Anda di halaman 1dari 9

B2D1E1 1) Apakah kelebihan manusia jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan Tuhan yang lain? A.

Manusia tahu mencari makanan dan minuman. B. Manusia mempunyai akal dan keupayaan mental yang tinggi C. Manusia tahu bermasyarakat. D. Manusia melahirkan anak. 2) Penyataan yang berikut benar tentang haiwan, kecuali A. Haiwan mempunyai pelbagai sepsis B. Haiwan hidup bermasyarakat C. Haiwan tidak mempunyai naluri dan fikiran. D. Haiwan liar semakin pupus

3) Apakah tanggungjawab manusia di muka bumi ini? A. Memakmurkan alam dan mengambil faedah daripada pembangunan B. Berusaha untuk mengenali diri sendiri C. Mengembalikan alam sekitar kepada generasi akan datang. D. Memelihara semua haiwan dengan sebaik-baiknya. 4) Kita harus mensyukuri kelebihan dan _______ diri anugerah Tuhan. A.keaiban B.kemiskinan C.kekurangan D.kesengsaraan.

B2D2E1 5) Antara berikut, yang manakah bukan sikap individu yang amanah? A. Sanggup mengakui kelebihan diri sendiri B. Bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul C. Mempunyai integriti diri untuk melaksanakan tanggungjawab. D. Menimbulkan kecurigaan orang lain ketika menjalankan tugas.

6) Perlakuan berikut menggambarkan nilai amanah, kecuali A. Berpegang teguh pada janji B. Melaksanakan tanggungjawab yang diberikan C. Bercakap benar dalam apa jua situasi. D. Menyimpan barang yang dijumpai.

7) Apakah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang pelajar? A. Ponteng sekolah pada setiap hari B. Mengenali semua warga sekolah C. Melawan guru yang sudah tua D. Belajar bersungguh-sungguh agar memperoleh kejayaan.

B2D3E1

8) Mengapakah kita perlu menjauhi perkara-perkara yang negatif? A) Perbuatan tersebut menyebabkan kita dibenci. B) Perbuatan tersebut boleh menjatuhkan harga diri. C) Perbuatan tersebut menyebabkan kita dipenjarakan D) Perbuatan tersebut menyebabkan kita tidak disayangi ibu bapa.

9) Apabila anda melakukan kesilapan, anda akan A. Menuding jari kepada orang lain B. Tidak mahu terlibat dalam perkara tersebut C. Menyesali dan mengutuk diri sendiri D. Mengenal pasti kelemahan dan cuba membaikinya.

10) Antara yang berikut yang manakah bukan kebaikan mengetahui kelebihan dan kekurangan diri? A. Dapat mengetahui matlamat akan datang B. Dapat membaiki diri kearah yang positif C. Dapat mengelakkan diri daripada tomahan orang lain D. Dapat mengenal pasti kebolehan dan potensi diri.

11) Antara yang berikut, yang manakah bukan cara untuk membina harga diri? A. Pandai memilih rakan yang baik B. Mengenali kelebihan dan kekurangan diri C. Mengangap kesilapan sebagai suatu kegagalan D. Bersaing menjalankan tugas untuk kebaikan diri.

B2D45E1 12) Apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan apabila membeli makanan dalam tin? A. Melihat harga yang ditawarkan B. Meniliti tarikh luput C. Menyemak nama pengeluar D. Melihat jenama makanan

13) Apakah kesannya jika badan seseorang itu kekurangan zat makanan? A. Mengangu proses tumbesaran badan B. Bertambah sihat C. Boleh membawa maut D. Menyebabkan penyakit jantung.

14) Yang berikut merupakan merupakan gaya hidup yang sihat, kecuali A. Sentiasa bersenam untuk menyihatkan badan B. Membeli barangan yang berjenama C. Mengamalkan diet yang seimbang D. Menjaga keindahan alam sekitar 15) Mengapakah kita perlu mengambil makanan yang seimbang? A. Untuk menjamin kesihatan dan pertumbuhan yang sempurna B. Untuk mengelakkan kita makan makanan yang sama C. Untuk mengelakkan kita makan terlalu banyak D. Untuk mempelbagaikan menu makanan seharian.

B2D5E1 16) Apakah yang dimaksudkan dengan hemah tinggi? A. Beradab sopan dan berbudi perkerti mulia dalam pergaulan. B. Menjaga batas dalam pergaulan C. Bertolak ansur dengan orang yang lebih tua. D. Mengawal diri untuk mengelakkan pergaduhan

17) Mengapakah kita digalakkan mengamalkan nilai hemah tinggi? A. Untuk merealisasikan cita-cita dalam hidup. B. Untuk mempengaruhi kehidupan orang lain. C. Untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain D. Untuk memupuk permuafakatan sesama insan.

18) Individu yang mengamalkan nilai hemah tinggi akan A. Berbudi bahasa dengan orang lain. B. Berusaha untuk memajukan diri C. Sentiasa menunjukkan kelebihan diri. D. Suka menipu orang lain.

19) Mengapakah kita perlu mengamalkan nilai berhemah tinggi? A. Supaya dapat berbangga diri dan disanjung masyarakat. B. Supaya diri terkenal dan lebih mendapat perhatian C. Supaya dapat menjalin hubungan yang baik dengan orang lain D. Dicemburui rakan-rakan.

B2D6E1 20) Apakah yang dimaksudkan dengan toleransi? A. Keupayaan untuk menerima perbezaan orang lain B. Kesedaran untuk mencontohi gaya hidup orang lain. C. Keinginan untuk menyelami penderitaan orang lain D. Kebolehan untuk memahami cara hidup orang lain.

21) Bagaimanakah cara memupuk toleransi dengan rakan-rakan di sekolah? A. Keupayaan untuk menerima perbezaan orang lain B. Kesedaran untuk mencontohi gaya hidup orang lain C. Keinginan untuk menyyelami penderitaan orang lain. D. Kebolehan untuk memahami cara hidup orang lain.

22) Apakah kebaikan mengamalkan sikap toleransi? A. Dapat mengenal pasti cara menunjukkan empati B. Mampu membezakan pegangan agama setiap individu. C. Dapat meyakinkan orang lain tentang ketelusan hati kita D. Mampu meyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran dan situasi.

23) Nilai toleransi perlu diamalkan dengan sikap yang berikut,kecuali A. Member dan menerima B. Menghormati pendapat C. Mengutamakan diri sendiri D. Memupuk kepercayaan orang lain.

B2D7E1 (berdikari) 24) Apakah kebaikan mengamalkan sikap berdikari? A. Memudahkan perlaksanaan sesuatu tugas. B. Meningkatkan kekuatan fizikal individu C. Mengelakkan bebanan tugas yang keterlaluan D. Mengembangkan potensi dan keyakinan diri

25) Sikap berdikari amat penting supaya kita dapat A. Memastikan orang memuji kita B. Menjimatkan perbelanjaan untuk melakukan sesuatu C. Mengurangkan beban orang yang menjaga kita. D. Hidup dengan mewah tanpa bergantung dengan orang lain.

26) Bagaimanakah cara memupuk sikap berdikari dalam kalangan kanak-kanak? A. Meninggalkan mereka keseorangan dan bersendirian di rumah B. Menghantar mereka ke rumah saudara mara yang terdekat C. Member peluang untuk menentukan cita-cita mereka D. Mengelakkan mereka bermain permainan yang bahaya

27) Keupayaan bertindak sendiri tertakluk kepada perkara berikut,kecuali A. Kebolehan B. Kebanggaan C. Pengalaman D. Pengetahuan

28) Setiap usaha tidak akan berjaya jika kita A. Bersikap sambil lewa B. Bertanyakan pendapat individu lain C. Menolak pertolangan individu lain D. Melakukan kerja secara berkumpulan

B2D8E1

29) Kerajinan merujuk kepada individu yang A. Berkerja keras demi mencapai sesuatu B. Melakukan helahuntuk memperoleh sesuatu C. Mengupah orang lain untuk melakukan kerjanya. D. Mengorbankan diri untuk melakukan tugas

30) Individu yang mengamalkan nilai kerajinan akan

A. B. C. D.

Melakukan sesuatu tanpa perancangan. Sanggup menerima kegagalan dan berusaha memperbaikinya. Berhenti melakukan sesuatu apabila perkara itu rumit. Mengelak daripada melakukan sesuatu yang baru.

31) Seseorang yang cekal menghadapi cabaran dan dugaan hidup akan A. Takut menghadapi rintangan B. Berfikiran negatif sepanjang masa C. Menerima kejayaan yang cemerlang D. Memandang rendah kepada orang lain

B2D9E1

32) Bagaimanakah cara menunjukkan kasih saying kepada ibu bapa? A. Mematuhi nasihat dan peraturan ibu bapa B. Mendampingi ibu bapa pada setiap masa. C. Memberikan wang yang banyak kepada mereka D. Membelikan hadiah yang mahal dan mewah kepada mereka

33) Berikut merupakan ciri-ciri individu yang sayang akan nyawa, kecuali A. Menjauhi perkara-perkara yang negatif B. Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri. C. Berusaha untuk mengembangkan keyakinan dan potensi diri D. Mengurangkan penyertaan dalam aktiviti sosial dan masyarakat

34) Mengapakah manusia perlu menyayangi nyawa? A. Nyawa tidak begitu bernilai B. Nyawa boleh di tukar ganti C. Nyawa sesuatu yang amat berharga D. Nyawa penting kepada orang tertentu sahaja.

B2D10E1

35) Mengapakah ibu bapa perlu berlaku adil kepada anak-anak A. Memudahkan pembahagian tugas B. Mengelakkan perasaan tidak puas hati C. Menyelesaikan sesuatu perkara yang sukar D. Memudahkan mereka mengawasi anak-anak

36) Keadilan diperoleh dengan mempertimbangkan A. Kepentingan orang lain B. Ganjaran yang bakal di terima C. Keuntungan yang lumayan D. Kesan baik dan buruk bagi sesuatu keputusan

37) Apakah kepentingan bersikap adil dalam keluarga? A. Mengelakkan perbezaan pendapat B. Meningkatkan taraf pendidikan keluarga C. Menghindarkan perkongsian dalam keluarga D. Mewujudkan dan mengekalkan keharmonian keluarga.

B2D11E1 38) Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil sesuatu tindakan? A. Kesan B. Alasan C. Manfaat D. Kepentingan

39) Mengapakah kita tidak boleh menabur fitnah sesuka hati? A. Kerana fitnah boleh merapatkan hubungan dua pihak B. Kerana fitnah biasanya cinta yang benar C. Kerana fitnah boleh menimbulkan kegembiraan D. Kerana fitnah boleh menyebabkan orang lain teraniaya.

40) Khabar angin tentang kenaikan harga barang boleh menyebabkan A. Lambakan barangan di pasaran B. Harga barangan menjadi murah C. Kehabisan barangan di pasaran D. Peniaga mendapat keuntungan yang besar

B2D12E1

41) Nilai kesederhanaan mengajar kita supaya A. Mementingkan diri sendiri B. Berfikir dengan matang sebelum membuat keputusan C. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu D. Tidak memikirkan perasaan orang lain selepas bertindak

42) Apakah kebaikan merancang perbelanjaan secara berhemat? A. Mengurangkan jumlah hutang B. Memaksimunkan jumlah pembayaran C. Menjamin peruntukan kewangan yang mencukupi D. Mengawal kenaikan harga barangan di pasaran.

43) Bagaimanakah cara berbelanja secara berhemat? A. Membayar secara ansuran bulanan B. Merancang perbelanjaan dengan bijak C. Membeli dengan menggunakan kad kredit D. Membeli barangan yang dijual di pasar malam sahaja.