Anda di halaman 1dari 19

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


(DBK 1053)

KAJIAN TINDAKAN: KONSEP DAN PENDEKATAN

AHLI KUMPULAN:

WAN MOHD RUDAINI WAN LUDIN LB060031


MOHD ROZALI ABDUL HALIM LB060064
WAN MOHD NAJIB WAN HAMAT LB060042
EADY NARNO ZUWARDI CHE YAHYA LB060040
WAN MOHD HAFIZ WAN ABD KADIR LB060071
NOR BEE HAMIDON LB060003

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. HJ. BAHAROM BIN MOHAMED

TARIKH:
22 JUN 2007
PENDAHULUAN

Sebagaimana yang telah kerap dimaklumkan dan didedahkan oleh pelbagai


sumber, pendidikan di Malaysia khususnya masih dihantui banyak halangan
dalam usaha mencapai kualiti pendidikan yang bertaraf dunia. Masalah-masalah
yang timbul ini pula lahirnya daripada beberapa bentuk yang secara kasarnya
amat mudah untuk ditangani. Walaubagaimanapun, ia menjadi cukup kompleks
untuk disembuhkan setelah ia diperhalusi. Lebih membingungkan keadaan
adalah apabila masalah yang timbul ini adakalanya berpunca daripada sumber
yang di luar dari jangkaan. Dari segi pendidikan dan pengajaran serta
pembelajaran misalnya, dapat dikenalpasti beberapa masalah wujud dan
diwujudkan dari kalangan para pendidikan dan orang yang dididik. Sebagai
petunjuk yang cukup jelas untuk dijadikan contoh adalah masalah ponteng
sekolah di kalangan pelajar. Kalau dilihat secara kasar, masalah ini cukuplah
ringkas dan tidak mencabar untuk dihadapi. Namun ia menjadi terlalu kompleks
serta mengembang sebagai suatu masalah yang amat serius, seolah-olah
langsung tidak mampu dihadapi atau setidak-tidaknya dikurangkan. Satu lagi
contoh masalah yang masih menghantui para individu yang terlibat dalam bidang
pendidikan adalah kualiti pendidikan yang disalurkan, perjalanannya, serta
produk yang dihasilkan daripada pendidikan. Kuantiti produk pendidikan yang
benar-benar berkualiti serta bertaraf dunia tidaklah mencapai impian atau objektif
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kualiti produk yang terhasil ini baik kurang
dari segi tahap ilmu pendidikan atau kecekapan dalam aplikasinya serta
pengorganisasian prasarana yang ada.

Jadi, perlunya kajian tindakan ini adalah sebagai usaha mengenalpasti secara
jelas dan terperinci seterusnya menghasilkan suatu petunjuk penyelesaian yang
mampu diaplikasi bagi sekurang-sekurangnya mendapatkan langkah yang
relevan. Ia secara langsungnya dijalankan bagi cuba menyempurnakan serta
memantapkan sistem pendidikan, melalui pengenalpastian dan penyelesaian
masalah di samping cuba mencari aras yang terbaik untuk dicapai.
KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan dapat didefiniskan sebagai cara menghuraikan permasalahan


yang dihadapi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia memerlukan
tindakan segera daripada pengkaji dalam menangani masalah tersebut, iaitu
selepas mendiagnosis masalah. Ia melibatkan dua komponen utama iaitu proses
berfikir yang intelektual dan fleksibel yang dinyatakan secara eksplisit dan
maklumat yang dikumpulkan secara empirik dan sistematik. Ia biasanya
melibatkan pihak sekolah dan pihak berhubungan dengan sekolah iaitu pihak
pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar, pembantu sekolah dan juga pihak ibu bapa.
Ia biasanya adalah untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran
dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya akan meningkatkan pencapaian pelajar. Ia
biasanya dilakukan dengan cara berfikir secara logik dan dinyatakan secara
eksplisit dalam proses mencari dan memperoleh langkah-langkah yang
sistematik iaitu dimulai dengan pengumpulan data, mengolah, mentafsir data,
menguji data hingga kepada penarikan kesimpulan terhadap permasalahan yang
dikaji.

Contohnya jika guru melihat masalah dalam proses pengajaran dan


pembelajaran, ia akan cuba mendiagnosis masalah tersebut iaitu sama ada
masalah tersebut berpunca daripada kaedah pengajaran ataupun akibat
daripada masalah tersebut. Selepas mengenalpasti permasalahan, bagi contoh
di atas kita katakan bahawa permasalahan itu timbul apabila kaedah yang
digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran maka guru
atau dengan kata lain adalah pengkaji adalah tidak sesuai, ia perlu memungut
data iaitu bagi mencari jalan atau tindakan penyelesaian bagi masalah itu agar
pelajar dapat mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran dan ia boleh
menggunakan pendekatan positvistik atau naturalistik bagi mendapatkan data
tersebut. Bagi kes ini kaedah naturalistik adalah lebih sesuai kerana guru akan
dapat memahami masalah tersebut dengan lebih mendalam lagipun ia berada
dalam ruang lingkup yang sama dan dalam keadaan semulajadi. Selepas
mendapat pendekatan kajian yang sesuai pengkaji perlu mengambil atau
memilih sampel, mengikut kajian tindakan ia tidak semestinya melibatkan sampel
yang ramai tetapi apa yang ditekankan adalah sampel itu dapat membantu agar
pengkaji dapat mengambil tindakan agar dapat menghuraikan masalah tersebut.
Selepas mendapati maklumat mengenai permasalahan yang timbul, pengkaji
iaitu guru, akan mengambil tindakan segera terhadap permasalahan tersebut
iaitu menukar kaedah pengajaran. Selepas itu, pengkaji akan membuat analisis
atau kesimpulan terhadap keputusan atau tindakan yang diambil.

Dalam erti kata lain, kajian tindakan merupakan satu kajian yang dijalankan
dengan tujuan memecahkan masalah-masalah yang wujud dalam bidang
pendidikan, terutamanya bagi masalah-masalah yang berkaitan dengan kualiti
proses pendidikan dan pengajaran, kualiti atau mutu hasil pendidikan yang
efisien, efektif, relevan dan lain-lain. Kajian tindakan ini tidak bermaksud
mengembangkan ilmu, tetapi membaiki dan menyempurnakan latihan
pendidikan. Dengan itu, ia termasuk dalam penyelidikan terapan. Bidang kajian
yang biasa diselidiki adalah berkaitan kurikulum dan sistem pendidikan, sistem
pengajaran, prasarana pendidikan, media dan teknologi pendidikan, penilaian
pendidikan, perpustakaan sekolah dan lain-lain lagi.
FUNGSI KAJIAN TINDAKAN

Bidang ilmu pendidikan sebagai ilmu yang relatif adalah masih baru jika kita
bandingkan dengan ilmu-ilmu sosial yang lain seperti sosiologi, antropologi dan
psikologi namun bidang pendidikan ini mempunyai pertalian dan hubungan yang
rapat dengan ilmu-ilmu tersebut. Ini terbukti dengan wujudnya pertalian antara
teori, konsep dan prinsip pendidikan yng digunakan berasaskan bidang-bidang
tersebut. Secara umum, fungsi kajian tindakan adalah mengembangkan ilmu
pendidikan, penyelesaian masalah pendidikan, penyelidikan kebijaksanaan dan
penyelidikan pembangunan negara.

1. Pengembangan ilmu pendidikan.


Kajian tindakan dijalankan bagi kepentingan pengembangan ilmu
pendidikan itu sendiri berdasarkan kepada masalah dan
pembolehubah-pembolehubah yang ada dalam ilmu pendidikan.
Hipotesis cuba diturunkan daripada ilmu-ilmu yang ada, dan diuji
secara teliti dengan harapan muncul teori baru atau teori yang
menyokong teori yang sedia ada. Dalam penyelidikan bagi
mengembangkan ilmu pendidikan, banyak hipotesis dirumuskan
berdasarkan kepada teori keilmuan. Bidang kajian ilmu pendidikan
menjadi dasar dalam pengembangan ilmu yang berkisar pada bidang
ko kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian
pendidikan, bimbingan penyuluhan, pendidikan luar sekolah, bidang
pendidikan khusus, teori dan falsafah pendidikan.

2. Penyelesaian masalah pendidikan


Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk memecahkan masalah-
masalah pendidikan terutamanya bagi masalah-masalah yang
berkaitan dengan kualiti proses pendidikan dan pengajaran, kualiti
atau mutu hasil pendidikan yang efisen, efektif, releven dan lain-lain.
Kajian yang dilakukan tidak bermakna ia tidak mengembangkan ilmu
tetapi ia lebih kepada membaiki dan menyempurnakan latihan
pendidikan. Dengan itu, ia sendiri termasuk dalam proses terapan.
Bidang kajian yang biasa diselidiki adalah berkaitan kurikulum dan
sistem pendidikan, sistem pengajaran, prasarana pendidikan, media
dan teknologi pendidikan, perpustakaan sekolah dan lain-lain lagi.

3. Kajian kebijaksanaan pendidikan


Kajian tindakan ini adalah hampir sama dengan penyelidikan
penyelesaian masalah. Banyak perbezaan terletak dalam kumpulan
masalah masalah dan manfaatnya. Antara perkara-perkara yang
tergolong dalam kumpulan ini adalah pendidikan guru di universiti atau
institut perguruan, pendidikan politeknik dan sebagainya. Hasil
pengkajianan dapat digunakan sebagai bahan rujukan, dan ia boleh
diguna pakai untuk dijadikan panduan.

4. Kajian tindakan dapat membantu pembangunan


Di samping tiga fungsi yang disebutkan di atas, kepentingan kajian
dalam sektor pembangunan turut dapat dilaksanakan, khususnya yang
berkaitan dengan peranan, tugas dan tanggung jawab pendidukan
dalam pembangunan negara. Contohnya kajian berkaitan dengan
peranan pendidikan dan hubungannya dengan sektor kemahiran,
produktiviti kerja, program keluarga terancang, dan kependudukan,
kehidupan, ideologi bangsa dan lain-lain. Sudah tentu masalah dan
pemboleh ubah yang diselidiki berkaitan dengan dimensi manusia
seperti wawasan, sikap, perilaku manusia dalam hubungannya dengan
sektor-sektor pembangunan di atas.

Keempet-empat fungsi dan tujuan di atas dapat dilaksanakan oleh para tenaga
kependidikan seperti guru, pentadbir, penyelia bahkan juga kepada calon guru
dalam penulisan karya ilmiahnya.
PENDEKATAN DALAM KAJIAN TINDAKAN

Dalam kajian tindakan terdapat 2 pedekatan yang digunakan iaitu :


1. pendekatan naturalistik atau kualitatif
2. pendekatan kuantitatif

Pendekatan Positivistik

Pendekatan positivistik merupakan pendekatan yang menjawab permasalahan di


mana ia memerlukan pengukuran yang teliti terhadap perubahan-perubahan
objek yang dikaji dan ia lebih kepada kuantitatif. Ia digunakan untuk membuat
kesimpulan-kesimpulan yang boleh digeneralisasi dan biasanya pendekatan
positivistik ini adalah lepas daripada keadaan waktu dan situasi sehingga
penyelidik cenderung untuk membuat satu keadaan tiruan yang boleh dikatakan
mirip dengan situasi sebenar. Ia biasanya mengkaji tentang sesuatu
permasalahan itu tanpa perlu penyelidik terlibat secara langsung dalam
permasalahan tersebut. Oleh sebab itu, proses penyelidikan dilakukan dari luar
daripada pengukuran-pengukuran dengan bantuan kaedah dengan bantuan alat-
alat yang objektif dan baku. Penggunaan pengukuran mengikut kaedah
positivistik ini biasanya disertai analisis statisitik. Hasil penyelidikan merupakan
generalisasi atau ramalan berdasarkan hasil-hasil pengukuran dan kebenaran
hasil penyelidikan adalah disokong oleh kesahan kaedah dan alat atau instrumen
yang digunakan dalam kajian tersebut. Pendekatan ini biasanya banyak
digunakan dalam penyelidikan ilmu alam dan jarang digunakan dalam
penyelidikan ilmu-ilmu sosial.
Pendekatan Naturalistik

Pendekatan naturalistik pula merupakan satu pendekatan yang bersifat kualitatif


dan ia berlawanan dengan pendekatan positivistik di mana ia memerlukan
penyelidik memahami secara mendalam dan menyeluruh mengenai objek yang
dikaji. Misalnya dalam membuat kajian tindakan mengenai permasalahan
pembelajaran semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, seseorang
penyelidik mestilah memahami tentang sikap, gaya pembelajaran, taraf sosio
ekonomi pelajar-pelajar atau guru dan mungkin penyelidik tersebut akan menjadi
salah seorang responden dalam kajian tersebut. Pendekatan naturalistik ini juga
berlaku dalam masa yang sama iaitu dalam ruang lingkup yang sama dan ia
adalah bersifat nyata dan semulajadi kerana penyelidik akan turut serta dalam
penyelidikan tersebut. Contohnya adalah seperti contoh di atas di mana
penyelidik mungkin menjadi salah seorang responden atau berada dalam
kumpulan responden atau sampel kajian. Ini kerana pendekatan positivistik ini
memerlukan interaksi antara penyelidik dan objek yang dikaji agar penyelidik
dapat mengetahui secara mendalam tentang permasalahan yang dikaji. Jika kita
lihat instrumen atau kaedah pengukuran yang biasa digunakan adalah kaedah
wawancara atau temubual. Hasil daripada penyelidikan pula adalah lebih
kepada dekripsi prestasi iaitu melihat kepada perkembangan dalam menangani
permasalahan yang dikaji berbanding dengan kaedah positivistik yang melihat
kepada penyelesaian masalah semata-mata. Kebenaran hasil penyelidikan
mengikut pendekatan naturalistik ini adalah bergantung kepada pengesahan
daripada objek atau pihak-pihak yang dikaji. Pendekatan naturalistik ini banyak
digunakan dalam ilmu sosial budaya dan amat sesuai digunakan dalam kajian
tindakan kerana ia melihat atau mengkaji kepada tingkahlaku yang
menyebabkan sesuatu permasalahan itu timbul. Pendekatan naturalistik ini juga
dilihat daripada kenyataan yang bergabung dan berubah-ubah. Oleh itu,
rancangan kajian tindakan yang terperinci dan tetap tidak mungkin disusun
sebelumnya. Proses kajian tindakan dilakukan daripada luar ataupun daripada
dalam dan banyak melibatkan pertimbangan dan kesimpulan.
Daripada huraian pendekatan naturalistik di atas, dapat disimpulkan bahawa
pendekatan ini dapat digunakan bagi mengembangkan ilmu ataupun bagi
menyelesaikan masalah dalam kehidupan manusia kerana ia lebih
mengutamakan pemahaman makna tindakan manusia dalam tindakannya
dengan anggota masyarakat. Walau bagaimanapun ia masih lagi terbatas dalam
konteks ruang dan waktu sehingga sukar hendak membuat generalisasi.
UNSUR-UNSUR KAJIAN TINDAKAN

Jenis dan kaedah kajian manapun mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu adanya
unsur-unsur dasar penyelidikan. Kajian sebagai kewujudan daripada kegiatan
ilmiah, bergantung pada langkah berfikir ilmiah iaitu berfikir secara rasional dan
empirik. Ada tiga unsur utama dalam penyelidikan iaitu:
1. masalah dan pemboleh ubah penyelidikan
2. hipotesis
3. metodologi pendidikan
Unsur-unsur lain biasanya dikembangkan daripada penjelasan tiga unsur ini. Ini
bermakna kegiatan kajian lebih lanjut biasanya dilakukan selepas wujud masalah
yang jelas termasuk pembolehubah-pembolehubah yang diselidik, kerangka
teorikal sebagai asas landasan dalam merumuskan hipotesis dan menetapkan
prosedur serta teknik memperolehi data metodologi bagi menjawab masalah dan
menguji hipotesis.

Masalah dan pemboleh ubah penyelidikan

Kajian dapat dilaksanakan sesudah jelas masalahnya. Dengan perkataan lain,


langkah pertama yang harus dilakukan oleh pengkaji adalah mengindentifikasi
atau merumus masalah pengkajian. Masalah adalah persoalan yang menganggu
fikiran kita dan kita perlu mencari penyelesaiannya. Masalah lebih terasa apabila
dirumuskan dalam bentuk pertanyaan dan kemudian dikaji apa jawapannya dan
bagaimana memperolehi jawapan itu. Masalah pengkajian pada hakikatnya tidak
berbeza daripada masalah-masalah umum. Perbezaannya terletak dalam hal
kelayakan masalah sebagai masalah pengkajian.

Masalah-masalah pengkajian ini haruslah dapat dirumuskan dalam bentuk


pertanyaan yang lebih jelas dan spesifik agar dapat memberi arah bagaimana
masalah itu dengan lebih jelas dan prosedur mana yang harus mana yang harus
digunakan dalam pengkajian. Misalnya, apakah masalah atau pertanyaan yang
diajukan itu ada manfaatnya. Manfaaat itu dapat dilihat bagi kepentingan
pengetahuan, bagi penyelesaian masalah latihan atau bagi pengambil keputusan
menetapkan kebijaksanaan tugas-tugasnya. Pertanyaan atau masalah dikatakan
spesifik apabila pertanyaan dan masalah itu terbatas lingkupnya dan
memungkinkan mendapatkan jawapan yang bermakna bagi pertanyaan itu.
Masalah pengkajian biasanya mempunyai dua aspek iaitu masalah yang bersifat
kualitatif dan masalah yang bersifat kuantitatif. Masalah kuantitatif daripada
penggunaan ukuran frekuensi daripada simbol atau atribut, ataupun berkaitan
bilangan atau numerik. Sementara masalah yang bersifat kualitatif berkaitan
konsep nilai, seperti baik, tepat, cukup baik, kurang baik dan ia adalah tidak
berkaitan dengan ukuran numerik.

Masalah kuantitatif memerlukan penyelesaian dengan kaedah kuantitatif atau


dengan kata lain memerlukan pendekatan kuantitatif. Dalam pengkajian bagi
menyelesaikan masalah ini, statistik memainkan peranan penting sebagai alat
menganalisa jawapan. Masalah kualitatif pula memerlukan penyelidikan dengan
penyelidikan kualitatif. Pengkajian kualitatif mengutamakan deskriptif analitik
bukan statistik numerik bagi menemukan konsep-konsep yang terdapat di
dalamnya. Salah satu cara menemukan konsep-konsep yang terdapat di
dalamnya. Salah satu cara menemukan masalah penyelidikan adalah mengkaji
kewajaran antara apa yang terjadi baik yang bersifat kuantitatif mahupun yang
bersifat kualitatif.

Contohnya sebuah sekolah mempunyai 880 orang pelajar sedangkan mengikut


yarat ia perlu ada 1000 orang pelajar. Jadi masalahnya adalah bagaimanakah
cara memprolehi tambahan pelajar seramai 120 orang. Masalah ini adalah
bersifat kuantitatif manakala masalah yang bersifat kualitatif pula adalahc
apabila prestasi pembelajaran yang diperolehi pelajar masih rendah, masalahnya
adalah bagaimanakah meningkatkan prestasi pembelajaran supaya mencapai
kadar yang lebih baik.
Setiap masalah dalam kajian memerlukan pembolehubah yang jelas agar ia
dapat memberi gambaran data dan maklumat yang diperlukan bagi
menyelasaikan masalah tersebut. Pemboleh ubah merupakan ciri-ciri yang
diperlukan dari individu, objek dan peristiwa yang nilainya sentiasa berubah-
ubah. Contoh pemboleh ubah bagi mengkaji permasalahan yang timbul semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah prestasi pelajar, kaedah
pengajaran, motivasi, sikap, umur dan sebagainya. Dalam kajian, pemboleh
ubah biasanya dibahagikan kepada beberapa kategori seperti mengikut jantina,
sikap iaitu positif dan negatif dan sebagainya.

Dalam kajian pemboleh ubah pemboleh ubah ini boleh dibahagikan kepada 2
iaitu pemboleh ubah bebas dan juga pemboleh ubah bersandar. Biasanya
hubungan pemboleh ubah pemboleh ubah ini adalah bersifat kausal (sebab-
akibat) yang mempunyai hubungan fungsional. Hubungan ini meliputi hubungan
stimulasi respons, hubungan disposisi respon, hubungan ciri- ciri individu dengan
perilaku atau respon tertentu, hubungan cara dengan cara dan tujuan dan
hubungan timbal balik.

Membuat rumusan masalah dengan lebih jelas dan spesifik adalah aspek utama
dalam penyelidikan kerana ia menentukan kegiatan dan prosedur penyelidikan
selanjutnya. Masalah yang tidak jelas akan menimbulkan kesukaran untuk
menetapkan atau menentukan unsur-unsur penyelidikan yang lain. Masalah
biasa dikaji dari konsep atau teori, pengetahuan dan ilmiah seperti pendidikan,
psikologi, sosiologi, pengurusan dan lain-lain. Caranya adalah dengan melalui
analisa konsep, prinsip, model, paradigma dan prosedur yang terkandung dalam
disiplin itu yang dikaitkan dengan pelaksanaan dalam praktikal pendidikan atau
pengajaran. Contohnya salah satu prinsip pengajaran menyatakan
keberkesanan pengajaran di sekolah bergantung kepada kegitan belajar pelajar.
Persoalan ini dapat diketengahkan dengan memilih strategi mengajar yang
paling efektif bagi mengoptimunkan kegiatan belajar pelajar.
Cara lain dalam mengesan permasalhan adalah mengadakan pengamatan.
Melalui cara ini, kita dapat melihat peristiwa, gejala, proses dan hasil, kemudian
menganalisa permsalahan yang ada bagi dikaji lebih lanjut. Misalnya mengamati
bagaimana cara belajar pelajar, bagaimana minat perhatian pelajar terhadap
pengajaran, bagaimana guru mengajar, menilai pelajrnya danlain-lain. Di
samping pengamatan temu ramah juga boleh digunakan untuk mengetahui
masalah-masalah yang dihadapi.

Hipotesis

Dalam sesebuah kajian yang dijalankan, hipotesis merupakan satu lagi unsur
atau yang menjadi tunjang atau kewajipan. Hipotesis dari segi maksudnya
adalah suatu jangkaan atau kesimpulan awal yang dibuat, sebelum sesuatu
penyelidikan atau kajian tindakan itu dijalankan. Ia adalah penting bagi beberapa
tujuan dalam sesuatu pengkajian, iaitu untuk pengolahan data terutama dalam
menentukan instrumen yang hendak digunakan, teknik analisis data, serta
menentukan sampel yang relevan dengan kajian dijalankan. Secara
kebiasaannya, hipotesis dinyatakan dala bentuk pertanyaan. Pertanyaan ini pula
mengandungi dua pembolehubah, iaitu pembolehubah aktif dan pembolehubah
atribut. Pembolehubah aktif adalah suatu pembolehubah yang boleh
dimanipulasi, contohnya cara pemakanan dan kepercayaan politik.
Pembolehubah atribut pula merupakan suatu pembolehubah yang tidak boleh
dimanipulasi, tetapi ia boleh diukur dan dinilai. Sikap manusia dan kebolehan
manusia adalah contoh bagi pembolehubah atribut yang mana ia boleh dlihat
perubahan tahapnya berdasarkan kepada beberapa mekanisma penilaian.
Kedua-dua pembolehubah ini dinyatakan sama ada dari suatu teori, konsep atau
prinsip ilmu pengetahuan. Maka disini hipotesis merupakan suatu jawapan yang
bersifat sementara terhadap sesuatu permasalahan, dan bersumberkan kepada
ilmu pengetahuan yang ada. Daripada ini, dapat dinyatakan bahawa seseorang
pengkaji yang mahu memulakan suatu kajian perlulah mempunyai ilmu
pengetahuan yang secukupnya bagi pemasalahan yang dikaji, dan boleh
mengaplikasikanya sebagai rujukan dalam membentuk sesuatu hipotesis. Di sini
bermakna pengkaji perlu menjalankan kajian terhadap pengemukaan-
pengemukaan dan konsep permasalahan yang sebelumnya.

Dari segi pembentukan hipotesis, adalah lebih baik bagi seseorang yang
membuat kajian untuk mengaplikasikan teori sedia ada dalam menjalankan
kajian tersebut. Ia boleh menggunakan persoalan sebagai rujukan membentuk
hipotesis kajian. Sebagai contoh adalah adakah wujud perbezaan di antara
kaedah pembelajaran secara perbincangan dengan kaedah soal jawab.
Persoalan begini telah beberapa kali diungkap dan dijalankan kajian oleh
pengkaji-pengkaji terdahulu. Daripada itulah, telah terbentuk juga teori-teori dan
konsep yang menerangkan permasalan tersebut. Pengkaji yang ingin melakukan
lagi kajian tindakan terhadap permasalahan tersebut perlulah membentuk
hipotesis berdasarkan kepada dapatan-dapatan awal dari pengkajian lepas.
Dapatan-dapatan lepas ini perlulah dikaji dengan mendalam dan beralaskan
kepada ilmu pengetahuan tinggi para pengkaji, bagi mempertimbangkan
hipotesis kajian yang bakal dijalankan. Sebagai contoh lanjutan, dapatan lepas
daripada permasalahan kaedah pengajaran menunjukkan bahawa kaedah
perbincangan adalah lebih baik berbanding kaedah soal jawab. Dari dapatan ini,
pengkaji boleh merumuskan beberapa hipotesis, iaitu:
1. Tiada kesan perbezaan antara kaedah perbincangan dengan kaedah
soal jawab terhadap prestasi pembelajaran pelajar.
2. Ada perbezaan dari segi kaedah mengajar yang digunakan oleh
pendidik terhadap prestasi pembelajaran pelajar.
3. Kesan prestasi pembelajaran melalui kaedah perbincangan adalah
lebih tinggi daripada kaedah soal jawab.
Merujuk kepada ketiga-tiga kemungkinan hipotesis di atas, serta berpandukan
kepada pemerhatian dan kajian lepas, boleh disimpulkan hipotesis yang tepat
dan relevan di atas adalah hipotesis yang ketiga. Walaubagaimanapun, ia
tidaklah memberi jaminan atau merumuskan bahawa hipotesis itu adalah benar
dan tepat. Ini adalah kerana hipotesis yang dibuat hanyalah bersifat jawapan
sementara terhadap kajian yang bakal dijalankan. Hipotesis ketiga itu hanyalah
sebagai mendekati kepada kajian-kajian dan dapatan-dapatan lepas. Secara
mudahnya, hipotesis ketiga adalah benar dari segi teori. Namun, dalam kajian,
kebenaran teori tidaklah dianggap sebagai hasil penyelidikan. Hasil kajian
merupakan dapatan yang akan digunapakai.

Dalam hipotesis, ia dibahagikan pula kepada dua jenis iaitu Hipotesis Nol (H0)
dan Hipotesis Alternatif (H1). Hipotesis nol adalah hipotesis yang menyatakan
perbezaan atau persamaan bermakna. Dalam contoh sebelum ini, hipotesis
pertama disifatkan sebagai hipotesis nol. Ia akan dijadikan sebgai landasan atau
rujukan bagi pengujian hipotesis yang lain, dan ia bukanlah disifatkan sebagai
hipotesis pengkajian. Disebabkan faktor inilah, kebanyakan pengkaji tidak
menggunakan hipotesis nol. Hipotesis kedua dan ketiga adalah merupakan
hipotesis alternatif, atau hipotesis pengkajian. Ia diperlukan oleh para pengkaji,
dan ia diturunkan melalui kajian teori, konsep, dan prinsip yang sedia ada dalam
khazanah ilmu pengetahuan. Pengujian yang dijalankan dalam pengkajian akan
menentukan samaada hipotesis diterima atau sebaliknya. Hipotesis alternatif
biasanya dipastikan kebanaran dan ketepatannya melalui pengujian terhadap
hipotesis nolnya. Sekiranya dapatan daripada kajian menunjukkan keputusan
berlawanan terhadap hipotesis nol, maka jelas hipotesis alternatif diterima, dan
hipotesis nol ditolak. Sekiranya ini berlaku, objektif kajian penyelidik adalah
tercapai. Secara rumusan awal, dapat dinyatakan bahawa sesuatu kajian yang
dijalankan adalah bertujuan untuk membuktikan hipotesis nol adalah tidak benar.
Hipotesis kedua, walaupun disifatkan sebagai hipotesis kajian, adalah kurang
tepat. Ini berlandaskan kepada faktor bahawa ia tidak dapat menentukan mana
satu kaedah pengajaran yang sesuai dan dapat memberi kesan terhadap
prestasi pembelajaran. Kesimpulannya mengandungi dua jawapan yang
berkemungkinan. Secara mudahnya, hipotesis kedua adalah kurang jelas dalam
memberikan keputusan dan penyelesaian permasalahan yang dikemukakan.
Hipotesis kedua ini adalah hipotesis yang tidak mengarah, dan sekiranya
jawapan ini digunakan akan menunjukkan bahawa penyelidik kurang tepat dalam
menganalisis teorinya.

Penyelidik mengkaji teori, prinsip, dan konsep pengetahuan akan menunjukkan


ketepatan kajiannya. Ia ditunjukkan melalui pembentukan hipotesis ketiga.
Hipotesis ketiga adalah cukup jelas iaitu salah satu pembolehubah adalah lebih
baik daripada pembolehubah yang baki. Ia merupakan hipotesis mengarah
kerana menunjukkan jawapan jelas dan nyata. Persamaan mudah bagi ketiga-
tiga hipotesis di atas adalah secara matematiknya:
1. Hipotesis Nol (H0) ; A = B (menyatakan perbezaan)
2. Hipotesis tidak mengarah (H1) ; AB (menyatakan perbezaan)
3. Hipotesis mengarah (H) ; A > B atau A < B
Dari segi pengujiaanya, hipotesis perlu diuji kebenarannya melalui data empirikal
yang diperoleh dari lapangan, iaitu hasil pengukuran pembolehubah-
pembolehubah penyelidikan, setelah langkah-langkah penyelidikan
dilaksanakan. Kesinambungan kepada contoh sebelumnya, data yang diperlukan
adalah perbandingan terhadap prestasi pembelajaran antara dua kelompok
pelajar yang diajar dengan kaedah berbeza. Kelompok pertama, pelajar diajar
dengan kaedah perbincangan manakala kelompok kedua pelajar diajar dengan
kaedah soal jawab. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, faktor-faktor
yang lain yang mempengaruhi wajib diselaraskan. Ia adalah baik dari segi bahan
pengajaran, bilangan pelajar, waktu dan iklim bilik darjah, serta faktor-faktor
kendiri para pelajar. Setelah perbandingan dilakukan terhadap pencapaian
pelajar dan diuji menggunakan analisis berstatistik, sebagai contoh ujian T,
penyelidik dapat menentukan salah satu kaedah pembelajaran yang benar-benar
dapat memberi kesan kepada prestasi pembelajaran. Hipotesis yang dinyatakan
bukan sahaja jelas dan nyata, tetapi mempunyai makna terhadap
pembolehubah-pembolehubahnya. Ia juga bermakna disokong dan sesuai
dengan ilmu pengetahuan. Contohnya, tidaklah relevan untuk mengaitkan
hubungan prestasi pelajar terhadap saiz fizikal pelajar, biarpun keputusan yang
diperoleh melalui kajian menunjukkan wujud hubungan tersebut.
Ciri-ciri hipotesis yang baik adalah seperti berikut:
1. Hipotesis dinyatakan dalam syarat tertentu. Contohnya, bagi
kemampuan pelajar yang sama, prestasi pembelajaran pelajar yang
diajar melalui perbincangan adalah lebih tingi daripada kaedah soal
jawab.
2. Hipotesis sepatutnya tidak bertentangan dengan teori sedia ada.
Contohnya, pelajar bijak menunjukkan prestasi yang lebih rendah
berbanding pelajar kurang bijak. Walaupun data yang dikumpulkan dan
hasil ujian berstatistik menunjukkan bukti-bukti yang dapat menerima
hipotesis tersebut, namun kebenarannya diragui. Dengan itu, hipotesis
perlu dilakukan semual bagi mendapatkan kesimpulan yang betul.
3. Hipotesis mestilah mempunyai kuasa penjelasan. Pembolehubah-
pembolehubah dalam hipotesis itu menyatakan hubungan yang
rasional dan dapat memberikan penyelesaian masalah yang sesuai.
4. Hipotesis mestilah dapat diuji. Ini bermaksud, pembolehubah-
pembolehubah dapat mengukur dengan cermat menggunakan alat
pengukuran yang objektif (seadanya). Ini biasanya dilakukan apabila
pembolehubah yang diukur diterangkan dengan terperinci berasaskan
konsep-konsep dalam pembolehubah itu.

Dalam sesuatu kajian, pembentukan hipotesis bukannya suatu kemestian.


Contohnya, dalam kajian yang berfungsi menyelesaikan masalah ataupun
menunjukkan rumusan yang bijak, penyelidik hanya perlu mengungkapkan
persoalan-persoalan kajian sebagai asas bagi mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah itu.

Metodologi dalam kajian


Metodologi mempunyai maksud yang luas dan ia biasanya berkaitan dengan
prosedur atau cara untuk mengolah data bagi menyelesaikan atau menjawab
permasalahan kajian. Aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam metodologi ini
ialah kaedah dan reka bentuk kajian, instrumen kajian, sampel serta teknik
pengolahan dan analisis data. Ini adalah penting bagi memastikan metodologi
yang digunakan adalah bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Kaedah
kajian dapat dikategorikan sebagai kaedah eksperimen dalam reka bentuk yang
pelbagai manakala instrumen pula adalah alat pengumpul data seperti kajian
seperti ujian, temubual, soal selidik dan sebagainya. Sampel kajian pula adalah
bertujuan agar maklumat atau data yang diperolehi itu adalah boleh dipercayai
dan jumlah sampel itu adalah bergantung kepada kepentingan kajian tersebut.
Teknik pengolahan dan analisis data pula memainkan peranan penting agar hasil
kajian itu mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan mudah ditafsir.

Metodologi kajian adalah penting untuk memberi panduan dalam perlaksanaan


pengkajian tersebut. Ia boleh menolong pengkaji menentukan jenis data yang
hendak dikumpul, alat yang perlu digunakan, bagaimana data itu
dipersembahkan, contohnya kalau data adalah bersifat kuantitatif, ia mestilah
dipersembahkan dalam bentuk statistik.. oleh itu, sebelum membuat pengkajian,
setiap pengkaji mestilah menguasai unsur-unsur kajian yang dibincangkan di
atas dan sebahagian besar daripada unsur-unsur ini mestilah mencerminkan
turutan kajian.
KESIMPULAN

Sebagai rumusan yang boleh dibuat mengenai konsep dan pendekatan dalam
kajian tindakan, ialah kajian tindakan merupakan kajian yang dijalankan bagi
menangani masalah yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di mana ia akan mengenalpasti punca permasalahan dan cuba
menyelesaikan atau mengambil tindakan dalam menyelesaikan permasalahan
tersebut dengan cara berfikir yang intelektual dan fleksibel agar dapat mencari
jawapan terbaik bagi persoalan tersebut. Biasanya terdapat dua pendekatan
utama yang boleh digunakan iaitu pendekatan secara positivistik dan
pendekatan secara naturalistik. Bagi memilih pendekatan yang terbaik, pengkaji
mestilah mengetahui permasalahan tersebut iaitu sama ada permasalahan
tersebut berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Selepas itu pengkaji perlulah
mamasukkan unsur-unsur kajian bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah
benar-benar berkualiti dan mempunyai nilai kesahan yang tinggi. Selepas itu,
pengkaji akan cuba menggunakan kaedah atau jalan penyelesaian yang
difikirkan paling sesuai dan selepas itu ia akan membuat kesimpulan atau
analisis terhadap tindakan yang diambil dan jika ia difikirkan sesuai maka ia akan
menggunakan penyelesaian masalah yang diperolehi itu, jika tindakan yang
diambil adalah tidak berkesan maka, pengkaji terpaksa melakukan atau
meneruskan kajian tersebut.