Anda di halaman 1dari 21

TEMA

Novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) bertemakan kemanusiaan iaitu ikatan kasih sayang antara ahli keluarga. Pengarang mengungkapkan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Sikap ibu dan bapanya yang menyayang juga membuatkan Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Oleh sebab itu dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Intan Julia tidak menyenangi hubungan bapanya dengan Aisyah. Malah Intan Julia pernah ditempelengi oleh bapanya kerana mengatakan bapanya curang kepada ibunya. Namun dia terpaksa juga membenarkan bapanya berkahwin dengan hati yang berat demi memikirkan kepadaan bapanya yang tidak menentu. Jauh di sudut hati dia masih tidak boleh menerima Aisyah sebagai pengganti ibunya. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Oleh karana sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya. Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalahdia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Malah Intan Julia ditempelengnya sehingga menyebabkan Intan Julia berasa kecewa dan pulang ke asrama awal pagi keesokan harinya. Walaupun begitu, Jeffri amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum serta pelajaran Intan Julia. Dia marah apabila Intan Julia tidak mahu makan. Jeffri sentiasa bertanya perkembangan pelajaran anaknya sejak dari sekolah menengah hinggalah semasa Intan Julia belajar di UIA. Jeffri kerap menghantar Intan Julia ke kampus. Semasa di sekolah menengah Jeffri sentiasa menghantar Intan Julia pergi dan balik dari sekolah setelah Intan Maliana sedang koma. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.

PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalanpengorbanan seorang isteri terhadap suami yang amat disayangi. Pengorbanan ini dilakukan oleh Intan Maliana terhadap suaminya Jeffri walaupun perngorbanan itu amat membahayakan nyawanya sendiri. Intan Maliana sanggup hamil sekali lagi hanya untuk memenuhi permintaan Jeffri walaupun dia pernah koma ketika melahirkan anaknya yang pertama iaitu Intan Julia. Dia telah kehilangan banyak darah. Walaupun telah dinasihatkan oleh Mak Cik Noraini dan kawannya Suzie, namun Intan Maliana tetap tidak mahu menggugurkan kandungan itu demi sayangkan suaminya Jeffri. Dia mengikut nasihat suaminya agar berserah kepada takdir selain daripada berusaha dengan mengikut segaka nasihat doktor. Akhirnya perkara yang sama berlaku apabila dia melahirkan anak. Dia telah kehilangan banyak darah dan koma selama beberapa tahun dan akhirnya meniggal dunia. Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalankesetiaan seorang suami kepada isterinya yang telah banyak berkorban untuk dirinya. Demi kesetiaan terhadap isterinya, Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Walaupun telah berkahwin, dia pernah beberitahu Aisyah bahawa dia akan mengutamakan Intan Maliana dan Intan Julia. Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) ialah persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarga. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak Jeffri. Sebagai seorang suami, dia bertanggungjawab terhadap isterinya dengan memberikan sepenuh kasih sayang menjadikan hubungan mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan morak kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa kelahiran anak kedua yang telah meninggal dalam kendungan, dia menguruskan jenazah tersebut untuk dikebumikan. Dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya yang sedang koma. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Juga belajar di UIA. Pengarang juga mengungkapkan persoalan pembuangan bayiyang sedang menjadi isu hangat pada masa kini. En. Muaz al-Khalibi telah melakukan perbuatan sumbang dengan seorang wanita warga Indonesia di dalam biliknya sehingga wanita itu mengandung. Semasa wanita itu mengandung tiga bulan, Muaz al-Khalibi telah

meninggal wanita itu seorang diri tanpa apa-apa ikatan. Perbuatan itu menyebabkan wanita itu kecewa. Setelah melahirkan anak, anak itu tidak mahu dijaga. Dia telah meletakkan anak itu di tepi longkang dengan niat untuk membiarkan anak itu mati. Nasib anak itu baik kerana dia dijumpai dan dijaga di rumah kebajikan sehinggalah Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat. Menyedari nasib dirinya sedemikian, Rasylan tidak mahu menerima En. Muaz al-Khalibi sebagai bapanya walaupun menerima tawaran yang banyak dan ujian DNA telah mengesahkan dia adalah anak En. Muaz. Watak Rasylan menggambarkan persoalan pandangan masyarakat terhadap anak luar nikah. Rasylan telah dipandang sebagai seorang yang hina dan tidak layak untuk berkawan dengan orang lain. Jeffri telah mengetahui latar belakang Rasylan menyebabkan dia menghalang hubungan Intan Julia dengan Rasylan. Dia menyuruh Intan Julia merenggangkan hubungan dengan Rasylan. Semasa Rasylan datang ke rumah Intan Julia, Jeffri telah memandang sinis terhadap Rasylan. Katakata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong. Apabila Intan Julia keluar dengan Rasylan, Jeffri marah kepada Intan Julia. Jeffri mengatakan bahawa Rasylan tidak tahu asal keturunan. Pengarang juga mengungkapkan persoalan poligami dalam masyarakat Islam. Walaupun poligami dibenarkan dalam ajaran Islam, namun ia perlulah mengikut syarat tertentu. Jeffri pernah dicabar oleh anaknya Intan Julia agar memikat Aisyah dan menyatakan bahawa orang lelaki boleh berpoligami. Namun Jeffri menolak demi menjaga merukunan rumahtangganya bersama Intan Maliana. Jeffri tidak menerima poligami secara melulu. Malah sebelum mengambil keputusan untuk berlahwin lagi, dia telah mengkaji tentang poligami dengan membaca artikel tentang poligami. Intan Julia melihat bapanya membaca petikan berkenaan. Jeffri mengambil masa yang cukup lama sepanjang tempoh isterinya koma untuk mengambik keputusan berkahwin lagi. Keputusan itu dibuat atas alasan kepentingan kehidupannya, bukan atas asalan nafsu. Hubungan antara watak Rasylan dengan Intan Julia pula menggambarkan persoalan hubungan dan pergaulan dalam golongan remaja terutamanya yang melibatkan hubungan berlainan jantina. Mereka telah menjaga hubungan sehingga dapat mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang menyumbang kea rah masalah sosial. Semasa berada di kampus, mereka berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan meluahkan masalah masing-masing. Mereka berjumpa di tempat awam yang dapat mengelakkan daripada berlakunya fitnah selain daripada pergi ke kedai buku dan restoran untuk makan atau minum. Malah pada bahagian akhir cerita, Rasylan cuba mencium Intan Julia, namun mereka telah sedanr tentang larangan agama untuk merkea berbuat demikian. Mereka dapat menerima batasan tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN

A) INTAN JULIA Dia merupakan anak kepada Jeffri dan Intan Maliana. Kawan kepada Rasylan. Belajar di Sekolah Seri Gading dan kemudiannya melanjutkanpelajaran di UIA. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dari segi perwatakan, Intan Julia digambarkan sebagai seorang yang tekun dan rajin belajarsehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia rajin mengulangkaji di rumah sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Dia yakin berjaya setiap kali peperiksaan semester yang dilaluinya. Intan Julia juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yangpenyayang kepada ibu dan bapanya. Dia amat sayang dan tertekan setelah ibunya Intan Maliana koma selepas bersalin. Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Disebabkan perasaan sayang yang mendapam kepada ibunya dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Malah Intan Julia pernah menuduh bapanya curang kepada ibunya sehingga dia ditempeleng oleh bapanya. Tuduhan itu dilemparkan apabila mendapati bapanya ingin berkahwin lagi. Dia juga sayang kepada bapanya kerana bapanya seorang yang bertanggungjawab terhadap ibunya Intan Maliana dan dirinya sendiri. Dia tidak mahu kehilangan bapanya. Oleh sebab itu juga dia kemudiannya memberikan keizinan untuk bapanya berkahwin lagi. Pengarang novel ini juga menggambarkan Intan Julia sebagai seorang yang berfikiran positif. Hal ini dapat diperhatikan melalui tindakannya berkawan dengan Rasylan. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz alKhalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu. Selan daripada perwatakan di atas, pembaca juga mendapat gambaran bahawa Intan Julia merupakan seorang yang keras hati. Dalam hal ini, dia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan

bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Demikian juga setelah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Intan Julia tetap tidak mudah untuk menerima dan mempercayai Asiyah sebagaimana yang telah dipesan oleh ibunya Intan Maliana. Intan Julia juga telah berselisih fahan dengan Rasylan. Semasa Rasylan menghubunginya ketika dia berada di rumah, dia tidak mahu menjawab penggilan itu kerana masih marah dan kecewa dengan Rasylan. Namun atas desakan bapanya, dia bercakap dengan Rasylan.

B) JEFFRI Jeffri merupakan ayah kepada Intan Julia. Suami kepada Intan Maliana. Majikan dan sepupu kepada Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Dia merupakan seorang pensyarah di Kolej Iktisas. Sebelum menjadi pensyarah, dia juga seorang guru yang mengajar di Sekolah Seri Gading. Dari segi perwatakan, Jeffri merupakan seorang yang penyayang kepada isteri dan anaknya. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Dia sentiasa berkepit dengan Intan Maliana sehingga menyebabkan Intan Julia rasa meluat dan cemburu. Oleh kerana sayang kepada isterinya juga membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya. Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Selain daripada itu, Jeffri juga digambarkan sebagai seorang yangbertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA. Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Jeffri merupakan seorang suami yang setia kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Dalam hubungannya dengan Rasylan, Jeffri digambarkanmempunyai fikiran yang negatif dan memandang terhadap anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang merupakananak luar nikah. Rasylan telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya, Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong.

C) RASYLAN Rasylan merupakan anak luar nikah hasil hubungan antara En. Muaz al-Khalibi dengan soerang wanita warga Indonesia. Ibunya telah meninggalkan dia di tepi longkang dengan niat supaya dia mati. Dia dijaga di rumah kebajikan masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Muhaimin untuk dijadikan anak angkat. Merupakan kasan kepada Intan Julia setelah dia berpindah ke Sekolah Seri Gading. Dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran di pusat Matrikulasi UIA. Dari segi perwatakan, Rasylan digambarkan sebagai seorang yangberdikari kerana dia sedar tentang keadaan dirinya. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain. Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan digambarkan sebagai seorang yang berpendirian tegas. Dia mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz. Rasylan juga seorang yang setia dalam perhubungan. Dia berhubung rapat dengan Intan Julia sejak di Sekolah Seri Gading. Demi perhubungannya dengan Intan Julia, Rasylan sanggup datang dan berjumpa dengan bapa Intan Julia apabila dicabar oleh bapa Intan Julia iaitu Jeffri. Walaupun bapa Intan Julia tidak menyukai dirinya, hubungan itu tetap diteruskannya setelah dia berada di UIA. Dia selalu bersama

Intan Julia untuk merbincang dan mengulangkaji pelajaran. Dia juga selalu menemani Intan Julia keluar seeprti ke kedai buku atau ketika makan dan minum. Rasylan tetap setia kepada Intan Julia walaupun ada pelajar perempuan lain yang cuba mendakatinya.

********* 3

PLOT
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa plot novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) adalah mengikut kronologi atau perkembangan peristiwa mengikut urutan masa. Ia bermula denganperingkat permulaan apabila pembaca novel ini diperkenalkan dengan watak utama iaitu Intan Julia dan Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Kemudian pengarang memperkenalkan watak ibu dan bapa Intan Julia iaitu Jeffri dan Intan Maliana. Hubungan Jeffri dengan isterinya Intan Maliana sangat mesra dan intim sehingga menimbulkan rasa meluat dan rasa cemburu kepada Intan Julia. Mak Cik Noraini menceritakan tentang perhubungan Jeffri dengan Intan Maliana kepada Intan Julia. Mereka mengajar di sekolah yang sama dan berkahwin. Intan Julia berharap dia juga akan mendapat pasangan atau suami seperti bapanya pada suatu hari nanti. Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Jeffri dan Intan Maliana pulang dari hospital. Jeffri memberitahu bahawa Intan Maliana hamil. Berita itu mengejutkan Mak Cik Noraini. Itulah permulaan konflik menyebabkan peristiwa berkembang. Mak Cik Noraini telah menasihatkan agar Intan Maliana agar memikirkan kembali keputusannya untuk melahirkan anak sekali lagi. Intan Maliana mempunyai sejarah perubatan yang kronik semasa melahirkan anak pertama iaitu Intan Julia. Intan Maliana telah kehilangan banyak darah dan koma. Intan Maliana juga telah dinasihatkan oleh kawannya Suzie agar menggugurkan kandungan itu. Namun kerana sayang dan tanggungjawab kepada suaminya Jeffri, dia enggan menggugurkannya. Plot semakin berkembang apabila kandungan Intan Maliana semakin besar. Maliana juga risau dengan kandungannya dan proses bersalin kemudiannya. Namun Jeffri memberikan semangat dan dorongan serta menyerahkannya kepada takdir. Setelah sampai ketika, Intan Maliana sakit pada awal pagi. Dia dihantar ke hospital dan terpaksa melalui pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Malangnya anak itu kembar siam dan sudah meninggal dalam kandungan. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma. Selain daripada konflik itu, Intan Julia juga melalui konflik. Dia ditegah oleh bapanya supaya merenggangkan hubungannya dengan Rasylan kerana Rasylan anak luar nikah. Intan Julia dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga menghadapi konflik dalam dirinya apabila pengarang memperkenalkan watak Aisyah. Intan Julia berkenalan dengan Asiyah semasa dia bermain tennis dengan bapanya. Dia tidak senang hati dengan perhubungan bapanya dengan Aisyah. Dia terserampak dengan bapanya bersama dengan Aisyah sebanyak tiga kali di restoran makanan segera. Dia mengesyaki bapanya mempunyai hubungan dengan Aisyah.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini agak singkat. Intan Julia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya kerana tidak tahanlagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu. Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula apabila Jeffri datang menemui Intan Julia di kampus. Jeffri telah menjelaskan kedudukan dirinya yang sebenar menyebabkan dia mahu berkahwin lagi. Dia hanya mahu seseorang menguruskan hidup bersamanya kerana usianya semakin bertambah. Namun dia tidak akan berkahwin sekiranya Intan Julia masih tidak membenarkannya berbuat demikian. Akhirnya dengan berat hati Intan Julia membenarkan bapanya berkahwin dengan Aisyah. Melihatkan Aisyah tidak pernah menunjukkan sikap yang tidak baik terhadap dirinya dan bapanya, hati Intan Julia semakin dapat menerima kehadiran Aisyah dalam keluarganya. Dia menyatakan penerimaan itu selepas berlaku salah faham sehingga mereka menuduh Aisyah ingin meracuni Intan Maliana. Intan Maliana sedar akhirnya. Namun dia terkejut dan marah dengan rindakan Jeffri yang telah berkahwin dengan Aisyah. Intan Maliana sakit dan meninggal dunia.

********* 4

LATAR
A) LATAR TEMPAT Terdapat beberapa tempat yang menjadi latar kepada peristiwa dalam novel ini. Latar tempat yang utama dan penting ialah rumah keluarga Jeffri yang merupakan sebuah rumah bunglo dua tingkat. Banyak peristiwa penting yang berlaku di rumah ini. Antaranya ialah berita yang disampaikan oleh Jeffri dan Intan Maliana selepas mereka pulang dari hospital. Peristiwa ini merupakan titik permulaan kewujudan konflik dalam novel ini. Berita ini telah membuatkan Mak Cik Noraini bimbang. Rasylan datang ke rumah ini untuk bertemu dengan Jeffri setelah Jeffri mencabarnya supaya datang ke rumah. Jeffri telah bertanyakan sesuatu secara sinis menyebabkan Rasylan berasa terhina. Selain daripada itu, Intan Julia telah ditempeleng oleh bapanya di rumah ini juga apabila Intan Julia menuduh bapanya berlaku curang terhadap ibunya. Jeffri membawa isterinya pulang ke rumah ini dengan harapan isterinya lebih dekat dengannya. Dia lebih senang untuk memantau dan menjaga isterinya. Peristiwa akhir cerita dalam novel ini berlaku dalam bilik Intan Maliana. Maliana sedar dan membuka mata. Namun dia marah dan kecewa setelah Jeffri memperkenalkan Aisyah. Dia terus sakit dan meninggal. Beberapa peristiwa lain telah berlaku di kampus UIA. Intan Julia dihantar oleh bapanya Jeffri untuk mendaftar di pusat Matrikulasi. Intan Julia kemudiannya bertemu dengan Rasylan. Intan Julia dan Rasylan selalu bertemu untuk berbincang tentang pelajaran dan tugasan yang perlu disiapkan. Selain daripada itu mereka bercakap dan meluahkan masalah selain daripada menasihati antara satu sama lain. Jeffri datang bertemu dengan anaknya Intan Julia di kampus ini setelah Intan Julia tidak pulang beberapa munggu. Intan Julia berasa kecewa setelah ditempeleng oleh bapanya setelah dia menuduh Jeffri curang terhadap ibunya. Di kampus ini juga Rasylan bertemu dengan En. Muaz al-Khalibi yang memintanya melakukan ujian DNA. Dia mendapati bahawa dia adalah anak En. Muaz hasil daripada perhubungan haram antara En. Muaz dengan seorang warga Indonesia. Penulis novel ini juga menggambarkan latar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Jeffri membawa isterinya ke hospital Intan Maliana pada pukul empat pagi setelah Intan Maliana mengadu sakit hendak bersalin. Jeffri ditemani oleh anaknya Intan Julia serta Mak Cik Noraini. Intan Julia datang dengan memakai baju tidur sehinggalah pulang keesokan harinya. Jeffri, Intan Julia dan Mak Cik Noraini terpaksa menunggu Intan Maliana melalui pembedahan untuk melahirkan anak. Dia melahirkan anak kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma. Dia dimasukkan ke ICU. Jeffri menguruskan jenazah dua anak lelaki kembar siam utuk dibawa pulang dan diuruskan pengkebumian. Semasa Intan Maliana koma, Jeffri dan Intan Julia sering datang melawatnya. Suzie juga pernah datang bersama Jeffri dan Intan Julia.

Dua peristiwa dalam novel ini berlaku di gelanggang tenis. Kali pertama pengarang menampilkan latar tempat ini ialah semasa Intan Julia datang ke gelanggang tennis untuk bermain tennis bersama bapanya Jeffri. Di sinilah Intan Julia berkenalan dengan Aisyah yang merupakan seorang pelajar bapanya. Aisyah datang ke gelanggang itu juga untuk bermain tenis. Intan Julia tidak senang dengan perhubungan bapanya dengan Aisyah. Selepas minum, Aisyah terus mengajak bapanya pulang. Sekali lagi Intan Julia datang ke gelanggang tenis bersama Aisyah. Aisyah telah mengajak Intan Julia untuk bermain tenis bersamanya. Pada hari yang sama bapanya membawa ibunya Intan Maliana pulang dari hospital. Daripada peristiwa itu Intan Julia sudah mula menyenangi Aisyah.

B) LATAR MASA Perjalanan keseluruhan peristiwa dalam novel ini berlaku dalam beberapa tahun sahaja. Bermula semasa Intan Julia berusia 16 tahun iaitu semasa berada di tingkatan empat di Sekolah Seri Gading. Antara peristiwa penting yang berlaku pada masa ini ialah gambaran keintiman perhubungan suami isteri antara Jeffri dan Intan Maliana. Keintiman itu membuatkan Intan Julia berasa meluat dan cemburu. Mak Cik Noraini mengimbas kembali hubungan Jeffri dengan Intan Maliana yang mengajar di sekolah yang sama. Mereka tajuh cinta dan berkahwin setelah Jeffri kecewa sebanyak dua kali. Jeffri dan Intan Maliana juga menyatakan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua setelah 16 tahun tidak mengandung. Berita itu telah menimbulkan konflik dan merisaukan Mak Cik Noraini. Semasa ini juga Intan Julia berkenalan dengan Aisyah di gelanggang tennis ketika dia bermain tennis bersama bapanya. Semasa Intan Julia berada di tingkatan lima, terdapat peristiwa penting yang berlaku dalam novel ini. Intan Maliana mengadu sakit hendak bersalin. Jeffri membawanya ke hospital dengan ditemani oleh anaknya Intan Julia serta Mak Cik Noraini. Intan Maliana melalui pembedahan untuk melahirkan anak. Dia melahirkan anak kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma. Dia dimasukkan ke ICU. Semasa di tingkatan lima juga Intan Julia berkenalan dan semakin rapat dengan pelajar yang baru berpindah ke sekolah itu iaitu Rasylan. Hubungan itu t idak disenangi oleh bapanya Jeffri kerana Rasylan anak luar nikah yang tidak dikenahui asal keturunan. Rasylan datang ke ruman Intan Julia. Jeffri bertanya soalan dengan sinis menyebabkan Rasylan rasa terhina. Jeffri juga telah membawa Intan Maliana pulang ke rumah supaya dia dapat menjaganya setiap masa. Semasa Julia belajar di UIA juga berlaku beberapa peristiwa penting. Antaranya ialah pertemuan Intan Julia dengan Rasylan semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Hubungan mereka semakin intim dan mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan kisah hidup. Intan Julia juga terserampak dengan bapanya bersama Aisyah sedang makan dan bermesra sebanyak tiga kali di tempat

yang berasingan. Intan Julia meragui hubungan bapanya dengan Aisyah menyebabkan Intan Julia marah kepada bapanya. Intan Julia menuduh bapanya curang kepada ibunya Intan Maliana menyebabkan dia telah ditempeleng oleh bapanya. Intan Julia akhirnya membenarkan bapanya berkahwin dengan Aisyah dengan hati yang berat. Ibunya sedang dan membuka mata. Namun dia terkejut dan marah apabila Jeffri memperkenalkan Aisyah. Dia sakit dan meninggal dunia. Dari segi latar waktu, terdapat beberapa peristiwa yang dilatari oleh latar waktu tertentu dalam novel ini. Antaranya ialah pada waktu petang. Peristiwa yang jelas pada waktu ini ialah peristiwa Intan Julia bermain tennis di gelanggang tennis bersama bapanya. Pada masa ini Julia berkenalan dengan Aisyah, seorang pelajat bapanya. Kali ke dua Intan Julia bermain tennis dengan Aisyah apabila Aisyah mengajaknya bermain tennis bersama. Walaupun dia menolak, namum dia didesak oleh bapanya untuk keluar bermain bersama Aisyah. Satu peristiwa jelas berlaku pada waktu malam. Intan Julia mendapati bapanya sedang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Intan Julia dapat meneka bahawa bapanya ingin berkahwin lagi dengan Aisyah. Dia telah membantah dan menuduh bapanya curang terhadap ibunya Intan Maliana. Tuduhanitu menyebabkan Intan Julia ditempeleng oleh bapanya. Intan Julia kecewa dan marah. Dia masuk ke bilik dan tertidur hingga pagi. Intan Maliana sedar juga pada waktu malam selepas waktu maghrib. Namun telah meninggal tidak lama selepas itu setelah dia diperkenalkan kepada Aisyah oleh suaminya Jeffri.

C) LATAR MASYARAKAT Pada umumnya masyarakat yang melatari novel ini ialahmasyarakat Melayu yang hidup di bandar. Mereka diwakili oleh keluarga Jeffri termasuklah isterinya Intan Maliana, anaknya Intan Julia dan pembantu rumahnya Mak Cik Noraini. Jeffri dan Intan Maliana termasuk dalam golongan masyarakat pendidik. Sebelum nejadi pensyarah, Jeffri juga seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama dengan Intan Maliana iaitu Sekolah Seri Gading. Mereka mengajar di sekolah yang sama sejak sebelum mereka kahwin. Kemudian Jeffri menjedi pensyarah di Kolej Iktisas. Aisyah merupakan salah seorang daripada pelajar Jeffri di kolej itu. Manakala Intan Maliana terus mengajar di sekolah berkenaan sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kemudian koma dan meninggal dunia. Suzie merupakan salah seorang guru dan kawan kepada kepada Intan Maliana di sekolah berkenaan. Selain daripada itu, Intan Julia dan Rasylan merupakan gambaranmasyarakat pelajar dalam novel ini. Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar. Semasa di tingkatan lima, Rasylan telah berpindah ke sekolah itu dan mereka berkenalan. Hubungan mereka semakin rapat sehingga Intan Julia meminta kebenaran daripada bapanya untuk pergi ke rumah Rasylan. Mereka telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi setelah mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran

di situ setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka belajar di situ selama beberapa tahun sehingga ke kampus induk UIA. Sepanjang belajar di situ, mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan masalah masing-masing. Dari sudut kemasyarakatan pula, novel ini menggambarkan beberapa ciri masyarakatnya. Antara lain ialah gambaranmasyarakat yang penyayang. Pengarang mengungkapkan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Oleh karana sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini walaupun isterinya sedang koma. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum serta pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya. Selain daripada itu, penulis juga menggambarkan masyarakat yangbertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA. Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Jeffri merupakan seorang suami yang setia kepada suami dan isteri. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan. Intan Maliana mengandung anak kedua atas permintaan Jeffri setelah enam belas tahun tidak mengandung. Dia sedar bahawa dia berhadapan dengan risiko kehilangan nyawa. Namun oleh kerana setia dan sayang kepada suaminya Jeffri, dia meneruskan hasrat itu. Jeffri pula tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Watak Intan Julia dan Rasylan pula menggambarkan masyarakat yang tekun dan rajin belajar sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia

seorang yang pintar dalam pelajaran. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi. Mereka juga seriing berjumpa dan berbincang tentang pelajaran, tugasan, membeli buku dan saling menasihati. Intan Julia yakin berjaya setiap kali peperiksaan semester yang dilaluinya. Selan daripada gambaran sifat di atas, watak Intan Julia dan Rasylan juga menggambarkan masyarakat yang perpendirian tegas. Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Demikian juga setelah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Intan Julia tetap tidak mudah untuk menerima dan mempercayai Asiyah sebagaimana yang telah dipesan oleh ibunya Intan Maliana. Demikian juga dengan Rasylan. Dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.

*********** 5

TEKNIK
A) TEKNIK PLOT Dalam novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) ini, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang menjadikan novel ini lebih menarik walaupun plotnya mengikut kronologi. Antara teknik plot pertama yang dapat dikesan dalam novel ini adalah teknik imbas kembali. Pengarang meneritakan beberapa peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang plot novel ini. Antara peristiwa yang diimbas kembali dalam novel ini ialah jodoh pertemuan antara Jeffri dengan Intan Maliana. Kisan ini diceritakan oleh Mak Cik Noraini kepada Intan Julia. Jeffri telah kecewa sebanyak dua kali. Apabila mengajar di Sekolah Seri Gading dia berkenalan dengan Intan Maliana. Mereka saling jatuh cinta dan berkahwin. Intan Julia juga mengimbas kembali peristiwa ibunya mabuk darah setelah melihat darah dari jarinya yang luka. Dia terpaksa di bawa ke hospital oleh Jeffri. Mak Cik Noraini juga mebgimbas kembali peristiwa kelahairan Intan Julia. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dia tidak mahu menyusu susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa memerah susu ibunya untuk diberikan kepada Intan Julia. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma. Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikitteknik suspens dalam novel ini. Pembaca dan watak Jeffri serta Intan Julia berasa suspens setelah Intan maliana dibawa ke hospital. Mereka dan pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana selamat melahirkan anak atau sebaliknya terutamanya setelah Intan Maliana terpaksa melalui suatu pembedahan untuk melahirkan bayi itu. Persoalan terjawab juga akhirnya apabila doktor memberitahu bahawa anak yang dilahirkan berupa anak kembas siam dan telah meninggal semasa dalam kandungan. Manakala Intan Maliana telah koma dan dibawa ke ICU. Ekoran daripada itu juga, pembaca dan watak Jeffri dan Intan Julia berasa suspens tentang kesihatannya dan bila dia akan sedar. Intan Julia pernah menunjukkan sikap demikian. Dia terus bertanya bapanya sama ada ibunya sudah sedar atau tidak semasa dia dihubungi oleh bapanya. Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Pembaca dan watak Intan Julia berasa terkejut dengan tindakan Jeffri yang menempeleng Intan Julia di rumah mereka kerana selama usia Intan Julia,bapanya tidak pernah berkelakuan demikian. Bapanya bertindak demikian setelah Intan Julia menuduh bapanya berlaku curang kepada ibunya setelah melihat perhubungan bapanya dengan Aisyah. Akibat daripada tindakan itu, Intan Julia pulang ke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Pembada serta watak Jeffri dan Intan Julia juga terkejut dengan reaski Intam Maliana. Intan Maliana sekonyong-konyong membuka mata dan kemudian meminta pizza. Namun sekali lagi mereka mengalami kejutan apabila Intan Maliana sakit dan meninggal dunia beberapa minit kemudian. Selain

daripada itu, pembaca juga terkejut dengan tindakan Rasylan yang cuba mengucup bibir Intan Julia tetapi ditolak oleh Intan Julia kerana menyedari perbuatan itu salah di sisi agama.

B) TEKNIK PENCERITAAN Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan taknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung melalui watak aku. Contohnya sejak awal cerita pengarang telah menggambarkan suasana mesra antara Jeffri dengan isterinya Intan Maliana. Mereka bermesra sambil memetik sayuran yang ditanam di halaman rumah mereka. Pengarang juga menceritakan tentang sikap Jeffri yang diam sahaja semasa menuju ke hospital selepas mengambil Intan Julia sari sekolah. Mereka pergi melawat Intan Maliana dengan diikuti oleh Cikgu Suzie. Mereka naik ke tingkat tujuh. Jeffri terus menyarungkan pakaian khas dan terus menemui isterinya diikuti oleh Intan Julia. Pada bab yang lain mengarang menceritakan Intan Julia melihat perbuatan Jeffri yang baru selesai sembahyang dan menadah tangannya memohon supaya Tuhan segera menyedarkan isterinya. Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini pengarang telah menggunakan teknik ini untuk menggambarkan peristiwa dan perasaan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Mak Cik Noraini dengan Intan Julia. Mak Cik Noraini menceritakan kisah pertemuan Jeffri dengan Intan Maliana. Apabila mengajar di Sekolah Seri Gading Jeffri berkenalan dengan Intan Maliana. Mereka saling jatuh cinta dan berkahwin. Mak Cik Noraini juga bercerita tentang peristiwa kelahiran Intan Julia. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dia tidak mahu menyusu susu tepung. Melalui dialog Rasylan juga pembaca mendapat tahu bahawa Rasylan adalah anak luar nikah dan telah ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Rasylan juga menyatakan bahawa dia tidak menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Dalam novel ini juga pengarang menggunakan sedikit teknik monolog. Penggunaan teknik monolog dapat diperhatikan dengan jelas pada halaman 7. Intan Julia mengomel sendirian semasa pulang dari sekolah sendirian. Ibunya sakit dan terpaksa pergi ke hospital. Intan mengomel bahawa ibunya tidak memberikan amaran terlebih dahulu sebelum ibunya sakit. Pada halaman 9 pula, Intan Julia bermonolog tentang tindakan Mak Cik Noraini yang ingin menceritakan kisah ibu dan bapanya. Selain daripada itu, pengarang menggunakan sedikit teknik surat untuk menggambarkan perasaan watak. Contohnya pada halaman 77, IntanJulia menemui surat yang ditulis oleh bapanyanya kepada ibunya.

Intan Julia membaca surat tersebut yang meluahkan perasaan sayang bapanya terhadap ibunya. ******** 6

PENGAJARAN
Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah seseorang bapa dan suami hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarga. Contohnya Jeffri telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia menjaga kesihatan isterinya denganbaik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA. Seseorang anak memahami perasaan ibu bapa. Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain tanpa memahami perasaan bapanya yang sunyhi dan memerlukan seseorang sebagai teman hidup. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Malah dia telah menuduh bapanya curang terhadap ibunya sehingga menimbulkan kemarahan bapanya Jeffri. Intan Julia ditempeleng oleh bapanya pada malam itu. Setelah bapanya menjelaskan keadaan sebenar barulah Intan Julia memberikan keizinan kepada bapanya untuk berkahwin dengan hati yang berbelah bahagi. Seseorang pelajar juga haruslah belajar dengan rajin dan tekununtuk menjamin kejayaaan pada masa hadapan. Contohnya Intan Julia dan Rasylan tekun dan rajin belajar sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi. Kita hendaklah tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contoh yang jelas ialah kesabaran Jeffri menanti isterinya Intan Maliana sedar daripada koma. Sekal dari Intan Julia berada di tingkatan lima hingga Intan Julia melanjutkan pelajaran ke kampus induk UIA Jeffri tetap sabar menanti sambil berdoa. Dia juga dengan sabar memberikan semangat kepada Intan Maliana dengan menceritakan pengalaman dan harapannya kepada Intan Maliana walaupun Intan Maliana sedang koma. Dia dapat bersabar dengan hidupnya tanpa teman telah menolak cadangan Mak Cik Noraini agar berkahwin lagi.

Sebagai makhluk Allah, kita hendaklah berserah kepada takdir dan ketentuanNya kepada kita. Jeffri dan Intan Maliana berserah kepada takdir dengan apa yang bakal berlaku semasa Intan Maliana melahirkan anak kelak. Nasihat itu diberikan oleh Jeffri apabila Intan Maliana meluahkan rasa risaunya kepada Jeffri. Selain daripada itu, Jeffri telah menasihatkan agar Intan Maliana menjaga kesihatan denganbaik dengan mengikut segala nasihat daripada doktor. Jeffri juga menerima takdir bahawa anak lelakinya kembarsiam dan telah meninggal dalam kandungan. Dia tidak menangis dengan apa yang berlaku. Kita janganlah melanggar hokum agama dan melakukan dosa.Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui tindakan En. Muaz al-Khalibi yang melakukan hubungan luar nikah dengan seorang wanita warga Indonesis. Hasil daripada hubungan itu, wanita warga Indonesia telah melahirkan seorang anak dan teah ditinggalkan di tepi longkang dengan niat supaya anak itu mati. Perbuatan itu telah membuatkan Rasylan terhina kerana dialah anak itu. Intan Julia juga menolak apabila Rasylan ingin mengucup bibirnya. Dia sedar bahawa perbuatan itu menyalahi hokum agama. Kita juga janganlah memandang hina kepada anak luar nikahkerana mereka tidak berdosa. Sebaliknya kewujudan mereka adalah hasil daripada dosa orang lain. Jeffri digambarkan memandang hina anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya, Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan rasa terhina.

****** 7

NILAI
Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum serta pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya. Watak Intan Julia dan Rasylan menggambarkan nilai ketekunan dan kerajinan dalam menuntut ilmu sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia rajin mengulangkaji sehingga dia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dia kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Mereka telah berjaya dalam setiap peperiksaan semester yang dilaluinya.

Pengarang novel ini juga menggambarkan nilai berfikiran positifmelalui watak Intan Julia. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz alKhalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu. Selain daripada itu, pengarang juga menggambarkan nilaitanggungjawab melalui watak Jeffri. Dia telah memberikan sokongan semangat kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia sentiasa memastikan kesihatan Intan Maliana berada dalam keadaan baik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah. Selain daripada nilai di atas, watak Jeffri menggambarkan nilai kesetiaan kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana

kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Nilai lain yang terdapat dalam novel ini ialah nilai berdikari. Nilai ini digambarkan melalui watak Rasylan. Dia sedar dengan keadaan dirinya yang hanya sebagai seorang anak angkat kepada Datuk Muhaimin. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain. Watak Rasylan juga menggambarkan nilai ketegasan dalam mempertahankan pendirian. Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.