Anda di halaman 1dari 11

1.

PENDIDIKAN

Pendidikan bermaksud perihal yang berkaitan dengan menjaga, melatih dan mendidik ilmu pengetahuan . pendidik pula merujuk kepada orang yang mendidik, mengajar dan melatih. Ahli psikologi Barat, W.F.Connell berkatat ,salah satu tujuan pendidikan ialah untuk mendapatkan pengetahuan dan pengetahuan ini harus disusun dengan cara tertentu yang dapat menampakkan kaitan dengan tradisi pembelajaran.Mak Soon Long dan Lee Shock (1988) menyatakan bahawa pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembang fizikal, intelek sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka.

Pendidikan harus menggalakkan perkembangan intelek pelajar dengan membantu membaiki teknik komunikasi, mengukuhkan kemahiran asas serta membina unsur pemikiran logic serta penyelesaian masalah, membina minat dalam usaha mencari ilmu dan membina penghargaan serta penikmatan. Kesimpulan, pendidikan ialah satu proses mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran melalui komunikasi, kaedah, teori, peralatan dan secara latihan yang melibatkan satu proses yang berterusan.

2.0

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Penggunaan teknologi dalam pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid.Mengikut Galbraith (1967) technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu total system pengajaranpembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan idea (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian. kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud iaitu Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.dan teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi. Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Derek Rowter (1974), teknologi merupakan satu pendekatan sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima bagi proses penyelesaian satu satu masalah pengajaran dan pembelajaran. Yusup Hashim (1997) pula menyatakan bahawa teknologi pendidikan merupakan satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Muhammad Hasan Abdul Rahman ( 2000), mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai penggunaan prinsip prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pendidikan. Teknologi pengajaran pula merupakan sub komponen teknologi pendidikan dan merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan, perisian, seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna. Secara jelasnya, teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses pengajaran yang berkesan. Teknologi pendidikan juga merupakan satu bidang yang anjal dan dapat menerima dan menerapkan apa apa sahaja kaedah atau peralatan daripada disiplin disiplin yang lain agar dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Media Pengajaran

Media Pembelajaran

APD

APD

Teknologi Pengajaran

Teknologi Pembelajaran

Rajah: komponen komponen Dalam Teknologi Pendidikan

Dalam rajah di atas, alat pandang dengar (APD) menjadi inti dalam komponen teknologi pendidikan. APD ialah alat yang dapat merangsang pancaindera pendengaran dan pemerhatian untuk memperoleh data atau mesej sebelum mesej tersebut diproses ke dalam otak manusia. Untuk merangsang kedua dua pancaindera ini, APD perlu dipilih, direka bentuk dan digunakan secara sistematik mengikut kaedah kaedah tertentu.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

2.1

Domain domain Teknologi Pendidikan

Teknologi pendidikan ialah teori dan amalan reka bentuk, pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk keseluruhan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran ( Seels & Richey, 1994 ). Secara umumnya terdapat lima domain dalam teknologi pendidikan yang menjadi struktur asas bidang ini.

Penggunaan Penilaian

Pembangunan

Teknologi pendidikan

Pengurusan

Reka bentuk

Rajah: Hubungan teknologi pendidikan dan kelima lima domain.

Rajah di atas menunjukkan lima domain yang saling berkaitan dalam teknologi pendidikan yang menjadi penentu kepada kualiti hasil pengajaran dan pembelajaran.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

2.1.1

Domain Reka Bentuk

Reka bentuk ialah satu proses yang sistematik untuk merancang dan menentukan ciri ciri serta keperluan pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk ini menekankan pemahaman terhadap suasana sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran agar semua situasi diambil kira dan diberi perhatian dalam mereka bentuk proses pengajaran. Terdapat empat aspek yang saling berkaitan menjadi penentu domain reka bentuk. Domain reka bentuk merangkumi semua aspek yang menjadi nadi dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek tersebut ialah teori, prinsip, kaedah mahupun aspek murid yang merupakan klien utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek aspek ini diberi penekanan dalam domain reka bentuk.

Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Domain Reka Bentuk

Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Rajah: Empat Aspek Domain Reka Bentuk

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

2.1.2

Domain Pembangunan Domain pembangunan ialah proses pembinaan produk hasil terjemahan spesifikasi reka

bentuk. Pembinaan bahan pengajaran berasaskan kepada empat kategori bahan, iaitu teknologi cetak, teknologi bahan pandang dengar, teknologi berasaskan computer dan teknologi bersepadu.

Domain Penggunaan Terdapat empat kategori dalam domain penggunaan, iaitu penggunaan media dan proses, penerimaan inovasi, pelaksanaan dan institutionalisasi.

Penggunaan Media & Proses

Penerimaan Inovasi

Domain Penggunaan

Institutionalisasi

Pelaksanaan

Rajah: Empat Kategori Domain Penggunaan

2.1.3

Domain Pengurusan Domain pengurusan merupakan domain yang bertanggungjawab membuat

perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat empat kategori di bawah domain ini, iaitu pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan maklumat dan pengurusan sistem penyampaian.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

2.1.4

Domain Penilaian Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan

pembelajaran mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesesuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

3.0

PRINSIP

MENGGUNAKAN

TEKNOLOGI

PENDIDIKAN

DALAM

PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Bahan Bantu Mengajar Teknologi Pendidikan berfungsi sebagai bahan yang digunakan dalam proses p&p .

Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan teknologi pendidikan dijadikan sebagai daya penarik dan menimbulkan minat serta keseronokan belajar dalam diri murid.

Perancangan Penggunaan teknologi pendidikan perlu dirancang dengan sistematik.

Kegunaan Penggunaannya mestilah bersesuaian dengan topik dan objektif pembelajaran, murid, saiz kelas dan keadaan fizikal tempat mengajar.

Objektif Pembelajaran Penggunaan pembelajaran dan digunakan mengikut peringkat perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran. teknologi pendidikan dapat mencapai sesuatu objektif

Masa Guru perlu menggunkan teknologi pendidikan sesuai dengan masa dan topik agar dapat merangsang pembelajaran murid.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Rujukan Selepas Penggunaan Ia digunakan sebagai rujukan dan penggunaannya bermakna kepada murid.

Selepas Penggunaan Selepas penggunaan, teknologi pendidikan perlu ditanggalkan, diubah supaya tidak mengganggu tumpuan murid.

Pameran Bahan teknologi pendidikan boleh dipamerkan sebagai bahan rujukan murid.

4.0

PERANAN DAN KEPENTINAGN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknologi pendidikan mempunyai peranan yang tidak boleh dinafikan dalam mengangkat martabat pendidikan Negara kita kea rah bertaraf dunia.

5. penyelesai masalah 3. penggerak Inovasi reka Bentuk dan Sistem Pengajaran. 1.Memartabatkan Profesion Perguruan 2. Penjana pembaharuan dan Inovasi Kurikulum 4. Sumber Penghasilan Bahan bantu mengajar 6. Pengurusan dan Pentadbiran

5.0

KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Dewasa ini, istilah Komputer, teknologi maklumat dan jaringan internet tidak lagi asing

bagi masyarakat negara ini. Malah, setiap hari kita mendengar pelbagai maklumat tentang perkembangan teknologi perkomputeran di seluruh dunia. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah perkembangan komputer. Kemajuan pendidikan semakin hari semakin jelas dipengaruhi oleh elemen seperti teknologi maklumat khususnya komputer dan telekomunikasi. Menurut Norhashim et al.(1996) penggunaan TEKNOLOGI PENDIDIKAN 8

komputer dalam bidang pendidikan memberi kesan yang besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran.Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Menurut Merill (1992) pembangunan media pengajaran multimedia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran telah menjadi lebih mudah diubahsuai dan

individulistik.Pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan prestasi pelajar . 6.0 DEFINISI INTERNET Internet atau Interconnection Networking atau International Network adalah jaringan komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer diseluruh dunia sehingga terbentuk ruang maya jaringan komputer. saat ini Internet telah dikenal oleh hampir seluruh masyarakat di dunia.Internet (Inter-Network) merupakan sekumpulan jaringan komputer yang menghubungkan situs akademik, pemerintahan, komersial, organisasi, maupun perorangan. Internet menyediakan akses untuk layanan telekomnunikasi dan sumber daya informasi untuk jutaan pemakainya yang tersebar di seluruh dunia. Layanan internet meliputi komunikasi langsung (email, chat), diskusi (Usenet News, email, milis), sumber daya informasi yang terdistribusi (World Wide Web, Gopher), remote login dan lalu lintas file (Telnet, FTP), dan aneka layanan lainnya. Jaringan yang membentuk internet bekerja berdasarkan suatu set protokol standar yang digunakan untuk menghubungkan jaringan komputer dan mengalamati lalu lintas dalam jaringan. Protokol ini mengatur format data yang diijinkan, penanganan kesalahan (error handling), lalu lintas pesan, dan standar komunikasi lainnya. Protokol standar pada internet dikenal sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Protokol ini memiliki kemampuan untuk bekerja diatas segala jenis komputer, tanpa terpengaruh oleh perbedaan perangkat keras maupun sistem operasi yang digunakan. Sebuah sistem komputer yang terhubung secara langsung ke jaringan memiliki nama domain dan alamat IP (Internet Protocol) dalam bentuk numerik dengan format tertentu sebagai pengenal. Internet juga memiliki gateway ke jaringan dan layanan yang berbasis protokol lainnya. TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9

6.1

Kepentingan Internet Dalam Pendidikan Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperkembang

dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran dan pembelajaran mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk. Ramai diantara murid yang menghadapi masalah dan kesukaran dalam pembelajaran. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ). Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar.Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi TEKNOLOGI PENDIDIKAN 10

dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ). 7.0 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERBENTUK PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN Guru yang kreatif akan sentiasa mencari idea idea baru dan bahan pengajaran yang menarik untuk digunakan bagi sesi pengajaran di dalam atau luar bilik darjah.Pemilihan media pengajaran dibuat oleh guru berdasarkan topik pengajaran, aktiviti dan pendekatan pembelajaran yang dirancang. Mengikut Branson (1975), pemilihan media pengajaran merupakan komponen utama kebanyakan model dalam sistem pengajaran yang

komprehensif. Menurut Abd Rahim (1985), setiap alat atau bahan yang ada, walaupun diperoleh secara percuma, perlu melalui proses pemilihan yang tertentu supaya alat dan bahan yang terkumpul itu semuanya berguna. Prinsip pemilihan media pengajaran adalah berasaskan kepada potensinya yang dapat membantu guru melaksanakan pengajaran secara bermakna dan berkesan. Guru perlu beri tumpuan kepada empat perkara iaitu sifat fizikal, objektif pembelajaran, ciri ciri murid dan situasi pengajaran atau kaedah pengajaran. Pemilihan media bergantung kepada hasil

pembelajaran yang ditentukan oleh guru dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Menurut Yusup (1993), aktiviti yang dirancang bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan memerlukan satu atau mungkin lebih media. Pelbagai media diperlukan untuk memudahkan penyampaian tiap tiap aktiviti pengajaran. Pemilihan media yang bersesuaian dapat dibuat jika objektif pembelajaran jelas. Mengikut Gagne (1985), Gagne,Briggs dan Wager (1988), terdapat lima jenis hasil pembelajaran iaitu kemahiran intelek, maklumat lisan, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Dalam kerja projek ini ,saya memilih tajuk tatabahasa untuk murid tahun 3 bagi bahan bentu mengajar berbentuk pakej tutorial pembelajaran. Latihan tatabahasa tersebut, saya sediakan dalam tiga tajuk iaitu penjodoh bilangan, sinonim, antonim dan simpulan bahasa.Dalam slaid tersebut, saya memperkenalkan tatabahasa penjodoh bilangan yang sesuai untuk murid tahun tiga. Seterusnya saya masukkan latihan iaitu memadankan penjodoh bilangan berdasarkan gambar animasi yang sesuai. Begitu juga bagi latihan sinonim, antonim dan juga simpulan bahasa.

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

11

Anda mungkin juga menyukai