Anda di halaman 1dari 28

1.

0 SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.1

Organisasi Kandungan Kompenan-kompenan Yang Terdapat Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.

Komponen-komponen Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Matlamat

Pengisian Kurikulum

Objektif

Sistem Bahasa

Organisasi Kandungan

1.2

Matlamat

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan matlamat untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

1.3

Objektif

Berikut merupakan objektif dalam pembentukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah : i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.

ii.

Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi.

iii.

Berbicang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

iv.

Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis.

v.

Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan.

vi.

Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis.

vii.

Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.

viii.

Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

ix.

Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu.

x.

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

Antara komponen yang terdapat dalam Organisasi Kandungan ini pula terdiri daripada Hasil Pembelajaran, Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa dan juga Pengisian Kurikulum. Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid merupakan fokus kepada penggubalan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran

Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran ini juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisisan Kurikulum.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

Kemahiran mendengar merupakan keupayaan mruid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kedua, kemahiran bertutur merupakan

keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan intonasi yang betul secara sopan, penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Ketiga, kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Akhir sekali kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan bahasa ini juga memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran merupakan pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan dalam Hasil Pembelajaran menunjukkan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini juga dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran pembelajaran yang di sesuai bilik dan berkesan. Hasil Dalam konteks dapat pengajaran dicapai dan

darjah,

Pembelajaran

dengan

menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Pendekatan pengajaran yang berfokuskan kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga turut dapat membantu murid dalam mencapai Hasil Pembelajaran. Disamping itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam

membuat pengukuran dan penilaian tahap pencapaian setiap murid dalam mengenal pasti kelemahan dan kelebihan murid.

Sistem Bahasa Merujuk kepada sistem bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa yang digunakan dalam komponen Sistem Bahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Aspek tatabahasa yang meliputi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Pengisian Kurikulum Menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang merangkumi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah yang terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen dalam pengisian kurikulum ini sebenarnya dapat diaplikasikan oleh murid dalam alam pekerjaan kelak. Selain itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

1.4

Sistem Bahasa

Berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahas, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

Sistem Bahasa

Tatabahasa

Sebutan dan Intonasi

Morfologi

Sintaksis Intonasi Jenis ayat

Susunan Ayat Kosa Kata Peribahasa umum Ragam Ayat

istilah Sistem Ejaan

Ejaan Kata Pinjaman

Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan

Pola Keselarasan Huruf Vokal

1.5

Pengisian Kurikulum

Antara elemen dalam pengisian kurikulum ialah :

Pengisian Kurikulum

Ilmu

Peraturan Sosiobudaya

Nilai Kewarganegaraan

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran Berfikir

Kecerdasan Pelbagai

Kajian Masa Depan

2.0

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul

FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di Negara kita. Dengan kata lain ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Secara am, FPK bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalanamalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia,1982).

3.0

PERKAITAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN

OBJEKTIF DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu ini juga menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Terdapat sepuluh objektif yang tersenarai dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang sememangnya saling berhubung kait dengan FPK. Hal ini kita boleh lihat melalui objektif pertama Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal. Objektif ini yang menitikberatkan aspek kemahiran mendengar, salah satu elemen dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, saling berkait dengan elemen dalam FPK, seperti warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan. Elemen FPK ini berkaitan dengan budaya ilmu dalam penyebaran maklumat dan kecekapan dalam memahami prosedur dan pengetahuan kemahiran yang berkaitan dengan kemahiran mendengar dalam objektif ini.

Objektif yang kedua, bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi juga turut saling berhubung kait dengan elemen FPK di atas, warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan. Selain itu, objektif ini turut dilihat berkaitan dengan elemen FPK, memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu kerana perkembangan potensi individu seperti dalam objektif kedua ini yang berkaitan dengan aspek kemahiran bertutur perlu sentiasa diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti.
9

Objektif yang ketiga yang berkaitan dengan aspek kemahiran bertutur iaitu berbicang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara saling berkait dengan elemen diri FPK, serta bertanggungjawab memberi dan berkeupayaan mencapai dan

kesejahteraan

sumbangan

terhadap

keharmonian

kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Melalui objektif ini, maka tercapailah hasrat FPK dalam membina sebuah masyarakat madani yang bekerjasama, bersemangat patriotik, dan saling bersatu padu dalam menyelesaikan sebarang masalah dan kesulitan yang dihadapi.

Objektif yang seterusnya, iaitu membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis berkaitan dengan aspek kemahiran membaca yang diterapkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini berhubung kait dengan elemen melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan dalam FPK. Hal ini kerana matlamat dalam elemen FPK tersebut adalah untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan mampu mendalami ilmu pengetahuan serta dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara tidak diperingkat mana sekalipun.

Objektif yang kelima, memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan yang berkaitan dengan aspek kemahiran membaca saling berkait dengan elemen melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, yang mementingkan budaya ilmu dan penyebaran maklumat dalam membina masyarakat berpengetahuan. Hal ini seterusnya dapt memupuk murid-murid dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu dan budaya membaca yang meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada.

10

Memperkembang

kekuatan

imaginasi,

kreativiti,

pemikiran kritis,

dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis merupakan objektif yang keenam yang saling berkait dengan elemen FPK, memperkembangkan potensi individu dan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani. Murid-murid akan lebih mengahayati nilai-nilai murni dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan lagi potensi dan kebolehan masing-masing melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti.

Objektif yang ketujuh, mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul juga berkaitan dengan elemen memperkembang potensi individu. Selain itu, objektif ini turut berkaitan dengan elemen melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek dan melahirkan warganegara yang berpengetahuan dalam FPK. Melalui objektif ini, potensi dan kebolehan terutamanya dalam kemahiran menulis murid-murid dapat ditingkatkan, maka terlahirlah insan yang berpengetahuan selaras dengan matlamat FPK.

Objektif berikutnya yang menggabungkan kesemua kemahiran bahasa yang diterapkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu iaitu objektif yang kelapan, menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dapat dikaitkan dengan elemen FPK, melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan. Perkara ini dapat dilihat melalui penggunaa bahasa baku yang meliputi semua aspek dalam kemahiran berbahasa dengan betul dapat memberi pandangan yang positif terhadap diri dan persekitaran, yang turut memberi sumbangan terhadap negara di mata dunia.

Objektif yang kesembilan, menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu dapat dilihat saling berhubung kait dengan elemen FPK, memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan melahirkan insan seimbang dari segi intelek. Perkara ini bersesuaian dengan
11

kehendak FPK untuk melahirkan individu yang mampu menghayati setiap karyakarya tempatan dan berilmu pengetahuan serta dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dalam menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Objektif yang terakhir ialah menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara saling berkaitan dengan elemen FPK, melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Semangat kenegaraan dan cintakan tanah air dapat ditingkatkan dan hal ini diterapkan melalui objektif ini serta melibatkan usaha pendidik yang berterusan dan perlu dikembangkan dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, elemen-elemen dalam FPK sememangnya saling berhubung kait dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Dalam penggubalan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini, elemen-elemen dan matlamat FPK menjadi teras dan sandaran serta merupakan hala tuju Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal. Diharap, melalui interaksi pendidikan dan persekitan yang berkualiti tinggi, maka tertunailah hasrat FPK dalam membentuk insan yang seimbang secara menyeluruh dan bersepadu dari semua aspek.

12

4.0

KONSEP 5P

Konsep 5P merujuk kepada elemen penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Perkara ini merupakan aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajar. bukan itu sahaja, setiap elemen ini banyak membantu guru dalam merangka strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dapat menarik perhatian pelajar. konsep 5P diamalkan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 dalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu. murid-murid dapat menguasai mata pelajaran ini dengan lebih mantap dalam tempoh tersebut. Perkara ini juga selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Konsep penggabungjalinan merupakan proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam sesuatu pengajaran dan pengajaran yang bertujuan murid dapat menguasai beberapa kemahiran secara serentak serta menjadikan bentuk pengajaran yang lebih bermakna kepada murid. Selain itu konsep ini juga dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran di samping mewujudkan suasana pembelajaran lebih berkesan. Melalui strategi penggabungjalinan dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik yang melibatkan semua murid di dalam sesuatu kelas. Penglibatan murid secara aktif dapat membantu dan memberi peluang bagi proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara seimbang dan menyeluruh.

Konsep

ini

terdiri

daripada

beberapa

bentuk,

antaranya

ialah

penggabungjalinan beberapa dalam satu mata pelajaran. Proses ini melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mendengar. Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurang dua kemahiran yang

digabungkan dalam sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran-kemahiran ini pula dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kemahiran fokus dan
13

kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama dalam objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin diajarkan kepada pelajar. manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabung selepas dipilih dengan teliti berdasarkan kaitannnya dengan kemahiran fokus. Seterusnya, bentuk penggabungjalinan pelbagai kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Proses ini berdasarkan kemahiran yang digunakan dalam mata pelajaran lain dimasukkan ke dalam mata pelajaran yang diajar. Misalnya, kemahiran dalam mata pelajaran Sains dengan mata pelajaran Bahasa Melayu melalui aktiviti perbincangan membuat karangan berkenaan binatang. Proses ini penting untuk meningkatkan kemahiran murid antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain.

Seterusnya, penyerapan pula merupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. konsep ini bertujuan untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulum di dalam Bahasa Melayu. konsep penyerapan terbahagi kepada dua iaitu penyerapan isi mata pelajaran lain dalam mata pelajaran bahasa dan penyerapan nilai.

Penyerapan isi mata pelajaran lain dalam mata pelajaran bahasa dapat dilakukan kerana setiap perkara dalam suatu mata pelajaran mempunyai kaitan dengan mata pelajaran yang lain. misalnya, isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa. Hasilnya, akan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok dan menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Bagi penyerapan nilai pula bermaksud proses menerapkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, walaupun proses penyerapan dilakukan secara terancang, namun pelajaar dapat menyerap ilmu dan nilai secara semulajadinya.

14

Dengan lebih terperinci, penyerapan dapat dibahagikan kepada dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan eksplisit. Pendekatan implisit berlaku apabila penyerapan nilai murni berlaku secara tidak langsung dan tidak terancang di dalam kelas. Sebagai contoh, cara pemakaian dan percakapan guru. Sebenarnya pendekatan ini berlaku pada semua guru kerana mereka selalu memberi nasihat, bimbingan, teguran dan contoh dan teladan yang baik di hadapan pelajar. pendekatan eksplisit pula ialah adanya peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Antaranya yang terdapat di sekolah ialah tanda larangan merokok dan membuang sampah merata-rata. Di samping itu, program motivasi atau aktiviti yang bersesuaian juga termasuk dalam pendekatan eksplisit seperti berkhemah, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru dan sebagainya. Dibandingkan dengan pendekatan implisit, pendekatan eksplisit lebih terancang dan bersesuaian dengan kaedah pelaksanaan. Terdapat 17 nilai murni yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah nilai baik hati, berdikari, hormat menghormati dan lain-lain lagi.

Menurut Koh Boh Boon ( 1982 ), pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. biasanya pencapaian mereka di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya. Dalam kata lain, pemulihan ini dilakukan kepada murid-murid yang belum dapat menguasai sepenuhnya dalam kemahiran asas 3M. Oleh itu aktiviti yang boleh dilakukan di dalam pemulihan adalah sangat terbatas dan lebih khusus. Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah penting kerana pemulihan murid-murid dapat diberikan tumpuan yang lebih. Hal ini demikian kerana murid berbeza dari segi pengalaman, minat dan kebolehan. Oleh sebab itu mereka yang lemah dan menghadapi masalah tertentu perlu diberikan perhatian. Konsep pemulihan bertujuan membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

15

Selain itu, pemulihan juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan mental mereka. Pemulihan juga membolehkan murid-murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru dan pihak-pihak lain. murid juga diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka dalam pelajaran dan minat mereka ke tahap yang lebih maju di samping terlibat dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar perlu terlibat dengan pemulihan ialah lemah dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan. Selain itu, masalah pembelajaran juga berlaku akibat mudah tertarik dengn gangguan luar dan tidak boleh mengikuti pelajaran dalam jangka waktu yang lama. Tidak lupa juga faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Sekolah khas telah dibina bagi menempatkan pelajar yang mengalami kecacatan bagi mendapat layanan dan bimbingan yang sesuai dengan keadaan mereka.

Pengajaran pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajaran Bimbingan Rakan Sebaya dan pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu, guru yang terlatih akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantu yang sesuai manakala dalam pengajaran kecil pula murid-murid yang mempunyai dibimbing dalam kelasa yang sama tetapi guru akan memberi perhatian secara individu. Biasanya ahli akan bertukar-bertukar dan guru akan menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai dan menarik. Dalam proses pemulihan, penilaian akan dilakukan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran tersebut tercapai atau tidak. Penilaian dapat dilakukan terhadap pelajar melalui pemerhatian, soal jawab atau kuiz, latihan dan lain-lain lagi. Seandainya terdapat pelajar yang sudah dapat menguasai kemahiran, mereka akan dikembali kepada kumpulan asalnya datang. Penyimpanan rekod merupakan cara untuk mengenal pasti perkembangan pelajar dengan lebih teliti.

16

Konsep yang seterusnya ialah pengayaan. Konsep pengayaan merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran asas di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti pengayaan boleh di lakukan sama ada di luar atau di dalam bilik darjah. Seterusnya, aktiviti pengayaan juga mengandungi unsur-unsur seperti meluaskan dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang sedang dipelajari. Aktiviti pengayaan adalah berbentuk bebas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan minat, kreativiti, sikap ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melatih murid membuat keputusan untuk diri, masyarakat dan kumpulan.

Setiap perkara yang dibuat mempunyai objektifnya tersendiri. Begitu juga dengan konsep pengayaan. Objektif yang pertama ialah membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka di samping menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu kearah perkembangan diri dan bakat mereka. Konsep pengayaan juga bertujuan melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. Pengelolaan aktiviti pengayaan melalui dua pilihan iaitu pilihan murid dan murid guru. Dalam pilihan murid, murid-murid akan menjalankan sendiri aktiviti yang telah disediakan. Manakala pilihan guru pula ditentukan oleh guru selepas murid menguasai kemahiran asas. Seterusnya, pelaksanaan konsep pengayaan dilakukan dalam waktu yang dipilih khas pada setiap hari serta selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran. Aktiviti pengayaan pula terbahagi kepada 3 bahagian.

17

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

Penilaian pula terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dikenali juga sebagai ujian kemajuan. Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan juga setelah tamat satu bahagian pembelajaran. Penilaian ini bukan untuk bertujuan pemarkahan gred tetapi untuk mengesan kemajuan pembelajaran yang berlaku semasa pengajaran guru. Selain itu, penilaian ini juga membantu perkembangan murid dan guru dapt mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid. Hasil daripada penilaian formatif dapat menentukan sama ada murid sudah bersedia ataupun belum. Seterusnya penilaian sumatif yang dikenali sebagai ujian pencapaian. Penilaian ini pula dijalankan pada akhir sesuatu semester. Biasanya sebelum tibanya masa ujian akhir tahun dan seumpamanya. Penilaian sumatif pula bertujuan untuk memberi gred, pensijilan dan menentukan jurusan yang akan diambil pada masa akan datang. Tambahan pula, hasil daripada penilaian sumatif dapat memperlihatkan perbandingan antara murid dan seterusnya pengkelasan murid dapat dilakukan dengan betul.

Dalam konsep penilaian, terdapat juga klasifikasi ujian iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma bertujuan untuk

membandingkan pencapaian murid dalam kelas yang sama atau dengan kelas yang lain. manakala ujian rujukan kriteria pula digunakan untuk mengenal pasti sejauh mana seseorang murid itu menguasai sesuatu kemahiran atau topik yang dipelajari. Salah satu tujuannya ialah menentukan prestasi murid berdasarkan sesuatu kriteria. Ujian ini berbeza jika dibandingkan dengan ujian rujukan norma kerana tidak
18

membandingkan pencapaian individu. Ujian rujukan kriteria amat sesuai untuk menguji kemahiran asas yang dikuasai oleh murid-murid dan disusuli dengan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Secara kesimpulannya, pelaksanaan konsep 5P adalah sangat penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa yang dapat menyumbang ke arah pembangunan individu, masyarakat, dan negara. Dengan berpandukan konsep 5P yang membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara menyeluruh, akan lahirlah individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani.

19

5.0

Kaitan Penggabungjalinan dan Kemahiran Berfikir Dalam P&P ( RPH )

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU.

TARIKH MASA TAJUK TAHUN HP UTAMA

: 06 MAC 2012 : 30 MINIT : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA : TAHUN 5 :

2.1 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami. 5.1 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai. 8.1 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.

HP KHUSUS

: 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa ayat serta sebutan dan intonasi yang bak dan jelas. Aras 3: i. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2: ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.

OBJEKTIF

: pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :


20

i. ii. iii. iv.

Dapat membaca dengan intonasi yang betul. Membina ayat untuk menjawab soalan yang diberi Dapat bercerita dengan intonasi yang betul dan jelas. Dapat membezakan ayat tungal dan ayat ayat majmuk.

PENEKANAN KONSEP 5 P i. PENGGABUNGJALINAN : Kemahiran Berbahasa : Lisan, Membaca, dan Menulis

Kemahiran Berfikir : Menerangkan sebab, Membuat ramalan,

ii. PENYERAPAN

Pendidikan moral, nilai murni.

PENERAPAN NILAI MURNI : Kesedaran terhadap persekitaran, minat membaca, bekerjasama dan bertanggungjawab.

BAHAN SUMBER P&P KAEDAH/TEKNIK P&P

: Gambar, Petikan, teks dialog dan rakaman video. : Teknik soal jawab, teknik penceritaan dan main peranan.

21

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH Set Induksi (5 Minit) ISI PELAJARAN Bahan: Gambar pencemaran alam sekitar i. Guru akan memaparkan gambar pencemaran alam sekitar. ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang alam sekitar. : 1.Siapakah yang menjadi punca dalam masalah pencemaran alam sekitar? 2.Mengapakah masalah ini terjadi? 1.menerangka n sebab 2. Membuat Ramalan Langkah 1 (10 Minit) 5.1 Aras 2 : ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks. ii. i. BBM : Teks Guru mengedarkan teks bacaan tentang masalah pencemaran. Pelajar membaca teks dengan kuat bersama. iii. Guru bertanya kepada pelajar tentang pemahaman mereka terhadap teks tersebut. iv. Murid diminta menyenaraikan isi-isi
22

AKTIVITI P&P

CATATAN BBM : Gambar pencemaran alam sekitar Teknik soal jawab. Penerapan nilai : bertanggung jawab Kemahiran berfikir :

Teknik demonstrasi.

Strategi : Berpusatkan bahan.

Pendekatan :

penting berdasarkan teks.

Induktif. Kemahiran Berfikir: 1.Mengelaska n 2.Membanding beza

Langkah 2 (10 Minit)

2.1 Aras 3: i. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai. . ii. i. i. Guru akan menayangkan video yang menggambarkan keadaan alam sekitar yang tercemar. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan (4 kumpulan). Murid akan melakonkan watak-watak dalam alam sekitar (pokok, haiwan, dan lain-lain) berdasarkan rakaman video yang telah dipertontonkan dengan bantuan teks dialog mengikut kreativiti masing-masing.

BBM : Video bersuara Teknik demonstrasi.

Teknik main peranan.

Strategi : Berpusatkan pelajar. Kaedah : Kumpulan Kemahiran Berfikir : Menjana dan perkembangan idea baru

Penutup (5 Minit) Petikan Sayangilah Alam Sekitar Kita i. Murid beramaiberamai membaca teks cerita dengan
23

Penerapan nilai murni.

intonasi yang betul.

REFLEKSI P&P : KAWALAN KELAS : AKTIVITI P&P / BAHAN : Teks bacaan ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan

pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang

mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

24

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan. Maka, manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

25

6.0

Huraian penggabungjalinan kemahiran berfikir dlm P&P BM

Dalam set induksi, guru telah memaparkan gambar pencemaran alam sekitar kepada murid. Hal ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran kepada mereka mengenai masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing. Guru juga melakukan soal jawab, dengan bertanya tentang siapakah yang menjadi punca dalam masalah pencemaran alam sekitar dan juga mengapakah masalah ini terjadi. Pengaplikasian penggabungjalinan kemahiran berfikir dapat dilihat melalui kebolehan murid menerangkan sebab dan membuat ramalan berdasarkan gambar dan soalan yang diajukan oleh guru.

Seterusnya dalam langkah satu, guru telah mengedarkan teks bacaan pencemaran alam sekitar kepada murid. Guru memberi arahan agar murid membaca teks tersebut beramai-ramai dengan jelas dan kuat. Selepas itu, guru bertanya tentang pemahaman yang berjaya diperoleh oleh murid berdasarkan teks tersebut. Kemudiannya, guru mengarahkan murid untuk menyenaraikan isiisi penting teks bacaan yang diedarkan. Pada langkah ini, penerapan konsep pengabungjalinan kemahiran berfikir mengelaskan dan membanding beza dapat diaplikasikan kerana, apabila guru meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting berdasarkan teks bacaan maka pelajar perlu melakukan banding beza di antara isi penting dan penerangan dalam teks bacaan. Selain itu, kemahiran berfikir mengelaskan dapat dilihat apabila pelajar mengelaskan isi-isi penting sahaja mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

Dalam langkah tiga pula, guru telah menggunakan paparan video bersuara sebagai bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah. Video tersebut memaparkan tentang keadaan alam sekitar masa kini yang semakin tercemar dan dipandang enteng oleh masyarakat kita. Video tersebut juga mempunyai watak animasi yang menarik dan sesuai untuk murid-murid. Guru akan membahagikan murid ke dalam empat kumpulan dan mereka dikehendaki untuk melakonkan watak-watak dalam alam sekitar (pokok, haiwan, dan lain-lain) berdasarkan rakaman video yang telah dipertontonkan dengan bantuan teks dialog mengikut kreativiti masing-masing. Pada peringkat ini pengaplikasian
26

penggabungjalinan

kemahiran

menjurus

kepada

aspek

Menjana

dan

perkembangan idea baru. Hal ini demikian kerana murid perlu melakonkan semula watak berdasarkan paparan video mengikut kretiviti masing-masing, oleh itu penjanaan dan perkembangan idea baru diperlukan bagi melahirkan satu lakonan watak yang menarik dan tersendiri.

27

7.0

RUMUSAN

Sukatan pengajaran harian merupakan satu tugas yang perlu disiapkan sebelum seseorang guru mengajar di dalam kelas. Hal in bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan konsep 5P dianggap sebagai satu medium untuk memperkukuhkan lagi kekuatan RPH seseorang guru.

28