Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan Gaya hidup sihat adalah komponen yang penting dalam Pengajian Pendidikan Jasmani (PJK 2102W) seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk Program DPLI-SR GSTT Ambilan Disember 2011. Sehubungan itu, ulasan artikel gaya hidup sihat ini adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran bagi membolehkan setiap guru pelatih membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada secara lebih konstruktif. Terdapat lima elemen utama dalam gaya hidup sihat iaitu makanan seimbang, kebersihan diri, penyalahgunaan bahan, rehat yang cukup dan senaman. Setiap elemen amat penting dan perlu menjadi amalan setiap anggota masyarakat secara umumnya dan para pelajar khasnya. Penulisan ulasan ini amat bertepatan dengan matlamat kursus ini untuk memastikan setiap pelatih berupaya untuk mengulas sesuatu artikel secara ilmiah dan sentiasa menambah ilmu bagi melahirkan warga pendidik yang berilmu serta berpengetahuan luas. Artikel yang dipilih bertajuk GOUT...Serangan Kronik Memudaratkan yang telah ditulis oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin(firdaus@karangkraf.com), wartawan majalah Maskulin di dalam bahagian kesihatan majalah Maskulin edisi Mac 2012 terbitan Karangkraf. Penulis telah mengutarakan persoalan penyakit gout dan fokus utamanya adalah dari segi punca dan akibat. Melalui penulisan tersebut secara umumnya telah menepati komponen utama gaya hidup sihat. Ulasan lebih lanjut bakal diperincikan lagi melalui ulasan dibahagian seterusnya. Artikel ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan yang jelas dalam membantu pembaca memperoleh pengetahuan mengenai aspek kesihatan dan kepentingan gaya hidup sihat. Ulasan mengenai artikel ini diharap dapat memperjelaskan lagi isu yang cuba diketengahkan dan menjadi latihan yang baik bagi memastikan matlamat pengajian PJK 2102W tercapai. Kesimpulannya, pelbagai manfaat bakal diperoleh bagi menjana pengetahuan bakal guru sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.0 Ulasan
1

Artikel ini bertajuk GOUT...Serangan Kronik Memudaratkan yang telah ditulis oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin(firdaus@karangkraf.com), wartawan majalah Maskulin di dalam bahagian kesihatan majalah Maskulin edisi Mac 2012 terbitan Karangkraf. Penulis telah mengutarakan persoalan penyakit gout dan fokus utamanya adalah dari segi punca dan akibat. Selain dari itu, penulis juga menulis mengenai peringkat penyakit dan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi menagani penyakit ini. Gout menurut Kamus Dewan Edisi Empat adalah sejenis penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yg menyebabkan sendi kaki (lutut, dll) menjadi bengkak. Pernyataan ini juga disokong oleh Dr. William C. Shiel Jr., MD, FACP, FACR penulis ilmu perubatan melalui web (http://www.medicinenet.com/gout/article.htm) yang menyatakan bahawa penyakit ini adalah kesan daripada lebihan asid urik di dalam badan. Penyakit ini juga boleh menjurus kepada penyakit lain seperti pembentukan batu karang dan kegagalan fungsi buah pinggang. Punca utama penyakit ini adalah disebabkan oleh faktor genetik, kegagalan badan menyingkirkan asid urik, amalan pemakanan yang tidak terkawal serta gaya hidup tidak sihat. Dalam aspek ini, faktor genetik dan kegagalan badan meyingkirkan asid urik agak sukar dibendung. Akan tetapi, dengan amalan makan yang seimbang dan gaya hidup sihat sejak awal usia dapat membendung kita dari mendapat penyakit ini. Persoalannya , apakah diet yang baik bagi mencegah penyakit ini dan apakah amalan gaya hidup sihat yang perlu bagi membendung kecenderungan untuk mendapat penyakit ini. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak terkawal bakal mengundang kepada peningkatan pesakit gout. Pengambilan makanan tinggi protein seperti makanan laut (udang, ketam dan kerang), organ dalaman haiwan (hati,paru dan jantung), makanan jeruk dan makanan ringan yang tidak terkawal bakal menyumbang kepada simptomsimptom sakit dibahagian sendi yang menjurus kearah penyakit gout. Menurut Carol Eustic Registered Medical Technologist di laman jenis webnya makanan
2

(http://arthritis.about.com/cs/gout/a/foodstoavoid.htm),

pengambilan

yang kaya purin seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung),

daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang boleh meningkatkan paras asid urik. Selain itu juga, pengambilan minuman beralkohol secara tidak terkawal juga adalah penyumbang kepada peningkatan penghidap gout. Selain faktor pemakanan, kurangnya aktiviti senaman dan tekanan melampau juga boleh menyumbang kepada penyakit ini. Hal ini berlaku kerana tekanan yang melampau akan mengurangkan sistem imun badan, menukar paras gula dalam darah dan meningkatkan paras asid urik ke tahap tertinggi. Lebih berat badan dan Obesiti juga adalah antara punca meningkatnya jumlah penghidap gout (Dr. William C. Shiel Jr., MD, FACP, FACR http://www.medicinenet.com/gout/article.htm). Penyakit ini sebenarnya boleh di elak dengan mengamalkan diet seimbang (piramid makanan) dan aktiviti bersenam. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan gaya hidup mewah masa kini (makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan kanser (http://www.bharian.com.my/articles/Mencontohitabiat_caramakanRasulullah/Article/). Oleh itu, kita sepatutnya mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat., banyakkan makan buah-buahan dan sayuran, sentiasa bersenam dan berusaha mengurangkan berat badan, banyakkan minum air masak ( 8 gelas sehari), kurangkan makanan berlemak dan mengamalkan diet yang seimbang bagi mengelak penyakit berbahaya. Selain itu, amalan cara hidup yang baik juga dapat membantu ke arah kesejahteraan hidup yang lebih baik. Kesimpulannya, artikel ini telah berjaya menyentuh tiga elemen utama dalam komponen gaya hidup sihat iaitu pemakanan seimbang, senaman dan penyalahgunaan bahan. Diharap melalui ulasan ini, kita dapat memperkaya ilmu dan merubah diri agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat bagi menjamin kehidupan yang sejahtera. 4.0 Kesimpulan Secara keseluruhan, saya amat bersetuju dengan artikel GOUT...Serangan Kronik Memudaratkan yang telah ditulis oleh Wan Mohd Firdaus
3

Basaruddin(firdaus@karangkraf.com), wartawan majalah Maskulin di dalam bahagian kesihatan majalah Maskulin edisi Mac 2012 terbitan Karangkraf. Artikel ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca mengenai bahaya penyakit gout dan akibat daripada kegagalan untuk mengamalkan gaya hidup sihat yang menjadi teras kepada kehidupan manusia. Semoga dengan pembacaan artikel seumpamanya dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada semua pembaca. Akhir sekali, tugasan penulisan ulasan ini berupaya untuk melatih bakal guru dalam aspek penulisan bahan ilmiah dan sebagai pelengkap kepada kemahiran komunikasi tulisan.

5.0 Refleksi Melalui tugasan penulisan ulasan ini, banyak perkara yang dapat dipelajari. Bermula dengan pencarian bahan sehinggalah kepada dokumentasi. Sepanjang tempoh tersebut, saya berupaya untuk menguji kemahiran sedia ada dan berusaha untuk mempelajari sesuatu yang agak baru bagi seorang bakal guru. Tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya tugasan ini telah berjaya memberi banyak manfaat dan kemahiran baru. Proses pencarian maklumat dimulakan dengan pembacaan beberapa artikel yang sesuai dengan aspek penilaian. Seterusnya memilih artikel yang paling sesuai dan disokong dengan beberapa buku dan artikel lain. Maklumat-mmaklumat yang berkaitan direkod bagi membantu dalam penulisan ulasan. Setelah itu, proses penulisan dilakukan dan ulasan bedasarkan artikel utama disokong dengan bahan rujukan yang lain. Aspek pemahaman amat penting untuk menggabung jalin sumber yang ada seterusnya menghasilkan penulisan yang baik. Format penilisan ilmiah juga perlu diperkemas bagi menjaga kualiti dokumentasi. Tugasan yang diberikan amat baik dan bersesuaian dengan matlamat pembelajaran pengajian Pendidikan Jasmani. Melaluinya, bakal guru berupaya untuk membuat ulasan secara ilmiah dan memperoleh pengetahuan melalui pembacaan. Hal ini amat bertepatan dengan memupuk amalan membaca dikalangan bakal guru bagi
4

memastikan setiap bakal guru terdidik dengan kepelbagaian ilmu. Oleh itu, saya menyokong penuh tugasa seumpamanya diteruskan bagi program-program yang lain. Semoga dengan penghasilan tugasan ini, bakal guru dapat mengambil manfaat dari pembacaan seterusnya berkongsi pengetahuan dengan rakan pelatih yang lain, masyarakat dan para pelajar kelak. Dengan itu, bakal guru berupaya untuk mengulas sebarang artikel dengan cara tersendiri dan berjaya memupuk jati diri sesuai dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bakal menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan negara.

6.0 Rujukan
1. Maskulin(Mac 2012), Kesihatan: GOUT...Serangan Kronik Memudaratkan (48-

49). Malaysia: Karangkraf


5

2. Aminudin Yusof(2005), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2, Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


3. Dr. William C. Shiel Jr ,Gout and hyperuricemia. Dicapai pada 13 Mac 2012

http://www.medicinenet.com/gout/article.htm.
4. Gout. Dicapai pada 13 Mac 2012 http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gout 5. Gout and Foods to avoids. Dicapai pada 13 Mac 2012

http://arthritis.about.com/cs/gout/a/foodstoavoid.htm.
6. Mencontohi tabiat, cara makan Rasullullah. Dicapai pada 14 Mac 2012:

http://www.bharian.com.my/articles/Mencontohitabiat_caramakanRasulullah/Artic le/.
7. Cara Kawal sakit Gout. Dicapai pada 14 Mac 2012

http://www.hmetro.com.my/articles/Carakawalsakitgout/Article/artikelMA

LAMPIRAN