Anda di halaman 1dari 2

Kriteria Negara Islam & Parti Politik Malaysia Dalam membincangkan kewujudan Negara Islam, Prof Dr Muhammad Abd

Rauf dalam buku nya 'Ummah:The Muslim Nation' menggariskan 6 perkara asas yang dikira sebagai ru kun Negara Islam: 1.Kualiti individu/batang tubuh pemimpin, seorang yang adil, berani dan mampu, b erilmu pengetahuan luas(dunia/akhirat), hebat dalam teknik-teknik peperangan dan mahir dalam pentadbiran Ulasan saya: Secara asasnya ciri-ciri pemimpin yang ideal disebutkan dalam Al-Qu ran terdiri daripada 2 aspek utama iaitu kemampuan (Al-Qawi) dan integriti (Al-A min). Namun, dalam perbahasan mengenai pemimpin dan kriteria-kriterianya, pelbag ai ulama terdahulu dan kontemporari telah berijtihad dalam memastikan aspek-aspe k yang perlu dinilai terhadap seseorang untuk melayakkannya menjadi seorang pemi mpin yang dikehendaki seperti telus, bermasyarakat, intelektual, adil dan sebaga inya. 2.Sistem Perundangan Negara Islam didominasi oleh undang-undang Islam, hak membu at hukum dalam sebuah negara Islam adalah milik Allah Ulasan saya: Apabila berbicara soal hukum Islam, maka persepsi utama masyarakat adalah hukum hudud. Secara amnya, dalam sistem perundangan jenayah Islam, ulama membahagikan undang-undang Islam kepada 3 bahagian iaitu hudud (zina, qazaf, men curi, minum arak, murtad dan hirabah), qisas (berkaitan hak mangsa atau walinya) dan ta'zir (hukuman selain hudud dan qisas yang ditetapkan oleh pemerintah). Dalam realiti perlembagaan undang-undang Malaysia, setiap akta dan enakmen yang termaktub dalam perlembagaan adalah bersifat subjektif. Sesiapa yang berkuasa be rhak membuat pentafsiran terhadap akta tersebut atau membawanya ke mahkamah bagi pihak pembangkang untuk mentafsir sesuatu akta yang diragui maksudnya. 3.Pengamalan syura yang merakyat, konsep syura ini mestilah melibatkan penyertaa n rakyat dalam proses membuat keputusan dan menyediakan sistem 'checks and balan ces' Ulasan saya: Konsep syura yang difahami hari ini telah disalah tafsir oleh banya k pihak, atau telah disalah gunakan. Syura atau musyawarah adalah satu perbincan gan yang dibentuk untuk mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara. Sistem syu ra mestilah merakyat agar ia tidak terawang-awang oleh pihak pemutus sahaja. Pen ilaian-penilaian mestilah bermula dari bawahan sebelum ia diperbincangkan di per ingkat atasan, dan koleksi pendapat bawahan ini bukanlah hanya untuk dijadikan s yarat tetapi ianya perlu dinilai berulang kali supaya proses keputusan menjadi m atang. Cara ini juga digelar sebagai demokrasi, jelas, sistem syura dalam Islam tidak s edikit pun menutup ruang perbincangan bahkan membuka seluas-luasnya suara-suara semua pihak untuk dijadikan perbincangan bersama. Natijahnya, keputusan yang dik eluarkan adalah keputusan yang matang dan mesti disepakati bersama. 4.Keadilan untuk semua, kesamaan diberi kepada semua warganegara tanpa mengira p uak, bangsa atau keturunan Ulasan saya: Sebuah kerajaan Islam yang mengamalkan prinsip dan nilai-nilai murn i mesti meyakini bahawa datangnya Islam untuk semua. Islam datang bukan untuk Ar ab, bukan juga untuk Melayu, asas ini mesti difahami secara betul pada konteksny a supaya kerajaan Islam yang terbentuk tidak dilabel sebagai kerajaan yang bias kepada puak-puak tertentu sahaja. Hakikatnya di Malaysia, isu Islam hanya berlegar dalam kalangan masyarakat Melay

u dan bukan Melayu yang memeluk Islam. Pemikiran dan konsep ini mesti diperbetul kan agar ia tidak menjadi satu paranoid dalam masyarakat majmuk Malaysia. Islam dijuzukkan dengan kewujudan label Melayu Islam, Cina Muslim, Cina Buddha, India Muslim dan sebagainya. Islam itu tetap Islam. 5.Melaksanakan prinsip hak persamaan sesama manusia dan semua hak-hak asasi manu sia sejagat Ulasan saya: Islam datang bukan dengan keterpaksaan, bahkan memberi seluas-luasn ya kebebasan kepada manusia dalam menentukan cara hidupnya tersendiri. Namun per juangan hak-hak asasi manusia atau kesamarataan telah diterjemahkan dengan pelba gai tafsir yang bersesuaian dengan kepentingan pihak-pihak yang mentafsirnya. Dalam isu sebegini, ramai pejuang hak asasi manusia tergelicir apabila ia tidak didasarkan kepada 'mengapa hak asasi diperjuangkan' tetapi berasaskan 'apa isu h ak asasi manusia yang dapat memberi manfaat kepada kita'. Pada situasi inilah, k aedah-kaedah fiqh diperlukan supaya ia bukan didasari oleh kehendak manusia sema ta tetapi dilandasi sunnatullah. Setiap kebebasan itu ada batasannya. 6.Mempunyai komitmen yang penuh terhadap syariah dan hukum-hakamnya Ulasan saya: Paksi kepada asas sesebuah negara Islam adalah perlaksanaan syariah dan hukum-hakamnya. Negara Islam yang mendakwa meletakkan Al-Quran dan As-Sunna h sebagai dasar perlembagaan negara, tetapi masih berbelah bahagi dalam perlaksa naan atau memilih sebahagian dan menolak sebahagian masih belum mencapai kriteri a sebuah Negara Islam. Antara misi perlaksanaan syariah Islam dalam sesebuah negara adalah untuk memast ikan umat Islam yang wujud adalah masyarakat yang mempunyai aqidah yang benar, m engamalkan ibadah khas dan am dalam kehidupan dan mempunyai akhlak dan budi yang baik. Kesediaan Parti Politik Malaysia Menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-13, mengambil iktibar daripada revolusi yan g berlaku di negara umat Islam di Timur Tengah telah memberi laluan kepada keban gkitan Islam yang dicetuskan oleh rakyat dan gerakan-gerakan Islam sendiri. Namun, persoalannya, bersediakah parti-parti politik khususnya Parti Islam Se-Ma laysia (PAS) menghiasi tampuk pemerintahan Putrajaya dengan keindahan dan keharm onian sebagai model pemerintahan Islam pertama di Malaysia. Hakikatnya, tidak mengira parti politik samada PAS, PKR, UMNO hatta DAP dan MCA sekalipun yang mampu memenuhi kriteria-kriteria pemerintahan yang adil dan amana h, maka ia menjadi pilihan utama masyarakat teknologi hari ini. Maka cabaran paling utama kepada parti politik adalah cabaran realiti yang penuh dengan maklumat semaksimum penyampaiannya. Satu perubahan secara teknikal, modu s dan strategi secara 360 darjah mesti dilaksanakan. Hanya gerakan politik yang fleksibel sahaja mampu mendapat tempat dalam pangkahan undi masyarakat sebagai p ilihan. Namun ianya mesti melalui satu sistem demokrasi dan pilihanraya yang ber sih dan adil untuk melahirkan 'Good Governance'.