Anda di halaman 1dari 2

Past Years Questions

Format soalan peperiksaan akhir; 7 soalan jawab 5


Pesanan ustaz, baca nota yang diberikan.

Soalan 1

a. Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Tindakan?


b. Berikan 6 perbezaan di antara Kajian tindakan dan Kajian dalam pendidikan?
c. Kajian tindakan merupakan aktiviti yang sangat penting untuk dilaksanakan
dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolah. Bincangkan.

Soalan 2

a. Dalam kajian tindakan, sipakah yang dijadikan sebagai subjek kajian?


b. Berdasarkan contoh kes kajian yang berlaku di sekolah, terangkan rekabentuk
kajian yang sesuai dipraktikkan mengikut pandangan anda sebagai ketua penyelia.

Soalan 3

a. Binakan satu jadual perancangan kajian tindakan yang merangkumi 4 elemen


utama dan jelaskan setiap elemen yang dimaksudkan?
b. Berdasarkan kajian tindakan yang sedang anda jalankan, apakah masalah yang
dianggap sebagai etika pendidik dan bagaimanakah kaedah yang paling berkesan
untuk menangani masalah tersebut?

Soalan 4

Sekolah Tinggi Agung di daerah Muar, Johor mengalami kemerosotan sebanyak 13.5 %
pencapaian dalam matapelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM 2007. Dengan
kes tersebut anda dipilih sebagai ketua untuk membuat kajian bertujuan untuk mengatasi
masalah tersebut.

a. Berdasarkan kes dari kenyataan di atas, adakah ia memerlukan satu kajian?


Jelaskan.
b. Sebagai seorang pendidik yang berpengalaman, anda bercanggah pendapat
dengan pengetua sekolah mengenai pernyataan di atas. Anda tidak bersetuju
dengan pendapat yang mengatakan bahawa tidak perlu membuat kajian, cukup
sekadar menambah waktu kelas tambahan, menambah latihan dalam kelas,
menambah ceramah motivasi subjek dan menghantar guru berkursus. Dalam
suasana demikian, apakah tindakan anda bagi menyelesaikan masalah tersebut?
Soalan 5

a. Senaraikan 4 jenis instrumen yang biasa digunakan dalam Kajian Tindakan.


b. Dengan memberikan satu contoh kes yang jelas, pilih dan padankan instrumen
yang sesuai untuk tujuan data dikumpul tepat seperti kehendak objektifnya.
c. Berdasarkan kepada soalan 5 (b), jelaskan apakah halangan dan cabaran yang
biasa didapati semasa proses pengumpulan data dijalankan.

Soalan 6

Maklumat mengenai kehadiran kelas tambahan bagi matapelajaran Sejarah pelajar


Tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Sains Air
Hitam didapati kurang daripada 60% pada sesi 2008.
a. Daripada pernyataan di atas, apakah jenis mengapa anda memilihnya?
b. Buat satu laporan lengkap kepada pihak berwajib mengenai hasil yang diperolehi
daripada kajian anda.

Soalan 7

Sebagai seorang penceramah program pembangunan staf bertajuk Kajian Tindakan. Anda
diminta menyediakan satu kertas kerja yang terperinci yang menggambarkan satu
penyelesaian kes pembelajaran menggunakan kaedah Kajian Tindakan bermula dari
pengenalan proses hinggalah ke peringkat melaporkan.Mulakan kertas kerja anda dengan
ayat berikut: Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk.......

Anda mungkin juga menyukai