Anda di halaman 1dari 1

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR, TINGKAT 7 & 8, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, 40000 SHAH ALAM

Tel Fax Email Laman Web

: : : :

03-55143400 / 55143738 03-55197584 mufti_sel@selangor.gov.my http://muftiselangor.gov.my

Jawapan : Siri 259 Assalamualaikum. Wmt. Wbt. Persoalan tuan samada anak angkat itu akan menjadi anak susuan kepada ibu susuan itu walaupun menggunakan kaedah rawatan penyuburan hirmon bagi mengeluarkan air susu jawapannya ialan anak angkat itu dihukumjan sebagai anak susuan kepadanya. Ini kerana dilihat kepada syarat untuk menjadi ibu susuan itu iaitu anak yang disusui itu hendaklah 5 kali kenyang dan umurnya hendaklah tidak melebihi 2 tahun samada susu ibu diberikan secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian diberikan kepada anak tersebut. Hubungan anak susuan dengan ibu dan anakanaknya adalah ibu dan adik beradik susuan. Adapun hubungan dengan suami/ayah (susuan) syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis nabi S.A.W. : Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orangorang yang diharamkan kerana nasab kerana suami/ayah itu adalah bapa susuan (yakni bapa kerana penyusuan).

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai