Anda di halaman 1dari 3

BERMAKNAKAH LAUNGAN KEMERDEKAAN !!!!!!!

Tanggal 31 Ogos pada setiap tahun adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia yang amat mencintai nusa bangsanya. Setiap tahun jugalah ramai yang semakin alpa akan makna kemerdekaan serta semakin melupakan apa jua yang telah dikorbankan oleh parajurit negara bagi menakluki negara sendiri kerana sebelum ini penduduk Tanah Melayu bagaikan menjadi pelarian dalam Negara sendiri. Kini negara Malaysia sudah menikmati kemerdekaan selama 55 tahun, tetapi apakah Negara ini sudah mampu melahirkan rakyat yang mengenang jasa para pejuang kemerdekaan? Tepuk dada, tanya anak muda remaja kita. Adakah mereka kenal akan pemimpin kemerdekaan Negara Malaysia? Mungkin hanya segelintir antara mereka yang mampu menjawab dengan betul dan tepat. Lihatlah anak muda yang dikatakan bakal menjadi pewaris bangsa. Ramai yang di jalan yang benar dan lagi ramai yang sudah menyimpang dari landasan Wawasan 2020. Jika hari ini seorang perajurit kemerdekaan dihidupkan semula, nescaya beliau akan berduka cita melihat perilaku anak muda harapan negara yang semakin ramai mengikut jejak langkah penjajah. Ramai yang terjebak dalam kancah pengedaran dadah, ketagihan merokok, merempit, merompak dan melakukan aktiviti yang menyalahi norma kehidupan manusia yang sempurna akal fikiran. Di samping itu, marilah kita sama-sama memikirkan adakah laungan merdeka itu menjadi lambang bahawa remaja dan diri kita ini sudah mencapai makna kemerdekaan itu? Setiap tahun apabila dibuat kajian kepada kebanyakan remaja yang melahirkan anak diluar nikah, secara purata mereka melakukan perbuatan zina itu pada bulan Ogos dan Januari. Hampir semua mereka mengaku melakukannya
1

pada malam 31 Ogos iaitu selepas sambutan ambang kemerdekaan negara yang sering disambut pada setiap tahun. Dimanakah letaknya moral remaja

pascamerdeka ini?. Mereka bagaikan menjadi perkara itu sebagai perkara biasa bagi diri mereka. Apakah itu yang menjadi lambing kepada kehidupan selepas merdeka bagi remaja sekarang. Ingatlah bahawa dunia kini semakin diambang kehancuran moral dan akhlak yang sering dikatakan bahawa Budi Bahasa Budaya Kita, tetapi dimanakah keberkesanan slogan itu di kaca mata dunia. Remaja yang dikatakan tidak perlu bersusah payah berkorban nyawa, harta benda dan bermacam lagi untuk merangkul suatu nikmat kemerdekaan itu kini bagaikan mempertaruhkan negara kepada penjajah bagi mendapat segala keselesaan dan kenikmatan nafsu semata-mata. Jangan sejarah itu berulang kembali. Kita akan merana kerana menjadi hamba di negara sendiri. Sedarlah wahai rakyat Malaysia yang mempunyai hasrat yang menggunung tinggi bagi menikmati laungan kemerdekaan setiap tahun. Janganlah menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan serta duri dalam daging bagi menjatuhkan kemerdekaan negara yang sudah menjangkau 55 tahun ini. Hayatilah makna merdeka yang sering dilungkan ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 31 ogos setiap tahun. Jadikanlah merdeka sebagai wadah yang menjadi batu loncatan untuk sama-sama kita menggapai kejayaan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran dan ekonomi negara. Usahlah laungan yang menjadi ungkapan keramat itu hanya menjadi kenangan apabila negara kembali dijajah oleh penjajah durjana itu. Abadikan segala jerit perih pejuang kemerdekaan negara yang rela berkorban bagi memastikan anak cucu mereka menikmati kemerdekaan yang menjadi impian mereka berabad-abad

lamanya. Bersama-samalah kita menjadikan kemerdekaan sebagai nadi perjuangan kita untuk mempertahankan kemerdekaan yang sudah dikecapi ini. Oleh yang demikian, setiap pihak terutamanya pihak keluarga haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memastikan remaja yang bakal menggalas ideologi pemimpin yang berkaliber kini menjadi remaja yang mampu dan ampuh bagi meneruskan tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Dengan adanya pemerintah yang cekap dan sistematik, maka akan lahirlah rakyat yang menjadi anak kapal yang setia kepada nakhoda kapal dan setia kepada pelayaran yang penuh ranjau dan dugaan. Selain itu, setiap pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan laungan kemerdekaan serta makna merdeka itu sendiri diabadikan dalam diri setiap rakyat Malaysia yang tidak mahukan kehidupan sebelum merdeka yang menjadi mimpi ngeri kepada mereka. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!. (590 patah perkataan)