Anda di halaman 1dari 2

Oleh : Nur Fadia Bt Mohamed Radzuan.

Soalan : Apakah kaitan di antara pembelajaran eksperential dengan


kajian tindakan dan kajian pembelajaran?

Pembelajaran Eksperential adalah pembelajaran berdasarkan pengalaman. Guru


bertindak sebagai fasilitator yang akan merancang dan menekankan aktiviti yang
berpusatkan pelajar. Guru merupakan pembimbing yang akan membantu pelajar
menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Guru akan
mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya
dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Guru juga merupakan pereka bentuk bahan
pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru. Guru sentiasa berfikiran terbuka yang sentiasa menggalakkan pelajar
menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.

Sebagai penyokong kognitif, guru akan menstruktur pelajaran untuk mencabar


persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan yang berbentuk
penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Pelajar
juga perlu digalakkan menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu pelajar
juga digalakkan membuat penemuan melalui pertanyaan soalan bercapah dan
bersoal jawab antara satu sama lain. Masa yang secukupnya perlu diberikan agar
pelajar dapat membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya
guru perlu tahu cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan
tugasan dan membimbing pelajar untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstruktivism


melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan
boleh menyelesaikan masalah. Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif
mengemukakan soalan-soalan dan isu dan membuat analisis dan menjawab soalan-
soalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam membantu pelajar
mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat dan
mendengar idea orang lain dan membina asas pengetahuan yang mereka faham.

Selain itu pelajar perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
untuk membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan
kemahiran penggunaan teknologi dimana mereka dapat menggunakan data dan

19
bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada Internet)
bagi menolong mereka menjana idea dan pengetahuan baru.

Pembelajaran Eksperential terletak di tengah-tengah di antara Kajian


Tindakan dan Kajian Pembelajaran. Ini adalah kerana sebahagian dari komponen
atau ciri-ciri dalam Pembelajaran Eksperential menyerupai komponen atau ciri-ciri
dalam Kajian Tindakan manakala sebahagian lagi mempunyai persamaan dengan
Kajian Pembelajaran.

Persamaan yang terdapat di antara pembelajaran eksperential dengan kajian


tindakan ialah kedua-duanya mempunyai kitaran / ”loop”. Bezanya pula ialah, kitaran
pembelajaran eksperential boleh mempunyai sekurang-kurangnya dua komponen.
Ada pula yang mempunyai tiga, empat malah lima komponen dalam sesebuah
kitaran. Perbezaan ini adalah bergantung kepada situasi di mana ia diaplikasikan
serta tokoh yang mencadangkannya. Kitaran dalam kajian tindakan pula hanya
mempunyai empat komponen iaitu pernyataan masalah, pemerhatian, tindakan dan
refleksi. Kitaran ini sentiasa berterusan dan bertujuan untuk memperbaiki
pencapaian guru dan murid dari semasa ke semasa.

Pembelajaran eksperential adalah salah satu cabang teori pembelajaran


konstruktivism. Teori ini adalah hasil sebuah kajian pembelajaran.

Kesimpulannya, Dalam Kajian Tindakan, Pembelajaran Eksperential adalah


”tindakan” yang dilaksanakan oleh guru sebagai tindakbalas terhadap permasalahan
yang dikaji. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing yang mesti
berfikiran terbuka dan menjadi penyokong kognitif kepada pelajar. Refleksi tindakan
ini akan mempamerkan sejauh mana guru berjaya memainkan peranannya.

Dalam Kajian Pembelajaran pula, Pembelajaran Eksperential adalah aktiviti


pembelajaran yang dilaksanakan oleh pelajar yang akan memanfaatkan pelajar itu
sendiri. Pelajar digalakkan untuk menjadi proaktif serta bertanggungjawab terhadap
pembelajaran kendiri. Refleksi aktiviti ini akan memperlihatkan pencapaian pelajar
sebagai kayu pengukur kepada keberkesanan pembelajaran eksperential.

20