Anda di halaman 1dari 38

MENGENAL PASTI MASALAH (TINJAUAN AWAL)

Sesuatu masalah itu akan wujud apabila timbulnya konflik dalam


diri individu seseorang. Masalah itu antaranya seperti masalah
peribadi, sesama rakan, keluarga, masyarakat hatta dengan keadaan
sekeliling mereka.
Kewujudan masalah ini jika tidak ditangani dengan bijak
memungkinkan terjadinya perilaku-perilaku di luar kawalan seseorang
seperti memberontak, membenci dan sebagainya.
Lantaran itu, suatu konsep penyelesaian dirangka dan digunapakai
dalam menyelesaikan kemelut masalah yang timbul. Hal ini sekurang-
kurangnya dapat mengenalpasti apakah punca masalah itu wujud dan
seterusnya mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah itu.
Sebagai contoh, tindakan penyelesaian masalah yang boleh
digunapakai dan membantu dalam mengatasi masalah ialah seperti
seisi kaunseling bersama pakar motivasi, kursus bina semangat dan
sebagainya.
Di dalam konteks yang lebih meluas sesuatu masalah itu boleh
terjadi di dalam ruang lingkup yang berbeza seperti di rumah, di
tempat kerja, di sekolah dan sebagainya.
Di dalam hal ini, pemusatan tumpuan kajian telah memfokuskan
tentang masalah yang berlaku di sekolah. Hal ini kerana didapati
bahawa institusi sekolah memberikan ruang lingkup kajian yang lebih
terperinci untuk mengetahui tentang sesuatu masalah yang wujud
sama ada melibatkan pelajar, guru, pentadbir dan sebagainya dalam
institusi itu.
Didapati setelah diperinci dan diperhalusi secara rawak terdapat
4 komponen penting tentang punca masalah yang berlaku di sekolah.
Komponen-komponen itu ialah ibu bapa, pentadbiran sekolah, aspek
pengajaran dan pembelajaran serta masalah disiplin pelajar.
Antara penyebab mengapa ibu bapa dikaitkan dengan punca
masalah yang berlaku di sekolah ialah, di dalam institusi keluarga, ibu
bapa adalah tonggak kepada arah tuju anak-anak mereka di dalam
sesuatu perkara. Sebagai contoh, di dalam hal-hal pelajaran anak-anak
di sekolah, antara kepincangan yang sering terjadi dan dilakukan oleh
ibu bapa sama ada sengaja atau tidak ialah, kebanyakan ibu bapa
tidak mengambil berat hal pelajaran dan prestasi anak-anak di
sekolah.
Mereka menyerahkan bulat-bulat hal ehwal akademik anak-anak
kepada guru. Mereka mengharapkan guru dapat membentuk anak
mereka menjadi seorang yang terpelajar, sedangkan mereka sendiri
tidak menyedari bahawa peranan seseorang guru itu hanya terbatas di
sekolah sahaja dan selebihnya anak-anak adalah di bawah
tanggungjawab ibu bapa apabila berada di rumah.
Antara lain kebanyakan ibu bapa tidak memantau perlakuan
anak-anak mereka selepas habis waktu persekolahan, kemana anak
mereka pergi, dengan siapa mereka berkawan semuanya diabaikan.
Bagi ibu bapa yang bekerja pula, mereka hanya sibuk dengan kerja
sehinggakan anak-anak mereka habis terabai.
Penyebab lain pula ialah di dalam aspek pentadbiran di sekolah.
Pentadbiran ini antaranya melibatkan guru dengan rakan sekerja.
Masalah ini wujud lantaran adanya sikap seperti tidak memberikan
kerjasama antara mereka di dalam sesuatu perkara, perasaan iri hati
dan dengki dengan guru lain, mementingkan diri sendiri dan tidak peka
dengan kesusahan rakan guru yang lain.
Masalah sekecil inilah yang akhirnya menjadi barah yang besar
sehinggakan menyebabkan runtuhnya institusi sekolah yang mantap,
yang mana akhirnya kerugian akan ditanggung oleh semua pihak sama
ada ibu bapa, pelajar, guru hatta masyarakat sekeliling.
Penyebab lain pula ialah dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Di dalam aspek pengajaran, kebanyakan para
guru lebih tertumpu kepada teknik yang lama di dalam hal
penyampaian pengajaran. Mereka lebih senang menggunakan teknik
yang diwarisi turun temurun di dalam menyampaikan pengajaran iaitu
menggunakan papan tulis (papan hitam).
Diakui cara ini adalah yang paling efisien, mudah dan ringkas
untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Walau bagaimanapun
selaras dengan perkembangan bidang teknologi antaranya komputer,
kemungkinan cara pengajaran secara papan tulis ini mungkin boleh
diganti dengan teknik mengunakan kaedah powerpoint dan
sebagainya.
Sekurang-kurangnya ini selaras dengan matlamat dasar
pendidikan negara yang mahukan adanya suatu transisi perubahan
dalam corak pengajaran guru di sekolah. Di dalam aspek pembelajaran
pula, antara masalah yang dikenalpasti pula ialah seperti murid
ponteng sekolah, melawan guru, tidak memberikan tumpuan
sepenuhnya pada pembelajaran.
Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan objektif dan
matlamat sekolah untuk mewujudkan sekolah cemerlang dan murid
pintar berkemungkinan hanya 50% sahaja tercapai.
Penyebab lain pula ialah masalah disiplin. Antara masalah
disiplin yang seringkali menjadi masalah utama di sekolah ialah kes
buli. Buli ini terjadi apabila terdapat individu pelajar yang lebih
berkuasa akan menggunakan kelebihan ini untuk membuli pelajar lain
sama ada menggunakan kekuatan fizikal dan mental, dan
kebiasaannya pelajar yang dibuli ini tidak akan melawan,
berkemungkinan kerana takut atau sebagainya.
Kes buli ini adalah sesuatu hal serius yang mesti ditangani
secara bijak, tepat dan berhemah oleh guru-guru di sekolah. Hal ini
kerana, jika dibiarkan masalah ini walaupun ianya dianggap suatu kes
terpencil, tetapi kesannya pada fizikal dan emosi pelajar yang menjadi
mangsa adalah sangat besar. Antaranya seperti kemurungan,
ketakutan, memberontak, pendendam dan sebagainya.
Masalah dan isu yang berlaku di sekolah

Seperti yang diketahui di dalam kajian ini, masalah yang


difokuskan ialah masalah disiplin iaitu melibatkan kes buli. Terdapat
dua komponen penting yang difokuskan mengapa terjadinya kes buli
ini. Komponen itu ialah masalah yang berpunca dari pelajar itu sendiri
dan masalah yang ditimbulkan oleh ibu bapa.
Antara punca yang dikenalpasti dari pelajar ialah, seperti
kurangnya kasih sayang dari ibu bapa. Antara lain mereka ingin
mencari pengaruh dan menunjukkan kehebatan diri di hadapan pelajar
lain, bahawa dengan membuli mereka kelihatan sangat berkuasa dan
digeruni oleh pelajar yang lain.
Antara punca yang dikenalpasti dari pihak ibu bapa ialah,
kebanyakan ibu bapa seringkali memukul anak tanpa sebab yang
kukuh ataupun mereka seringkali memukul anak tanpa mengambil
timbang tara yang tepat apakah jenis kesalahan yang dilakukan, besar
mana kesalahan anak-anak dan adakah patut mereka terus
menghukum tanpa mencari sebab anak berkelakuan sedemikian.
Jika perlakuan ibu bapa ini berterusan, ini akan menyebabkan
anak-anak merasa diri mereka teraniaya dan wujudnya rasa ingin
memprotes dan memberontak dalam diri. Mereka merasakan adalah
tidak patut diri mereka dihukum atas kesalahan kecil yang dilakukan.
Jika keadaan ini dibiar dan dipendam dalam diri, kemungkinan jalan
terakhir yang anak-anak akan ambil ialah membuli rakan sebaya yang
lain di sekolah, sebab dengan cara itu mereka rasa puas dapat
melepaskan segala kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam diri
mereka.

Apa idea baru boleh dicuba


Antara idea-idea yang dikenalpasti dapat membantu
menyelesaikan masalah buli ialah antaranya mewujudkan kelas
tambahan dan mengadakan kelas dan seisi motivasi di sekolah.
Mewujudkan kelas tambahan selepas habis seisi persekolahan
secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kes buli ini.
Buktinya semasa seisi persekolahan berlangsung, tidak semua pelajar
dapat menguasai pengajaran yang disampaikan. Bagi pelajar yang
berbakat dan boleh digelar seorang yang pandai, mungkin nisbah
mereka ini untuk mengusai pelajaran yang disampaikan oleh guru
adalah sangat tinggi.
Walau bagaimanapun hal ini mungkin tidak dapat diikuti oleh
pelajar yang agak lemah dalam pelajaran. Dari pemerhatian yang
dibuat, kebanyakan pelajar yang lemah ini adalah dari kalangan
mereka yang degil dan bermasalah. Jadi, mereka mengambil
kesempatan untuk membuli rakan-rakan mereka yang lebih pandai
dari mereka, ditambah pula dengan rasa hasad dengki dan cemburu
dengan kelebihan rakan mereka yang lebih pandai dari mereka.
Jadi, sekiranya kelas tambahan ini dibuat, maka pelajar yang
lemah ini secara langsung dapat mempelajari pelajaran yang gagal
dikuasai semasa seisi pengajaran yang lepas. Ini akhirnya
membuatkan pelajar ini secara langsung dapat memahami dan
menguasai pelajaran yang mereka tertinggal dan tidak faham.
Jadi, dalam hal ini tiada mana-mana pelajar yang tertinggal
dalam pelajaran dan kemungkinan untuk wujudnya pelajar yang lebih
pandai dari pelajar lain tiada. Bila keadaan ini berlaku, maka kes buli
ini mungkin dapat dikurangkan.
Mengadakan kelas dan seisi motivasi di sekolah juga dapat
mengurangkan kes buli ini. Melalui seisi motivasi ini, guru dapat
menerangkan tentang kes dan gejala buli ini secara mendalam. Guru
juga dapat memberikan kefahaman dan peringatan kepada pelajar
tentang kesan buruk buli kepada pelajar yang menjadi mangsa.
Melaluinya juga guru akan memberi peringatan tentang
hukuman yang bakal dikenakan kepada pelajar yang suka atau terlibat
dengan kes buli ini. Ini secara tidak langsung akan membuatkan para
pelajar akan lebih mengerti kesan buruk buli ini dan memberikan
peringatan kepada mereka hukuman yang bakal dikenakan jika mereka
didapati terlibat dalam kes ini.

MENGUTIP DATA (TINJAUAN AWAL)

Instrumen / Alat Untuk Mengenalpasti Masalah / Isu

1. Temubual
Temubual adalah satu kaedah pungutan data yang penting kerana ia
membantu pengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam dalam
memahami sesuatu situasi/masalah/isu dengan jelas. Temubual awal
boleh dibuat secara temubual berstruktur dan temubual tidak
berstruktur yang boleh dilaksanakan bersama:
• rakan-rakan sekerja dalam bidang yang sama
• ketua panitia mata pelajaran
• pelajar/murid
• ibu bapa
• pentadbir

1.1 Temubual Berstruktur


Soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk
atau bidang yang tertentu sahaja dan telah ditentukan supaya
pengkaji dapat menyoal secara sistematik.

Contoh 1:
Temubual dengan rakan sekerja dalam bidang yang sama -
bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang cara guru Bahasa
Inggeris membetulkan kesilapan ejaan murid.

Contoh soalan:
• Adakah anda membetulkan semua kesilapan ejaan murid?
• Adakah anda pernah mendenda murid yang membuat
kesilapan ejaan?
• Jika ada, apakah denda yang anda gunakan?
• Siapakah murid yang selalu didenda?

Contoh 2:
Temubual dengan murid - Berdasarkan satu situasi di bilik darjah
dalam mata pelajaran matematik untuk mendapatkan maklumat bagi
memulakan Kajian Tindakan tentang tajuk Set.

Contoh Soalan:
• Adakah kamu suka tajuk Set?
• Apa masalah awak dalam tajuk Set?
• Apa cadangan awak supaya awak boleh jawab soalan Set
dengan berjaya?

1.2 Temubual Tidak Berstruktur


Soal jawab yang mementingkan penerokaan idea ataupun
perbincangan terbuka. Dilakukan dalam situasi tidak formal. Kaedah ini
memberi peluang pengkaji meneroka secara mendalam dan membuat
interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri.

Contoh Soalan:
Temubual dengan murid
Adakah apa-apa yang kamu hendak beritahu cikgu?
Mengapa kamu rasa begitu?
Apakah pandangan atau pendapat kamu?

2. Ujian Kertas Pensil / Bertulis


Ujian kertas pensil / bertulis boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk
mengenalpasti masalah. Hasil ujian kertas pensil boleh dirujuk sebagai
sumber.

Contohnya:
• ujian bulanan
• ujian percubaan
• ujian tahunan
• ujian semester

3. Soal Selidik
Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal. Soal selidik
yang dibentuk mesti memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah
dikenalpasti. Hasil soal selidik yang memberi fokus kepada item-item
dalam sub-topik boleh dijadikan indikator dalam menentukan fokus
terhadap masalah/isu. Terdapat beberapa jenis soalan dalam soal
selidik :

1. Dichotomous - bertujuan untuk mendapatkan pilihan sampel


daripada 2 pilihan yang diberi.

Contoh:

Adakah anda suka belajar Ya Tidak


pecahan?
Belajar pecahan memerlukan Benar Salah
perkiraan.

2. Likert scale - bertujuan untuk mendapatkan tingkat penilaian /


persepsi / persetujuan sampel.
Skala jawapan: 3-poin/4-poin/5-poin/7-poin

Contoh:
Berdasarkan tahap kognitif sampel:
Tingkat Persetujuan
1=Sangat Tidak Setuju
2=Kurang Setuju
3=Bersetuju
4=Sangat Bersetuju

Tingkat Keberkesanan
Tingkat Faedah
Tingkat Kekerapan
Tingkat Kefahaman
Contoh soalan skala 4-poinT
Sejauh manakah anda ................................

Kenyataan Skala
……………………………… 1 2 3 4

Tingkat Kekerapan (Borang Kajian Emosi Pelajar)


Arahan: Sila bulatkan nombor yang menggambarkan kekerapan anda
mengalami perasaan yang dinyatakan semasa menjalankan
eksperimen Sains.

Sangat Agak Jarang


Kerap Jarang
Kerap Kerap Sekali
5 4 3 2 1
1. Tenang
2. Was-was
3. Terpaksa
4. Keliru
Bermina
5.
t
Ingin
6. Mencub
a
7. Takut
8. Yakin
9. Berani
10 Malas
3. Rank Order - bertujuan untuk mendapatkan penilaian sample
kepada semua item yang disenaraikan dengan memberikan
pemberatannya. Susunkan beberapa item yang mempunyai ciri-
ciri yang sama (mutually exclusive) mengikut keutamaan.

Contoh:
Nombor 1 menunjukkan peringkat tertinggi,Nombor 2 menunjukkan
kedua tertinggi dan seterusnya hingga nombor terakhir yang
menunjukkan paling rendah tingkat keutamaannya.

Contoh:
Berikan penilaian anda … Mengikut keutamaannya

Syarahan
Latih Tubi

Lakonan

Lawatan

4. Soalan Terbuka (Open-Ended) - bertujuan untuk


mendapatkan pendapat sample dengan menulis sendiri
pendapatnya
Contoh:
Tuliskan 2 perkara penting yang kamu telah pelajari dalam mata
pelajaran Matematik bagi tempoh dua bulan yang lepas.
.……………………………………………………………………………………………
………….…………………………………………………………………………………
…………………
…....................................................................................................

Berikan cadangan kamu bagi meningkatkan pengajaran dan


pembelajaran Matematik di kelas kamu.
……………………………………………………………………………………………
……..…………………………………………………………………………………
…........

5. Inventori Kendiri
Soalan inventori kendiri boleh dibentuk oleh penyelidik untuk
memahami masalah yang wujud dalam bidang tugas yang telah
dipertanggungjawabkan kepadanya

Always Often Sometime Rarely or


true of true of true of never
me me me true of
me
1. I can tell when a
musical note is
off-key
2. I have no trouble
reading maps
3. I am a good
dancer
4. I can easily do
practical
mathematical
operations in my
head
5. I am very
sensitive to
other peoples'
feelings
6. …………………
…..
7. …………………
…..
8. …………………
…..
9. …………………
…..
10 …………………
. …..

6. Borang Pemerhatian
Borang pemerhatian dibentuk bagi meneliti situasi/kejadian serta
memikirkannya secara kritikal.

Jadual : Tingkahlaku Pelajar Semasa Intervensi Dilaksanakan


Aktiviti Tingkahlaku Kekerapan
Pelajar
1. Memperkenalkan Set dan Ketawa
konsep rajah Venn sebagai
sebuah padang bola
2. Soal jawab lisan Suka menjawab
beramai-ramai
3. Contoh soalan melibatkan Tekun
gambarajah Venn mendengar
4. ..............................................
......

7. Catatan Harian Rancangan Mengajar Guru


• jurnal refleksi guru/ pelajar
• diari guru/ pelajar
• memo arahan kerja

Refleksi Pedagogi Dalam Tinjauan Awal (Format yang


digunakan ialah Refleksi Grid)
Refleksi Cadangan Tindakan
Teknik dapat tarik perhatian Tajuk-tajuk lain dikaitkan dengan
pelajar lemah minat pelajar
Pelajar diberi peluang Mesti peruntukan masa pelajar
berkomunikasi antara satu sama melahirkan secara lisan apa yang
telah diajar
Tanamkan sikap jangan malu Membuat borang semakan
untuk menjawab walaupun mengenai kekerapan pelajar
mungkin salah berani menjawab secara individu

ANALISIS DATA (TINJAUAN AWAL)

Data perlu dianalisis selepas dikutip kerana bertujuan untuk


membantu mendalami data secara dekat dan jelas untuk melihat
perkara-perkara yang dalam jangkaan atau di luar jangkaan, sedar
atau tidak sedar berlaku. Bagi menganalisis data sesebuah kajian yang
dijalankan, pengkaji perlulah melihat kepada corak kajian yang
digunakan dalam melaksanakan kajian. Antara corak kajian yang
digunakan seperti pemerhatian, ujian pra dan pos, soal-selidik dan
pelbagai lagi kaedah kajian. Setiap tenik atau kaedah yang digunakan
mempunyai cara tersendiri untuk menganalisis data. Data-data yang
diperoleh dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian iaitu
kaedah mestilah menjurus untuk mencapai objektif kajian.

Kajian tindakan cenderung kepada pendekatan kualitatif di mana


bermaksud pendekatan yang tidak menggunakan dasar kerja secara
statistik tetapi berdasarkan bukti- bukti kualitatif. Kajian tindakan lebih
cenderung melihat perubahan yang berlaku seperti ada peningkatan
atau tidak sebelum dan selepas melakukan kajian.

Analisis ini dilakukan dengan membuat jadual atau data display


untuk menunjukkan bahawa pengkaji telah mengumpul data atau
maklumat untuk mengetahui punca, bagaimana masalah tersebut
timbul dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan masalah yang
dikaji. Jadual dan graf hanyalah untuk menyenangkan penerangan
bertulis dan jangan menganggap bahawa adalah mencukupi sekiranya
pembaca hanya dihidangkan dengan jadual dan membuatkan mereka
menginterpretasi sendiri.

Panduan bagi menganalisis data ialah:

• Baca dan ulang baca, lihat dan ulang lihat sehingga data
tersebut difahami sepenuhnya kerana analisis data secara
menyeluruh amatlah penting kerana sesetengah data
mempunyai kandungan yang lebih bermakna daripada data lain.
Jadi adalah lebih baik untuk mengutip paling kurang dua data
yang berlainan jenis seperti data dari temubual dan dari soal-
selidik atau pemerhatian, tetapi berkaitan di antara satu sama
lain dan boleh dibandingkan. Lebih baik sekiranya proses analisis
dan refleksi dari data dilakukan bersama rakan sekerja atau
secara kolaboratif. Kemungkinan besar pandangan yang
berlainan dapat dikemukakan dari data yang sama.

Analisis isi kandungan sesuatu transkrip dari temubual, refleksi,


catatan atau transkripsi boleh dibuat dengan menganalisis elemen-
elemen di bawah:

• Morfem Cara analitik

• Frasa
• Ayat(contoh)

• perenggan
• keseluruhan Cara tema/
artikel holistik
Kaeadah kualitatif yang biasa digunakan ialah 'coding and categories
in grounded theory ' oleh Strauss & Corbin.

Bagi sesetengah kajian, penyelidik menggunakan pendekatan


kuantitatif di mana data perlu dianalisis dengan dua kaedah iaitu
menggunakan ujian statistik deskriptif dan ujian statistik inferensi.
Kajian yang berbentuk deskriptif ialah kajian yang bermatlamat untuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Statistik
deskriptif hanya menerangkan pola sampel seperti taburan kekerapan,
min, median, mod dan melihat beberapa kriteria lain seperti
perwakilan data iaitu taburan latar belakang responden, jantina, umur,
tahap pendidikan ibu bapa dan sebagainya.

Statistik inferensi pula membolehkan penyelidik membuat


analisis melihat perbezaan signifikan antara dua kumpulan. Antara
yang biasa digunakan ialah ujian T, Anova, khi kuasa dua, korelasi dan
sebagainya. Terdapat beberapa perisisan yang boleh membantu
menganalisis data ialah SPSS (Statistical Package for the Social
Sciences) dan lain-lain. Sebagai contoh untuk melihat perbezaan
signifikan di antara dua kumpulan: Terdapat perbezaan signifikan
antara kumpulan pelajar yang menyertai ceramah kempen antibuli
dengan pelajar yang tidak menyertai ceramah kempen antibuli.

Matlamat terakhir dari analisis ialah untuk membuahkan


kemungkinan sebab dan akibat yang boleh dijadikan asas untuk
merancang langkah-langkah tindakan yang boleh digunakan dalam
mengatasi sesuatu masalah.
MENENTUKAN FOKUS
(TINJAUAN AWAL)

1. Huraikan masalah, isu & keprihatinan dgn jelas


2. Nyatakan objektif, tujuan & rasional dgn jelas
3. Contoh berunsurkan P & P
4. Contoh isu yang membabitkan pengetahuan/kemahiran dan
amalan guru
5. Contoh lain: Buli

MERANCANG TINDAKAN
(TINJAUAN AWAL)

Strategi perancangan K.T


1. Melakukan tinjauan awal mengenai isu, masalah atau
keprihatinan
2. Merancang tindakan bersama rakan sejawat atau fasilitator
3. Merancangkan kaedah mengutip data, menganalisikan data
dan membuat interpretasi mengenai data
4. Membuat jadual kajian/pemerhatian
5. Membuat anggaran belanjawan
6. Sediakan usul atau kertas cadangan
Melaksanakan tindakan
(TINJAUAN AWAL)

1. Mengenal pasti masalah yang hendak diubah.

Contohnya masalah buli dengan mengenalpasti masalah


buli seperti tinjauan awal tetapi dengan lebih mendalam.
Apabila masalah buli dijadikan contoh masalh yang ingin
dikaji adalah dengan kenalpasti kekerapan perlakuan ini,
kenalpasti persepsi pelajar dan guru, kenalpasti jenisnya,
kenalpasti sama ada terdapat program intervens dan
kenalpasti pelajar terhadap isu-isu keselamatan. Perkara yang
perlu dirujuk adalah melalui proses pengajaran dan
pembelajaran, pedagogi, kurikulum dan rungutan.

2. Mengadakan perbincangan

Perbincangan dilakukan dengan pihak pegurusan sekolah,


PPD, KPM, PIBG, dan pertubuhan sukarela. Mereka semua
mempunyai kepentingan dalam menyelesaikan masalah. Dari
sini hasil cadangan adalah yang tebaik

3. Tinjauan bahan

Tinjauan bahan yang digunakan adalah dengan


mengetahui bagaimana kita menggunakan bahan dalam
melakukan kajian. Sumber-sumbernya adalah daripada
laporan, jurnul, perbincangan, dan sesi soal selidik.

4. Ubahsuai pernyataan – penyataan masalah baru


Pengubahsuaian pernyataan adalah sama ada melaui
pernyataan masalah baru. Contohnya sama ada terdapat
masalah baru lain yang tidak dapat dicatit pada awal tadi.

5. Huraikan masalah & isu

Setelah mengubahsuai pernyataan yang didapati dengan


masalah baru, seterusnya huraikan masalah dan buli tersebut.
Contoh masalah disebalik berlakunya buli. Cntoh-contoh lain
adalah masalah pengajaran dan pembelajaran.

6. Pilih prosedur

Seterusnya pilih prosedur yang ingin digunakan dengan


menerangkan bagaimana persampelan dilakukan, seterusnya
lakukan pentadbiran, memilih bahan, pilih kaedah dan akhir
sekali agih tugasan mengikut jumlah prosedur yang ingin
dijalankan.

7. Pelaksanaan

Pelaksanaan terdapat juga perancangan di dalamnya iaitu


dimulakan dengan memungut data, perekodan, pelaporan
awal, penilaian dan seterusnya analisis data yang dipungut
pada awalnya tadi.

8. Mentafsir data/maklumat
Akhir sekali dalam proses melaksanakan Kajian Tindakan adalah
dengan mentafsir data atau maklumat dengan membuat inferens,
membuat refleksi seterusnya sedikan

Kak lina
K I T A R A N 2

Kit a r a n 2 Keputusan negatif

Penyemakan semula
tindakan
mereflek

Membentuk semula
perancangan
Menilai tindakan
susulan

Melaksanakan
tindakan
simulasi

Di dalam proses penyelesaian masalah dan proses mendapatkan


keputusan, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu kitaran 1 dan
kitaran 2. Kebiasaannya kitaran 1 digunakan terlebih dahulu berbanding
dengan kitaran 2. Ini kerana kitaran 2 merupakan kaedah yang diguna
pakai setelah kaedah kitaran 1 memberikan keputusan yang negatif.
Kitaran 2 terdiri daripada 5 elemen yang utama. Antaranya ialah
penyemakan semula tindakan, membentuk semula perancangan,
melaksanakan tindakan simulasi, menilai tindakan susulan dan juga
mereflek. Penerangan tentang elemen-elemen tersebut dan kaitan
dengan kajian kes (buli), dapat diterangkan seperti di bawah:
a) Penyemakan semula tindakan
- Penyemakan semula tindakan ialah kaedah yang digunakan
apabila keputusan atau hasil yang diharapkan daripada kajian
kes(buli), tidak memberikan hasil yang positif. Ia bagi mengenalpasti
segala kelemahan yang terdapat dalam tindakan yang telah diambil
dan bertujuan untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Contohnya, bagi mengatasi masalah buli di kalangan pelajar, pihak
sekolah telah mengadakan satu kempen 'anti buli' di mana di setiap
sudut sekolah tersebut di tampal dengan poster-poster anti buli. Hasil
daripada tindakan tersebut, respon yang diterima oleh setiap pelajar di
ambil kira. Sekiranya respon yang diberikan adalah positif, maka
tindakan yang diambil tersebut adalah betul. Tetapi jika respon yang
diberikan pelajar adalah negatif dan tidak mendatangkan kesan yang
positif di mana kes buli masih berleluasa di sekolah, menunjukkan
tindakan yang diambil itu adalah tidak berkesan. Oleh sebab itu lah,
penyemakan semula tindakan perlu dilakukan.

b) Membentuk semula perancangan


- Membentuk semula rancangan ialah satu proses di mana segala
perancangan yang telah dilakukan dari awal di teliti semula bagi
memperbaiki setiap kelemahan. Proses pembentukan semula
perancangan adalah penting bagi menghasilkan keputusan yang
positif.

c) Melaksanakan tindakan simulasi

- Tindakan simulasi dijalankan setelah perancangan dibentuk


semula. Contohnya bedasarkan kes buli ini, tindakan simulasi yang
diambil ialah pemasangan CCTV di sekolah. Pemasangan CCTV
tersebut dilakukan dalam tempoh tertentu bagi melihat reaksi atau
respon pelajar-pelajar tersebut samada respon yang diberikan positif
atau sebaliknya. Jika respon yang diberikan positif maka kaeadh yang
digunakan adalah berjaya dan diteruskan. Namun jika keputusan yang
diperoleh adalah tidak seperti yang diharapkan maka proses yang
seterusnya ialah menilai tindakan susulan.

d) Menilai tindakan susulan


- Proses ini berlaku adalah hasil daripada tindakan simulasi yang
telah diambil. Ia bertujuan bagi memastikan keputusan yang diperoleh
menepati dengan apa yang diharapkan. Contoh tindakan susulan yang
boleh dilakukan bagi mengatasi masalah buli di sekolah selain
pemasangan CCTV ialah dengan mengadakan kem-kem motivasi bagi
membentuk semula akhlak pelajar disamping menerapkan nilai-nilai
murni.

e) Mereflek
-Proses yang terakhir dalam menyelesaikan masalah ialah
mereflek. Mereflek dapat ditakrifkan sebagai satu proses di mana
segala perancangan yang telah diambil atau dirancang diguna pakai
bagi mendapatkan keputusan. Ia merupakan satu proses yang paling
penting bagi mengetahui samada perancangan yang dilakukan adalah
tepat atau tidak. Hasil daripada keputusan yang diperoleh dapat
membantu dalam membentuk sesuatu tindakan yang seterusnya.
KONSEP PENYELIDIKAN
1. PENDAHULUAN Pengenalan Pengenalan kepada isu
dan bidang secara
Kenapa, mengapa global
menjalankan Latar belakang Masalah yang ingin
penyelidikan masalah dikaji secara khusus
Pernyataan masalah Apakah masalah yang
Objektif ingin dikaji
Tujuan penyelidikan
Persoalan Apakah yang mungkin
penyelidikan/Hipotesis dicapai
Kepentingan Apa pentingnya
penyelidikan kepada….
Kekangan Apakah penyelidikan
boleh mengkaji semua
perkara yang
berkaiatan
Konsep,Takrifan/defini Konsep-konsep yang
si perlu diberi penjelasan
2. SOROTAN Ada sokongan kepada
PENULISAN isu, ada landasan
empirikal
3. METODOLOGI Kaedah / prosedur Cara bagaimana
Sampelan dan Siapa yang dikaji
Bagaimana, siapa dan populasi
bila Tempat penyelidikan Di mana dikaji
Instrumentasi Apakah alat yang
digunakan untuk
mendapatkan data
kuantitatif
Jangkamasa Bila masa dijalankan/
sertakan jadual
penyelidikan
4. KEPUTUSAN Pendahuluan Maklum balas
ringkasan metodologi
Keputusan deskriptif Jadual dan graf
tentang sampel
Keputusan inferensi Jadual dan graf
merujuk kepada
populasi
5.PERBINCANGAN Pendahuluan Diceritakan ringkasan
DAN KESIMPULAN latar belakang
masalah, prosedur dan
Formulasi pola, keputusan
konsep, teori atau Perbincangan Membincangkan
generalisasi keputusan dengan
membuat implikasi
berdasarkan sorotan
penulisan
Kesimpulan Sintesis & penilaian
Cadangan Cadangan
penyelidikan akan
datang

PENULISAN KAJIAN

1. Setelah sesuatu kajian siap dilaksanakan, pendokumentasian


perlu dilakukan supaya boleh dibaca oleh lain dengan tujuan
untuk menilai atau untuk mendapatkan pengetahuan.
2. Dengan itu laporan perlu ditulis secara teratur dan sistematik
serta mempunyai nilai akademik.
3. Biasanya laporan projek mengandungi bab-bab berikut :-
• Pengenalan
• Sorotan penulisan
• Metodologi
• Analisis data dan keputusan
• Perbincangan, rumusan dan cadangan
• Rujukan
• Lampiran.
4. Adalah menjadi tugas penyelidikan untuk mendapatkan
maklumat terkini dan kesemua maklumat mestilah disertakan
dengan sumber utama yang boleh dirujuk. Prinsip utamanya
ialah penyelidikan boleh mempertahankan segala maklumat
yang terdapat dalam laporan penyelidik

PENDAHULUAN

1. Sesuatu laporan mestilah mempunyai pendahuluannya, iaitu


tajuk kajian, nama penulis, senarai penghargaan, senarai
isi kandungan, abstrak, senarai jadual dan rajah, senarai
lampiran dan senarai daftar kata ringkas.
2. Dalam muka surat yang sama juga penyelidik juga perlu
mencatatkan fungsi laporan seperti ”sebagai memenuhi
keperluan Ijazah Sarjana Sains di Universiti tun Hussein Onn
Malaysia”
3. Akhir sekali pada bahagian bawah perlu dicatatkan tarikh ia
disiapkan.
4. Penghargaan- penyelidikan boleh menulis ucapan penghargaan
kepada sesiapa sahaja yang penyelidik rasa penting untuk
kejayaan kajian termasuk mereka yang telah memberi sokongan,
bantuan dan sumber. Kadangkala ia diakhiri dengan tandatangan
penulis.
5. Untuk senarai berikutnya ia mesti mengikut turutan yang betul
terutamanya senarai isi kandungan.
BAB 1 : PENGENALAN

1. Bab pengenalan merupakan bab pertama dalam sesuatu


laporan.
2. Tugasan pertama penyelidik ialah mencari tajuk yang sesuai
yang boleh penyelidik laksanakan dengan berkesan.
3. Sesuatu laporan mestilah bermula dengan penyelidik
memperkenalkan permasalahan , ide dan strategi kajian.
4. Penyelidik harus menerangkan secara keseluruhan tentang
kajian terutamanya dari segi :-
• Mengapa memilih tajuk tersebut.
• Apakah implikasi dari segi teori dengan kajian-kajian lepas,
• Apakah tujuan dan konsep-konsep utama yang ingin diuji
dan bagaimana memperolehi
• Bagaimana strategi, strategi, corak kajian dan hipotesis
berkait dengan permasalahan kajian.
5. Pengenalan yang baik akan membantu pembaca mengetahui
apakah yang akan (atau telah) penyelidik lakukan dan mengapa?
Ia boleh dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil seperti berikut
:-
• PENDAHULUAN
– Perkenalkan segala maklumat penting tetapi
padat dan ringkas tentang tajuk projek.
– Penyelidik hanya perlu mendedahkan apa yang
perlu berkait dengan kajian dan sekiranya
seseorang ingin mendapatkan maklumat
lanjut, mereka boleh membaca sendiri petikan
dari sumber yang diberi.
• LATAR BELAKANG MASALAH
- Disinilah penyelidik mengecilkan skop kajian kepada
penerangan khusus tentang persekitaran masalah.
- Disini penyelidik harus menerangkan keadaan
semasa yang terdapat (perkembangan terkini) di
sekolah-sekolah, institusi, masyarakat, negara atau
dunia.
- Catatan hendaklah ekstensif dan terkini dan
mempunyai rujukan atau sumber.
- Penyelidik perlu membaca rencana, artikel, kertas
kerja atau sumber-sumber yang boleh diterima
sebagai rujukan.
- Salah satu cara yang baik adalah dengan
menjalankan analisis kehendak di mana 3 aspek
yang penting seperti berikut iaitu teori, konsep, ciri
dan keperluannya, keadaan-keadaan yang berlaku
sebenarnya pada masa kini dan ramalan tentang
akibat-akibat daripada keadaan masa kini.

• PERNYATAAN MASALAH
- Disini nyatakan apakah sebenarnya masalah yang
penyelidik ingin kaji.
- Kaitkan dengan latar belakang masalah
- Pernyataan boleh ditulis dalam bentuk persoalan
atau pun kenyataan yang tidak kurang daripada
satu perengan
- Penyelidik harus mengenalpasti pembolehubah atau
faktor-faktor yang berkait dengan kajian penyelidik.
• PERSOALAN KAJIAN
- Penyelidik harus menerangkan dengan lebih
terperinci dan khusus tentang objektif kajian
penyelidik apa sebenarnya yang dicari.
- Ia mesti merujuk kepada persoalan spesifik yang
ingin dikaji dan merupakan inti kepada pengukuran
dan pemilihan alat untuk kajian.
- Sekiranya kajian penyelidik berbentuk kuantitatif,
maka ia hendaklah dinyatakan dalam bentuk ayat
hipotesis. Sekiranya hanya deskriptif atau kualitatif,
pernyataan harus merujuk kepada pemboleh ubah
tertentu yang akan dikaji

• OBJEKTIF KAJIAN
- matlamat atau objektif kajian dengan mengaitkan
dengan pernyataan masalah.
- Bilangannya jagan terlalu banyak sehingga
menyusahkan penyelidik.
- Objektif hendaklah lengkap, ringkas dan khusus.
• KEPENTINGAN KAJIAN
- kenapa penyelidik ingin melaksanakan kajian
tersebut?
- Nyatakan di sini kepentingan atau rasional kajian
dengan merujuk kepada semua pihak yang
berminat kepada keputusan kajian ini kelak sama
ada individu, institusi, masyarakat atau negara.
• BATASAN KAJIAN
- Mungkin keputusan tidak dapat mencakupi semua
perkara atau boleh memberi penyelesaian kepada
semua perkara atau boleh memberi penyelesaian
kepada semuan soalan berkaitan.
- Batasan-batasan boleh wujud disebabkan oleh
instrumen, metodologi, pelaksanaan, masa, logistik,
kewangan, sampel, kaedah analisis.
• ISTILAH/DEFINISI
- Senarai dan terangkan segala istilah atau konsep
dalam penyelidikan berdasarkan sesuatu sumber
rujukan (eksiklopedia dll) ataupun pendapat pakar.
- Penerangan hendaklah dibuat sejelas mungkin dan
seboleh-bolehnya merangkumi semua pendapat
tentang istilah atau konsep tersebut.

BAB 2 : SOROTAN PENULISAN

1. Bab ini menerangkan apakah landasn bagi teori yang digunakan


oleh penyelidik.
2. Bab ini juga mengandungi pernyataan, fakta, teori, pendapat,
penilaian dan laporan kajian berkenaan tajuk yang penyelidik
pilih, berdasarkan penulisan atau sumber asli mereka.

BAB 3 : METODOLOGI
Dalam bahagian ini, penyelidik perlu menyatakan bagaimana
(kaedah, prosedur, tatacara, program) melaksanakan kajian. Perkara
yang penting adalah seperti berikut :-

REKA BENTUK KAJIAN


1. Nyatakan sama ada tinjauan, eksperimental, temubual,
pemerhatian dan lain-lain dan nyatakan rasionalnya merujuk
kepada objektif kajian. Sesuatu kaedah mempunyai kekuatan
dan kelemahannya.
2. Maklumat penting berikutnya ialah jenis data dan bagaimana
ingin mendapatkan data. Untuk tujuan tersebut perlu dinyatakan
persediaan seperti menghubungi pihak tertentu untuk
mendapatkan kelulusa, pentadbiran pengukuran seperti pos atau
berjumpa sendiri dengan responden dan usaha untuk
mendapatkan semua data yang dikehendaki seperti
menghubungi responden beberapa kali untuk melengkapkan
maklum balas

TEMPAT KAJIAN
1. Perlu nyatakan tempat atau institusi dan rasional
2. Dua rasional penting ialah, sekiranya kajian berbentuk am dan
global, setiap institusi yang dipilih hendaklah mewakili populasi.
Sekiranya hanya satu institusi dan institusi ini tidak dapat
dirasionalkan mempunyai ciri yang sama seperti institusi lain, ia
lebih merupakan kajian kes dan dapatan kajian adalah terhad.

SAMPEL KAJIAN
1. Saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan
keputusan kajian nanti.
2. Membesarkan saiz sampel boleh meninggikan kesahan dan
kebolehpercayaan skor.
3. Kaedah pemilihan sampel juga penting supaya tidak timbul
masalah diskriminasi jawapan.

INSTRUMEN KAJIAN
1. Nyatakan jenis alat yang hendak digunakan sama ada jenis
soal selidik, senarai semak, pengujian atau lain-lain.
2. Nyatakan juga pembinaan instrumen dan bilangan soalan.

ANALISIS DATA
1. Terangkan bagaimana anda akan menganalisis data yang
diperolehi sama ada secara deskriptif, inferensi, jadual
kekerapan, peratusan, graf, histogram, statistikal dan lain-lain.
2. Semuanya mesti merujuk kepada objektif kajian, yakni kaedah
mestilah menjurus untuk mencapai objektif kajian.

JANGKAMASA KAJIAN
1. Tarikh dan jangka masa menjalankan kajian terutamanya tentang
pengutipan data.

BAB 4 : ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN


Nyatakan hasil kutipan data, dimana, berapa saiz sampel dan
masalah yang mungkin dihadapi.

KEPUTUSAN DESKRIPTIF
1. Tunjukkan dan terangkan data yang telah diperolehi dalam bentuk
jadual kekerapan dan graf.
2. Di sini penyelidik perlu menilai data dan jenisnya yang ingin
ditunjukkan.

KEPUTUSAN INFERENSI
1. Tunjukkan keputusan setelah dianalisis mengikut kaedah yang telah
dipilih atau tidak.
2. Dalam bahagian inilah penyelidik menjalankan analisis unuk
mengaitkan skor sampel dengan populasi. Perlu dijalankan
beberapa proses supaya dapat membuat andaian induktif (spesifik
kepada am) dan deduktif (am kepada spesifik)
3. Analisis yangg biasa untuk menentukan perbezaan secara
nsignifikan antara dua kumpulan ialah menggunakan ujian-T dan
antara beberapa kumpulan adalah Anova. Satu lagi kaedah yang
biasa digunakan ialah kolerasi untuk melihat kaitan pembolehubah
antara dua atau beberapa kumpulan.

BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


Nyatakan secara ringkas apa yang terdapat dalam bab-bab
lepas, iaitu latar belakang masalah, objektif dan metodologi dalam
satu atau dua perenggan.

PERBINCANGAN
Beri komentar berdasarkan kepentingan kepada individu,
masyarakat atau Negara.

RUMUSAN
Senaraikan dapatan kajian secara menyeluruh dan terangkan
implikasinya pada masyarakat.
CADANGAN
Beri cadangan kepada individu atau pihak yang berkepentingan
dalam bidang yang boleh dilaksanakan berdasarkan dapatan kajian.

RUJUKAN
Pernyataan rujukan atau bibliografi yang digunakan mestilah
konsisten dan adalah digalakkan menggunakan kaedah APA Chicago
seperti berikut :
Nama penulis, (tahun), tajuk buku (edisi), tempat : nama
penerbit
Nama organisasi, (tahun), tajuk (eidisi), tempat, penerbit
Nama-nama editor, (tahun), tajuk, tempat:penerbit
Tajuk, (yahun), tempat, Penerbit.

RUJUKAN

Mohamad Najib Abdul Ghafar 1999, Penyelidikan Pendidikan, Universiti


Teknologi Malaysia,81310 Skudai, Johor.

Prof Madya Dr. Azizi Hj Yahaya,(UTM), Abdul Latif bin Ahmad (Maktab
Perguruan Batu Pahat Johor, Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap
Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu
Pahat.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kj/index.htm

wordpress.com/tag/kajian-tindakan/
D
ALAM PENDIDIKAN

KAJIAN TINDAKAN:

PERLAKSANAANNA DARI AWAL


HINGGA AKHIR

AHLI KUMPULAN:-

MAZRONIZA BT AMAN(LB060057)
HAFSAH BT MD. KASA (LB060030)
MIMI AZURA BT SA'AD (LB060023)
NOOR AZLINA BT DASUKI (LB060006)
KHAIRUL AMIZAN B JOHDI (LB060043)
MOHD SHAKIRIN B ROBANI
(LB060029)
ANAS REDZUAN B SHARIFF
(LB060002)
NIK ILI HASYYATI BT MUSTAFA KAMAL
(LB060001)