Anda di halaman 1dari 4

Mohon perhatian dan kerjasama daripada semua pelajar untuk berada dalam keadaan yang tenang kerana majlis

pada pagi ini akan bermula sebentar lagi.. Harap maklum dan sila ambil perhatian..

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.

Yang berusaha En. Goh Chee Kiat, Pengetua SMK Dato Jaafar. Yang dihormati En. Arbain bin Miswan, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ahmad bin Yusop, Penolong Kanan HEM, En. Armugam a/l Ramachandran, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Rozita Bt Johan, (memangku Penolong kanan Tingkatan 6) guru-guru kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian Alhamdulillah.. Syukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dapat sekali lagi berkumpul di Dewan Jaya ini
dalam Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Dato Jaafar bagi tahun 2011. Untuk makluman semua, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah bermula dan dirasmikan pada 22hb Ogos 2011 yang lalu.

Sambutan ini bertujuan menanam semangat patriotisme dalam kalangan warga SMK DatoJaafar, Di samping Menambah pengetahuan dan minat terhadap sejarah tanahair.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini,marilah kita sama-sama menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Badrol B Sapian. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan -----Bacaan doa----------Amin Ya Rabbal Alamin Terima kasih diucapkan kepada ________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis kini diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang akan diketuai oleh Ketua Pengawas SMK Datojaafar iaitu saudara Baldev Singh .Dengan ini dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada saudara Baldev Singh kerana mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara sebentar tadi.

Seterusnya, majlis akan disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu sekolah. Para pelajar dan guru-guru diminta berdiri Nyanyian lagu Sekolah

Majlis kini diteruskan lagi dengan Ucapan perutusan kemerdekaan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan disempurnakan oleh En. Goh Chee Kiat, Pengetua SMK Dato Jaafar dan

seterusnya merasmikan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan 2011 Dengan segala hormatnya dipersilakan................
Terima kasih diucapkan kepada En. Goh Chee Kiat,

Majlis hari ini dimeriahkan lagi dengan Persembahan pendeklamasian Sajak yang akan disampaikan oleh saudari Nurfazira Bt. Ahmad dan Nurul Kharina Bt. Khalid dari kelas 6BA2 dengan sajak yang bertajuk ____Pada Tanah Kemerdekaan Ini__. Marilah sama-sama kita menghayati bait-bait puisi yang akan disampaikan oleh mereka. Majlis dengan ini mempersilakan. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari Nurfazira Bt. Ahmad dan Nurul Kharina Bt. Khalid atas pendeklamasian Sajak sebentar tadi. --------------------------------------------------------------------------Bagi meneruskan persembahan pada pagi ini majlis dengan ini mempersilakan pula barisan ahli Kelab Seni Kreatif Tingkatan 6 untuk mempersembahkan nyanyian lagu 1 Malaysia. Dipersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada ahli Kelab Seni Kreatif Tingkatan 6 atas persembahan

tadi

Kini kita sampai ke acara yang ditunggu-tunggu iaitu sesi penyampaian hadiah kepada

perserta-peserta yang berjaya yang telah melibatkan diri secara langsung dalam pelbagai aktiviti pertandingan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pada kali ini Bagi menyempurnakan acara Penyampaian Hadiah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Ahmad bin Yusop, Penolong Kanan HEM, untuk tampil ke depan

( Penyampaian Hadiah 1) Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________________________ atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan En. Arbain bin Miswan, Penolong Kanan Pentadbiran, untuk meneruskan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ( Penyampaian Hadiah 2)

terima kasih kepada _____________________________________ menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

atas

kesudian

Seterusnya, majlis mempersilakan pula ________________________________________ untuk meneruskan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Bagi menyemarakkan lagi majlis kita pada kali ini, marilah kita bersama-sama menyanyikan 5 buah lagu dengan penuh semangat. Dengan ini majlis mempersilakan guru-guru dan pelajar-pelajar untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu

Dimulakan dengan lagu


1. Malaysia Berjaya 2. Tanggal 31 3. Transformasi berjaya, rakyat sejahtera

Terima kasih kepada semua kerana sudi menyanyikan lagu-lagu patriotik sebentar tadi dengan penuh semangat.
Seterusnya sama-samalah kita menyanyikan lagu =Lagu negeri Johor =Negaraku Terima kasih diucapkan.. Guru-Guru dan para pelajar dipersilakan untuk duduk..

Dengan selesainya nyanyian 5 buah lagu sebentar tadi, maka dengan ini berakhirlah majlis penutupan sambutan bulan Kemerdekaan 2011 peringkat sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar.. Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SDJ yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memeriahkan Sambutan Bulan Kemerdekaan SDJ. Bersama-sama kita terus tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri kita sendiri, sepanjang masa dan di mana jua

Akhir kata, saya Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SDJ memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perjalanan majlis pada hari ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Sekian. sahaja Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Diminta para pelajar berada dalam barisan masing-masing sehingga arahan seterusnya diberikan.

Perhatian..diminta semua pelajar memulangkan kembali kertas edaran lirik kepada ketua kelas masing-masing, dan ketua kelas akan serah kepada Pn. Masyati

Anda mungkin juga menyukai