Anda di halaman 1dari 6

2.

2 IMPLIKASI FPK DAN FPG TERHADAP PENDIDIKAN NEGARA

FPK dan FPG menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam iaitu ilmu sains dan manusia dengan Tuhan iaitu ilmu teologi. Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua para guru serta tidak terkecuali para guru pelatih yang kelak bakal bergelar warga pendidik perlu meneliti dan mentafsir isi kandungan dan seterusnya memahami hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam kedua-dua falsafah tersebut. Setiap perancangan dan aktiviti pendidikan yang diaturkan akan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam kedua-dua falsafah tersebut dan seterusnya akan memberi implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan. Berikut merupakan senarai elemen yang tercatat dalam FPK serta implikasinya terhadap pendidikan di Malaysia: i) Pendidikan sebagai suatu usaha berterusan: Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran serta nilai murni yang berlaku berterusan sepanjang hayat. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan dan setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka walaupun setelah tamatnya zaman persekolahan. Proses pendidikan yang berterusan akan membantu seseorang individu mengadaptasi diri dengan pelbagai situasi.

ii)

Perkembangan potensi individu: Setiap individu telah dikurniakan Tuhan dengan bakat, potensi serta kebolehan yang tersendiri yang mungkin terindung dan belum dicungkil lagi. Bakat, potensi serta kebolehan sebaik-baiknya dicungkil, diasah serta dipupuk kerana ketiga-tiga perkara tersebut dapat dicungkil dan dikembangkan melalui interaksi sosial dengan orang sekeliling.

Pendidikan seharusnya memberi peluang kepada indidividu untuk mengembangkan bakat, potensi serta kebolehan mereka.

iii)

Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu: Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan dan perlu diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain dimana perkembangan dan peningkatan sebaik-baiknya merangkumi keempat-emat aspek JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek)

iv)

Insan yang seimbang dan harmonis: Setiap individu perlu memiliki ilmu iaitu dari aspek intelek, sahsiah yang baik dari aspek emosi, akhlak yang baik dari aspek rohani dan kesihatan diri yang baik dari aspek jasmani. Keempat-empat aspek tersebut perlu di seimbangkan supaya dapat melahirkan individu yang harmonis serta mempunyai daya tahan yang tinggi untuk berhadapan segala rintangan dan cabaran hidup.

v)

Unsur intelek: Individu yang mempunyai intelek yang tinggi adalah individu yang memguasai ketiga-tiga kemahran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta sentiasa berusaha untuk menambah dan mengembangkan ilmu yang sahih dan benar. Selain itu, seseorang individu juga erlu berfikiran kreatif, kritikal dan reflektif serta sanggup berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain dan persekitaran.

vi)

Unsur rohani: Dari segi rohani pula, setiap individu perlu menyedari serta percaya kepada kewujudan dan kekuasaan Tuhan dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Tuhan dan sentiasa berakhlak mulia serta berpegang teguh kepada nilai-nilai murni.

vii)

Unsur emosi: Setiap individu perlu memiliki emosi yang matang, stabil dan mampu memupuk perasaan kasih sayang disamping mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan yang utuh.

viii)

Unsur jasmani: Aspek jasmani pula menuntut setiap individu supaya menyedari akan kepentingan kesihatan fizikal dan pada masa yang sama mengasah bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif serta kemahiran bersosial. Kemahirankemahiran tersebut seterusnya diaplikasikan dan member kebaikan kepada masyarakat.

ix)

Kepercayaan kepada Tuhan: Adalah penting bagi setiap individu mengakui serta mepercayai kewujudan dan Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam sekitar serta mengamalkan ajaran agama yang dianutinya. Setiap indvidu juga perlu menyedari akan hukum dan fenomena alam yang merupakan peraturan ang telah ditetapkan oleh Tuhan dan seterusnya bertanggungjawab ke atas setiap tindak-tanduk da perbuatannya.

x)

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan: Budaya membaca hendaklah dipupuk dan dijadikan amalan dalam

melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan berilmu pengetahuan luas serta berfikiran terbukan.

xi)

Rakyat Malaysia yang berketerampilan: Sebagai rakyat Malaysia yang berketerampilan, setiap individu tersebut perlulah memiliki kecekapan dan kompetensi diri serta berkebolehan untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. Individu yang berketerampilan juga sentiasa berpandangan jauh, berinisiatif serta mampu memupuk pembawaan diri yang baik.

xii)

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia: Individu yang berakhlak mulia mempunyai perwatakan diri yang baik dan sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

xiii)

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab: Individu yang bertanggungjawab merupakan individu yang boleh dipercayai dan memikul serta melaksanakan amanah yang diberi dengan sempuna, bersih dan cekap disamping mematuhi setiap peraturan dan undang-undang Negara. Individu yang berdisipn juga akan sentiasa berusaha dengan penuh iltizam untuk memperbaki diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

xiv)

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri: Rakyat ang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri akan sentiasa berfikiran waras dan berjiwa tenang serta mempunyai daya ketahanan diri ketika menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan hidup.

xv)

Rakyat

Malaysia

yang

dapat

memberi

sumbangan

terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara: Individu tersebut perlulah berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya dan berusaha memajukan ekonomi Negara berpandukan dasar yang ditetapkan disamping mengekalkan kestabilan politik dan keamanan Negara.

xvi)

Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri: Individu yang berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri adalah individu yang memiliki daya tahan fizikal yang tinggi serta berkebolehan mengharungi cabaran hidup.

xvii)

Sumbangan

terhadap

keharmonian

dan

kemakmuran

keluarga,

masyarakat dan Negara: Setiap rakyat Malaysia mestilah menjadikan rukun Negara sebagai amalan hidup mereka. Selain itu, setiap rakyat hendaklah memupuk persefahaman dalam keluarga, mematuhi norma kehidupan masyarakat dan seterusnya menyemai perasan cinta akan Negara.

Seterusnya, beralih kepada falsafah berikutnya iaitu FPG yang juga turut memberikan implikasi terhadap sistem pendidikan Negara. FPG yang dibentuk memberikan implikasi yang besar khusunya kepada golongan pendidik itu sendiri. Setiap guru harus mengamalkan nilai keguruan dalam menjalankan tugas. Penghayatan nilai dibuat secara berperingkat-peringkat, bermula dari peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Pelaksanaanya adalah seperti berikut:

KELIMA : Peringkat Perwatakan

KEEMPAT : Peringkat Organisasai

KETIGA : Peringkat Penilaian

KEDUA : Peringkat Gerak Balas

PERTAMA : Peringkat Penerimaan

Seperti yang dapat dilihat berdasarkan rajah di atas, jelaslah bahawa sesuatu nilai itu jika dihayati hingga ke peringkat perwatakan, maka nilai itu akan sebati dengan sahsiah guru dan adalah sukar untuk diubah oleh mana-mana pihak. Seterusnya penghayatan nilai keguruan tersebut akan memberi implikasi kepada peranan guru. Setiap guru haruslah, cemerlang dari semua aspek, memenuhi aspirasi bangsa, serba boleh, punyai stamina, unsur kecindan dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul. Oleh itu, jelaslah bahawa pendidik merupakan pemangkin kepada transformasi dalam bidang pendidikan khususnya dalam merealisasikan aspirasi pendidikan Negara. Selain itu, dari aspek pembangunan insan pula, FPK dan FPG menyediakan kurikulum yang relevan, sistem penyampaian yang berkesan, penekanan Pendidikan dan Moral, penekanan Sains dan Teknologi, peningkatan peluang pendidikan pelbagai bidang serta pemupukan semangat patriotisme.

Disamping itu, kedua-dua falsafah turut memberi implikasi yang baik dari aspek pembangunan sumber pendidikan dimana penekanan diberi dari segi penyediaan input pendidikan yang mencukupi, penyediaan program pendidikan mengikut perancangan serta peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Tambahan pula, FPK dan FPG turut memberi implikasi positif terhadap aspek penyelidikan dan pembangunan dengan menyediakan tenaga pakar untuk penyelidikan, sumber kewangan dan dasar pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan. Jelaslah disini bahawa FPK dan FPG sedikit sebanyak memberikan implikasi yang memberansangkan terhadap sistem pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai