Anda di halaman 1dari 9

ASAS PERKEMBANGAN BAHASA

Pengenalan Bahasa
Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri. Kemampuan menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi. Haliza Hamzah (2009), bahasa adalah satu bentuk komunikasi samada verbal atau non verbal.

Pemerolehan Bahasa

Kamus Linguistik (1997), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya. -proses seseorang penutur seperti kanak-kanak menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanak-kanak ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua.

Maksudnya :

Mangantar Simunjuntak (1987), berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah : -proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak- kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya.

Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama.

Perkembangan Bahasa

Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku

mengikut urutan yang sama tanpa mengira bangsa dan


jantina.

Umumnya, perbendaharaan kata kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun meningkat daripada 1,000

hingga 10,000 patah perkataan.

Aktiviti bercerita membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Orang dewasa harus berkemahiran menjalankan aktiviti

bercerita.

Pembelajaran Bahasa

Belajar bahasa pada hakikatnya adalah belajar komunikasi.


Pembelajaran bahasa adalah untuk meningkatkan kemampuan pelajar dalam berkomunikasi, baik lisan mahupun tulis (Depdikbud, 1995). Tujuan pembelajaran bahasa, menurut Basiran (1999) adalah keterampilan komunikasi dalam berbagai konteks komunikasi. Kemampuan yang dikembangkan adalah daya tangkap makna, daya tafsir, menilai, dan mengekspresi diri dengan berbahasa. Kesemuanya itu dikelompokkan menjadi kebahasaan, pemahaman, dan penggunaan.

Sumber :
http://endonesa.wordpress.com/ajaranpembelajaran/pembelajaran-bahasaindonesia/ http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan /jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf