Anda di halaman 1dari 28

Kumpulan 6

Novel : Israk
1)Sinopsis 2)Tema 3)Persoalan 4)Watak 5)Latar 6)Plot 7)Teknik Plot 8)Gaya Bahasa 9)Nilai dan pengajaran

Sinopsis Cerpen Israk mengisahkan Adam,iaitu anak tunggal Wah membawa isterinya,Hawa dan anakanakny,Israk dan Mikraj bercuti di rumah kampung nenek mereka di Kampung Sayong,Perak.Keadaan rumah kampung yang serba kekurangan dari segi kemudahan asa menyebabkan Israk berasa kurang senang Dia menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung.Sebaliknya adik perempuannya,Mikraj suka akan suasana di kampung.Mereka berdua sering bertikam lidah kerana perbezaan pendapat.

Israk tidak betah tinggal di kampung kerana dia dibesarkan di luar negara.Israk tidak menggemari makanan dan buah buahan tempatan.

Tindakan Israk menimbulkan perasaan kurang senang Mikraj.Mikraj sakit hati akan sikap Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah.Hal ini demikian kerana Mikraj amat menyayangi Wah dan faham akan perasaan neneknya itu.Mikraj kerap mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah.Mikraj mahu supaya Israk menyesuaikan mengenali Wah lebih dekay=t kerana Wah telah menjaga Israk sejak hari pertama kelahirannya lagi.Perbezaan pendapat ini menyebabkan berlakunya perang mulut abtara Israk dengan Mikraj dan hampirhampir terjadinya pergaduhan.Wah tidak suka

mereka bertengkar seperti anjing dengan kucing.Wah telah menasihati Israk dan Mikraj.Wah mahu supaya mereka berbaik-baik walaupun hati Wah terluka. Pada suatu hari,bekalan air paip diKampung sayong terputus.Mikraj menyuruh abangnya mandi air sungai sahaja.Malangnya,ketika Israk melalui rimbunan semak,dia terjatuh ke dalam sungai.Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk.Dia juga berusaha sedaya upaya untuk menarik Israk naik ketebing.Akhirnya,Israk mula insaf dan berubah.Perubahan sikap Israk

dapat dilihat apabila dia mula memakai baju Melayu,dan makan nasi,serta mencari jering dan tempoyak untuk dimakan.

Tema
Cerpen ini mengutarakan tema tentang jati diri remaja kota yang kian terhakis.Israk yang diberikan di luar negara tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampung.Keadaan rumah kampung yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas menyebabkan Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya,Wah.Dia tidak suka akan makanan dan buah-buahan tempatan juga.

Persoalan
1)Kasih sayang nenek terhadap cucunya. 2)Generasi muda yang lebih senag dengan kehidupan di bandar. 3)Sikap mementingkan diri dan ego seorang pemuda yang mendapat pendidikan di luar negara. 4)Ketenagan seorang nenek dalam menyelesaikan perbezaan pendapat cucucucunya

5)Kepentingan melihat asal usul diri dan sejarah keluarga. 6)Penghargaan terhadap adat resam dan budaya masyarakat yang tinggal di luar bandar.

Watak
Utama Israk: 1) Israk merupakan anak sulung kepada Adam dan Hawa. 2)Israk merupakan cucu sulung Wah. 3)Datuknya ialah Firdaus Frank,iaitu anak buah Frank Swettenham. 4)Sewaktu kecil Israk diperlihara oleh Wah tetapi kemudian dilarikan oleh atuk Perth dan

dibesarkan di Perth,Australia. 5)Israk menyambung pengajiannya dalam bidang korporat. 6)Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya yang bernama wah.Dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di rumah neneknya yang serba kekurangan. 7)Israk tidak suak akan makanan kampung seperti jering dan tempoyak. 8)Israk bersikap ego dan berlagak sombong. 9)Israk sering bertikam lidah dengan adiknya,Mikraj.Israk sering bertengkar dengan

adiknya kerana berbeza pendapat. 10)Israk sering menghina,mengeji,serta menyakiti hati Wah.Israk tidak mempedulikan perassan Wah dan sering menganggap penduduk kampung kolot. 11)Israk insaf dan sedar akan kesalahannya.Setelah diselamatkan oleh Wah daripada lemas di Sungai Perak,Israk mula berubah sikap.Akhirnya,dia memakai baju melayu.

Sampingan Mikraj: 1)Mikraj merupakan anak kedua kepada Adam dan Hawa. 2)Mikraj merupakan cucu kedua Wah 3)Mikraj merupakan adik kepada Israk 4)Mikraj suka tinggal di kampung 5)Mikraj amat menyayangi Wah 6)Dia tidak suka akan layanan dan tindakan Isarak yang keterlaluan terhadap Wah. 7)Mikraj selalu bertikam lidah dengan Israk

kerana perbezaan pendapat. 8)Mikraj berbakat dalam bidang sastera.


Wah: 1)Wah merupakan ibu kepada Adam. 2)Dia nenek kepada Israk dan Mikraj. 3)Dia masih kuat dan bertenaga. 4)Wah warak dan taat akan agama. 5)Wah telah berkahwin dengan Firdaus Frank,iaitu anak buah Frank Swettenham.

6)Wah tabah menerima kenyataan.Wah tabah menerima kematian suaminya,Firdaus Frank yang meninggal dunia ketika kandungan Wah berusia sembilan bulan,tiga hari. 7)Wah memelihara cucunya,Israk sejak berusia satu hari sehinggalah cucunya itu dilarikan oleh atuk Perth ke Perth,Australia. 8)Wah seorang yang amat taat akan perintah agama kerana dia lahir dalam kalangan orang lain. 9)Wah amat sayang akan anak,menantu,dan cucu-cucunya.Dia sentiasa mengambil berat

terhadap kebajikan mereka. 10)Wah berpegang teguh pada janji.Dia tidak mahu menjual rumahnya kepada Majilis Daerah bagi dijadikan pusat pelancongan kerana dia telah berjanji dengan ibunya untuk tidak menjual rumah tersebut. 11)Wah bersemangat kental dan berani.Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk semasa Israk terjatuh ke dalam sungai.Wah telah berusaha sedaya upaya menarik Israk naik ke tebing juga.

Latar:
Latar tempat: Di rumah Wah dan di Kampung Sayong,Perak Latar Masa: Pada musim durian,dan pada waktu pagi,iaitu sewaktu Israk mahu mandi di sungai. Latar Masyarakat: 1)Masyarakat Melayu yang sudah lama menetap di luar negara.Misalnya,Israk dibesarkan di Perth.

2)Masyarakat warga emas yang amat menyayangi anak cucunya.Misalnya,Wah amat menyayangi anak cucunya. 3)Masyarakat yang sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.Misalnya,Israk berasa tidak selesa tinggal di rumah neneknya di kampung yang serba kekuranagan. 4)Masyarakat yang amat menghargai pengorbanan orang tua.Misalnya,Mikraj kagum akan ketabahan dan kegigihan yang dimiliki oleh Wah. 5)Masyarakat yang insaf atas kesalahan yang

lakukan.misalnya,Israk insaf dan mula berubah sikap setelah dia diselamatkan oleh Wah ketika terjatuh ke dalam sungai.

Nilai
1)Nilai hormat akan ibu bapa.Contohnya,Israk menolak pelawaan ayahnya untuk makan durian dengan baik. 2)Nilai jati diri yang tinggi.Contohnya,Mikraj suka tinggal di rumah Wah,di kampung sayong.Mikraj juga suka akan buah-buahan tempatan. 3)Nilai kasih sayang.Contohnya,Wah amat sayang akan anak,menantu, dan cucu-cucunya.

Wah tetap menyayangi Israk walaupun Israk menunjuk rasa kurang senangnya tinggal di kampung. 4)Nilai ketabahan.Contohnya,Wah tabah menerima kenyataan apabila suaminya meninggal dinia ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari. 5)Nilai taat akan perintah agama.Contohnya,Wah segera mengerjakan solat sebaik-baik sahaja azan habis dilaungkan. 6)Nilai berani.Contohnya,Wah berusaha menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam

sungai.Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk dan berusaha sedaya upaya menarik Israk naik ke tebing.

Pengajaran
1)Janganlah lupa akan asal usul kita.Contohnya,Israk yang dibesrkan di luar negara lupa akan asal usulnya yang pernah dijaga oleh neneknya di kampung. 2)Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.Contohnya,Mikraj pandai menyesuaikan dirinya dengan suasana di kampung walaupun dia tinggal di bandar. 3)Kita hendaklah mentaati perintah Tuhan

dengan mengejarkan segala suruhannya.Contohnya,Wah rajin bersolat. 4)Janganlah bergaduh dengan adik-beradik sendiri.Contohnya,Israk dan Mikraj sering bergaduh kerana perbezaan pendapat.Sikap mereka ini tidak disukai oleh Wah. 5)Kita hendaklah memberi nasihat yang baik bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.Contonya,Wah menasihati Israk dan Mikraj supaya tidak bertengkar. 6)Janganlah menyakitkan hati orang tua apatah lagi ahli keluarga kita sendiri.Contohnya,Israk

sering merendah-randahkan orang kampung tanpa mempedulikan perasaan Wah. 7)Kita haruslah berani bertindak untuk menyelamatkan orang yang kita sayangi.Contohnya,Wah telah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk yang terjatuh ke dalam sungai.Wah juga telah menarik Israk naik ke tebing. 8)Kita hendaklah sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan.Contohnya,Israk akhirnya sedar akan kesilapannya dan mula berubah.dia telah memakai baju melayu dan mula

menyukai makanan tempatan.

Terima Kasih
Ahli Kumpulan: Yap Kean Onn Lee Meng Fong Kong Yu Maan Ravikaant Lim Jun Tatt Tan Zhao Dong Rujukan: Komsas Sasbadi

Terima kasih khas Gambar Google image Lagu Lena Park