Anda di halaman 1dari 12

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

SITI HAJAR BT MOKHTAR INTAN YUSNANI BT MD YUSUF WAN AMIRAH BT WAN HUSSAIN NORAMALI AFIQAH BT ABU BAKAR

Definisi
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
[31hb Disember 1997]

pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun;

BAHAGIAN IV SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bab 1Sistem Pendidikan Kebangsaan

FASA 15
Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; (d) pendidikan lepas menengah; dan (e) pendidikan tinggi, tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

Bab 2 Pendidikan Prasekolah


FASA 20 LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA

(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini. (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

FASA 21 Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN Akta pendidikan 1996 (Pindaan seksyen 22)

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

FASA 23 BAHASA PENGANTAR DI TADIKA


Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasabahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

FASA 24 KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.

Anda mungkin juga menyukai