Anda di halaman 1dari 8

MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN SK. TAMBANG, BATU ANAM, SEGAMAT, JOHOR.

BIL 01 TAHUN 2011

BIL

: 01/2011 : 21.12.2010 (SELASA)

TARIKH

MASA : 8.00 10.00 pagi TEMPAT Pengerusi : BILIK SUMBER, SK. TAMBANG, SEGAMAT. : ISMAIL BIN HAJI BUANG. Guru Besar, SK. Tambang, Segamat. Kehadiran : 8 Orang.

Nama yang hadir : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. En. Ismail bin Haji Buang Guru Besar. Puan Amrila bte Marjan PGB KurIkulum. Puan Noraishah bte Idris PGB Hem. Cik Noraliza bte Nordin Setiausaha. En. Mohd.Khoiri bin Saman. Puan Norliza bte Ismail. Puan Noornilly Kaswahida bte Kasim. En. Zulhazwan bin Yahya.

Nama yang tidak hadir: 1. 2. 3. 4. Ustaz Akran Supri bin Jaafar En. Ahazul Aziazie bin Alip - Cuti sakit berpanjangan. - Cuti sakit - Cuti sakit bersalin

Puan Siti Nor Baeyah bte Mohd Nasir Puan Normala bte Mustaffa

- Anak sakit

AGENDA MESYUARAT: 1. Ucapan Tuan Pengerusi:

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir kerana telah dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab walaupun terdapat rintangan seperti sempena cuti sekolah dan beban tugas yang kian meningkat. Tugas kita pada tahun mendatang ini semakin mencabar dan diharapkan semua tabah menghadapi sebarang rintangan dan dugaan. Berharap agar mesyuarat kali ini dapat menambahbaik lagi prestasi murid, guru dan sekolah umumnya dan sama-sama bertanggungjawab untuk mencapai SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI. Tahniah diatas kecemerlangan sekolah mencapai 100% UPSR, 2010 serta menghasilkan 2 orang daripada 5 calon yang mencapai 5A dan GPS 1.80 dan mengatasi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Inilah hasilnya jika kita sanggup melakukan tugas yang luar biasa dan akhirnya mencapai keputusan yang luar biasa. Namun begitu, tugas kita belum selesai dan masih diteruskan segala program yang mendatangkan impak yang baik dan menambahbaik program yang kurang memberikan impak yang baik. Tujuan mesyuarat pada kali ini adalah untuk merancang program tahun 2011 dan penstrukturan semula organisasi 2011. Disamping itu juga, tujuan mesyuarat pada hari ini adalah untuk membincangkan dan mengagihkan segala keperluan darjah 2011 serta mengemaskini segala persediaan 2011. Berharap agar mulai sesi persekolahan 2011, tiada lagi persiapan yang belum dibereskan atau baru hendak dibuat. Hal ini termasuklah Buku Rekod Mengajar, Rancangan Tahunan, Buku Rujukan, SPBT, Pembayaran Yuran dan lain-lain telah dibereskan. Kelas juga dipastikan dalam siap sedia. TINDAKAN : SEMUA GURU/WARGA SEKOLAH 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil : 02/2010 3.1. 3.2. 3.3. Cadangan Sokongan Keputusan : Pn. Norliza binti Ismail : Pn. Noornilly Kaswahida binti Kasim : Diterima sebulat suara.

3.

Perkara Berbangkit: 3.1. Tiada

4.

Pelantikan Jawatankuasa Panitia Kajian Tempatan Sesi 2011. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pantia Kajian Tempatan 2011 adalah seperti

4.1 berikut :

4.1.1 4.1.2 4.1.3

Ketua Panitia Setiausaha AJK

; ; ;

Noraishah binti Idris Puan Siti Nor Baeyah binti Mohd Nasir Encik Ahazul Aziazie bin Alip Encik Zulhazwan bin Yahaya Puan Norliza Ismail Cik Noraliza Nordin

4.2

Pelantikan Guru Mata pelajaran Kajian Tempatan : 4.2.1 4.2.6 Tahun 4 dan 5 ; Tahun 6 Puan Siti Nor Baeyah Mohd Nasir ; Puan Noornilly Kaswahida binti Kasim

Maklum balas Guru Besar 5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa: 5.1.1. Memperkasakan Prasekolah di bawah Sub NKRA KPM. 20% peningkatan penyertaan kanak-kanak tahun 2012. Memasukkan semua sekolah pra kerajaan dan swasta ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan kurikulum standard/sama (Format KSPK). Semua murid normal mesti menguasai 4M (Membaca,menulis, mengira dan menaakul). Kanak-kanak di bawah umur 4-6 tahun boleh memohon masuk prasekolah. Pemantauan pra akan dibuat 3 kali setahun oleh pihak pentadbir sekolah. Pemantauan juga akan dijalankan oleh pihak atasan pada bulan Ogos, September dan Oktober. Ada 2 instrumen untuk pemantauan iaitu Instrumen A, dan B. (Tindakan Guru Prasekolah dan PPM) Pelaksanaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah akan bermula dan berkuatkuasa mulai Januari, 2011. Oleh itu, diharap kepada semua guru yang mengajar Tahun 1, 2011 mesti melaksanakannya. Pemantauan akan dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan arahan ini dilaksanakan dengan jayanya. Sedia maklum UPSR pada tahun 2016 nanti adalah berdasarkan kepada 60:40, iaitu 60% berdasarkan kepada PBS sekolah dan 40% berdasarkan kepada SPPK (Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan). CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SPPK UPSR , 2016 & SETERUSNYA PMR UPSR dikekalkan di Tahun 6 dengan penambahbaikan. Tahun 1, 2,3 Tahun 4,5 Tahun 6 UPSR: BM,BI,SC,MT. Ujian Aptiud. Tidak melepasi Standard Minimum ; Perlu Pengulan gan Peraliha n SJKT/C Tidak memenu hi Standard Minimum BM. Tkn.1 Arus Pedana. Sukan Seni

5.1.2.

Dignostik LINUS @ KPI baiah menteri. Pemulihan PBS: 4Komponen: 1. Pentaksiran Pusat. 2. Pentaksiran Sekolah iaitu Ujian bulanan 4 kali setahun dan Ujian Penggal 2 kali

PBP(Pentaksian berasaskan Pusat) / PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) 60:40 PBS 100%

Agama/Moral, KH,PJK.

Kemahiran dan Vokasional.

setahun. (Sumatif) dan Formatif ikut bab atau unit. 3. Pentaksiran Psikometrik 4. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum.

PBS 100%

Catatan: Pelajar Tahun 6 yang gagal mencapai tahap minimum tidak layak masuk ke Tingkatan 1, kerana pelajar itu belum bokeh membaca,menulis dan mengira serta menaakul. Sebaliknya, pelajar itu akan dikehendaki mengulang. CD yang berkaitan dengan perkara di atas/ tentang sisitem pentaksiran, boleh dirujuk melalui Guru Peperiksaan dan Penilaian (Puan Noraishah dan Cik Noraliza Nordin). Terdapat 2 perkara di dalam modul tersebut iaitu SPPK DAN Modul SPPK sebuah sekolah di Terengganu. 5.1.3. Ulasan lanjut tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pelaksanaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Tahun 1, 2011 boleh dilihat melalui Buku Modul Pentaksiran JPNJ Sektor Penilaian dan Peperiksaan (Warna Pink) serta nota yang disertakan. Semua guru mesti tahu tentang perkara ini. Apa yang perlu diingatkan di sini, setiap pelaporan mesti disokong dengan avident sebagai bukti. Pastikan setiap pelajar mempunyai Fail SPPK dan dilaksanakan di sekolah, dan diselaraskan di peringkat sekolah dengan teratur dan bersistematik. Markah daripada tahun 1 perlu dikumpulkan sehingga ke tahun 6. Mesti ada PEMANTAUAN dan Penyelarasan di sekolah. Kualiti mesti terjamin. Pentaksir perlu merekodkan pencapaian (Band 1-6) dan menyimpan avident SPPK di tempat selamat iaitu di dalam Bilik Khas Peperiksaan dan Penilaian. Pentaksir perlu menyediakan pelaporan pelaksanaan SPPK di peringkat sekolah dan menghantarnya ke PPD. Standard dan Prestasi dalam Pentaksiran : a. Kenalpasti standard yang hendak ditaksir sepadan dgn tahap penguasaan murid ikut band. b. Tentukan btk hasil yang boleh dipamer oleh murid bagi menggambarkan tahap penguasaan. c. Rancang, pilih, bina, tadbir instrument pentaksiran yang memberi peluang murid memberikan hasil kerja yang relevan. d. Menilai kerja murid dan berdasarkan standard prestasi. rujuk tahap pencapian (band)

5.1.4.

e. Beri maklum balas. Pastikan ada perubahan kualiti murid dari masa kesemasa. 5.1.5. Pastikan murid mencapai band 6 di akhir tahun. Adakan sesi dialog dengan ibu bapa murid tentangnya. Buat fail polio murid tentang pentaksiran. Sediakan 5 fail mata pelajaran setiap murid. Masukan bahan-bahan yang perlu didalam fail tersebut. Fail ini akan dibawa

hingga ke Tahun 6. Buat carta perkembangan setiap murid. Perkembangan sahsiah adalah nilai murni. Ambil gambar sebagai bukti (avident) dalam pentaksiran. Fail yang perlu disediakan ialah : a. Fail Induk Pekeliling dan lain-lain dokumen penting.

b. Fail Potfolio Perkembangan murid. Satu Fail untuk setiap mata pelajaran bagi setiap seorang pelajar. Pastikan ada satu dokumen tentang perkembangan murid. Ada Maklumat pelajar. Jika BM mesti ada kem. Lisan, bacaan dan tulisan. c. Fail Isikandung: i. ii. iii. iv. Showcase disediakan di akhir penggal perekolahan.

Maklumat murid. Kemahiran yang ditaksir. Carta Perkembangan bagi setiap kemahiran. Satu sampel avident yang terbaik bagi setiap band (dipilih oleh guru dan murid). Contoh gambar. Laporan prestasi akhir. Gemilang. Tahu, faham, boleh buat, beradab, terpuji Cemerlang. Tahu, faham, dan boleh buat, beradab. Baik. Tahu, faham dan boleh buat. Tahu dan faham. Tahu. SISTEM

v. vi. 5.1.6. BAND : 5. 4. 3. 2. 1. 6.

PENTAKSIRAN ADALAH UNTUK PENAMBAHBAIKAN PEMBELAJARAN @ ASSEMENT FOR BATTER LEARNING

PENTAKSIRAN HOLISTIK MENJANA MODAL INSAN TERBILANG. 5.1.7. Penempatan semula guru dalam daerah Segamat telah dibuat pada 3.12.3010 di SKDSM. Guru Besar dan PGB 1 telah hadir. Penempatan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu mengikut opsyen/pencen/ Pelaksanaan MBBM dan MBBI di Tahun 1, opsyen tambahan (sijil emorsion) atau kursus khas. Merapatkan jurang pendidikan juga diambil kira. Segamat mempunyai lebihan guru dalam BM. Oleh itu, ada guru yang terpaksa ditukarkan ke sekolah lain yang memerlukan. Pertukaran adalah mengikut budibicara Guru Besar dalam mesyuaratnya bersama Guru-guru Besar sekolah lain bersama PPD. Bayaran Tambahan TELAH DILULULUSKAN pada 26.11.2010 iaitu : Yuran Koko RM3.00, Yuran Kertas ujian dalaman RM6.00, Yuran

5.1.8.

SSukan Tahunan RM6.00, Yuran Pend.Islam/Moral RM6.00, Yuran MSSM RM2.00 , Yuran Insuran Takaful RM1.50. JUMLAH : RM24.50 sahaja. 5.1.9. Semua kita perlu berubah kerana perubahan adalah satu proses dalam sesuatu tamadun. Tamadun pula adalah ibarat sebatang sungai. Jangan jadikan bahan sejarah tetapi ciptalah sejarah. Jangan jadi tunggul, tetapi jadilah unggul. 5.1.10. Jangan ada aduan daripada ibu bapa/surat khabar/tv/dan lain-lain seperti kelas tidak cukup kerusi, kelas tidak kondusif, tiada meja, guru tidak bersedia untuk memulakan mengajar dan sebagainya pada HARI PERTAMA sekolah bermula tahun 2011. Semua dalam keadaan sedia. Tindakan semua guru. 5.1.11 Kepimpinan Transformational- iaitu Mengurus Perubahan, Kreativiti dan Inovasi, Menyelesaikan masalah, Membuat keputusan dan Mengurus Penambahbaikan sekolah. Makluman.

6.

Laporan PGB Kurikulum (Puan Amrila bte Marjan): 6.1 Headcount UPSR 2011 6.1.1 Tahniah kepada semua guru dan murid tahun enam kerana pencapaian cemerlang dalam UPSR 2010. Dua orang murid telah mendapat 5A dan 100% lulus dengan pencapaian GPS 1.80. Bagi tahun 2011 pihak sekolah mensasarkan 2 orang mencapai 5A dan lulus 100% dengan GPS 1.20. Headcount kelas ditampal di papan kenyataan sementara headcount individu diletakkan di atas meja murid (penjuru atas sebelah kiri).

6.1.2 6.1.3 6.2

Buku rekod mengajar 6.2.1 6.2.2 Buku rekod mengajar tahun 2010 hendaklah dihantar kepada guru besar untuk disimpan dan sebagai rujukan untuk prestasi guru. Buku rekod mengajar bagi sesi 2011 akan diedarkan dan guru-guru hendaklah mengisi bahagian-bahagian yang perlu. Tandatangan pada semua muka surat yang telah dibaca. Rancangan Pelajaran Tahunan boleh ditaip atau dicetak. Masukkan dalam fail yang disediakan. Rancangan mengajar juga boleh disimpan di dalam CD dan disimpan ditempat yang mudah diambil bila diperlukan. Guru-guru tidak dibenarkan untuk melukis sebarang gambar di dalam buku rekod mengajar. Hantar buku rekod mengajar pada pagi Isnin sebelum jam 8.00 pagi. Rancangan Pelajaran Tahunan dan Sukatan Pelajaran boleh didapati di dalam fail panitia mata pelajaran masing-masing.

6.2.3 6.2.4 6.2.5 6.2.6 6.2.7 6.3

Jadual waktu dan mata pelajaran

6.3.1 6.3.2 6.3.3 6.3.4 6.4 Panitia 6.4.1

Jadual waktu akan diedarkan kepada guru-guru. Pastikan guru telah bersedia dengan P&P pada hari pertama persekolahan. Sila rujuk buku panduan guru untuk melihat senarai mata pelajaran yang diajar. Pastikan guru masuk dan keluar dari kelas tepat pada waktunya. Jika jadual guru-guru bertembung di antara satu sama lain, sila rujuk Pn. Amrila atau En. Zulhazwan.

Pengkodan baru danri JPNJ akan digunapakai bermula bulan ini. Guruguru dikehendaki mengemaskini fail panitia masing-masing. Kod baru telah disediakan oleh Pn. Amrila dan guru-guru hanya perlu meletakkannya di atas fail tersebut. Diharap fail dapat dikemaskini sebelum Januari. Kurikulum Baru (KSSR) akan dijalankan untuk Tahun Satu sahaja. Kelas Perdana yang lain berjalan seperti biasa. Guru-guru yang mengajar Tahun Satu harap bersedia dengan pemantauan yang akan dijalankan oleh pihak KPM/JPN/PPD. Plan J harus dijalankan untuk mata pelajaran teras tahap dua. Semua program KPM dan jabatan hendaklah diteruskan. Pengajaran mata pelajaran PPSMI masih boleh diteruskan sehingga ia akan dimansuhkan pada 2012. Pelan strategik dan taktikal untuk panitia boleh dibincangkan sewaktu mesyuarat panitia dan hantar sesalinan kepada PGB1 pada 2 Januari 2011. Jadual waktu pemantauan P&P, hasil kerja murid, mesyuarat panitia, kelas tambahan boleh dimasukkan dalam fail panitia. Dapatkan sesalinan dari Buku Panduan Guru.

6.4.2

6.4.3 6.4.4 6.4.5

6.4.6

6.5

Bilik Darjah 6.5.1 6.5.2 Bilik darjah hendaklah kemas dan telah sedia digunakan. Perkara-perkara yang perlu ada dipapan kenyataan di bilik darjah : * Jadual waktu kelas yang telah ditandatangani oleh Guru Besar. * Peraturan bilik darjah/Jadual bertugas/ Visi Misi * Inventori barang-barang di dalam kelas * Pelan kedudukan murid * Headcount kelas tersebut dan headcount individu di atas meja murid

7.0

Perancangan Aktiviti Panitia Kajian Tempatan 2011: 7.1.1 7.1.2 7.1.3 Program Stesen Angkat Program Johor Oh Johor Program Lawatan Sambil Belajar

8.0

Hal-hal Lain: 8.1.1 Tiada

9.0

Ucapan Penangguhan: 9.1.1 9.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan pendapat yang diberikan dalam mesyuarat ini. Berharap agar program yang dirancang dapat dilaksanakan.

9.1.3 Semoga guru-guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan mengajar dengan penuh cemerlang. 9.1.4 Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.

Disediakan oleh ; . (SAKILAH BINTI MOHD DIN) Setiausaha Panitia Kajian Tempatan

Anda mungkin juga menyukai