Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya Zurina Binti Johan dan ahli kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Bahasa Malaysia Literasi WAJ 3104 -ini. Tugasan tersebut meminta kami membina BBM untuk 12 daripada 15 tajuk yang telah sediakan. Kali pertama mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah beberapa kali berjumpa dengan pensyarah pembimbing iaitu Puan Puan Hajjah Noraisikin Binti Ghazali , beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan tersebut. Saya bersama ahli kumpulan seramai 4 orang saling berbincang dan bertukar maklumat. Kami juga telah mengagihkan tugas masing-masing di mana saya telah ditugaskan untuk mencari bahan dan membina BBM untuk soalan yang kedua, kelima dan kesepuluh . Sepanjang saya menyiapakan tugasan ini , pelbagai halangan telah saya tempuhi demi untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Antaranya ialah kesukaran mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan rakan kumpulan kerana tempat tinggal yang berjauhan, menghadiri aktiviti-aktiviti di sekolah serta bahan rujukan yang terhad. Justeru itu saya mengambil inisiatif untuk mengunakan masa yan terluang ketika cuti Sabtu dan Ahad , saling berhubungan menggunakan telefon dan e-mel serta membuat rujukan di perpustakaan. Saya juga melayari internet untuk mencari bahan berkaitan untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah , saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini lebih awal dari tempoh masa yang ditetapkan. Melalui tugasan Bahasa Maaysia Literasi ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati ketika menyiapkannya. Antaranya ialah menjadikan saya lebih berminat mempelajari teknik baharu membina pelbagai jenis bahan pemulihan bahasa Melayu ini. Selain daripada itu saya jua boleh menggunakan kemahiran ini untuk menghasilkan pelbagai BBM untuk digunakan ketika sesi penajaran dan pembelajaran di sekolah saya. Ini menunjukkan bahawa objektif kerja kursus EDU 3103 ini, telah mencapai matlamat yang dikehendaki. Sebagai buktinya saya telah dapat menghasilkan tugasan kerja kursus yang lengkap seperti yang dirancang.

Anda mungkin juga menyukai