Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI, BATU 8, JALAN JELEBU, 71770 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA: DEKORASI ILMU PUSAT SUMBER SEKOLAH TEMPAT: PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI

OLEH:

1. Pendahuluan Dekorasi Pusat Sumber Sekolah adalah bertujuan untuk menceriakan lagi pusat sumber dengan memenuhi ruang sudut kosong dengan maklumat yang bermanfaat serta berkaitan dengan silibus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil perbincangan, kami sepakat memilih subjek Sains sebagai wadah bagi memenuhi ruang tersebut. Topik yang kami pilih adalah Bumi, Bulan dan Matahari yang kami adaptasi daripada subjek Sains tahun 5.

2. Tujuan Bertujuan menceriakan lagi sudut kosong dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat serta membantu murid untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Disamping itu, dekorasi ilmu ini juga bertujuan menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan kepada murid-murid.

3. Objektif 3.1 3.2. 3.3 Memenuhi ruang kosong dengan info yang bermanfaat Sebagai bahan rujukan yang bermanfaat kepada murid. memberi pendedahan kepada murid bahawa Sains merupakan satu subjek yang menarik 3.5. 3.4. Mewujudkan sifat ingin tahu didalam kalangan murid Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai estetika dan etika. 3.5. Memberi halatuju dan gambaran kepada murid tentang Bulan, Bumi, dan Matahari.

4. Organisasi Rujuk lampiran A 5. Belanjawan Rujuk lampiran B

6. Penutup Dekorasi ilmu ini diharapkan dapat membantu murid-murid dan pihak sekolah dalam mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan sedia ada murid-murid. Selain daripada itu, penggunaan sudut ilmu ini dapat dimanfaatkan secara maksimum, bukan hanya dalam jangka masa pendek tetapi juga pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

LAMPIRAN A

PENASIHAT Puan Hajah Suhailah binti Haji Kasim

PENGERUSI Puan Siti Norbaya bt Ahmad

NAIB PENGERUSI Puan Latifah bt Abd. Manap

PENYELARAS Puan Sakinah binti Saupi

AHLI JAWATANKUASA

SEMUA GURU BAHASA MELAYU

GURU NILAM Puan Salwa bt Abd. Rahman

SEMUA GURU BAHASA INGGERIS

SEMUA GURU KELAS

GURU PRAKTIKUM

LAMPIRAN B

BIL.

ITEM

KUANTITI

HARGA

1.

Mounting Board

2 keping

RM 3.50 x 2 = RM 7.00

2.

Kertas Warna

50 helai

RM 0.30 x 50 = RM 15.00

3. 4.

Warna Air Gam Kanji JUMLAH

1 kotak 1 botol

RM 12.00 RM 2.50 RM 35.50