Anda di halaman 1dari 4

Oleh : Ahmad Fuad Mohamad

Soalan satu.
Untuk mematangkan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai disiplin ilmu,
tidak dapat tidak mestilah melalui proses penyelidikan. Persoalannya,
kenapa wujud kepelbagaian konsep dalam penyelidikan ini?

Jawapan.

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kepada pengerusi masjlis, Dr. Baharom Dekan Fakulti Pendidikan
Teknikal UTHM, rakan ahli panel dan para pelajar yang dihormati sekalian.

Persoalan yang dikemukan kepada saya adalah sangat luas skopnya dan
insyaAllah kita akan sama-sama membincangkannya. Ketamadunan manusia sering
berdepan dengan pelbagai persoalan yang perlu kepada jawapan. Sudah pasti, salah
satu saca untuk menyelesaikan persoalan atau mencari jawapan kepada semua
persoalan tersebut memerlukan kepada penyelidikan.

Benar, penyelidikan sangat luas dan pelbagai maka sudah pasti akan
perbezaan konsep kajian akan timbul. Pertanya, kita kena faham, apakan itu
penyelidikan? Dan saya cukup yakin kita semua pernah menjalankan kajian
diperingkat ijazah sarjana dahulu, walaupun satu tesis ringkas. Seperti yang telah
disebut pada awalnya tadi, penyelidikan ini wujud apabila kita mempunyai satu
masalah. Dan masalah ini kita selesaikan melalui pemikiran yang implisit sifatnya
dengan menggunakan data yang numerik (bernombor) atau statistik. Kita melalui
proses berfikir dan sumber maklumatnya adalah data. Kesimpulannya penyelidikan
ini adalah cara mengurangkan masalah yang dihadapi melalui dua komponen utama
iaitu proses berfikir yang intelektual dan fleksibal yang dinyatakan secara implisit dan
maklumat yang dikumpulkan secara imperik dan sistematik

Penyelidikan ini bermula pada abad ke-19. Pada peringkat awal, fokusnya
ialah kepada pengkajian alam. Contohnya, bagaimana manusia mengkaji bintang,
manusia mengkaji haiwan, manusia mengkaji manusia secara anatominya dan

3
semuanya dilakukan secara kuantitatif. Selepas itu, ilmu penyelidkan ini telah
dikembangkan kepada pengkajian sosial dan perilaku manusia yang sentiasa
berubah-ubah dan bersifat situasional. Maknanya, apabila penyelidik mula mengkaji
masalah sosial, ia tidak boleh mengkaji secara kuantitatif sahaja. Teori dalam ilmu
sosial tidaklah sekuat ilmu pengetahuan alam sehingga membolehkan individu
dianalisis seraca kuantitatif dan masih tidak dapat dipercayai sepenuhnya.
Maka,bermula disinilah berlakunya perkembangan penyelidikan secara kuantitatif
dan kualitatif.

Tidak dinafikan, untuk memantapkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai


bidang sekali pun mestilah melalui penyelidikan. Di peringkat master dan Phd kita
mesti membuat satu penyelidikan untuk melayakkan mendapat master atau Phd ini.

Saya memetik firma Allah s.w.t di dalam surah al-kahfi ayat 109 yang
bermaksud:

“Katakanlah (Muhammad); Kalaulah lautan itu diumpamakan sebagai dakwat


untuk menulis kalimah tuhanku, sudah pasti lautan itu akan kering sebelum
sempat menghabiskan catatan kalimah Tuhanku walaupun engkau membawa
dakwat umpama lautan itu berulangkali.”

Surah al-Kahfi : (109)

Ini menunjukkan betapa luasnya ilmu ini, dan sudah pasti kita memerlukan
penyelidikan untuk mengkaji khazanah ilmu ini. Setelah kita melihat perkembangan
penyelidikan ini dari mengkaji alam kepada mengkaji sosial, penyelidikan sosial ini
pula berkembang lagi kepada pelbagai bidang yang lain seperti penyelidikan sejarah,
penyelidikan korelasi iaitu kajian yang mengkaji perkaitan di antara pemboleh ubah,
penyelidikan psikologi dan salah satunya ialah penyelidikan di dalam bidang
pendidikan. Maka wujudlah perkataan penyelidikan tindakan, penyelidikan
pembelajaran dan sebagainya.

Sudah pasti, apabila wujud perbagai penyelidikan maka akan wujud


perbezaan dalam konsepnya. Apakah sebenarnya “konsep”? Konsep ialah jalinan
perkaitan untuk membuat interpretasi ataupun karangka teori/landasan pemikiran.

4
Konsep ini sebagai panduan kepada penyelidik untuk memfokuskan pemyelidikan
supaya pengkajian kepada sesuatu masalah menjadi lebih terperinci.

Kerangka konsep ini adalah sebagai panduan kepada penyelidik memfokuskan


penyelidikan supaya pengkajian pada sesuatu masalah menjadi lebih terperinci.
Secara analoginya, walaupun kita semua memakai pakaian ke kelas tetapi konsepnya
adalah berbeza. Ada yang berkonsepkan tradisional, dan ada yang berkonsepkan
moden. Kesimpulannya, kepelbagaian penyelidikan ini mempunyai terasnya yang
sama walaupun konsepnya berbeza.

Soalan dua.
Apakah titik pertemuan dan garis pemisah antara kajian tindakan dengan
kajian pembelajaran.

Jawapan.

Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih kepada yang bertanya, ini merupakan satu soalan yang amat baik
untuk dibincangkan. InsyaAllah saya akan cuba sedaya-upaya menjawab persoalan
ini. Secara ringkasnya soalan ini ingin melihat apakah persamaan dan perbezaan
yang ada atau wujud diantara dua jenis kajian ini. Mari kita sama-sama lihat satu
persatu.

Para pelajar sekalian,

Apabila kamu membuat sesuatu kajian atau penyelidikan, perkara utama


yang dikehendaki ialah jawapan kepada permasalahan atau fakta. Dan sesuatu fakta
itu mestilah benar sifatnya. Persoalannya, bagaimanakah kita inigin mengetahui
sesuatu faktu itu benar atau salah? Terdapat dua teori untuk mengetahui kebenaran
sesuatu jawapan atau penemuan baru ini iaitu melalui teori koherensi dan teori
koresponden. Melalui teori koherensi, sesuatu itu dikatakan benar jika ia tidak
bertentangan dengan keadaan atau penemuan sebelum ini. Manakala melalui teori
koresponden, sesuatu itu dikatakan benar apabila ia merupakan sesuatu yang benar

5
atau sebenarnya berlaku pada situasi semasa/masakini. Sebagai contoh, Tun Dr.
Mahathir Mohamad adalah seorang yang cekap dalam memimpin. Adalah ia satu
fakta yang benar? Kebenarannya adalah bergantung kepada keadaan atau situasi
semasa.

Kedua-dua kajian atau penyelidikan ini mempunyai teras konsep yang sama
seperti bidang kajian, masalah kajian, pembolehubah yang diteliti, tujuan dan
manfaat daripada kajian tersebut. Secara umumnya, fokus kajian tindakan adalah
khusus di dalam dunia pendidikan dan P&P sahaja contohnya seperti untuk
mengembangkan ilmu pendidikan, menyelesaikan masalah pendidikan, penyelidikan
kebijaksanaan pendidikan, dan penyelidikan pembangunan negara.

a) Perkembangan Ilmu pendidikan.


Dalam kajian tindakan ia hanyalah berdasarkan kepada masalah dan
pembolehubah daripada teori-teori pendidikan sahaja. Ia merujuk kepada
teori-teori asal yang sedia wujud ataupun teori-teori baru yang dibangunkan
oleh penyelidik.

b) Mengatasi masalah pendidikan.


Kajian tindakan juga bermaksud mengembangkan ilmu tetapi membaiki dan
menyempurnakan latihan pendidikan. Contohnya kokorikulum dan sistem
pendidikan.

Kesimpulannya yang boleh dibuat disini ialah kedua-dua kajian ini mempunyai
persamaan secara konsepnya tetapi berbeza secara praktikal.

Anda mungkin juga menyukai