Anda di halaman 1dari 3

PRAKTIKUM FASA 2 201 2 PENULISAN JURNAL MINGGU KEEMPAT ( 12 JULAI 16 OGOS 2012 )

Masalah

Pada minggu ini saya telah diselia untuk yang pertama kalinya oleh pensyarah penyelia bagi subjek minor iaitu Pendidikan Jasmani. Secara keseluruhannya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik, akan tetapi pengurusan masa perlu dititik beratkan dengan lebih baik. Segala komen dan kritikan dari beliau akan dijadikan panduan untuk saya meningkatkan prestasi. Permasalahan ini akan saya jadikan target utama untuk perbaiki pada sesi pengajaran yang akan datang. Berdasarkan komen pensyarah, sesi pembelajaran yang disampaikan amat menarik perhatian murid dengan aktiviti yang menarik, akan tetapi pengurusan masa pada perkembangan terlalu panjang.

Analisis

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid terlalu bertumpu pada arahan guru dan kadang kala bertindak di luar jangkaan guru seperti tidak mengikut arahan dan tidak melakukan aktiviti yang dijalankan dengan betul.Pengurusan masa yang tidak baik disebabkan saya memikirkan bahawasanya sesi pengajaran dan pembelajaran ketika itu adalah satu jam, padahal hanyalah 30 minit sahaja.

PRAKTIKUM FASA 2 201 2


Cadangan Untuk Memperbaiki

Bagi mengatasi masalah yang dilalui, saya dan rakan telah berbincang tentang pengurusan masa yang elok dan menyuruh rakan saya mengingatkan saya bahawa sesi pengajaran hanyalah 30 minit sahaja

Tempoh masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik perlu untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Penilaian Kejayaan

Saya telah berusaha menyelesaikan masalah ini hasil kerjasama dari rakan praktikum dan guru pembimbing

PRAKTIKUM FASA 2 201 2


Tindakan susulan

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan hasil pembelajaran dan aktiviti yang sesuai dengan tahap pemikiran murid dan masa yang diperuntukkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama Tarikh : :