Anda di halaman 1dari 2

Oleh : Suhaimi bin Jubli.

Apakah Definisi Kajian Tindakan dan Kajian Pembelajaran?

Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan


mutu profesionalisme guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di
sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.

(Elliot & Adelman: 1976)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui


perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah
amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara
individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif

(McNiff :1988)

Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants


(teachers, students or principals, for example) in social (including educational)
situations in order to improve the rationality and justice of : a. their social or
educational practices; b. their understanding of these practices, and c. the situations
(and institution) in which these practices are carried out

(Carr dan Kemmis :1986)

Kajian Tindakan adalah "penyelidikan pendidikan" (educational research) dan ia


berbeza dengan "penyelidikan dalam pendidikan" (research in education) kerana
yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta
profesionnya.
(Lomax : 1994)

1
Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan
(pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah
pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang
baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan
kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam
profesion perguruan.

(Hanipah Hussin : 2001)

Ilmu yang berkaitan dengan perlakuan seseorang dipanggil psikologi dan


perlakuan mereka dalam sesuatu kumpulan dipanggil sosiologi. Dalam pendidikan,
perlakuan yang berlaku adalah campuran interaksi dari dua ilmu tersebut. Dengan
itu, Kajian Pembelajaran adalah sesuatu yang kompleks kerana mesti mengambil
kira semua aspek dan konsep yang berkaitan dengan tingkahlaku manusia.
Perlakuan manusia adalah sesuatu yang kompleks. Selain itu, kajian pembelajaran
juga melibatkan kajian untuk mendalami pelbagai bidang dalam kehidupan
antaranya sains, ekonomi, politik dan sebagainya. Antara contoh kajian
pembelajaran adalah tesis yang dihasilkan di universiti serta kajian ilmu yang lain
samada dari individu, organisasi, kerajaan atau pihak swasta.