Anda di halaman 1dari 8

STATUS WANITA

Dalam Sejarah Eropah telah menunjukkan bahawa golongan wanita tidak menpunyai sebarang

keistimewaan dan hak yang jelas. Ini kerana, rentetan daripada zaman Klasik dan Pertengahan yang mengganggap wanita adalah sesuatu perkara yang sangat negatif dan hina. Golongan wanita biasanya dikaitkan dengan kelas masyarakat atasan dan masyarakat pentengahan. Pada permulaan zaman Eropah moden, golongan wanita dipandang hina dan dianggap sebagai beban dalam sesebuah keluarga. Pada zaman Victorian, masyarakat eropah kelas pertengahan dan kelas atasan, golongan lelaki dan golongan wanita berada dalam suasana dan keadaan yang sangat berbeza.1

Kebiasaannya, ahli perniagaan yang berjaya akan menghabiskan masa mereka di tempat kerja ataupun menenangkan fikiran di kelab-kelab lelaki. Mereka membiarkan isteri-isteri mereka untuk menguruskan anak-anak, menguruskan rumahtangga dan mereka akan menghabiskan duit keluarga untuk meningkatkan status sosial keluarga.2 Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa golongan wanita pada zaman tersebut mempunyai tanggungjawab yang berat dan besar untuk dipikul. Namun begitu, walaupun mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam institusi kekeluargaan, golongan wanita tetap tidak mempunyai ruang dan peluang ke arah yang yang lebih dihormati dan disegani dalam kalangan masyarakat.

Kerajaan juga menguatkuasakan undang-undang diskriminasi untuk menentang golongan wanita. Sehingga akhir abad, kebanyakan negara Eropah mengganggap wanita adalah golongan minor di dalam kehidupan.3 Golongan wanita pada zaman tersebut hanya tertumpu kepada ruang kehidupan yang sempit seperti apabila belum berkahwin, tumpuannya hanya

Richard W. Bulliet, et.all, The Earth and Its People- A Global History Volume II Since 1500, Houghton Miffin Company, 2000, hlm: 486. 2 Ibid, hlm: 486. 3 Ibid, hlm: 486.

untuk ayah mereka dan selepas berkahwin tumpuan mereka beralih kepada suami pula. Kongkongan terhadap wanita tidak pernah berubah bagi negara-negara eropah. Namun, mengikut keadaan dan aliran semasa pada waktu dan zaman tersebut, kebanyakkan negara telah berubah pandangan terhadap status dan sumbangan golongan wanita dalam institusi masyarakat mereka contohnya Negara Britain. Negara Britain telah mengambil beberapa langkah yang bertujuan untuk memperkenalkan golongan wanita dalam kalangan anggota masyarakat dengan beberapa penubuhan persatuan dan organisasi. Contohnya pada tahun 1847, telah dibuka Queens College untuk golongan wanita sahaja dan pada tahun 1848, golongan wanita dibenarkan memasuki universiti London serta Bedford kolej dibuka.4

Selain daripada penubuhan institusi pendidikan, terdapat juga penubuhan beberapa akta dan hak-hak bersuara yang lain yang terdapat di Negara Britain. Antaranya ialah pada tahun 1857, Akta perkahwinan telah digubal di mahkamah. Wanita mendapat kuasa yang terhad dalam penceraian dan mempunyai hak melalaui anak-anak apabila penceraian ditangguhkan serta wanita mendapat hak terhadap harta selepas perpisahan yang sah atau arahan perlindungan sebagai keputusan suami yang meninggalkannya.5

Dalam pembahagian harta juga jelas golongan wanita juga mempunyai hak yang semakin meluas dan hak-hak mereka semakin dilindungi. Pada tahun 1870, Akta Harta wanita berkahwin dibenarkan mendapatkan sebanyak $200 di atas harta pencarian mereka sendiri dan pada tahun 1882, Akta Harta Wanita Berkahwin dibenarkan untuk golongan wanita mempunyai

Chris Cook, Britain in The Nineteenth Century 1815-1914, United Kingdom, Pearson Education Limited, 1999, hlm: 127 5 Ibid, hlm:127.

milik dan pengurusan harta dan aset mereka sendiri.6 Negara Britain dilihat lebih ke hadapan dalam mengubah status dan sosial golongan wanita. Selepas Negara Britain mempelopori hak dan kebebasan golongan wanita, di Negara Perancis juga mengalami nasib yang sama malah golongan wanita di Negara Perancis bertindak lebih agresif apabila mengadakan perarakan yang bertujuan untuk menyuarakan rasa tidak puashati terhadap perlaksanaan pemerintahan pihak kerajaan. Pada pagi 5 Oktober satu perhimpunan wanita yang besar merempuh ke Hotel de Ville, merampas alat-alat senjata. Mengheret meriam dan terus berarak ke Versailles dengan tujuan mahukan Raja menurunkan harga roti dan mahukan pegawai-pegawai yang telah menghina bendera tiga warna dihukum.7

Keadaan di Perancis jelas menunjukkan bahawa golongan wanita bukan lagi terkongkong dalam institusi keluarga bahkan sudah berada di tahap yang penonjolan diri dan kaum mereka dalam institusi masyarakat. Golongan wanita negara eropah pada abad ke-19 telah melalui fasa perubahan yang ketara dari segi status sosial mereka. Negara-negara eropah yang pada zaman awal dan pertengahannya yang telah memandang serong dan hina terhadap golongan wanita, telah berubah pandangan dan perspektif pada zaman eropah moden. Ini kerana negara-negara eropah telah mula menyedari betapa penting dan berharganya golongan dalam kalangan golongan masyarakat mereka. Golongan wanita juga mula berani menonjolkan diri dalam tujuan untuk menuntut hak dan kebebasan yang adil dan saksama terhadap golongan mereka. Jika dulu mereka hanya terkongkong dalam rumah sahaja, kini mereka bebas bergerak dan diberi peluang untuk belajar.

6 7

Ibid, hlm 128. Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, terjemahan Asri Hasbullah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm: 37.

Selain daripada negara Eropah seperti Britain dan Perancis, Jerman juga tidak terkecuali dalam perubahan taraf golongan wanita. Dalam bidang pekerjaan contohnya, dalam bidang perindustrian wanita dan lelaki memainkan peranan yang sama penting. Dalam permulaan zaman era moden, keluarga merupakan ketua unit pembuatan ekonomi dan isteri atau anak perempuan akan bekerja di dalam rumah dan juga di luar untuk menyokong keluarga. 8 Bagi golongan wanita Jerman, mereka sudah berani menonjolkan diri di khalayak ramai contohnya sebagai pekerja di sesuatu tempat.

Hierarki sosial menentukan bahawa golongan wanita patut dibayar kurang berbanding lelaki, tetapi megikut piawaian yang kebiasaannya, mengganggap pekerja wanita boleh dan patut menunjukkan keupayaan dan kecekapan sebagai ahli yang aktif seperti isteri-isteri mengeluarkan, menjual, berurusan, mengurus dan kalau berjaya, ia dikongsi dalam menaikkan reputasi keluarga mereka.9 Pada abad ke-19, golongan wanita Jerman saling bersaing dengan golongan lelaki kerana terpaksa untuk menyokong pendapatan suami yang tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Bagi golongan aristokrat wanita Jerman, mereka membiarkan kehidupan mereka terasing dan terpencil, mempunyai tenaga pengajar persendirian, mempunyai kemahiran dalam bidang sastera dan muzik dan kemungkinan aktif dalam pengurusan estet keluarga tetapi tidak pernah dilihat di khalayak ramai tanpa diiringi pengiring ataupun pengawal keselamatan.10 Golongan atasan dan aristokrat wanita pada zaman tersebut dilindungi dan dijaga dengan begitu ketat kerana mereka merupakan golongan istimewa dan berbeza dengan wanita kelas pertengahan dan bawahan.

Frank B. Tipton, A History Of Modern Germany Since 1815, London, Continuum The Tower Building, 2003, hlm: 17. 9 Ibid, hlm: 17. 10 Ibid, hlm: 41.

Gambaran wanita Jerman boleh dilihat melalui kebebasan bersuara mereka. Ini kerana golongan wanita Jerman sangat berani dan aktif dalam menyuarakan hak dan rasa tidak puas hati mereka dalam sesuatu perkara. Menurut mereka, mereka patut aktif dan diberi peluang dalam bidang pendidikan dan aktiviti-aktiviti kebajikan masyarakat dengan tepat dan jelas kerana kualiti kewanitaan mereka.11 Dalam bidang kebajikan dan sosial, golongan wanita sangat sesuai dipertanggungjawabkan kerana sikap mereka yang lemah lembut dan mementingkan keadilan seperti dalam bidang pendidikan kanak-kanak, kesihatan bantuan kepada golongan miskin. Keadaan ini akan membantu negara untuk terus maju dan seiring antara semua golongan masyarakat.

Negara Britain pula telah membenarkan golongan wanita bekerja di khalayak ramai. Pekerjaan profesional yang pertama dibuka kepada golongan wanita adalah mengajar terutama apabila kebanyakan undang-undang negara eropah mewajibkan pendidikan yang menyeluruh.12 Selain daripada itu, kebanyakan wanita golongan kelas pertengahan menjadi seorang jururawat sukarela ataupun sebagai pekerja kebajikan dan sosial dan mereka bekerja untuk mendapat sedikit atau tidak dibayar langsung.

Terdapat juga organisasi yang memperjuangkan hak dan melawan pelacuran, alkhohol dan buruh kanak-kanak.13 Namun, terdapat juga golongan wanita yang masih menjadi mangsa keganasan dari segi penderaan seksual majikan mereka dan anak majikan mereka. Ini kerana kebanyakan wanita kelas pertengahan bekerja sebagai hamba dan pembantu rumah kepada golongan atasan. Kekayaan dan kemewahan telah menyebabkan golongan atasan bebas melakukan sesuatu dan mengambil kesempatan ke atas golongan wanita yang bekerja.

11 12

Ibid, hlm: 153. Richard W. Bulliet, et. al, The Earth and Its Peoples- A Global History Volume II: Since 1500, Houghton Miffin Company, 2000, hlm: 153.

Di Negara Britain, telah tertubuhnya beberapa organisasi yang bertujuan untuk membela kaum wanita daripada terus ditindas dan dianiayai. Dua organisasi iaitu, The National Of Womens Suffrage (NUWSS) dan The Womens Social and poIitical Union (WSPU), merupakan pertubuhan yang sangat penting pada dekad sebelum 1914, yang memperkenalkan perlembagaan dan melalui perjuangan yang militan.14 Penubuhan organisasi-organisasi tersebut telah menjadi perintis kepada penubuhan dan penonjolan yang lebih aktif dalam kalangan golongan wanita.

Selain itu, terdapat beberapa pertubuhan yang ditubuhkan oleh golongan wanita yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam membela nasib mereka. Antaranya ialah pada tahun 1865, Petisyen tentang kemarahan masyarakat wanita dilakukan, 1867, pertubuhan wanita untuk memiliki hak-hak dalam politik telah diperkenalkan dan pelbagai lagi yang ditubuhkan.15 Golongan wanita di Negara Britain dilihat lebih ke hadapan dan maju serta berani dalam memperjuangkan hak-hak mereka dan keistimewaan mereka.

Namun, di negara Eropah bukan sahaja Negara Britain yang membuka ruang dan peluang kepada golongan wanita, tetapi Negara Jerman juga telah membuka laluan yang luas kepada golongan yang dahulunya dianggap tidak berkepentingan kepada masyarakat eropah. Sehinggakan wanita Jerman telah memainkan peranan yang sangat penting semasa revolusi 1848. Misalnya, pada bulan Ogos satu kongres pekerja di Berlin telah membuat satu tuntutan seperti insurans penggangguran, komperatif pengguna, perumahan bagi pekerja, persamaan lelaki-wanita dan pelajaran sekular yang percuma.16

14

Chris Cook, Britain In The Nineteenth Century 1815-1914, United Kingdom, Pearson Education Limited, 1999, hlm: 129. 15 Ibid, hlm: 130. 16 Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm: 88.

Malah, di Jerman juga terdapat beberapa institusi pendidikan yang lebih menjurus dan berfokus kepada golongan wanita Jerman. Pada tahun 1850, Carl dan Johanna Kastner Froebel telah menubuhkan Akademi Hamburg khusus tentang seks untuk wanita dan merupakan institusi pertama dalam peringkat pendidikan tinggi untuk wanita serta ia juga menyediakan akademi kurikulum, latihan guru tadika dan memperbaiki dan memperbaharui bidang sosial.17 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan negara Eopah telah mula mengorak langkah untuk menyeimbangkan persamaan antara semua pihak.

Walaupun kebanyakan perubahan dan perbaharuan yang berlaku di Negara Eropah bukan dipelopori dan dimulai oleh golongan pemerintah tetapi kebanyakannya dimulai oleh golongan pertengahan dan golongan wanita yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hak dan kebebasan mereka. Golongan wanita Eropah pada abad ke-19 telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat seperti dalam bidang pendidikan, pekerjaan, sosial, kebajikan dan sebagainya. Sekaligus telah menaikkan status golongan wanita yang selama ini dipandang hina dan hanya sebagai alat pemuas nafsu golongan lelaki sahaja.

17

Frank B. Tipton, A History Of Modern Germany Since 1815, London, Continuum The Tower Building, 2003, hlm: 105.

PENUTUP
Masyarakat eropah moden pada abad ke-19 iaitu pada tahun 1800 telah mencapai banyak kemajuan dan perubahan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan pencapaian mereka pada zaman dahulu iaitu zaman awal dan pertengahan. Perubahan masyarakat eropah disebabkan berlaku perubahan kelas sosial yang munculnya golongan yang membawa ideologi dan pemikiran yang baru dan tidak lagi hanya terkongkong pada pihak gereja sahaja. Selain daripada penularan ilmu dan pengetahuan daripada tamadun Arab telah membawa masyarakat eropah maju sehingga pengaruh mereka menular ke seluruh dunia dan mampu menjajah setiap pelosok dunia. Setiap kelas masyarakat yang membawa perubahan dan kejayaan telah menyebabkan eropah menjadi kuasa dunia sehingga ke hari ini. Masyarakat intelektual telah menjadi pelopor kepada revolusi dan cuba membawa pemikiran yang lebih jelas dan menyakinkan kepada penduduk mereka dan usaha para golongan tersebut telah membuahkan hasil kerana masyarakat eropah telah mencapai zaman kegemilangan dan kecerahan akibat daripada tindakan mereka yang berani melakukan perubahan dan menentang sistem yang lama.