Anda di halaman 1dari 14

BIODATA PELAJAR

NAMA :

ADDY RAYNER BIN ROBERT

NO. KAD PENGENALAN :

890501-12-5547

NO. MATRIK :

BPP2011-8064

ASAL :

KOTA MARUDU

NO. TELEFON :

014-5547079

NAMA PEGAJAR :

EN. JOHARI DAUD MAKAJIL

SESI AKADEMIK :

JANUARI 2012

TAHUN/SEMESTER :

TAHUN 1 SEMESTER 2

PROGRAM :

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN LIFE ITS A JOURNEY, IT CAN TAKE YOU ANYWHERE YOU CHOOSE TO GO.

MOTTO :

1|Page

OBJEKTIF PEMBELAJARAN. I. II. III. IV. V. VI. Mendefinisikan hepatitis B, C dan D. Menyatakan jenis-jenis penyakit hepatitis B, C, dan D. Menyatakan etiologi penyakit Hepatitis B, C dan D. Menerangkan patofisiologi penyakit hepatitis B, C dan D. Menyatakan manifestasi klinikal penyakit hepatitis B, C dan D. Menyatakan investigasi yang perlu dilakukan untuk pengesanan peyakit hepatitis B, C dan D. VII. VIII. IX. X. Menerangkan cara transmisi penyakit hepatitis B, C dan D. Menyatakan komplikasi penyakit hepatitis B, C dan D. Menerangkan rawatan penyakit hepatitis B, C dan D. Menerangkan pencegahan, kawalan dan rehabilitif penyakit hepatitis B, C dan D. XI. Menerangkan peranan PPP dalam pencegahan penyakit hepatitis B, C dan D.

2|Page

PENGENALAN Hepatitis Definisi : Menurut pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) hepatitis merujuk kepada inflamasi ke atas hepar yang biasanya di jangkiti oleh 5 jenis virus utama iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E. Semua virus ini menyebabkan penyakit kronik pada hepar yang bercirikan jaundis, kehitaman pada warna urin, fatigue, nausea, muntah dan sakit pada abdomen. Biasanya akan berterusan sehingga beberapa bulan atau tahun. Hepatitis B

Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV). Spesies dalam kumpulan virus Hepadna dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia. Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virus ini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.

3|Page

Hepatitis C

Hepatits c merupakan satu penyakit berjangkit yang menyerang hepar yang di sebabkan oleh virus hepatitis C (HCV). Jangkitan biasanya bersifat asimptomatik. walau bagaimanapun jangkitan kronik akan menyebabkan sirosis hepar yang biasanya muncul selepas beberapa tahun. Dalam sesetengah kes, mereka yang mendapat sirosis hepar akan berisiko mendapat penyakit kegagalan hepar dan barah hati. Hepatitis D

Hepatitis D diklasifikasikan sebagai hepatitis delta yang disebabkan oleh hepatitis D virus (HDV). Ia merupakan penyakit yang berlaku akibat pembentukan RNA virus yang kecil dan bulat. HDV boleh dikategorikan sebagai subviral satellite kerana hanya boleh menjangkiti seseorang yang menghidap hepatitis B. Transmisi HDV boleh berlaku samada dengan kehadiran bersama-sama HBV atau selepas jangkitan kronik dan pembawa HBV. Kedua-dua jangkitan menyebabkan komplikasi yang teruk berbanding dengan hanya serangan HBV. Komplikasinya termasuklah sirosis hepar yang berisiko membentuk penyakit barah hati dalam infeksi kronik.

4|Page

ETIOLOGI HEPATITIS Hepatitis B Disebabkan oleh virus Hepatitis B dari kumpulan VII, dalam keluarga Hepadnaviridae, dari genus Orthohepadnavirus. Hepatitis C Hepatitis D Disebabkan oleh virus Hepatitis C. Disebabkan oleh virus Hepatitis Delta dari genus Deltavirus.

PATOFISIOLOGI HEPATITIS Hepatitis B Tempoh inkubasi bergantung kepada tahap serangan. Virus akan memasuki badan dan menyerang hepar dan mula bereplikasi. Simptom mula muncul antara 60 hingga 90 hari (dalam tempoh 45 hingga 180 hari) Penyakit klinikal (jaundis): < 5 tahun : < 10% 5 tahun : 30% - 50% Peratusan Kes akut yang melibatkan kematian: 0.5% - 1 % Infeksi kronik : < 5 tahun : 30% - 90% > 5 tahun : 2% - 10% (15%) Kematian pra-matang akibat penyakit hati kronik : 15% - 25% Hepatitis C
5|Page

Tempoh inkubasi bergantung kepada tahap

serangan. Virus akan memasuki badan dan menyerang hepar dan mula bereplikasi. Simptom mula muncul antara 6 hingga 7 minggu (dalam tempoh 2 hingga 26 minggu). Penyakit klinikal (jaundis): 30% - 40% ( 20% - 30%) Hepatitis kronik : 70 % Infeksi persisten : 85% 100% Immuniti: belum ada antibody yang dikenalpasti.

Hepatitis D

Tempoh inkubasi bergantung kepada tahap serangan. Virus akan memasuki badan dan menyerang hepar dan mula bereplikasi. Bagi mereka yang menghidap hepatitis B, simptom hepatitis D akan bermula 4 hingga 12 minggu. Bagi mereka yang tidak menghidap hepatitis B dan hanya mendapat jangkitan hepatitis D, tempoh inkubasi adalah di antara 30 hari hingga 180 hari (anggaran) bergantung kepada tahap inflamasi yang berlaku pada hepar. Pada awal tempoh inkubasi, penyakit ini sangat mudah untuk berjangkit.

6|Page

MANIFESTASI KLINIKAL HEPATITIS Hepatitis B 1. Demam ringan diikuti dengan jaundis. 2. Artalgia iaitu rasa sakit pada sendi tanpa sebarang pembengkakan. 3. Nausea dan muntah. 4. Rasa sakit pada bahagian epigastrium dan hipokondrium kanan. 5. Jaundis kelihatan di permukaan kulit dan sclera selepas 3 hingga 4 hari dan berlarutan hingga 6 minggu. 6. Urin berwarna seperti air teh akibat kehadiran bilirubin yang banyak. 7. Berlaku hepatomegali dan rasa sakit (tenderness). 8. Spleenomegali. 9. Ruam urtikaria (mukulopapular). 10. Najir berwarna pucat akibat ketiadaan sterkorbilin.

Hepatitis C

1. Demam ringan diikuti dengan jaundis (5%). 2. 50% - 80 % ciri-ciri klinikal kronik hepatitis. 3. Sirosis/ hepatocellular carcinoma. 4. Sakit abdomen. 5. Letih lesu. 6. Sama dengan ciri-ciri kllinikal hepatitis B.

Hepatitis D

1. Rasa letih. 2. Diarea. 3. Myalgia. 4. Sakit tekak. 5. Fatigue. 6. Sama dengan ciri-ciri klinikal hepatitis B.

7|Page

INVESTIGASI Semua penyakit hepatitis diuji melalui kaedah-kaedah berikut : 1. Ujian serologi pendiagnosaan untuk jangkitan kronik hepatitis B. 2. HBsAg ujian yang dilakukan untuk semua jenis hepatitis. 3. HBsAb ujian untuk daya tahan imuniti. 4. Anti-HBc/IgM ujian dalam infeksi akut. 5. Anti-HBc/IgG (antiHBc/total Ab) ujian untuk jangkitan kronik. 6. HBeAg ujian yang dilakukan untuk menguji kehadiran jangkitan. 7. Anti-Hbe ujian yang dilakukan untuk menguji kehadiran jangkitan. 8. HBV-DNA ujian untuk melihat kehadiran replikasi virus. 9. Lain-lain ujian : I. II. III. Urine test menguji kehadiran bilirubin. Stool test menguji kehadiran sterkobilin. Ujian fungsi hati.

KAEDAH TRANSMISI Hepatitis boleh ditransmisikan melalui: 1. Cecair badan dari individu yang menghidap hepatitis. 2. Sekresi vagina. 3. Cecair semen. 4. Saliva. 5. Dari ibu yang dijangkiti kepada fetus yang dikandung. 6. Melalui hubungan seks yang tidak selamat. 7. Darah orang yang dijangkiti. 8. Tinggal dengan orang yang dijangkiti. 9. Tercucuk jarum suntikan.

8|Page

Kumpulan yang berisiko mendapat jangkitan hepatitis : 1. Golongan homoseksual, biseksual dan heteroseksual. 2. Pelacur dan gigolo ( amalan seks yang tidak selamat ). 3. Pengamal perubatan. 4. Pelancong asing. 5. Penggemar tattoo dan tindik. 6. Individu yang gemar berkongsi barangan peribadi (tuala, sabun, berus gigi dan sebagainya.). 7. Perkongsian jarum suntikan (golongan penagih dadah). 8. Pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis. 9. Individu yang menerima tranfusi darah atau produk darah sebelum Julai 1992 atau factor pembeku yang dihasilkan sebelum 1987. KOMPLIKASI 1. Kegagalan hepar. 2. Abses hepar. 3. Kolangitis. 4. Septisemia. 5. Hepatoma. 6. Sirosis hepar. 7. Barah hati.

9|Page

RAWATAN Tiada rawatan spesifik kerana penyakit ini adalah jangkitan virus. Walau bagaimanapun terdapat beberapa alternative berikut : 1. Interferon Untuk pembawa positif HBeAg yang mengalami hepatitis kronik aktif. (kadar keberkesanan adalah 30% hingga 40%) : I. II. Alpha-interferon 2b (original). Alpha-interferon 2a ( terbaru dan dipercayai lebih efektif dan efisien).

2. Lamivudine 3. Steroid ( prednisolone ). 4. Azathioprine. 5. Rawatan simptomatik : i. ii. iii. iv. Vitamin B kompleks berfungsi menambah selera makan. Anti-puritik calamine lotion ( mengurangkan urtikaria). Kostikosteroid mengurangkan serum bilirubin dalam darah. Antibiotic Neomycin/Metronidazole membunuh bakteria akibat jangkitan sekunder. v. Anti-piretik paracetamol menurunkan demam.

6. Penjagaan kejururawatan : i. Rehat di atas katil sehingga tanda dan symptom berkurangan dan sementara menunggu pengesahan diagnosis. ii. iii. Pengasingan dan barier nursing untuk mencegah rebakkan jangkitan. Pemakanan berikan makanan yang berkarbohidrat tinggi, protein tinggi dan rendah lemak bertujuan meningkatkan selera makan dan memberi tenaga. iv. v. Galakkan pesakit minum air yang secukupnya. Berikan infusi intravena jika pesakit mengalami loya dan muntah yang teruk. vi. Elakkan meminum alkohol dalam tempoh 6 bulan. Berhenti minum alkohol adalah lebih baik.
10 | P a g e

vii. viii.

Berhenti merokok. Lakukan senaman ringan.

PENCEGAHAN DAN KAWALAN 1. Pendidikan kesihatan. 2. Mengamalkan gaya hidup sihat : i. ii. Seks selamat. Menjauhi dadah.

3. Menggunakan alat perubatan pakai buang (disposable). 4. Pemberian imunisasi vaksin aktif imuniti. 5. Mengamalkan konsep standard precaution dalam kalangan pengamal perubatan. 6. Notifikasi kes. 7. Disinfeksi-najis, urin dan darah. 8. Imunisasi kontek. 9. Penyiasatan kontek dan punca jangkitan. 10. Pemberian vaksin hepatitis B. 11. Melakukan screening darah di tabung darah. 12. Mengekalkan pengawasan kepada penderma darah-kontek, pembawa dikenalpasti. 13. Menggunakan peralatan yang sterile. 14. Promosi kesihatan.

11 | P a g e

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DALAM PENCEGAHAN 1. Melakukan promosi kesihatan melalui : i. ii. iii. iv. v. Pameran. Risalah. Media massa. Media cetak. Kaunseling.

2. Sebagai pengamal perubatan : i. ii. iii. Patuhi arahan pihak atasan. Patuhi Standard of precaution yang telah ditetapkan. Laporkan sebarang kejadian kemalangan di dalam ward atau unit kepada pihak yang bertanggungjawab. 3. Di bahagian pengurusan : i. ii. iii. iv. Kemaskini data dan statistik. Laporan bulanan mengenai kes-kes yang terbaru. Membuat pemantauan. Membuat notifikasi kepada jabatan kesihatan terdekat.

12 | P a g e

RUMUSAN hepatitis merujuk kepada inflamasi ke atas hepar yang biasanya di jangkiti oleh 5 jenis virus utama iaitu Hpatitis A, B, C, D dan E. Semua virus ini menyebabkan penyakit kronik pada hepar. Penyakit ini mudah untuk ditransmisikan. Semua orang berisiko mendapat penyakit ini oleh itu, langkah pencegahan dan kawalan perlu dilakukan secara menyeluruh.

13 | P a g e

SUMBER RUJUKAN. 1. Kamus jururawat Oxford Fajar Edisi Kedua. 2. Oxford Concise Medical Dictionary 8th Edition. 3. Ross and Wilson Anatomy & Physiology in Health and Illness 11th Edition (Churchill Livingstone Elsevier). 4. Nota MACH semester 1 dan 2. 5. Nota MASM semester 2. 6. http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_B 7. http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_C 8. http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_D 9. http://hepatitis.emedtv.com/hepatitis-d/causes-of-hepatitis-d.html 10. http://hepatitis.emedtv.com/hepatitis-d/causes-of-hepatitis-d-p2.html 11. http://www.homeopathymalaysia.org.my/content/hepatitis+a+b+c+boleh+di+ra wat-83.aspx 12. http://hepatitis.emedtv.com/hepatitis-d/hepatitis-d-treatment.html 13. http://hepatitis.emedtv.com/hepatitis-d/hepatitis-d-symptoms.html 14. http://hepatitis.emedtv.com/hepatitis-d/hepatitis-d-incubation-period.html 15. http://www.medicinenet.com/hepatitis_c/article.htm

14 | P a g e