Anda di halaman 1dari 5

Pengkarya :Patrick Ng Kah Onn Tajuk : Pohon Media : Batik Tahun : 1963 Saiz : 16 x 33

Dari segi visualnya,catan ini menggambarkan tentang dua orang lelaki yang sangat kurus saling berdekatan merenung dekat dengan satu pohon pokok yang tiada daun serta kelihatan layu.Rumah panjang yang gersang menjadi latar di belakang catan.Catan yang temanya terselindung di sebalik visualnya,bertemakan tentang hakikat-hakikat serta susah senang manusia dalam menjalani sesuatu perhubungan dalam kehidupan.Catan ini mengisahkan hubungan antara dua manusia sama jenis yang ditentang oleh orang ramai/masyarakat sekelilingnya.Ini kerana perhubungan tersebut bertentangan dengan norma alam.Hubungan antara dua figura tersebut diibaratkan seperti cabang dan dahan pohon itu seolah tidak bermaya dan lesu.Begitu emosi yang ingin diketengahkan pengkarya melalui pohon itu tersebut.Kepahitan emosinya jelas dilihat dan kita seperti dapat merasainya apabila melihat catan tersebut.Sebuah pohon yang tidak bermaya,kekeringan,gersang dan tidak berdaun lagi.Walaupun pohon itu sudah tidak kelihatan harapannya untuk hidup dengan sihat, namun dari dalamannya serta dasarnya, ketegangan urat-unrat akar pohon di bawah masih tidak berputus asa mencari sesuatu yang boleh menyihatkannya kembali.Itulah yang digambarkan oleh Patrick dalam perhubungannya.Walaupun ditentang hebat,hasil hubungan yang tidak berguna dalam benak fikiran masyarakat,namun subjek itu masih lagi berusaha dengan lebih kuat lagi untuk menyelamatkan hubungannya.Baginya,walaupun disisih oleh manusia lain,termasuk ahli keluarganya sendiri,mereka tidak kisah.Bagi mereka,dengan tindakan yang masyarakat lakukan,ia akan merapatkan lagi serta menguatkan perhubungan antara mereka berdua yang saling bergantung antara satu sama lain.Catan ini dihasilkan mengikut aliran abstrak modernisme iaitu luahan ekspresi berada di sebalik gambaran yang diberikan secara

terselindung.Subject matter dua figura serta satu pohon yang dijadikan titik fokus menggunakan media batik serta teknik-teknik dalam penghasilan batik.Tambahan itu, kesan permukaan yang digunakan pengkarya untuk berkarya menegaskan lagi jenis penggunaan medianya.Mood atau suasananya yang begitu hambar,tidak bermaya berjaya diketengahkan dengan hanya memilih warna hitam sebagai domain di dalam karya. Dari aspek visual yang lebih terperinci,ia menggambarkan dua figura yang saling bergantungan dalam menghadapi kesusahan serta diibaratkan sebagai pohon yang layu.Dengan kekuatan emosi yang dipaparkan melalui keadaan pokok serta ketegangan akar-akar yang mencari sumber,menjalar-jalar tidak kira di mana asal nutriennya dapat.Penggunaan banyak garisan-garisan yang kasar pada ranting-ranting serta akar-akar pohon tersebut.Rupa bentuk figura tersebut menggambarkan figura yang sangat kurus sehingga menampakkan tulang rusuk,muka yang cekung serta keadaan pohon yang agak suram.Ruang ilusi yang terdapat pada catan dengan adanya perspektif pada subjek rumah di belakang figura menunjukkan jarak antara figura dan rumah itu jauh.Pemilihan warna yang agak suram serta sejuk dimana kebanyakan warna koko serta garisan rupa bentuk yang dihasilkan banyak menggunakan warna hitam.Ini juga dipengaruhi dengan teknik batik yang digunakan. Keharmonian dapat dilihat dari segi penggunaan warna yang digunakan sangat bersesuaian dengan tema,kesedihan yang melanda subjek.Pemilihan teknik dan media juga amat bersesuaian dalam mengekspresikan emosi pengkarya.Penggunaan warna hitam pada subjek- subjek menegaskan kepada audien tentang apa yang ingin diketengahkan.Dari segi kontranya adalah pada subjek akar-akar pohon yang amat

tebal serta nilai warna hitam yang agak tinggi.Di sinilah kita dapat lihat bahawa subjek tersebut tidak mahu melepaskan hubungannya dan terus mencari jalan penyelesaian dan tidak mahu berpisah.Imbangannya yang agak stabil di mana figura yang ingin difokuskan agak besar nisbah saiznya berbanding rumah yang menjadi latar.Kepelbagaian dapat dilihat pada bagaimana pengkarya melahirkan perasaannya dengan penggunaan garisan-garisan yang pelbagai ketebalannya.Catan ini mencapai kesatuannya di mana sudut perspektifnya yang ada menunjukkan fokus kepada figura di tengah dan susunan yang baik.Diikuti dengan pemilihan warnanya yang bersesuaian dengan tema catan yang merintih perasaan apabila menghayatinya. Teori yang bersesuaian bagi catan ini ialah teori psikoanalitik.Teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud ini boleh diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang mengalami maslah berkaitan dengan masalah emosi.Menurut Freud,manusia dilahirkan dengan desakan naluri semulajadi.Berdasarkan pandangan ini,lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak geri manusia.(manusia tidak rasional,tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah nasib haluannya.Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri (self gratification).Kehendak dan tingkah laku manusia menjurus kepada untuk memuaskan kehendak biologi (sex) dan nalurinya.Mengikut Freud,tingkah laku manusia adalah hasil interaksi antara tiga sistem personaliti individu iaitu Id,Ego dan Superego. Terdapat tiga peringkat perkembangan psikoseksual individu itu kepada beberapa tahap iaitu : peringkat anal,peringkat oral,peringkat phalic,peringkat latensi,

dan peringkat genital.Freud percaya bahawa tahap-tahap perkembangan awal kehidupan manusia adalah penting untuk mencorakkan perkembangan personaliti individu dalam kehidupan selanjutnya sehingga ia mencapai peningkatan dewasa.Keperluan guru memahami teori psikoanalitik adalah penting.Ini kerana matlamat utama psikoananlitik ialah untuk mengatasi ketegangan perasaan.Dengan ini guru Pendidikan Seni dapat mengatasi ketegangan yang dialami oleh setiap pelajarnya.Dengan itu, guru dapat menyedarkan murid-muridnya bahawa bukan perasaan yang mengawal perasaan tetapi pemikiran yang mengawal perasaan. Melalui catan tersebut,kita dapat melihat pengkarya melepaskan segala tekanan emosinya ke dalam catan ini.Sebagai guru Pendidikan Seni,bagi menangani murid yang bermasalah dalam emosi, kita kena pandai menyalurkan emosi murid tersebut ke jalan yang betul.Contohnya,melalui karya-karya seni yang dihasilkan oleh murid-murid guru dapat membuat penilaian terhadap diri sendiri murid tersebut.Perasaaan mereka tergambar di dalam hasil karya mereka.Penggunaan warna,garisan, bentuk dan objek yang dilukis dapat menggambarkan perasaan sebenar mereka.Mengawal emosi muridmurid melalui kegiatan seni adalah penting.Judith Aaron Rubin dalam bukunya The Art of Art Therapy menyatakan bahawa melalui seni guru dapat menjalankan rawatan terhadap murid-murid yang mengalami masalahemosi.Disinilah seni mempunyai nilai teraputik.Ia merupakan salah satu kaedah yang mana guru bertindak sebagai ahli terapi sewaktu menjalankan pengajaran dan pembalajaran Pendidikan Seni.