Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyempurnakankan

tugasan projek ini dengan jayanya. Dalam jangka waktu hampir sebulan saya bertungkus lumus saya untuk menyempurnakan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Pada mulanya saya agak sukar memahami tugasan ini.Namun begitu, selepas penjelasan yang lengkap dan sedikit gambaran tentang tugasan ini diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu Dr Faridah Binti Nazir, saya dan kawan-kawan yang lain dapat memahaminya dengan lebih jelas. Tugasan ini memang mencabar kerana memerlukan banyak rujukan dan pembacaan bagi menghasilkan satu kerja kursus yang baik. Saya memulakan tugasan ini dengan mengumpul maklumat dan nota yang berkaitan dengan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Pelbagai sumber telah dirujuk bagi memperoleh isi atau maklumat yang lengkap untuk dijadikan bahan kajian. Saya juga menjadikan beberapa buku sebagai panduan dalam membuat tugasan ini. Untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti yang telah saya kemukakan, saya bukan sahaja merujuk satu buah buku sahaja , malah saya juga telah membandingkan isi-isi kandungan antara satu buku dengan buku yang lain. Perkara ini membantu saya dalam mencari maklumat secara meluas dan menggunakan pelbagai medium agar maklumat yang diperoleh pelbagai. Saya juga menggunakan bahan dari internet untuk dijadikan bahan kajian. Sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini, saya memperoleh banyak faedah, pengalaman dan pengetahuan melalui tugasan ini. Tugasan ini telah menguji diri saya agar senantiasa bersabar, berfikiran positif dan berusaha membuat yang terbaik bagi mendapatkan hasil kerja yang tersusun dan baik. Walaupun saya berpuashati dengan hasil tugasan ini, namun begitu terdapat beberapa perkara yang saya menyukarkan saya semasa saya menyiapkan kerja kursus ini terutamanya berkaitan peruntukan masa untuk menyempurnakan tugasan ini. Akan tetapi, masa yang diperuntukkan ini mengajar saya agar berdisiplin dan sentiasa menepati waktu.

Sebenarnya, segala kelemahan yang berlaku semasa penghasilan tugasan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menyempurnakannya. Segala pengetahuan yang saya peroleh dari tugasan ini akan saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya hadapi pada masa depan kelak. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Oleh : HELMI BIN ABD HAMID