Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM LINUS & PROTIM JAN 2012 07 posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on TEMUDUGA GURU SPP

1 comment PROGRAM LINUS & PROTIM APA MAKSUD PROGRAM LINUS? Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan) . Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA 2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplik asikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. KEMAHIRAN ASAS LITERASI TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan. DEFINISI NUMERASI Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yan g mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupa n harian. KEMAHIRAN ASAS NUMERASI TAHUN 1 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas TAHUN 2 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100 - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi -Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur pan jang/pendek objek TAHUN 3 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit sert a mengukur objek dalam unit piawai LINUS Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguas

ai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pad a akhir 2012 Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pem ulihan KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulih kan kemahiran literasi dan numerasi LATAR BELAKANG * Satu daripada National Key Result Area (NKRA) semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasa i asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012. (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara) * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah ( Kohort Pertama). * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk meneraj ui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah re ndah. Rasional * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemuli han khas di sekolah masing-masing. * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk m urid Tahap II. Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai k emahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM t elah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya: Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehend ak NKRA. * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masa lah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi per hatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelaj aran dan kerjaya. * Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) mengu asai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringa n Literasi dan Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS - Celik huruf - Celik nombor Strategi Pelaksanaan Di Sekolah Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3): Saringan 1 (Mac) Saringan 2 (Jun) Saringan 3 (September) Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap pe nguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI. PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M) PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asa s membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PR

OTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid ya ng bermasalah ini. PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM m empunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN. Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam prog ram PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gamb ar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. B erbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak l atih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan. Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM suda h menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. C uma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa men ulis. Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai : SELIPAR murid tulis SIPE LOCENG ditulis LONCENG SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi. Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matema tik. Kedua-dua program ini akan melepaskan murid mereka setelah didapati cemerlang dala m ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat be rguna untuk semua. PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 d an 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu uj ian tapisan. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah a kan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selep as murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.