Anda di halaman 1dari 13

PERBEZAAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN-KAJIAN

YANG LAIN

Definisi Kajian Tindakan

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (Pengetua
sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam
usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini
dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja,
menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion
keguruan.

Latar Belakang kajian Tindakan

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang
bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian
Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah
dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu:·

• Keputusan kumpulan
• Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha
kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis
dan McTaggart:1988). Pada tahun 1953, Idea Lewin diperkembang oleh Stephen Corey
di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan
yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. John Elliot (1976) dan rakan-rakannya
pula menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai
pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan


dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah. Kemmis dan McTaggart telah

1
mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk
meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).

Senario Kajian Tindakan di Malaysia

Kementerian Pendidikan, khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan (BPPDP/EPRD) telah memulakan inisiatif untuk membudayakan Kajian
Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan di
bawah program yang dikenali sebagai ‘Programme for Innovation, Excellence and
Research (PIER)‘. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun 1993
sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di
seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian
Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya
dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER.

Selain usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan maktab-maktab


perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam membantu dan
memberikan sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan menyelidik
isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Antaranya termasuklah Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim.

2
Perbandingan antara kajian tindakan dengan kajian lain yang berbentuk formal
Topik Penyelidikan Formal Penyelidikan Tindakan
Latihan yang diperlukan oleh
Ekstensif, meluas Cara sendiri atau dengan rundingan
penyelidik
Pengetahuan yang boleh Pengetahuan yang diaplikasikan
Matlamat penyelidikan
digeneralisasikan kepada keadaan spesifik
Kaedah untuk mengenalpasti Permasalah atau matlamat yang
Kajian penyelidikan yang lalu
permasalahan sedang dihadapi
Ekstensif, menggunakan sumber Sepintas lalu, menggunakan sumber
Prosedur untuk kajian literatur
primer sekunder
Rambang atau persampelan Pelajar atau klien yang ada kaitan
Pendekatan persampelan
perwakilan dengan kerja pengkaji
Prosedur longgar, boleh ubah
Kawalan ketat, jangka masa
Desain penyelidikan semasa kajian, jangka masa semasa,
panjang
kawalan melalui triangulasi
Ukuran yang mudah atau ujian
Prosedur Pengkukuan Penilaian dan ukuran praujian
piawai
Fokus pada kesignifikanan
Ujian statistiks; teknik kualitatif
Analisis Data praktikal, bukan statistiks;
& kuantitatif
menyembahkan data mentah
Penekanan kepada signifikan
Aplikasi hasil dapatan Penekanan kepada signifikan teori
praktikal

3
KAJIAN TINDAKAN

Tujuan Kajian Tindakan

Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers,


students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to
improve the rationality and justice of : a. their social or educational practices; b. their
understanding of these practices, and c. the situations (and institution) in which these
practices are carried out
(Carr dan Kemmis :1986)

Car dan Kemmis menyatakan terdapat dua tujuan penting Kajian Tindakan iaitu
memperbaiki dan melibatkan diri. Terdapat tiga matlamat yang hendak dicapai iaitu
memperbaiki, mendalami dan memahami amalan. Amalan-amalan ini dapat dilakukan
dalma empat fasa iaitu merancang, melaksana, menilai dan mereflek. Tujuan umum
kajian tindakan ini ialah memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan
meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

Tujuan-tujuan Kajian yang lain ialah


1. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung denganamalan
pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya mengenalpasti
teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
3. Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion perguruan.
4. Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar.
5. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.
6. Meningkatkan amalan-amalan profesional. Dengan ini guru mempunyai
hakmilik dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan dan diberikan
kuasa untuk membuat keputusan.
7. Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha
sendiri.

4
8. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha perkongsian pengalaman.
Ini dapat memperbaiki prestasi kerja.
9. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan
membuat analisis kekuatan dan kelemahan.

Rekabentuk Kajian Tindakan

Rekabentuk kajian tindakan adalah berbeza daripada kajian konvensional. Ini kerana
kajian tindakan dijalankan di sekolah adalah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guru-
guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan
seperti pedagogi. Ini adalah bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Rekabentuk kajian tindakan juga adalah
berbeza berdasarkan sekolah-sekolah.

Rekabentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa bahagian atau peringkat. Di


dalam laporan akhir kajian tindakan rekabentuk kajian di letakkan di bahagian
metodologi iaitu bahan dan kaedah kajian dijalankan. Pada peringkat awal rekabentuk
kajian tindakan, tinjauan awal perlu dilakukan yang bertujuan untuk mendapatkan
maklumat awal sebelum sesuatu kajian itu dijalankan.

Tinjauan awal

Tinjauan awal dilakukan dengan mengumul data-data yang diperolehi daripada beberapa
cara seperti boring-borang selidik, pemerhatian terhadap reaksi pelajar semasa guru
sedang mengajar dan analisi keputusan yang diperolehi.

Merancang
Seterusnya ialah merancang bagaimana kajian hendak dijalankan. Kemudian
menjalankan ujian pra ujian kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman mereka. Ini
penting untuk menguji samaada kaedah yang hendak dikaji itu berkesan atau tidak.
Berkesan atau tidak sesuatu kajian, adalah bergantung kepada perbezaan keputusan yang

5
didapati adalah lebih baik daripada pra ujian. Pemerhatian juga dijalankan terhadap
kaedah dan amalan guru mengajar serta reaksi pelajar semasa guru mengajar.

Pelaksanaan Tindakan
Perlaksaan tindakan dijalankan selepas semua data dan pra ujian dilakukan. Ujian
dilakukan terhadap sampel-sampel yang telah ditetapkan.

Tindakan yang di jalankan


Tindakan kemudian dijalankan dengan mengambil sesuatu topik yang telah diajar
sebelum ini. Ini untuk memastikan sesuatu kajian itu lebih berkesan. Sebagai contoh ujian
kajian penggunaan kaedah pengajaran dengan teknik simulasi, syarahan dan penceritaan
dengan mengambil satu topik asas mata pelajaran sejarah tingkatan 1 iaitu Kerajaan Awal
di Asia Tenggara. Kemudianya topok ini diajar dengan menggunakan ketiga-tiga teknik
tesebut. Selepas tamat bab diajar dengan ketiga-tiga teknik tersebut, para pelajar akan
menduduki satu ujian untuk menilai keberkesanan teknik-teknik pengajaran.

Pemerhatian dan kesimpulan


Pemerhatian dan kesimpulan diambil selepas keputusan ujian telah dianalisis. Sebagai
contoh teknik yang paling berkesan digunakan adalah teknik simulasi. Ini kerana pelajar
lebih berminat untuk mengikuti sesi pengajaran yang mempunyai banyak aktiviti dan
berinteraksi mengeluarkan pendapat dan cadangan. Kemudianya pemerhatian dilakukan
untuk melihat respon pelajar terhadap apa yang di ajar oleh guru.

Dapatan Kajian
Dapatan Kajian adalah apa yang telah didapati melalui kajian yang telah dijalankan
berdasarkan rekabentuk kaiian.

Subjek Kajian Tindakan

6
Seperti mana yang diketahui, keistimewaan kajian tindakan yang membezakannya
dengan kajian konvensional ialah penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian
sebagai salah satu subjek kajian. Ianya berfungsi sebagai penyelidik dan juga subjek atau
entiti yang dikaji. Jika kajian konvensional, penyelidik hanya bertindak sebagai
penyelaras atau individu yang berkecuali, kajian tindakan sebakilnyha.

Seperti juga kajian lain, kaedah pensampelan penting bagi mendapatkan data kerana
dalam kuantiti subjek yang banyak, penyelidik mempunyai halangan dan batasan untuk
mungumpul data secara keseluruhan. Terdapat tiga kaedah yang diguna pakai dalam
kajian tindakan (Blum dan Fook, 1986; Cohen dan Manion, 1989; Kerlinger, 1986 dan
Black, 1993)
1. seluruh populasi: kesemua individu dalam sesuatu organisasi yang dikaji terlibat.
Contoh kelas.
2. sampelan rawak:
a. sampel mudah:
b. sampel susun lapis (strata)
c. kelompok
d. kelompok atas kelompok
3. sampelan tidak rawak
a. sampelan bertujuan
b. sampelan kuota
c. sampelan sukarela

Perkaedahan Kajian Tindakan

Penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif
dan teknik deskriptif
Perkara-perkara penting yang perlu ada dalam perkaedahan kajian tindakan

1. Rekabentuk kajian

7
- nyatakan sama ada tinjauan, pemerhatian, experimental, temubual, soal
selidik dan lain-lain lagi serta rasionalnya merujuk kepada objektif kajian.
-maklumat penting yang perlu ada dalam rekabentuk kajian ini ialah jenis data
dan bagaimana untuk mendapatkan data seperti berjumpa dengan responden.

2. Tempat Kajian
- Nyatakan tempat kajian dan rasionalnya memilih tempat tersebut.

3. Sampel Kajian
-Klien yang ada kaitan dengan pengkaji termasuklah pengkaji itu sendiri

4. Batasan Kajian
-Batasan kajian adalah mengenai perkara-perkara yang menghadkan kajian
tindakan dilakukan secara ideal.

5. Instrumen Kajian
-Alat yang hendak digunakan dalam kajian tersebut dalam mendapatkan data
contohnya seperti kertas ujian, pita rakaman, borang soal selidik dan bahan
bantuan mengajar.

6. Analisis data
-Analisis data boleh dipersembahkan dalam bentuk deskriptif

7. Jangkamasa kajian
- Tempoh waktu yang digunakan dalam menjalankan kajian supaya
maklumbalas sah dan boleh dipercayai.

Laporan Kajian Tindakan


Laporan kajian tindakan di buat selepas selesai sesuatu kajian dijalankan. Ini bertujuan
untuk dijilid dan disimpan di dalam simpanan sama ada fail ataupun komputer. Ini adalah
untuk memastikan laporan ini dapta digunakan oleh guru-guru yang akan datang untuk

8
mendapatkan rujukan dan maklumat di dalam pelbagai aspek berkaitan dengan
pendidikan.

Selain itu, laporan kajian tindakan mestilah dalam bentuk yang mudah difahami dan tidak
terlalu saintifik. Antaranya dari segi bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara adalah yang paling sesuai kerana ia dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat
Malaysia.

Pengenalan
Pengenalan membincangkan latar belakang sesuatu kajian dan berkaitan dengan sampel
yang hendak dikaji.

Objektif
Menjelaskan tujuan sesuatu kajian tindakan itu dijalankan.

Metodologi
Bahagian ini adalah menjelaskan berkaitan dengan rekabentuk yang telah digunakan.
Bermula dari tinjauan awal hingga ke dapatan kajian.

Analisis Data dan Keputusan


Data-data yang didapati dianalisis untuk mendapatkan keputusan.

Rumusan dan cadangan


Disini pengkaji akan merumuskan semua dapatan dan analisis serta keputusan yang
didapati. Kemudianya pengkaji akan mencadangkan beberapa cadangan yang baik dan
sesuai digunakan.

Rujukan
Bahagian yang menyenaraikan sumber-sumber rujukan yang digunakan.

Lampiran

9
Bahagian akhir yang melampirkan bahan-bahan yang telah digunakan.

KAJIAN KONVENSIONAL

Tujuan Kajian Konvensional

Tujuan menjalankan kajian konvensional adalah untuk membuat generalisasi dan


meguji teori serta menjelaskan prinsip. Sama seperti kajian tindakan, kajian konvensional
digunakan dalam membuat keputusan. Kajian ini biasanya dibuat di peringkat atasan.
Namun penggunaannya adalah meluas. Ia boleh digunakan diperingkat pengurusan
sehingga keperingkat pelaksanaan. Contoh kajian-kajian konvensional adalah seperti
Model Pengajaran Glasser, Model Pengajaran SIM, Model Pengajaran Taba, Model
Pengajaran Suchmann, Model Pengajaran ADDIE, Model Pengajaran ASSURE dan
pelbagai lagi.

Rekabentuk Kajian Konvensional

Reka bentuk kajian adalah merupakan semua perkara atau item yang mesti
terkandung dalam sesuatu ujian. Ia adalah terdiri daripda objektif, metodologi, fokus
kajian dan sebagainya.

Kajian konvensional adalah merupaka kajian yang dilakukan berdasarkan sorotan


kajian lain atau sesuatu kajian yang dilakukan untuk menguji sesuatu teori dan
sebagainya. Ia berbeza dengan kajian tindakan yang mana kajian dilakukan untuk
memperbaiki Sesuatu tindakan guru dan murid bagi memperbaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran.

Perbezaan yang ketara antara kajian konvensional dan kajian tindakan adalah dari
segi rekabentuk yang menekankan aspek objektif. Dimana objektif kajian konvensional
telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan. Kaedah yang digunakan

10
adalah tetap dan sukar untuk di ubah semasa kajian. Berbanding dengan kajian tindakan
objektif dan kaedah boleh berubah dari masa ke semasa.

Subjek Kajian Konvensional

Dalam kajian konvensional pengkaji atau penyelidik tidak boleh dijadikan sebagai subjek
kajian seperti mana yang dilakukan dalam kajian tindakan. Pengkaji hanya bertindak
sebagai orang luar yang menyelidik permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.
Subjek kajian dalam kajian konvensional adalah berdasarkan kepada sampel yang dipilih
oleh pengkaji tersebut. Proses persampelan akan dijalankan untuk mendapatkan subjek
kajian yang diinginkan. Proses persampelan adalah satu tindakan memilih sampel
daripada populasi tertentu yeng telah ditetapkan. Melalui sampel tersebut satu
kesimpulan boleh dibuat untuk mewakili keseluruhan populasi. Terdapat pelbagai jenis
persampelan yang digunakan dalam kajian konvensional antaranya adalah persampelan
rawak mudah, persampelan snow ball, persampelan kumpulan, persampelan mudah,
persampelan kelompok dan persampelan bersistem.

Laporan Kajian Konvensional

Sesuatu kajian akan menghadirkan keputusan yang mana ia akan membantu


pengkaji untuk membuat keputusan. Justeru itu ia mestilah boleh diterjemahkan oleh
semua pembaca untuk dijadikan rujukan atau sorotan kajian akan datang.

Hal ini tidak berlaku pada kajian konvensional yang mana pengkaji dan pembaca
memerlukan pengetahuan yang khusus untuk menterjemahkan maklumat, seperti data
statistik yang memerlukan pembaca mahir dengan statistik. Boleh dikatakan hasil data
yang diperolehi darioada kajian konvensional adalah berbentuk data mentah dan perlu
diterjemahkan kedalam bentuk lain supaya ia boleh di baca oleh orang lain. Seperti
daripada data analitikal ditukar menjadi huraian yang biasa dan mudah.

11
Perkaedahan Kajian Konvensional

Berbanding kajian tindakan yang hanya memerlukan hanya analisis ringkas, nilai
kajian konvensional banyak bergantung kepada metodologi sofistikated. Teknik
persampelan dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan nilai
data yang dikutip. Tidak seperti kajian tindakan yang hanya memerlukan maklumbalas
ringkas seperti refleksi responden contohnya, kajian konvensional pula memerlukan
eksperimen secara terperinci dilakukan dan hasil keputusan dinyatakan secara teknikal.

RUMUSAN

Perbezaan Kajian Tindakan dengan Kajian-kajian lain


• Tujuan
• Reka bentuk Kajian
• Subjek Kajian
• Perkaedahan Kajian
• Laporan Hasil Kajian

Tujuan
Kajian Bersifat Kuantitatif
membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip
Kajian Tindakan
guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan
kritis

Rekabentuk Kajian
Kajian Bersifat Kuantitatif
ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dibuat
Kajian Tindakan
boleh diubah suai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah

12
Subjek Kajian
Kajian Bersifat Kuantitatif
penyelidik bukan subjek kajian. Subjek kajian adalah sampel yang dipilih
Kajian Tindakan
penyelidik adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara
langsung daripada subjek kajian

Perkaedahan Kajian
Kajian Bersifat Kuantitatif
nilai penyelidikan bergantung kepada teknik persampelan dan analisis statistik yang
canggih
Kajian Tindakan
penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif
& teknik deskriptif

Laporan Hasil Kajian


Kajian Bersifat Kuantitatif
bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya
Kajian Tindakan
menggunakan bahasa yang mudah difahami guru

13

Anda mungkin juga menyukai