Anda di halaman 1dari 5

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

PERANCANGAN KULIAH

MAKLUMAT MATA PELAJARAN

SEMESTER / SESI : I SESI 2007/2008

KOD MATA PELAJARAN : DBK 1053

MATA PELAJARAN : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

BEBAN AKADEMIK PELAJAR :

Bilangan Jam /
Aktiviti Pembelajaran
Sem
Kuliah 2 x 12 = 24
Tutorial 0
Amali 1.5 X 12 = 18
Pembelajaran Kendiri 3 x 12 = 36
Lain-lain 0

Jumlah Jam Belajar (JJB) 78

PENSYARAH / PENGAJAR / : Hj Mohd Salleh bin Hj Tahar(Penyelaras)


TUTOR Kahirol bin Mohd Salleh

MATA PELAJARAN PRA- : Tiada


SYARAT

(A) SINOPSIS
Mata pelajaran ini mendedahkan pelajar kepada konsep kajian tindakan dan pelaksanaannya yang
merangkumi asas kajian yang berbentuk deskriptif dalam persekitaran sains sosial dengan memberi
fokus kepada keperluan di sekolah untuk tujuan penambahbaikan kendiri dengan menjalankan refleksi
dan seterusnya aplikasi kepada pembangunan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sumber bahan, teknologi dan manusia secara strategik.

Disediakan oleh : Disahkan oleh : Ketua Jabatan Ikhtisas


Tandatangan : Pendidikan
Nama :Hj Mohd Salleh bin Hj Tahar Tandatangan :
Tarikh : 29.03.2007 Nama: Dr.Hj.Baharom bin Mohamad
Tarikh : 30.03.2007
(A) MATLAMAT
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang kajian tindakan dengan
mengaplikasikan konsep dan pendekatan yang berkaitan dalam menjalankan kajian tindakan di
sekolah/institusi pendidikan.

(C) OBJEKTIF
Selepas mengikuti dan melaksanakan mata pelajaran ini pelajar diberi:

(1) pengetahuan dan pemahaman tentang konsep, pendekatan,dan penjelasan maksud kajian tindakan.

(2) penganalisisan secara kritis dan kreatif pelbagai aspek kajian tindakan di sekolah/institusi
pendidikan.

(3) pengaplikasian falsafah, konsep dan pendekatan dalam kajian tindakan masakini bagi
meningkatkan lagi proses penambahbaikan yang berterusan ke arah kecemerlangan institusi
sekolah/pendidikan.

(4) penjelasan secara analitis, kritis dan kreatif pendekatan terkini mengenai konsep kajian tindakan
dalam konteks operasi sebuah institusi sekolah/pendidikan.

(5) penggunaan teknik-teknik peningkatan kualiti berterusan dalam konteks kajian tindakan di
sekolah/institusi pendidikan.

(6) penilaian terhadap pimpinan dan pengurus yang beretika, berintegriti dan akauntabiliti dalam
memimpin dan mengurus organisasi menerusi kajian tindakan di sekolah/institusi pendidikan.

(D) HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES)


Pada akhir kursus, pelajar dapat menggunakan dan menghayati ilmu serta kemahiran yang berkaitan
dengan:
(1) konsep dan pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan.

(2) penyelidikan dan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan, pentadbiran
dan kepemimpinan serta aplikasi pembangunan kualiti sumber manusia dalam sekolah/institusi
pendidikan.

(3) idea dan maklumat secara lisan dan bertulis dengan berkesan dalam konteks kajaian tindakan.

(4) penilaian terhadap etika profesionalisme, koleberasi organisasi dan kerjasama dengan stake
holder melalui kajian tindakan.

(5) kajian tindakan terhadap kepemimpinan, pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi
berdasarkan etika dan profesional keguruan,

(6) perancangan dan pelaksanaan sesuatu pelan tindakan berasaskan dapatan kajian tindakan dalam
pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan moden,

(7) kajian tindakan terhadap pentadbiran organisasi dengan lebih berkesan berdasarkan polisi,
perundangan dan pelaksanaan sistem pendidikan,

(8) kajian tindakan terhadap amalan ciri-ciri tanggungjawab, akauntabiliti dan integriti yang tinggi
berserta etika yang terpuji dalam kepimpinan dan pengurusan di tempat kerja.

(E) PERANCANGAN PENGAJARAN

Pengenalan Kepada Kajian Tindakan


Definisi dan konsep kajian tindakan
Ciri-ciri kajian tindakan

Kepentingan Kajian Tindakan


Perbezaan dengan kajian lain
Aktiviti-aktiviti dalam proses kajian tindakan
Fungsi kajian tindakan.

Perancangan kajian tindakan


Strategi perancangan kajian tindakan
Perancangan secara berpasukan
Melakukan tinjauan awal mengenai isu, masalah atau keprihatinan

Mengenalpasti, menilai masalah


Membuat perbincangan awal
Membuat tinjauan literatur
Mengubahsuai pernyataan masalah
Memilih prosedur
Huraikan masalah, isu dan keprihatinan dengan jelas
Nyatakan objektif, tujuan dan rasional dengan jelas
Merancang tindakan bersama rakan sejawat atau fasilitator

Merancangkan kaedah mengutip data, menganalisikan data


Membuat interpretasi mengenai data
Membuat jadual kajian/ pemerhatian
Membuat anggaran belanjawan
Penyediaan usul kajian tindakan

Tinjauan bahan/Sorotan Penulisan


Sumber maklumat- laporan, jurnal, perbincangan
Pengaplikasian maklumat
Ubahsuai masalah – pernyataan masalah baru
Huraian masalah dan isu, persampelan, pilahan bahan,
Pentadbiran, agihan tugas, pungutan data, perekodan dan pelaporan awal

Penilaian
Analisis data, membuat inferen dan membuat refleksi
Fokus refleksi dalam kajian tindakan
Makna refleksi, jenis-jenis refleksi, aspek-aspek utama dalam refleksi
Penyediaan laporan

(F) BAHAN RUJUKAN

Calhoun, Emily. (1994). How to Use Action Research in the Self-Renewing


School. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum
Development.

Elliott, John. (1992). Action Research for Educational Change. Bristol, PA: Open
University Press.

Macintyre, Christine. (2000). The Art of Action Research in the Classroom.


London: David Fulton Publishers.

McNiff, Jean. (1993). Teaching as Learning: An Action Research Approach. New


York: Routledge.

Mills, Geoffrey E.(2003). Action Research: A guide for the teacher researcher.
Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.

Solomon, Mildred, ed. (1999). The Diagnostic Teacher: Constructing New


Approaches to Professional Development. New York: Teachers College Press.

Stringer, Ernest T. (1996). Action Research: A Handbook for Practitioners.


Thousand Oaks, CA: Sage.

Wells, Gordon. (2001). Action, Talk, and Text: Learning and Teaching Through
Inquiry. New York: Teachers College Press.

Wells, Gordon. (2001). Action, Talk, and Text: Learning and Teaching Through
Inquiry. New York: Teachers College Press.

(G) SKIM PENILAIAN (PERATUS TABURAN MARKAH)

(a) Tugasan 1 (Projek Kajian Tindakan) 30%


(b) Tugasan 2 (kumpulan) 20%
(c) Pembentangan kumpulan 10%
(d) Peperiksaan Akhir 40%

Jumlah 100%

(H) KEHADIRAN/PERATURAN SEMASA KULIAH

(1) Pelajar mesti hadir tidak kurang dari 80% masa pertemuan yang ditentukan bagi sesuatu mata
pelajaran termasuk mata pelajaran Hadir Wajib (HW) dan mata pelajaran Hadir Sahaja (HS).

(2) Pelajar yang tidak memenuhi perkara (1) di atas tidak dibenarkan menghadiri kuliah dan
menduduki sebarang bentuk penilaian selanjutnya. Markah sifar (0) akan diberikan bagi mata
pelajaran yang berkenaan atau Hadir Gagal (HG) bagi mata pelajaran Hadir Wajib (HW).

(3) Pelajar perlu mengikut dan patuh kepada peraturan berpakaian yang berkuatkuasa dan menjaga
displin diri masing-masing untuk mengelakkan dari tindakan tatatertib diambil terhadap pelajar.

(4) Pelajar perlu mematuhi peraturan keselamatan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai