Anda di halaman 1dari 7

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringakasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :. Nama Penulis : Juliah bt Mansor ( 680615 06 5030 ) Tarikh : 30 Ogos 2012

PENGHARGAAN

Alhamdullilah ,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t dan junjungan Nabi Muhammad s.a.w, tugasan BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan olehNya.

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Husin Fateh Din selaku pensyarah pembimbing yang terlalu banyak membantu, dan juga sebagai pemudahcara sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini dengan baik. Terima kasih di atas segala nasihat dan motivasi serta bantuan yang telah diberikan terutamanya penerangan yang jelas beliau tentang aspek pemulihan dan penyediaan slaid cerita rakyat dalam bentuk power point.

Akhir tinta, sekali lagi kami menitipkan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang membantu menyiapkan tugasan ini.Sesungguhnya bahasa merupakan sesuatu yang indah. Dengan bahasa kita mendapat ilmu. Melalui bahasa kita bersatu.Dengan bahasa kita berkongsi pelbagai suka duka dengan orang lain.Segala perkongsian adalah untuk kebaikan, namun jika terdapat kekurangan, semuanya bukan disengajakan. Sesungguhnya perkongsian itu sesuatu yang terindah. Yang Baik Itu Dari Allah s.w.t, Yang Buruk Itu Adalah Kelemahan Sendiri.

ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN

1.0 2.0

PENDAHULUAN PEMULIHAN 2.1 Rasional dan Objektif Pendidikan Pemulihan

1 3 4

3.0

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA DAN KELAS KHAS 8

4.0

PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA DAN KELAS KHAS 10 16 17 19

5.0

PENGAYAAN 5.1 Rasional dan Objektif Pendidikan Pengayaan

6.0

PENUTUP

PENUTUP REFLEKSI RUJUKAN LAMPIRAN BORANG KOLABORASI

REFLEKSI

Syukur alhamdullilah, dalam masa yang ditetapkan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik sekali. Penerangan yang jelas tentang kerja kursus projek telahpun diberikan oleh Pn.Siti Hajar pada interaksi ke dua iaitu Sabtu 28 Julai 2012. Kesungguhan beliau memberi penjelasan dan kata-kata motivasi telah menyuntik semangat saya yang telah berusia untuk menghasikan sesuatu yang terbaik. Bukan senang menjadi guru,bukan tugas mudah menjadi guru yang masih belajar, namun ia bukanlah penghalang untuk saya meneruskan cita cita dan harapan untuk berjaya. Tajuk tugasan yang diberi iaitu Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan, diteliti dan untuk memastikan semua aspek yang diperlukan dalam kerja projek ini menepati dengan kehendak soalan. Tugasan dibahagikan kepada dua bahagian di mana bahagian pertama saya menyediakan grafik dan huraian berkaitan dengan konsep, objektif rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan. Saya juga telah menghuraikan pengelolaan dan strategi pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dan kelas khas. Bahagian kedua saya memilih cerita rakyat Lagenda Mahsuri yang disediakan dalam bentuk grafik power point. Cerita ini merupakan aktiviti pemulihan bagi kemahiran bacaan murid murid tahun 2. Jenis bacaan yang saya pilih ialah bacaan mekanis. Bacaan mekanis merupakan bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan katakata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. Jalan cerita yang menarik, tulisan yang diwarnakan mengikut suku kata dan grafik yang menarik, pastinya murid murid akan berminat untuk membaca. Menghuraikan aspek pemulihan ini terutama aktiviti bacaan,mengingatkan saya akan betapa pentingnya muridmurid menguasai kemahiran ini selaras dengan saranan Pusat

Perkembangan Kurikulum ( 2003 ) yang menyediakan satu pendekatan terancang dan berstruktur agar objektif pembelajaran dapat dicapai.Golongan pendidik seperti saya amat perlu menitikberatkan minat dan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran membaca. Saya percaya melalui kreativiti guru,seperti penyediaan bahan bacaan cerita rakyat menerusi power

point ini, proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai. Bahan yang disediakan amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid murid agar keupayaan kognitif mereka dapat dipertingkatkan serta masalah buta huruf dapat diatasi. Cerita rakyat Lagenda Mahsuri merupakan cerita yang banyak mengandungi nilai moral. Ia juga dapat dikaitkan dengan pusat peranginan iaitu Pulau Langkawi,malah ia juga telah difilemkan untuk tujuan hiburan yang telah dimasukkan unsur unsur pengajaran.Ini akan menambahkan pengetahuan sedia ada murid. Melaui kerja projek yang disediakan, amat menginsafkan saya bahawa murid murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah, amat memerlukan perhatian dan bimbingan terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Mereka juga ingin berjaya dan paling diharapkan murid murid ini mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid murid biasa. Penyediaan power point juga telah menambahkan kemahiran saya dalam ICT. Penyediaan bahan pengajaran menggunakan computer ini bukan sahaja disediakan untuk memenuhi tugasan kerja projek, malah akan saya pratikkan seterusnya di dalam kelas. Ini bertepatan dengan Norhashim et al.(1996) bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan memberi kesan yang besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran. Berada di bawah bimbingan pensyarah yang sangat prihatin ,serta tunjuk ajar yang murni En.Husin Fateh Din, membuatkan saya berpuas hati akan tugasan yang dihasilkan. Dalam melaksanakan tugasan terutamanya berkum,pulan mengajar saya erti sabar dan disiplin yang tinggi kerana guru yang benar-benar berjaya ialah guru yang mengibaratkan dirinya seperti lilin yang terus menyinar diikuti dengan sinaran lilin yang baru. Moga apa yang dihasilkan benar benar berkualiti, insyaAllah. Hujan lebat kilat menyambar, Hingga nampak pasar dan pecan, Sebarang pekerjaan tekun dan sabar, Apa dihajat Tuhan kurniakan.
-Koleksi Pantun Zakaria Hitam-

Juliah bt Mansor 680615-06-5030

RUJUKAN

Kamarudin Hj.Kachar. (1989). Ke Arah Pengurusan Pelajar Dinamik. Teks Sdn.Bhd.

Publishing

Kamus Dewan Edisi Baru. ( 1989 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.

KSSR Modul Pembelajaran teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Teras Tema Sains dan Teknologi . ( 2010 ) Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum

Dunia

Majalah Pendidik . ( bil 18-2005 ). Widad Publication Sdn Bhd

Modul LINUS Literasi. ( 2010 ). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Malaysia.

Pendidikan

Mook Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Rubiah Jusoh. ( 2008 ). Lagenda Mahsuri. Nur Ilmu Publications.

Yaakub Isa. (1994). Guru yang Efektif. Jawatankuasa Perayaan Hari guru Negeri Pahang. Yeohprinco Sdn. Bhd

BORANG KOLABORASI NAMA PENSYARAH BIL TARIKH : EN.HUSIN FATEH DIN CATATAN T / TANGAN EN.HUSIN

PERKARA

JULIAH

EN.HUSIN

JULIAH

EN.HUSIN

JULIAH EN. HUSIN

JULIAH

EN. HUSIN

JULIAH

EN.HUSIN

JULIAH

Anda mungkin juga menyukai