Anda di halaman 1dari 12

Oleh : Mohd Fildaus Bin Mohamed

Soalan : Apakah Metodologi Yang Digunakan Dalam Kajian Pembelajaran


Dan Kajian Tindakan?

1. Pembentukan Objektif

Dalam peringkat ini, beberapa objektif akan dibentuk.

2. Pengumpulan Data / Maklumat

Pengumpulan maklumat untuk sektor ini adalah dari kedua-dua sumber primer dan
sekunder. Sumber primer adalah melalui kajian lapangan, manakala sumber
sekunder adalah melalui pengumpulan maklumat-maklumat dari jabatan berkaitan
dan melalui laporan-laporan kajian terdahulu.

3. Memproses Dan Menganalisis Data

Pada peringkat ini, data-data primer dan sekunder akan diproses dan dianalisis.
Aspek-aspek yang akan dianalisis adalah seperti tahap keupayaan jalan dan
persimpangan, tren pertambahan penduduk dan juga kenderaan persendirian.

4. Unjuran

Unjuran isipadu lalulintas dan pertambahan kenderaan persendirian akan dibuat


sehingga tahun 2005. Unjuran ini akan mengambil kira faktor-faktor yang
mempengaruhi ciri-ciri permintaan dan cadangan pembangunan yang telah
ditetapkan.

Penulisan Laporan

Dengan itu, kajian harus dikenal pasti bidang, tempat, tujuan, jenis dan metodnya.
Adalah penting untuk memahami unsur-unsur penting sebelum menulis, di antaranya
konsep, teori, asumsi dasar, hipotesis dan lain-lain.

7
Konsep Awal : Fakta yang diserap oleh pancaindera dan dirakam oleh otak
untuk diungkapkan kembali.

Asumsi (Anggapan Dasar) : Sesuatu kebenaran yang sudah diterima umum


sehingga tidak perlu diuji.

Kerangka Teori : Cantuman beberapa teori yang berkaitan dan wajar digunakan
untuk kajian tersebut.

Hipotesis : Tanggapan yang perlu dibuat dengan alasan yang kukuh

Penulisan Skripsi (bahagian rumusan) : Penulisan untuk membuktikan benar


atau tidak hipotesis yang dikemukakan.

Secara umumnya, langkah-langkah penulisan laporan kajian pembelajaran oleh


pelajar termasuklah :-

1. Pengenalan/Latar Belakang

a) Sebab-sebab pemilihan permasalahan untuk diteliti;


b) Mencakupi peranan tajuk yang dibicangkan; dan
c) Pengembangan bidang tajuk dan kewajaran kajian yang dilakukan.

2. Pertimbangan dalam Menentukan Permasalahan Kajian

a) Apakah kajian itu akan memberikan manfaat kepada masyarakat atau bidang
ilmu?
b) Apakah kajian itu dapat dilaksanakan?

3. Tujuan dan Kepentingan Kajian

a) Tujuan kajian harus selaras dengan rumusan masalah sama ada tujuan
umum atau khusus;
b) Kemukakan usaha dan hasil yang telah dicapai secara kasar;
c) Tujuan umum berkaitan dengan hipotesis kajian dan penilaian kajian;
d) Tujuan khusus mengemukakan pertimbangan yang mendukung penilaian itu;
dan
e) Kepentingan kajian harus disebut untuk siapa serta menjadi petunjuk kepada
pengkaji kemudian.

8
4. Batasan dan Skop Kajian

a) Batasan mengenai permasalahan atau pokok persoalan perlu supaya kajian


lebih terarah atau tidak lari fokus; dan
b) Batasan berhubung dengan kawasan kajian juga perlu supaya kajian tidak
terlalu luas dan berlaku banyak masalah.

5. Tulisan yang Lepas

a) Permasalahan yang dikaji biasanya bukanlah benar-benar baru - iaitu tidak


pernah dibuat;
b) Penulisan lepas perlu diteliti untuk melihat kekuatan dan kelemahannya; dan
c) Ianya juga membolehkan penambahan pengetahuan tentang permasalahan
yang hendak dikaji dan mengelakkan ulangan kajian/penulisan yang sama
atau pertindihan kajian.

6. Kerangka Teoritikal

a) Penting untuk membantu menentukan tujuan dan arah kajian penulisan,


serta memilih konsep-konsep yang tepat untuk pembentukan hipotesis-
hipotesis
b) Teori-teori itu bukan pengetahuan yang sudah pasti tetapi sebagai petunjuk
hipotesis dalam menjalankan kerangka teori.

7. Pembentukan Konsep

a) Konsep adalah sekelompok fakta yang berkaitan dengan permasalahan


kajian;
b) Ia menjadi unsur pokok daripada satu penelitian yang khusus;
c) Konsep juga adalah makna perkataan atau rangkai kata yang boleh
membawa erti lain; dan
d) Penjelasan konsep hendak dibuat dan dipegang teguh konsep tersebut.

8. Rumusan Hipotesis atau Andaian

a) Hipotesis dibentuk berdasarkan pengalaman, pengamatan dan dugaan; hasil


kajian lepas dan teori-teori yang sudah terhasil;
b) Perumusan hipotesis adalah penting untuk memfokus masalah, menentukan

9
data-data yang wajar dikumpul, menunjukkan corak kajian termasuk teknik
analisis yang akan diguna, mendapatkan kerangka untuk disimpul serta
merangsang kajian lanjutan;
c) Hipotesis perlu dikaji sama ada melalui kualitatif iaitu temubual, pemerhatian,
perbincangan atau secara kuantitatif seperti soal selidik, senarai semak,
kajian rekod atau dokumen; dan
d) Andaian tidak perlu diuji.

9. Metodologi atau Pendekatan Kajian

a) Metod mempunyai langkah-langkah sistematik dan teratur; dan


b) Penggunaan metod mempunyai kaitan dengan konsep-konsep, kerangka
teoritis dan hipotesis yang dipilih.

10. Organisasi Laporan

a) Bab-bab dan pecahannya perlu ada dalam laporan;


b) Bermula dengan pengenalan, diikuti dengan isi kajian dan diakhiri dengan
penutup yang konstruktif; dan
c) Nota kaki dan bibliografi dibuat bagi menyatakan rujukan sumber dan akan
memudahkan penyelidikan pada masa hadapan.

Metodologi Kajian Tindakan

Konsep Penyelidikan Tindakan

10
1. PENDAHULUAN Pengenalan kepada isu dan
Pengenalan
bidang secara global
Masalah yang ingin dikaji
Kenapa, mengapa Latar belakang masalah
secara khusus
menjalankan penyelidikan
Pernyataan masalah Apakah masalah yang
ingin dikaji
Objektif
Tujuan penyelidikan
Persoalan Apakah yang mungkin
penyelidikan/hipotesis dicapai
Kepentingan penyelidikan Apa pentingnya kepada….
Apakah penyelidikan boleh
Kekangan/masalah mengkaji semua perkara
yang berkaitan
Konsep-konsep yang perlu
Konsep,Takrifan/definisi
diberi penjelasan
2. SOROTAN Ada sokongan kepada isu,
PENULISAN ada landasan empirikal
3. METODOLOGI Kaedah / prosedur Cara bagaimana?
Sampelan dan populasi Siapa yang dikaji?
Tempat penyelidikan Di mana dikaji?
Bagaimana, siapa dan bila Apakah alat yang
digunakan untuk
Instrumentasi
mendapatkan data
kuantitatif?
Bila masa dijalankan/
Jangkamasa sertakan jadual
penyelidikan
4. KEPUTUSAN Maklum balas ringkasan
Pendahuluan
metodologi
Jadual dan graf tentang
Keputusan deskriptif
sampel
Jadual dan graf merujuk
Keputusan inferensi
kepada populasi
5.PERBINCANGAN DAN Diceritakan ringkasan latar
KESIMPULAN Pendahuluan belakang masalah,
prosedur dan keputusan
Membincangkan keputusan
Formulasi pola, konsep,
dengan membuat implikasi
teori atau generalisasi Perbincangan
berdasarkan sorotan
penulisan
Kesimpulan Sintesis & penilaian
Cadangan penyelidikan
Cadangan
akan datang

11
12
Langkah-Langkah Dalam Proses Penyelidikan Tindakan

Selaras dengan kaedah saintifik dalam penyelidikan, setiap penyelidikan tindakan


harus dirancang dengan sistematik dan teliti. Proses penyelidikan yang teratur
hendaklah diikuti.

Sesuatu projek penyelidikan tindakan terdiri daripada beberapa langkah tertentu


seperti berikut:-

1. Mengenalpasti pemasalahan kajian;

2. Menganalisis masalah dan menentukan faktor-faktor yang menyebabkan


masalah itu;

3. Menghuraikan hipotesis berkenaan dengan faktor-faktor itu;

4. Menghuraikan dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah; dan

5. Menilai atau merefleks hasil daripada tindakan.

Langkah 1: Mengenalpasti masalah

Langkah yang pertama dan terpenting dalam penyelidikan tindakan ialah untuk
mengenalpasti masalah yang berlaku sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Masalah mungkin wujud apabila keadaan sekolah tidak setaraf dengan apa yang
diingini atau dikehendaki. Oleh itu, masalah tidak akan selesai dengan sendirinya jika
pihak pentadbir atau guru tidak memutuskan apa yang harus dilakukan untuk
membetulkan keadaan. Masalah oleh timbul dari semua bidang di sekolah seperti
pentadbiran dan kewangan, pengajaran dan pembelajaran, program kokurikukulum,
hal-hal kakitangan, kebajikan pelajar, disiplin dan perhubungan dengan masyarakat.
Masalah yang dikaji itu harus dikenalpasti oleh guru itu sendiri dan mesti dinyatakan
dengan jelas dan tepat. Bukti atau butiran lengkap perlu diperoleh dan dikemukakan
bersama-sama pernyataan masalah. Masalah dapat dikenalpasti melalui beberapa
cara tetapi ia mesti dikenalpasti secara saintifik. Guru boleh mengenalpasti masalah

13
secara persendirian atau secara berkumpulan. Guru dari luar juga boleh dijemput
untuk memerhati keadaan di sekolah dan kemudian membincangkan masalah
tersebut secara bersama-sama.

Langkah 2: Menganalisis masalah

Masalah yang telah dikenalpasti harus memenuhi beberapa kriteria iaitu ia penting
kepada pihak yang mencadangkannya. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan
masalah itu perlu mempunyai makna atau kesan yang mustahak kepada pelajar.
Masalah itu juga merupakan satu masalah yang dapat dikendalikan oleh guru di
sekolah. Analisis masalah melibatkan beberapa jenis aktiviti seperti menentukan dan
menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan masalah itu berlaku, menimbang
kesannya jika tidak diselesaikan, memeriksa atau menggariskan andaian-andaian
yang perlu dibuat serta mengkaji data yang sedia ada atau mengumpul data awalan
bagi menjelaskan isu atau masalah yang berkenaan.

Langkah 3: Menghuraikan hipotesis atau idea-idea tentatif

Idea-idea tentatif berkenaan dengan faktor-faktor yang menyebabkan masalah yang


dikenalpasti itu timbul dihuraikan dalam bentuk hipotesis. Hipotesis menunjukkan
sebab-sebab berlakunya masalah tersebut. Ia merupakan ramalan saintifik terhadap
faktor-faktor berlakunya sesuatu masalah serta memberi petunjuk kepada tindakan
yang boleh diambil oleh guru untuk menyelesaikannya. Hipotesis membantu
penyelidik menentukan jenis-jenis data yang perlu dikumpul serta perkara-perkara
yang patut ditegaskan atau ditekankan semasa mentafsir data tersebut.

Langkah 4: Menghuraikan dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan


masalah

Setelah menghuraikan beberapa hipotesis berkenaan dengan faktor-faktor penyebab


yang menimbulkan masalah itu, langkah yang berikutnya adalah mengumpul data
untuk menguji setiap hipotesis itu. Teknik atau alat yang boleh digunakan untuk
mengumpul data adalah seperti berikut:-

14
1. Soal selidik 6. Temubual

2. Ujian 7. Pemerhatian
3. Perbincangan 8. Kajian kes
4. Anekdot kritis 9. Senarai semak
5. Kajian rekod atau dokumen

Data yang dikumpul itu direkod dan diproses untuk analisis dan ditafsir. Selepas
menganalisis dan menafsir data tentang setiap hipotesis itu maka hipotesis yang
terbaik dari segi kebenaran atau kemungkinan besar akan timbul untuk tindakan
selanjutnya iaitu dalam bentuk eksperimen. Guru boleh melakukan eksperimen
seperti menyesuaikan kandungan kurikulum, menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lain, mencuba teknik latihan baru, membina instrumen penilaian
dan pengukuhan, melaksanakan prosedur baru dalam penyeliaan, menyusun semula
struktur organisasi, atau penyelesaian lain yang lebih kreatif. Langkah-langkah
dalam melaksanakan eksperimen haruslah dirancang dan dilaksanakan dengan teliti
supaya semua unsur yang terlibat dapat dikawal rapi.

Langkah 5: Menilai hasil daripada tindakan

Penilaian adalah amat penting dalam penyelidikan tindakan. Hasil daripada tindakan
yang telah diambil harus diketahui dan difahami iaitu dari segi kejayaan dalam
menyelesaikan masalah yang telah dilakukan. Kesan sebenar penyelesaian yang
dilakukan itu haruslah dikenalpasti bukan sahaja dari segi keberkesanannya (iaitu
sama ada berkesan atau tidak) tetapi juga dari segi kecekapannya (iaitu sama ada
membazirkan sumber atau tidak). Dalam proses penilaian, pengukuran terhadap
objektif mesti dibuat untuk mengetahui tahap pencapaian atau perubahan yang
diperoleh. Objektif perlu digariskan pada peringkat awal penyelidikan tindakan.
Pemerhatian dan pandangan masyarakat sekolah tentang kejayaan atau kegagalan
usaha guru adalah penting, tetapi bukti yang lebih objektif seperti rekod pencapaian,
data hasil ujian, dan butiran lain yang boleh diukur mesti diperolehi dan dianalisis
untuk mengetahui keberkesanan dalam usaha menyelesaikan masalah itu.

15
Masukkan kitaran kajian tindakan dalam bentuk landscape di page ini!!!!!!!!!!!!

16
Jadual Perbandingan Antara Kajian Tindakan dan Kajian Pembelajaran

Perbandingan
Bil Perkara
Kajian Tindakan Kajian Pembelajaran
Untuk para pendidik atau guru Pelajar memperbaiki dan
memperbaiki amalan membuat generalisasi dan
1 Tujuan profesionalisme mereka sendiri; menguji teori serta menjelaskan
prinsip-prinsip yang telah
dipelajari;
Pendidik atau guru adalah Berpusatkan kepada pelajar;
Subjek
2 sebahagian daripada subjek
kajian
kajian;
Dilaksanakan dalam situasi Tidak semestinya berlaku dalam
sebenar secara situasi sebenar dan tidak
3 Metodologi
gelungan/kitaran (4 langkah); semestinya mengikut
gelungan/kitaran;
Melibatkan masalah semasa Boleh dilaksanakan bila-bila
4 Limitasi yang berlaku di sekolah; masa tanpa had berdasarkan
keinginan individu;
Dalam bentuk laporan dan Laporan bersifat individu di
Hasil boleh membantu pendidik lain mana pelajar tersebut sahaja
5
laporan juga dalam memahami mengenalpasti masalah yang
pemasalahan tersebut. dikaji;
Pendidik atau guru dalam Pelajar mungkin tidak
Cara membuat kajian dengan mudah mempunyai kemahiran atau
6 penyelesaia kerana mempunyai pengalaman pengalaman yang cukup dalam
n atau kemahiran dalam bidang menyelesaikan sesuatu
mereka; permasalahan yang timbul
Amalan dan budaya terbaik Pelajar lebih bermotivasi dan
Tingkatkan kepada guru dalam bersungguh-sungguh
7 kemahiran & meningkatkan kemahiran meningkatkan kemahiran
budaya mereka dalam pengajaran dan mereka dalam pelajaran;
pembelajaran
Merapatkan hubungan sesama Merapatkan hubungan antara
warga pendidik dalam pelajar dan guru di mana
8 Hubungan
membantu memperbaiki apabila berlaku masalah pelajar
masalah yang wujud; akan merujuk kepada guru;

17
Mempunyai kaitan dengan Mempunyai kaitan antara kajian
9 Perkaitan kajian pembelajaran tindakan, kajian pembelajaran
dan kajia penyelidikan

18