Anda di halaman 1dari 2

Amir Farid Bin Khairuddin, PISMP Semester 2, Pengajian Sosial, IPG Kampus Perlis, 01000 Kangar, Perlis.

En. Zainudin Bin Ramli, Penasihat Gerko Futsal, IPG Kampus Perlis, 01000 Kangar, Perlis. 24 Ogos 2011

Tuan, Tidak Menghadiri Gerko. Berhubung perkara di atas, saya Amir Farid Bin Khairuddin, pelajar PISMP Semester 2, Tahun 2011 telah tidak menghadiri gerko pada hari Selasa, 9 Ogos 2011. 2. Dengan ini, saya ingin menyatakan sebab saya tidak menghadiri ke gerko tersebut adalah kerana terlewat bangun pagi setelah tidur semula selepas solat Subuh. Saya berasa pening dan sakit kepala selepas menunaikan solat Subuh kerana saya tidak mendapat tidur dan rehat yang secukupnya pada malam itu, lalu saya menyambung semula tidur saya dan terlajak. 3. Di sini, saya mengaku telah melakukan kesalahan ini. Disamping itu, saya ingin memohon kemaafan dan budi bicara dari pihak tuan. 4. Oleh kerana pertama kali melakukan kesalahan ini, saya ingin meminta perhatian tuan agar memberi kemaafan dan pertimbangan yang

sewajarnya dan diharapkan agar kesalahan ini dimaafkan. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 5. Diharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan ke atas perkara ini. Jutaan terima kasih diucapkan atas segala jasa baik tuan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Amir Farid Bin Khairuddin)

Anda mungkin juga menyukai