Anda di halaman 1dari 6

Falsafah Pendidikan Guru "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara

serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." -falsafah pendidikan guru harus berdasarkan kepada falsafah pendidikan kebangsaan -tanggungjwb yg bsr dlm mmbntuk konsep kendiri pelajar -jelas disebut dalam falsafah pendidikan guru -matlamat falsafah pendidikan guru Bagi merealisasi maklumat di atas, institusi pendidikan guru telah memberikan pendedahan berkaitan bidang akhlak Islamiyyah dalam bentuk pengetahuan. Isi kandungan (Pedagigical content knowledge) kepada bakal guru pendidikan Islam(ihat kursus diploma perguruan Malaysia 2001 dan kpli 2001).begitu juga dengan kursus-kursus di beberapa buah university tempatan yang menyediakan program latihan perguruan. Cirri-ciri guru masa depan -semangat juang yang tinggi -guru yang dapat menyesuaikan dirinya dengan teknologi -mampu bekerjasama dan berkolaborasi dengan profesion lain -memiliki etos kerja yang kuat -pasti akan kerjayanya -berjiwa profesionalisme yang tinggi -kesejahteraan lahir dan batin -wawasan masa depan Dasar pelajaran kebangsaan telah dibentuk(1996) telah dibentuk bertujuan member arah tuju kepada perkembangan masyarakat agar hasrat yang dicita-citakan tercapai. -langkah 1: menukarkan sekolah rendah yang sedia ada kpd sekolah sekolah kebangsaan(1957). Menyebabkan guru menjalani latihan perguruan yang sama.

-perubahan dan perkmbangan kurikulum utk menjadikan bahasa melayu sbg bahasa pengantar. Tumpuan kpd pendidikan guru bsr-bsran pada 1956 dan 1957. Maktab Perguruan Harian (DTC) dan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang serta Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan. Secara kronologinya, sejarah pendidikan guru sekolah menengah bermula sejak penubuhan Jawatankuasa Barnes dan Fenn-Wu pada tahun 1951, Penyata Razak tahun 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Penyata Abdul Rahman Talib tahun 1960, Akta Pelajaran 1961, Jawatankuasa Kabinet 1974, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 sehingga Jawatankuasa Pendidikan 1981. Seterusnya pada tahun 1987 Akta Pelajaran 1961 telah diadakan semakan semula bertujuan mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pelajaran 1961 tersebut (Esah Sulaiman, 2003: 146). Bagi melaksanakan dasar pendidikan, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah melatih tenaga pengajar untuk mengajar di peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas. Pada tahun 1960, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Bahagian Latihan Guru untuk menyelaraskan program-program di peringkat maktab. Penubuhannya merupakan usaha kerajaan memberi kepentingan kepada pendidikan guru. Pembinaan beberapa buah maktab perguruan membuktikan bahawa betapa pentingnya usaha untuk melahirkan guru-guru yang bertauliah. Hal ini adalah kerana pendidikan guru merupakan satu aspek yang amat penting dalam menentukan kejayaan polisi kerajaan. Francis Wong Hoy Kee dan Paul Chang Ming Phang (1975) menegaskan; Teacher education is perhaps the most important aspect of educational policy in Malaysia because teachers are responsible for translating educational goals into reality Sehingga tahun 1963, pendidikan guru bagi guru-guru sekolah menengah telah diadakan di lima buah maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Kirkby di England (1952), Maktab Perguruan Kota Bharu (1954), Maktab Perguruan Briensford Lodge di England (1956), Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1957) dan Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur (1963). Namun begitu, dengan pembangunan negara yang begitu pesat maka bagi memenuhi tuntutan masyarakat terhadap keperluan pendidikan, sehingga tahun 1986 terdapat sebanyak 29 buah maktab perguruan telah berjaya ditubuhkan oleh kerajaan. Untuk keterangan lanjut sila lihat LAMPIRAN A. Daripada jumlah tersebut terdapat maktab perguruan yang melatih guru-guru untuk mengajar di sekolah rendah dan ada maktab yang hanya melatih guru untuk mengajar di sekolah menengah. Namun begitu, terdapat juga maktab yang melatih guru-guru yang mengajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Sesuatu sistem pelajaran tidak boleh menjadi statik dalam sesuatu masa tetapi ianya mesti berubah dan berkembang dengan peredaran zaman (Abdul Rahman Yakub, 1970: V). Berikutan itu, sehingga tempoh kajian terdapat sebanyak empat program pendidikan guru sekolah menengah yang terancang pernah diperkenalkan oleh kerajaan. Rancangan pendidikan guru sekolah menengah yang pertama selepas merdeka ialah berbentuk General Purposes Colleges, kedua ialah Rancangan Latihan Perguruan Berpadu, ketiga ialah Rancangan Latihan Perguruan Bersepadu dan keempat Kursus Perguruan Asas Tiga Tahun yang diperkenalkan berikutan Laporan Jawatankuasa Kabinet tahun

5 1979 (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1980: 61). Ekoran daripada rentetan ini, berlaku pula perubahan program pendidikan guru dimana kurikulum pendidikanya juga turut berubah. Menurut Cheong Siew Young, (1983): The teacher is the key to any curriculum change and the preparation of teachers should become a priority need as part of the development of environmental education. (m.s. 16) Pada akhir tahun 1950-an, kurikulum pendidikan guru di maktab-maktab perguruan mula diperbaharui. Selepas mencapai kemerdekaan terutama selepas pembentukan Malaysia, kurikulum pendidikan guru sentiasa mengalami proses perubahan selaras dengan keperluan dan ideologi semasa. Perubahan ini berlaku kerana perubahan dalam kurikulum di sekolah, perubahan dalam kaedah dan teknik mengajar, perubahan dalam keperluan perkhidmatan guru serta perubahan peranan guru dalam kontek pendidikan dan juga perubahan sosiopolitik. Selaras dengan itu, kurikulum Ilmu Pendidikan juga mengalami proses perubahan yang sama bagi menjamin mutu pendidikan guru sejajar dengan kurikulum yang disediakan. Hal ini telah ditegaskan oleh Francis Wong Hoy Kee (1977): the curriculum in teacher education determines the quality of teachers, who,in the final analysis, have the responsibility for implementating the curriculum for schools at the grass roots level. (m.s. 80) Secara umumnya, kurikulum pendidikan guru terbahagi kepada empat bahagian iaitu komponen Ilmu Pendidikan, komponen subjek asas dan pilihan, 6 komponen ko-kurikulum dan praktikum atau latihan mengajar. Salah satu tumpuan dalam kurikulum pendidikan guru praperkhidmatan di maktab-maktab perguruan adalah pembinaan pengetahuan, kemahiran asas pengajaranpembelajaran, nilai dan sikap ikhtisas keguruan yang selaras dengan keperluan pendidikan negara serta perkembangan profesion guru. Pembinaan dan penyuburan aspek-aspek ikhtisas ini dilaksanakan melalui kursus teras khasnya kursus Ilmu Pendidikan. Berikutan itu, sebagai prasyarat untuk lulus dan dianugerahkan dengan Sijil Perguruan, semua pelatih diwajibkan mengikuti dan lulus dalam kursus Ilmu Pendidikan seperti yang telah ditetapkan. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS DARULAMAN Pengenalan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh IPG merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk

mengikuti PISMP dengan Kepujian selama empat tahun. Matlamat Program Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, danPendidikan Pra Sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hasil Pembelajaran Program Para lulusan PISMP dengan Kepujian berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang i. mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah ; ii. menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah; iii. menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Pra Sekolah dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan; iv. berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang Bahasa Arab, Sains, Matematik, Kajian Sosial, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas, Pemulihan, Pendidikan Jasmani, danPendidikan Pra Sekolah dalam pelbagai situasi sebenar; v. memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.

Latihan praktikum guru mungkin dipanjangkan


PENGALAMAN praktikum merupakan elemen penting dalam lati han perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zeland, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah tersebut: Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan dari satu tahun ke satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih: Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing; Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka; dan Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. KERAJAAN akan meningkatkan lagi guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen: Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi; Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru; dan Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap. Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan.

Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih


PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada sistem terbuka bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.

Anda mungkin juga menyukai