks abnormal


Perilaku seks yang abnormal

Homoseksual
Perilaku ini berbentuk perhubungan seks yang dijalinkan sesama jantina iaitu sama ada antara lelaki dengan lelaki (gay) atau wanita dengan wanita(lesbian).

Biseksual
Perilaku seks yang abnormal ini dijalinkan sesama dan berlainan jantina. Sebagai contoh, lelaki A menjalinkan hubungan seks dengan lelaki B dan perempuan A.

Hubungan seks berbilang pasangan.


Perilaku hubungan seks yang abnorma ini dijalinkan dengn berbilang pasangan wanita atau lelali dalam satu janka masa yang sama.

Penyakit jangkitan seks

HIV / AIDS
Apa itu HIV dan AIDS? HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. http://www.unaids.org/. Bagaimanakah HIV merebak? HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti: * Darah * Air mani * Cecair faraj * Susu ibu

HIV boleh merebak melalui: * Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut) * Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan * Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV * Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu. Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak? Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui: * Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS * Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam * Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS * Bersin, batuk, berpeluh atau kencing * Gigitan nyamuk Apakah tanda-tanda jangkitan HIV? Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV: * demam * sakit tekak dan batuk * sakit otot * sakit kepala * cirit-birit * bengkak kelenjar limfa * letih * ruam * sakit sendi * turun berat badan Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain. Apakah gejala-gejala jangkitan HIV? Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:

* penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan * cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering * jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis) * jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan) * kanser (contohnya Kaposi's sarcoma) Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS? Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini. Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan? Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada pesakit-pesakit berikut: * menunjukkan tanda-tanda AIDS * bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml * bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml * pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut: * kanak-kanak berumur kurang 12 tahun * dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ * dijangkiti melalui pekerjaan * wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak * pegawai kerajaan Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma. Pesakit hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja. Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk: * pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection) * nasihat mengenai pemakanan berkhasiat * rawatan penyakit kelamin * kaunseling ( perubatan dan psikologi) Pencegahan Pencegahan dikalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV. * Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah: o jauhi diri,jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks o setia kepada pasangan anda

o amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom * gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang * jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan * anggota-anggota pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam. * individu berisiko tinggi hendaklah mendapatkan ujian HIV * pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.

Akibat perhubungan seks sebelum kahwin


----> jangkitan HIV/AIDS ---> mencerminkan tahap keruntuhan akhlak ----> masa depan generasi muda hancur ----> merosakkan institusi keluarga

PENGHARGAAN

KESIH ATAN DIRI

DAN KELUA RGA