Anda di halaman 1dari 6

CARA MEMBUAT PERANCANGAN PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI

Setiap perkara yang ingin dilakukan manusia perlulah mempunyai rancangan terlebih dahulu. Tanpa perancangan sesuatu yang dilakukan mungkin tidak akan tersusun dan menjadi luar kawalan. Perkaran yang sama juga berlaku didalam sektor pendidikan di negara kita. Dalam pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa ciri yang diperhatikan iaitu rancangan pengajaran tahunan, mingguan dan harian. Menurut Abdullah Sani (2003), rancangan pengajaran ini bertujuan memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan berdasarkan sukatan pelajaran dan menepati kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan perancangan dan penyampaiannya. Oleh yang demikian, sebuah rancangan pelajaran yang lengkap dan berkualiti perlu disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru dalam menghasilkan sebuah rancangan pembelajaran yang berkualiti. Segalanya bermula di awal penetapan rancangan pengajaran tahunan lagi yang mana guru perlu meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran. Ini adalah untuk memastikan guru dapat mengajar kesemua tajuk yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya guru gagal berbuat demikian, berkemungkinan guru tidak dapat menetapi rancangan pengajaran tahunan yang telah dibuatnya. Objektif pembelajaran perlu ditentukan dan ditulis didalam buku rancangan pembelajaran. Objektif pembelajaran penting dalam memastikan guru tidak terkeluar dari apa yang dirancang. Menurut Robert F. Mager (2009), tanpa objektif yang jelas, tiada asas yang kukuh untuk memilih bahan dan prosedur pengajaran. Guru akan sentiasa merujuk ke objektif pembelajaran semasa merancang aktiviti pembelajaran dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Objektif pembelajaran yang ditulis juga perlulah spesifik dan logik. Sebagai contoh, seorang guru ingin menetapkan objektif pada hari ini supaya dapat menyatakan kepentingan fotosintesis kepada tumbuhan yang diajarnya semasa kelas hari ini. Objektif yang ditulisnya itu salah kerana tidak spesifik. Contoh penulisan objektif pembelajaran yang betul ialah seperti murid dapat menyenaraikan dua daripada tiga keperluan asas tumbuhan untuk terus hidup. Semasa melakukan rancangan juga, guru perlu memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan. Bukan mudah untuk memastikan semua murid dapat memahami isi pembelajaran dalam masa yang ringkas. Oleh yang demikian, guru sendiri harus memahami isi pembelajaran tersebut dan mengajar murid dalam cara yang lebih mudah difahami dan diingati. Guru seharusnya bersedia lebih

awal dalam memahami isi pelajaran supaya rancangan pelajaran tidak terganggu. Ini juga adalah untuk bersedia utuk berdeoan dengan soalan yang akan ditujukan oleh murid. Seperti yang kita telah maklum, murid di umur 7 hingga 12 tahun berkembang dengan pesat dan berfikir dengan luas. Mereka mungkin akan kekeliruan dan bertanya kepada guru. Sekiranya guru tidak bersedia sebelum mengajar, dia tidak akan mampu menjawab kekeliruan murid tersebut dan menyebabkan murid tersebut mengalamai kerangka alternatif. Dalam merancang pelajaran, guru juga hendaklah membuat set induksi yang menarik. Set induksi ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana set induksi dapat menarik minat murid untuk mempelajari tajuk yang diberikan. Set induksi dapat membuka minda murid untuk mengenali tajuk yang akan diajar dan mengelakkan murid berasa bosan dan kurang memberikan perhatian didalam kelas. Set induksi yang dilakukan tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan. Hanya minimum 5 minit diperlukan untuk melakukan satu set induksi. Set induksi yang dilakukan tidak boleh terlalu lama kerana ini akan mengganggu peruntukkan masa untuk mengajar murid mengenai tajuk tersebut. Namun begitu, dalam masa yang singkat tersebut, guru harus berjaya menarik minat murid untuk belajar tajuk pada hari tersebut. Set induksi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk iaitu dalam berntuk cerita, teka teki, puzzle dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek untuk disiapkan. Rancangan pelajaran yang berkualiti juga mengambilkira keupayaan guru dalam menentukan dan menyediakan Bantu Bantu Mengajar yang diperlukan. Bahan Bantu Mengajar dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas menjadi lebih menarik dan berkesan. Kaedah tradisional iaitu kaedah chalk and talk adalah satu kaedah yang kini dilihat tidak lagi efektif yang boleh digunakan guru semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Kaedah ini boleh menjadikan murid mudah bosan dan hilang tumpuan di dalam kelas. Dengan adanya Bahan Bantu Mengajar, Pengajaran dan Pembelajaran yang berlangsung akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Menurut Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad (2005) menerangkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dengan baik akan membantu mengekal minat dan tumpuan murid, boleh mengaktifkan murid melalui perbincangan yang berkaitan dengan bahan dan akhirnya meningkatkan kefahaman murid berkenaan perkara yang ingin disampaikan. Antara contoh Bahan Bantu Mengajar yang boleh digunakan ialah kad interaktif, penggunaan multimedia seperti radio, komputer dan paparan video, buku cerita dan permainan yang telah diubahsuai dengan tajuk yang diajar. Terdapat beberapa prinsip dalam menggunakan Bahan Bantu Mengajar iaitu bahan yang digunakan sesuai dengan

peringkat umur murid. Bahan yang digunakan perlulah sesuai dari segi saiz dan sesuai dengan topik yang disampaikan. Prinsip yang kedua pula ialah bahan yang digunakan mestilah menarik. Bahan Bantu Mengajar dapat menjadi menarik dengan penggunaan warna yang menarik, susun atur dan kandungannya. Prinsip yang seterusnya ialah semua maklumat yang terkandung dalam bahan bantu mengajar adalah berguna untuk pembelajaran murid. Bahan ini perlu digunakan secara maksimum. Masa yang diperuntukkan dalam rancangan pengajaran perlulah rasional. Guru tidak boleh sesuka hati meletakkan sasaran masa tanpa mengambikira sukatan pelajaran terlebih dahulu. Ini kerana terdapat beberapa aras pemikiran didalam sukatan pelajaran. Oleh yang demikian, penekanan haruslah diberikan kepada tajuk sukatan yang sukar untuk difahami Masa yang diperuntukkan perlulah rasional supaya murid dapat memahami isi yang disampaikan secara maksimum. Untuk tajuk yang berada di aras rendah pula, masa yang diperuntukkan juga perlu digunakan dengan sebaiknya. Guru boleh melebihkan masa untuk menguji murid dan melakukan refleksi. Guru juga hendaklah bersedia sekiranya murid tidak memahami isi pembelajaran yang telah diberikan. Perkembangan kemahiran berfikir murid-murid tidak sama antara satu sama lain. Oleh yang demikian, guru hendaklah mempelbagaikan teknik mengajar agar proses pengajaran berlangsung dengan berkesan apabila keseluruhan murid dapat memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Bahkan, murid akan menjadi seronok untuk masuk ke kelas dan belajar subjek yang akan di ajar oleh guru sekiranya guru mengajar menggunakan teknik yang berlainan untuk mengajar. Namun begitu, banyak usaha yang perlu dilakukan guru untuk mendapatkan teknik mengajar yang berbeza. Guru harus lebih kreatif dan banyak membuat rujukan tidak kira melalui buku-buku mahupun rujukan di laman sesawang. Contoh teknik mengajar yang berbeza ialah guru mengajar dengan menggunakan alat bantu mengajar video untuk mengajar dan pada sesi pembelajaran yang seterusnya, guru menggunakan permainan kecil pula untuk menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya merangsang pemikiran murid. Selain itu, guru juga boleh membuat variasi ransangan semasa proses Pengajaran dan Pebelajaran berlangsung. Variasi ransangan ini bermaksud guru menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan minat dan focus murid Teknik ini adalah untuk mempelbagaikan system penyampaian guru bagi mengekalkan perhatian murid dan seterusnya mengelakkan kebosanan. Terdapat lima komponen variasi ransangan iaitu mengubah komunikasi bukan lisan guru, mengubah pergerakan guru, mengubah corak percakapan, mengubah deria focus, dan mengubah interaksi murid. Sekiranya guru menggunakan kesemua variasi ransangan, murid bukan sahaja dapat memfokuskan

perhatian didalam kelas malah memberi peluang kepada mereka menggunakan deria yang berbeza dalam memperoleh ilmu. Rancangan Pengajaran yang berkualiti juga menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni ini tidak diajar secara terus kepada murid tetapi diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk merealisasikan pembangunan modal insan yang telah dicadangkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Nilai-nilai murni ini penting dalam membangunkan modal insan dalam diri murid. Murid bukan sahaja mendapat input mengenai tajuk yang diajar malahan dapat mempelajari mengenai nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap murid. Contoh nilai murni yang boleh diselitkan dalam diri murid ialah sifat sayang menyayangi antara satu sama lain, bertanggungjawab, amanah dan sifat kerjasama. Menurut Ishak Ramly (2004), proses pemupukan nilai-nilai murni boleh dilakukan secara langsung ataupun tidak langsung dalam setiap mata pelajaran pada tempat yang sesuai. Namun begitu, kedua-duanya memerlukan perancangan yang teliti. Sebagai contoh dalam mata pelajaran sains, murid berhadapan dengan masalah alam sekitar seperti jerebu dan bencana tanah runtuh. Unsur menghargai alam sekitar boleh diterapkan melalui aktiviti pelajaran dan pembelajaran. Murid akan didedahkan dengan ancaman yang akan terjadi kepada sekeliling mereka sekiranya tempat mereka tidak menjaga alam sekitar mereka dengan baik dan sempurna. Nilai-nilai yang hendak dipupuk dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merangkui unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kewarganegaraan. Adalah mustahil untuk menerapkan kesemua unsur ini sekali gus dan secara langsung dalam setiap pelajaran. Namun,guru haruslah sedar dan sentiasa peka bagi merancang penerapannya kepada semaksimum yang boleh. Semasa proses Pengajaran dan Pembalajaran berlangsung guru juga digalakkan membuat soal jawab bersama murid. Ini dapat menjadikan suasana kelas tersebut lebih interaktif dan menarik. Apabila guru mengadakan sesi soal jawab, interaksi dua hala akan tercetus didalam kelas tersebut. Menurut Flanders (1970), interaksi dua hala antara guru dan pelajar sepatutnya berlaku didalam kelas dan selalunya dalam bentuk lisan. Apabila murid dapat menjawab persoalan yang dilontarkan guru, murid akan lebih berkeyakinan untuk berkongsi ilmu bersama rakan-rakan. Sekiranya murid tidak faham mengenai sesuatu yang sedang diajar guru dan bertanya kepada guru mengenainya, apabila guru menjawab soalan tersebut dengan yakin dan betul, seseorang murid akan berasa lebih yakin sekiranya dapat belajar bersama seorang guru yang mahir dan pandai dalam satu sesuatu matapelajaran.

Untuk soal jawab, guru mestilah memilih dan membuat soalan yang ringkas dan ringkas. Ini kerana untuk memeudahkan murid untuk memahami soalan yang diberikan dalam masa yang singkat. Sekiranya soalan yang diberikan sukar dan terlalu kompleks untuk difahami, murid akan mengambil masa yang lama untuk memikirkan jawapan yang diberikan guru. Manakala, jika jawapan yang diberikan murid salah kerana aras soalan yang tinggi, ini akan menurunkan keyakinan murid-murid dan seterusnya membuatkan murid hilang keyakinan untuk mencuba menjawab soalan. Soalan yang diberikan juga hendaklah spesifik. Ini adalah untuk memudahkan murid memfokuskan jawapan yang hendak diberikan. Sekiranya soalan yang diberikan tidak dispesifikkan, ini akan menyebabkan murid berfikir mengambil masa yang terlalu lama untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang diberikan. Soalan yang diberikan juga mestilah dapat merangsang pemikiran murid untuk berfikir dan mengembangkan potensi murid untuk berfikir. Guru juga perlu berusaha untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu diberi galakan agar terus berusaha untuk berjaya dan mendapatkan keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan. Motivasi adalah kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau pembelajaran menyeronokkan dan berkesan. Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi ialah mereka sentiasa rajin untuk datang ke sekolah lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca dan menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran. Sebagai kesimpulan, rancangan pengajaran yang berkualiti hendaklah ditulis dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru dalam melahirkan seorang insan yang akan berguna tidak kira dalam sesebuah negara mahupun kepada masyarakat antarabangsa. Sekiranya guru gagal mengajar dengan baik dan memastikan murid-muridnya belajar dengan bersungguh-sungguh, murid tersebut akan rosak dan akan menjadi beban kepada negara dan sudah tentulah menjadi kesalahan guru tersebut kerana gagal untuk mengubahnya menjadi insan yang berguna semasa di bangku sekolah. Sekiranya guru sudah gagal menulis rancangan pengajaran yang berkualiti, sudah tentu guru tersebut tidak mampu mengajar dengan baik dan sempurna. Mangsa kepada kegagalan guru tersebut ialah murid-muridnya sendiri.

Bibliografi Abdullah Sani (2003), Mengurus Sekolah; Menyelia Aktiviti Kurikulum, Malaysia, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd Ishak Ramly (2004), Inilah Kurikulum Sekolah, Malaysia, PTS Professional Publishing Sdn Bhd Robert F. Mager (2009), Menyediakan Objektif Pelajaran, Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad (2005), Pedagogi, Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan, Malaysia, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai