Anda di halaman 1dari 3

BISA SENGATAN SERANGGA

SENGATAN SERANGGA atau GIGITAN SERANGGA sering berlaku kepada kita setiap masa terutama mereka yang aktif dalam aktiviti luaran seperti beriadah, berkebun, 'jungle tracking', menebas semak samun, menyiram bunga dan sebagainya.Banyak jenis serangga yang mempunyai sengat yang ada racun atau venom yang menyakitkan dan selalunya menjadikan kawasan sengatan akan membengkak dan lebam. Diantara serangga yang sering menyengat manusia adalah lebah, semut api, kerengga, tebuan, lipan, jengking dan banyak jenis lagi. Satu kajian telah dijalankan oleh Justin O. Schmidt dan menghasilkan satu piawaian tahap kebisaan sengatan serangga sebagai satu cara untuk mengetahui kesannya.

Piawaian ini hanya ditumpukan kepada serangga dari Kumpulan Hymenoptera dan tidak meliputi seranggaserangga kumpulan lain yang sangat banyak jenisnya. Sengat serangga seperti Lebah dan Tebuan merupakan satu organ yang mempunyai jarum yang keras tajam dihujungnya dan ada saluran untuk menyalurkan venom kedalam tisu mangsanya. Venom ini akan menyebabkan saraf mangsa bertindak balas dan bahagian di sengat akan membengkak. Venom ini juga mengalir kebahagian lain tubuh melalui darah (jika kuantiti sengatan banyak) dan membahayakan. Gigitan serangga seperti Semut Api atau Kerengga pula melalui dua rahang gigi atau struktur tajam bagi melukakan lapisan kulit dan mengeluarkan venom dari mulut nya kekawasan luka tadi.

1.0 2.0 3.0

LEBAH KECIL (Sweat bee)

Light, ephemeral, almost fruity. A tiny spark has singed a single hair on your arm.

TEBUAN Rich, hearty, slightly crunchy. Similar to getting your hand (Bald-faced hornet) mashed in a revolving door.

TEBUAN TANAH (Paper wasp)

Caustic and burning. Distinctly bitter aftertaste. Like spilling a beaker of hydrochloric acid on a paper cut.

4.0+ (Bullet ants)

SEMUT PELURU

Pure, intense, brilliant pain. Like fire-walking over flaming charchoal with a 3-inch rusty nail in your heel.