Anda di halaman 1dari 7

MENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA JARING ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JAYA

1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berusaha Tuan Guru Besar En. Borhan Bin Ahmad bagi mengadakan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Sekolah. Kertas kerja ini juga dikemukakan untuk memohon tajaan peruntukan kewangan daripada Yang Berhormat Encik Abdul rahim B. Hj. Mahmod , Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Daerah Ledang bagi pelaksanaan program ini.

2.0 LATAR BELAKANG PEROGRAM Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Jaya. Pertandingan ini disertai oleh pelajar daripada Tahap 2 (Darjah 4, Darjah 5 dan Darjah 6). Setiap pasukan menyenaraikan tujuh pemain termasuk tiga orang pemain simpanan. Pertandingan ini akan diadakan di Padang SK. Seri Jaya. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum.

3.0 MATLAMAT Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasikan dalam menempuh cabaran yang mereka hadapi di dalam kehidupan ini. Program ini juga dapat

memberikan setiap individu kemahiran untuk merancang strategi bagi memperoleh sebuah kemenangan. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Peserta dapat merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah

pertandingan. 4.2 Peserta mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri sesebuah kumpulan. 4.3 Peserta juga boleh memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan. 4.4 Dapat meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. 4.5 Dapat melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategistrategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 4.6 Dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial. dalam

5.0 TEMA Bersukan Membentuk Persahabatan

6.0 PERLAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 31 Mac & 1 April 2012 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad 4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sahaja ( hingga pukul 12.00 a.m. )

7.0 LOKASI Padang Sek. Keb. Seri Jaya

8.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT) Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang : 5.1 Kawasan padang yang berdekatan dengan rumah murid. 5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran. 5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

9.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 8.1 Jumlah peserta : 60 orang 8.2 Jumlah pasukan :6 pasukan (Rujuk Senarai Nama Pelajar yang dilampirkan)

10.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Pengarah: En. Mohd Adzmin Bin Mohd Adenin Timbalan Pengarah: En Mohd Arifudin Bin Bitan Setiausaha : Cik. Nurul Hidayah Binti Yaziz Bendahari : Cik Massita Binti AWG. Norjalim

AHLI JAWATANKUASA AJK Hadiah dan Sijil : Cik Siti Nur Farhanah Binti Omar Baki AJK Pertandingan : En Fakruddin Bi Hisyam AJK Persiapan Tempat : En. Kamarul Bin Hassan

11.0 FORMAT PERTANDINGAN Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan bola jaring dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 10 pemain iaitu 7 orang pemain akan bermain manakala 3 orang pemain lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa yang diberikan dalam satu perlawanan Masa permainan adalah 25 minit (10 minit setiap separuh masa dan 5 minit rehat) . Format pertandingan adalah setiap pasukan akan di bahagi kepada dua kumpulan. Setiap pasukan akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu. Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya. Peserta dalam setiap pasukan mesti terdiri daripada murid-murid Tahap 2 dan mesti bercampur dari setiap kelas.

12.0 SYARAT PERMAINAN 12.1 Setiap pasukan hendaklah mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Pasukan yang tidak hadir akan dikira kalah . 12.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang telah didaftarkan. 12.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan. 12.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan dilayan sama sekali .

13.0 TENTATIF PROGRAM Tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu) 8.00 pagi 9.30 pagi - Pendaftaran peserta - Majlis Perasmian Dirasmikan oleh: Encik Borhan bin Ahmad Pengetua SK Sri Jaya

10.30 pagi

- Perlawanan Peringkat Kumpulan

12.30 tengah hari - Perlawanan Dihentikan Dan Disambung Keesokan Hari

Tarikh: 1 April 2012 (Ahad) 8.00 pagi 9.40 pagi 10.00 pagi 11.00 pagi - Perlawanan Separuh Akhir - Rehat - Perlawanan Akhir - Majlis Penyampaian Piala Dan Saguhati Disampaikan oleh: Encik Borhan bin Ahmad Pengetua SK Sri Jaya

12.00 tengah hari - Bersurai

14.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL 1 2 3 4 5 Peralatan Cenderahati Pengadil Hadiah Minuman Kecemasan (belanja tak terduga) JUMLAH PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) 100.00 100.00 500.00 100.00 200.00 1000.00

Berikut adalah sumber perbelanjaan yang diperolehi untuk menjayakan program ini: BIL 1 2 PERKARA Tabung PIBG sekolah Sumbangan oleh Belia dan Sukan daerah Ledang JUMLAH 1000.00 KUANTITI JUMLAH (RM) 500.000 500.00

15.0 PENUTUP Kami berharap agar pihak Tuan dapat mengambil perhatian dan membuat pertimbangan yang sewajarnya . Semoga program tahunan ini dijayakan dengan sempurna dan dapat dilaksanakan dengan keredhaan daripada-Nya . Ucapan terima kasih kami dahului kepada semua pihak yang sedia memberikan kerjasama untuk melihat program ini berjalan dengan lancar dan semoga usaha bersama ini dapat memberi kesan yang positif bagi peserta-peserta Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Jaya .

Anda mungkin juga menyukai