Anda di halaman 1dari 18

BAB 5 : PEMASANGAN BLOK KONKRIT RINGAN (ALC BLOCK)

5.1

Pengenalan

Produk-produk blok konkrik ringan ALC diperbuat daripada simen, pasir halus, kapur, dan sejenis bahan kimia expanding agent. Air ditambah kepada campuran ini dan kemudian dituang ke dalam sebuah gerbang iaitu mould car dan dibiar kering. Selepas itu, campuran yang kering yang telah kering dipotong menjadi blok, lintel atau panel mengikut keperluan para pelanggan. Produk yang dipotong ini kemudian dimasukkan ke dalam sebuah mesin Autoclave dan dikeringkan pada suhu yang tinggi. Selepas lebih kurang 12 jam, produk ALC tersebut dikeluarkan dan disusun diatas pallet. Blok tersebut telah sedia dihantar ke tapak bina.

57

5.2

Produk ALC

5.2.1 Blok ALC

Blok ALC adalah produk yang sedia ada. Ukuran blok ini adalah seperti berikut : panjang 600mm, tinggi 200mm, dan lebar dari 50mm 200mm dengan kenaikan 25mm contohnya 100mm, 125mm, dan 150mm. Blok ALC tidak mempunyai sebarang tetulang didalamnya. Blok ini ringan, rintangan api selama 4 jam dan senang dipotong dan dibentuk.

Rajah 5.2.1.1 blok ALC yang telah mengeras mengikut saiz yang berbeza.

5.2.2 Ambang ALC ( Lintel ALC)

Ambang ALC digunakan untuk menyokong beban yang diatas. Ambang ini diperbuat daripada campuran yang sama dengan blok ALC. Beza antara ambang dan blok ALC adalah didalam ambang terdapat tetulang besi. Biasanya ambang ini digunakan untuk bukaan tingkap dan juga pintu.

58

Apabila memasang ambang ALC, galas hujungnya mestilah cukup dikedua-dua hujungnya. Kesemua ambang yang dibuat adalah mengikut saiz yang tetap dan tidak bleh dipotong.

Rajah 5.2.2.1 contoh ambang yang digunakan dalam kerja binaan ALC.

5.2.3 Peralatan Yang Digunakan Untuk Penerapan

a) Notched Trowel b) Hand saw c) Stirrer d) Rubber Mallet e) levelling Plane f) TBA (Thin Bed Adhesive)

5.3

Cara Pengendalian Peralatan Semasa Latihan

5.3.1 Notched trowel

a) Digunakan untuk menyapu dan meratakan TBA ke atas blok konkrit ringan. b) Ia digunakan kerana dapat memastikan kuantiti TBA yang betul disapu ke atas blok supaya saiz joint adalah setebal 2mm-3mm sahaja.
59

c) Lebar notched trowel yang digunakan mestilah mengikut ketebalan blok konkrit ringan yang digunakan.

Rajah 5.3.1.1 Notched Trowel

5.3.2 Hand Saw

a) Gergaji ini digunakan untuk memotong blok konkrit ringan kepada saiz yang dikehendaki. b) Terdapat sejenis logam yang dikenali sebagai tungsten pada gigi gergaji tersebut bagi meperkukuhkannya lagi.

Rajah 5.3.2.1 Tungsten Hand Saw

60

5.3.3 Stirrer dan hand drill

a) Digunakan untuk membancuh TBA. b) Stirrer akan disambung pada hand drill bagi mengadun campuran TBA dan air. c) Hand drill ini juga boleh digunakan untuk membuat lubang pada dinding konkrit, dinding blok, mahupun dinding kayu.

Rajah 5.3.3.1 Hand Drill dan stirrer

5.3.4 Rubber Mallet

a) Digunakn untuk merata dan meluruskan blok konkrit ringan. b) rubber mallet atau juga dikenali sebagai gandir getah ini digunakan dengan cara mengetuk permukaan blok konkrit ringan sehingga mendapat lurus dan kerataan yang dikehendaki.

61

Rajah 5.3.4.1 Rubber Mallet

5.3.5 Levelling Plane

a) Alat ini digunakan untuk merata dan membentuk blok konkrit ringan sebaik sahaja blok tersebut dipotong.

Rajah 5.3.5.1 Levelling Plane

62

5.3.6 TBA (Thin Bed Adhesive)

a) TBA atau juga dikenali sebagai Perekat Nipis ini digunakan untuk mengikat permukaan blok konkrit ringan. b) Bagi membancuh TBA ini, TBA perlu cicampurkan dengan air mngikut sukatan yang betul bagi memastikan konsistensinya berada dalam keadaan baik.

Rajah 5.3.6.1 Thin Bed Adhesive

5.4

Proses Kerja Pemasangan Blok Konkrit Ringan

5.4.1 Penandaan tempat

a) Kerja-kerja penadaan tempat dilakukan mengikut plan lantai yang telah diberi. b) Penandaan ini dilakukan di kawasan tapak kerja menggunakan peralatan penandaan seperti rajah yang berikut :-

63

Rajah 5.4.1.1 Pensel Kayu Penanda, digunakan untuk menanda atas permukaan kayu atau konkrit.

Rajah 5.4.1.2 measure tape, digunakan untuk menanda jarak.

Rajah 5.4.1.3 steel edge, digunakan untuk menanda garisan lurus.


64

5.4.2 Pemotongan Blok Konkrit Ringan

c) Setelah penandaan tempat siap, kerja-kerja penandaan, dan pemotongan blok konkrit dilakukan. d) Kerja-kerja ini dilakukan mengikut plan yang telah diberikan. Kesemua saiz yang diperlukan untuk membuat sesebuah projek telah diperincikan di dalam plan. e) Setelah kesemua saiz dikeluarkan dari plan, kerja-kerja penandaan diatas blok konkrik dibuat.

Rajah 5.4.2.1 Kerja penandaan diatas blok konkrit menggunakan pensel penanda dan sesiku L

f) Setelah

kerja

penandaan

pada

blok

siap,

kerja-kerja

pemotongan blok dilakukan menggunakan gergaji yang khas digunakan untuk memotong blok konkrit ini.

Rajah 5.4.2.2 kerja pemotongan blok konkrit ringan menggunakan gergaji khas. (tungsten tipped saw)

65

g) Blok konkrit kemudiaannya diratakan dengan menggunakan levelling plane seperti dalam rajah yang berikut :-

Rajah 5.4.2.3 merata dan membentuk sisi yang dipotong menggunakan levelling plane .

h) Apabila kerja pemotongan siap, blok konkrit yang telah siap dipotong akan disusun di satu kawasan yang berhampiran dengan tapak bina bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan.

5.4.3 Susunan Awal Blok Konkrit

a) Seterusnya setelah semua kerja pemotongan siap, kerja-kerja penyusunan blok dilakukan bagi memastikan saiz yang ditanda pada peringkat awal kerja adalah tepat. b) Setiap lapisan perlulah dilaraskan kerataan dan sudutnya mestilah tepat 900.

66

Rajah 5.4.3.1 ketepatan sudut 900 diukur menggunakan sesiku L

c) Kerataan tembok juga perlu diselaraskan bagi memastikan tiada sebarang masalah yang bakal terjadi setelah kerja-kerja mengikat blok konkrit dijalankan

Rajah 5.4.3.2 kerja-kerja penyelarasan tembok menggunakan straight edge

5.4.4 Mortar

a) Di dalam kerja pemasangan dinding blok konkrit ringan, motar simen digunakan sewaktu kerja-kerja pemasangan lapisan asas blok konkrit dilakukan. Mortar simen juga dikenali sebagai

67

thick bed mortar ini bertindak sebagai pengikat di antara blok konkrit dan permukaan lantai. b) Bancuhan mortar ini perlu dilakukan mengikut sukatan campuran yang telah ditentukan mengikut kehendak sesuatu kerja. c) Untuk kerja-kerja memasang lapisan asas blok konkrit ringan, mortar simen yang biasa akan digunakan adalah 1:6 atau 1:1:6. d) Ini adalah kerana bagi kerja-kerja blok konkrit ringan, mortar yang mempunyai ikatan yang lemah weak mortar adalah lebih sesuai digunakan sebagai bahan pengikat di antara permukaan lantai dan blok konkrit ringan. e) Campuran mortar 1:3 adalah terlalu kuat untuk kerja-kerja ini dan ianya tidak sesuai digunakan kerana ikatan dari mortar ini tidak dapat menyerap pergerakan dinding blok dan jika ini berlaku ia akan menyebabkan dinding menjadi retak. f) Walaupun begitu, rujukan pada spesifikasi yang dicadangkan oleh pihak pengeluar blok konkrit untuk nisbah mortar perlu dibuat.

Rajah 5.4.4.1 lapisan mortar yang telah dilekatkan diatas lantai bersama dengan blok konkrit ringan.

5.4.5 Lapisan Asas

68

a) Kerja-kerja pemasangan blok konkrit lapisan pertama (first course) adalah merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum membina dinding blok konkrit ringan dilakukan, biasanya kerja ini dilakukan pada hari pertama memasang dinding blok konkrit ringan. b) Lapisan pertama ini penting kerana ia merupakan asas kepada dinding yang akan dibina kelak. Lapisan pertama blok konkrit diikat di atas mortar simen supaya pelarasan kerataan dapat dicapai terutamanya jika lantai konkrit tidak rata. Oleh itu adalah penting lapisan pertama ini dipasang dengan betul dan laras agar kerja-kerja pemasangan dinding konkrit seterusnya dapat dilakukan dengan pantas dan tepat (accurate). c) Penting untuk diingatkan bahawa lapisan asas blok konkrit perlu dibiarkan untuk mencapai perlekatan yang sempurna set semalaman sebelum lapisan blok berikutnya dipasang.

Rajah 5.4.5.1 Dinding blok lapisan pertama. Merupakan lapisan asas atau lapisan pertama bagi dinding konkrit

5.4.6 Bancuhan Thin Bed Adhesive (TBA)

69

a) Di

dalam

pembinaan

dinding

batu-bata,

mortar

simen

digunakan sebagai bahan pengikat. Sungguhpun begitu di dalam pembinaan dinding blok konkrit ringan, anda tidak akan menggunakan mortar simen sebagai bahan pengikat blok konkrit ringan tetapi anda akn menggunakan bahan yang dikenali sebagai Perekat nipis atau Thin Bed Adhesive (TBA). b) Pada kebiasaannya, pihak pengeluar blok konkrit ringan akan memperkenalkan atau mencadangkan penggunaan TBA yang sesuai dengan produk mereka dan spesifikasi produk ini juga adalah berbeza.

Rajah 5.4.6.1 Perekat nipis atau Thin Bed Adhesive (TBA)

c) Bancuhan TBA perlu dilakukan dalam beberapa langkah seperti dalam rajah di bawah :-

Rajah 5.4.6.2 thin bed adhesive dituang ke dalam baldi yang berisi air secara sedikit demi sedikit

70

Rajah 5.4.6.3 kemudian gaulkan bancuhan tersebut menggunakan stirrer elektrik

Rajah 5.4.6.4 apabila telah sebati, campuran tersebut akan mencapai kelikatan atau konsistensi yang sekata

d) TBA perlu dilupuskan selepas 1 hingga 3 jam ianya dibancuh, ini kerana selepas jangkamasa tersebut penggunaannya sebagai bahan pengikat tidak akan memberikan kekuatan ikatan yang baik dan berkesan.

5.4.7 Pemasangan Dinding e) Setelah membancuh TBA, sebaiknya bancuhan tadi

dimasukkan ke dalam baldi yang lebih kecil supaya ianya

71

mudah dialaih untuk digunakan sewaktu memasang blok. Bancuhan TBA tadi hendaklah dicedok dengan menggunakan notch trowel. f) TBA yang dicedok tadi kemudian disapu ke atas permukaan blok konkrit ringan seperti dalam rajah di bawah :-

Rajah 5.4.7.1 TBA ditebarkan dari bahagian bawah ke atas secara gerakan yang perlahan

g) Pastikan keseluruhan permukaan blok konkrit ringan tersebut diselaputi sepenuhnya dangan TBA, blok konkrit ini seterusnya telah sedia untuk dilekapkan dalam kerja-kerja memasang dinding blok konkrit ringan. h) Pemasangan dinding konkrit ringan boleh dilakukan sekurangkurangnya 24 jam selepas lapisan asas / pertama blok konkrit dipasang. Pemasangan dinding blok dilakukan dengan tepat dan pantas sekiranya lapisan pertama dilakukan dengan sempurna. Ini adalah kerana pelarasan yang berhati-hati terhadap kerataan, ketegakan, serta kelurusan dalam

pemasangan lapisan pertama dapat menentukan kualiti yang terbaik dalam pemasangan dinding blok seterusnya.

72

Rajah 5.4.7.2 Dinding blok yang dipasang setelah lapisan pertama/asas siap

i) Kerja-kerja melaraskan ketegakan dan kerataan dinding perlu dilakukan bagi memastikan binaan tersebut kemas dan teratur serta tidak dapat sebarang kecacatan pada struktur binaan.

5.5

Komen Dan Cadangan

Semasa melakukan kerja-kerja ini, terdapat beberapa masalah yang terjadi. Antara yang ketara adalah :-

a) Kesilapan Pemotongan Blok b) Gagal mendapatkan kerataan blok seperti yang dikehendaki..

Bagi memastikan masalah seperti ini tidak berulang, setiap pekerja perlulah mengikuti setiap langkah yang betul seperti yang telah ditetapkan. Bagi mendapatkan potongan blok yang tepat, tandaan yang dibuat perlulah terang dan diukur sebelum dipotong. Untuk mendapatkan kerataan blok semasa kerja penerapan, blok tersebut perlu diperiksa kerataannya dan perlu di-setting dengan cepat sebelum simen mengeras.

73

5.6

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini adalah, penggunaan blok konkrit ringan adalah sangat mudah dan cepat untuk dibina. Proses yang digunakan untuk membangunkan sesebuah projek tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Blok konkrit tang digunakan bukan sahaja ringan dan senang untuk dikendalikan, malah blok ini juga mempunyai jangka hayat yang lama. Selain itu, blok konkrit ini juga mampu bertahan selama 4 jam sekiranya berlaku kebakaran dan hal ini telah diperakui oleh pihak SIRIM QAS Sdn. Bhd. Merujuk kepada SQAS/FET/15/13, dengan menjalankan ujian BS 476:Part 21:1987 Method for determine of the fire resistance of load bearing element of construction, Clause 8 Determination of fire resistance of walls.

74