Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.

Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN ? Jangan panik. Anda perlu bertenang Fikir. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda. * Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin. Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda. Pengamal pertolongan

cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan. BAGAIMANA MENDAPATKAN BANTUAN ? Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat seketika untuk membuat panggilan telefon. 'AMARAN PERUBATAN' (MEDIC ALERT) Ada individu yang menderita akibat sesuatu keadaan perubatan tertentu yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gejala dan tanda-tanda penyakit yang serius pada bila-bila masa. Sebagai bantuan dan makluman, mereka mungkin memakai sejenis pengenalan perubatan, biasanya dalam bentuk sejenis rantai atau gelang yang khas. Alat ini dikenali sebagai gelang Medic Alert atau Amaran Perubatan. Pada gelang ini tercatat identiti pesakit, keadaan perubatan yang tertentu dan keterangan-keterangan lain seperti alahan, dadah yang diperlukan atau alamat konteks perubatan yang boleh dihubungi. Pelbagai keadaan perubatan yang boleh dimaklumkan oleh alat tersebut termasuklah penyakit jantung yang khusus, diabetes, epilepsi atau gila babi, asma dan alahanalahan yang serius. MENGAPA PERTOLONGAN CEMAS ? Mereka yang memberikan pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah: Menyelamatkan nyawa mangsa Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk. Membantu pemulihan

Menenangkan perasaan mangsa dengan membuat mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan. Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa. Maklumat yang diberikan di dalam artikel ini membolehkan anda memberikan pertolongan cemas yang berguna dan berkesan. BILAKAH DIPERLUKAN ? Pertolongan cemas diperlukan di dalam keadaan berikut: Sakit dada yang teruk atau sakit di bahagian abdomen Pendarahan yang teruk atau tidak dapat dikawal Luka terbakar yang teruk Tercekik Patah tulang atau terseliuh Kecederaan yang teruk Serangan jantung Renjatan haba Pengambilan dadah yang berlebihan Keracunan Renjatan Tidak sedarkan diri APAKAH ASAS PERTOLONGAN CEMAS YANG PERLU SAYA KETAHUI? Sepatutnya, anda perlu tahu cara-cara untuk Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas) Mulakan prosedur pernafasan (pertolongan cemas primer) Hentikan pendarahan

merawat renjatan merawat kecederaan mata merawat luka terbakar TEKNIK SAFE Pada setiap keadaan kecemasan, lakukan teknik SAFE yang bermaksud: S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan) * Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan dengan berhatihati dan menilai keadaan tersebut) Kemungkinan wujudnya bahaya di kawasan sekeliling tidak dapat dipastikan dan boleh membahayakan penyelamat dan seterusnya menambahkan lagi masalah. Peningkatan bilangan mangsa akan mengurangkan keupayaan bantuan perubatan yang ada. Bahaya boleh jadi di dalam bentuk wayar elektrik hidup, risiko letupan atau kebakaran dari tumpahan minyak, haiwan berbisa dan lain-lain F - Free from danger (Bebas dari bahaya) Mangsa mesti dibebaskan dari segala bahaya atau perkara yang menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau dibuang dengan penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta, alihkan wayar elektrik yang hidup menggunakan batang kayu, halau haiwan berbahaya seperti ular, dan lain-lain lagi E - Evaluate casualty's condition (Menilai keadaan pesakit) Pertolongan Cemas Primer Lakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami kecederaan teruk

SALURAN UDARA - periksa samada saluran udara mangsa dan pastikan ia sama ada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atapun bendasing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka. GUNAKAN dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat. KELUARKAN gigi palsu hanya jika alat tersebut longgar. ELAK dari memasukkan tangan terlalu dalam kerana ini boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara. BERNAFAS - periksa samaada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan pernafasan. EDARAN (circulation) - periksa samaada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada) BAGAIMANA UNTUK MEMBERHENTIKAN KEADAAN TERCEKIK? Jika mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas, lakukan bantuan pemulihan pernafasan Anda harus berasa yakin bahawa anda akan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa sebelum memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa. Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada Ikut arahan untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENGHENTIKAN PENDARAHAN? Gunakan tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan Tekan pada luka dengan beralaskan kain yang bersih atau bahan lain yang sesuai. Ini akan meminimakan sebarang jangkitan. Pegang tangan ataupun kaki pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba

Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah. Anda perlu tambahkan lagi lapisan kain dan kenakan tekanan yang mampan. Gunakan juga tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain. Seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. Jangan tunggu. Hentikan pendarahan dengan serta-merta. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MERAWAT RENJATAN Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak Pastikan tubuh mangsa diselimuti untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang. Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MERAWAT KECEDERAAN MATA Cara yang paling baik bagi mengeluarkan bendasing dari mata adalah dengan membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah perlu untuk membasuhnya keluar Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak keatas mata Jika bendasing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun dengan menggunakan putik kapas.

Jika bendasing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya. Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang steril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh menyebabkan kecederaan mata yang serius. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MERAWAT LUKA TERBAKAR Di dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat. Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembab di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai. Untuk luka terbakar yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air di atas kulit atau letakkan dibawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan oleh udara. Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan INGAT! Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas Jangan tarik pakaian mangsa luka terbakar Bertenang dan tenangkan mangsa Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair

KIT PERTOLONGAN CEMAS Setiap rumah perlu memiliki satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak. Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanakkanak. Isi kandungannya mestilah diperiksa dalam satu jangkamasa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput tarikh dan berada dalam keadaan baik. Satu kit yang asas mengandungi: * Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal * Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil) * Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun) * Pembalut luka (bandage) * Plaster (sepeket) * Pita bergam untuk membalut * 'Crepe bandage' (untuk rawatan terseliuh) * Pembalut elastik * Pembalut tiga segi * Losyen 'Calamine' untuk ruam yang gatal * Kapas steril (1 gulung) * Pembalut luka atau dressing * 'Gauze parafin' (untuk luka terbakar) * 'Gauze steril' - kain jaring halus * Dressing untuk luka (2 saiz) * Basuhan mata * Lampu suluh * Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan) * Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu * Putik kapas (untuk meletakkan ubat) * Pin (untuk menetapkan bandage) * Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan pertolongan cemas sahaja) * Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)

BANTUAN PERNAFASAN - RESUSITASI MULUT-KE-MULUT (CPR) RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paruparu mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini: MULUT-KE-MULUT Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut MULUT-KE-HIDUNG Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar. MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut. EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau emfisema yang boleh menyebabkan penafasan terhenti memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.

Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan. Indikasi untuk EAR Sianosis kepucatan Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit Prosedur EAR 1. Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. 2. Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu) 3. Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin 4. Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru. 5. Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. 6. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat. 7. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba. 8. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)

9. Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara. 10. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher. 11. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada 12. Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala. 13. EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR) APAKAH CPR? Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama. SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBERIKAN BANTUAN CPR? Anda perlu latihan yang formal untuk membolehkan anda memberikan bantuan CPR dengan berkesan. Walau bagaimanapun, jika nyawa mangsa bergantung kepada CPR, dan tiada orang lain yang lebih berkelayakan, anda perlu memberi bantuan tersebut.

MENGAPA KITA PERLU TAHU MENGENAI CPR? Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti. Kedaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia 30% daripada kematian yang yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. CPR adalah amat penting dan mudah untuk dipelajari. Untuk maklumat lanjut mangenai pembelajaran CPR, hubungi Persatuan St. John Ambulans ataupun Persatuan Bulan Sabit Merah yang berdekatan. Pelajarilah kemahiran yang boleh menyelamatkan nyawa mereka yang anda sayangi. Kaedah: Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-lahan. Sebutkan dengan kuat ,Adakah anda O.K? Hubungi bantuan (hubungi 999) CPR Peringkat Awal * Saluran udara o Baringkan mangsa o Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa) o Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahi mangsa ke bawah dengan menggunakan tangan yang lagi satu. * Pernafasan o Pastikan samaada mangsa masih bernafas atau tidak + Lihat pergerakan dada mangsa + Dengar bunyi pernafasan + Rasa nafas mangsa dengan menggunakan pipi anda o Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku + Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan + Letakkan mangsa mengiring. Gunakan tangan dan kaki mangsa untuk menstabilkannya

o Jika mangsa tidak bernafas + Berikan dua hembusan (1= hingga 2 saat bagi setiap pernafasan) + Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya + Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa + Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut + Lihat kenaikan dada + Biarkan paru-paru mengempis di antara dua hembusan * Edaran darah o Tentukan kehadiran nadi + Letakkan satu atau dua jari pada halkum(peti suara) mangsa. + Gerakkan jari anda ke lekukan di antara halkum dan otot. + Rasai nadi untuk 5-10 saat o Jika nadi mangsa masih hadir + Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja + Berikan lebih kurang 12 pernafasan dalam seminit (satu nafas dalam setiap 5 saat) o Jika nadi mangsa sudah tiada + Lakukan pusingan pertama pernafasan dan penekanan dada + Dapatkan kedudukan di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang dada) + Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke bawah + Kira dengan ritma (irama)yang tetap -Satu dan dua dan tiga& + Tekan sternum sebanyak 1 = sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100 tekanan dalam seminit. Untuk CPR, setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (pernafasan bantuan) Lakukan di dalam 4 kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan. Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada nadi tanpa pernafasan , berikan satu pernafasan setiap 5 saat. Garis panduan baru untuk CPR Pakar perubatan percaya bahawa mereka yang melakukan CPR di waktu kecemasan perlu meninggalkan prosedur pengambilan nadi pesakit yang mengalami serangan jantung kerana mereka selalu mendapatkan nadi dengan cara yang salah. Meraka

menyarankan supaya tekanan ke dada untuk membersihkan saluran udara mangsa yang tercekik yang tidak sedarkan diri dilakukan. Perubahan-perubahan ini telah dimasukkan di dalam set garis panduan CPR yang baru yang diumumkan oleh Persatuan Jantung Amerika dalam usaha mereka untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa serangan jantung. Sesiapa yang ingin membantu mangsa ini perlu memeriksa tanda-tanda edaran yang lain seperti pernafasan, batuk atau sebarang pergerakan sebelum membuat keputusan untuk melakukan CPR. Untuk merawat pesakit tercekik (dewasa) yang tidak sedarkan diri, penyelamat yang bukan tergolong daripada ahli perubatan profesional boleh memulakan CPR yang standard dengan tekanan pada dada berpandukan garis panduan yang baru, dan bukannya mengenakan tekanan pada abdomen ataupun menggunakan jari untuk membersihkan saluran udara. Menggunakan tekanan yang kuat pada abdomen atau lebih dikenali sebagai Heim-Lich Maneuver - akan tetap digunakan untuk mangsa yang masih sedar. Perubahan-perubahan lain berdasarkan garispanduan baru ini termasuklah: Penyelamat yang memberi CPR perlu memberikan 15 tekanan pada dada, berselang-seli dengan 2 bantuan pernafasan. Garis panduan lama mempunyai nisbah pernafasan yang berbeza dan penekanan pada dada berdasarkan pada bilangan pambantu yang ada ketika itu. Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah 2 ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari.http://awaskemalangan.com/AWAS/CPR Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baru adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan.

BANTUAN PERNAFASAN MULUT-KE-MULUT CARDIO-PULMONARY RESUSCITATION (CPR) 3 LANGKAH ASAS (Cuba dapatkan latihan sebenar dengan menyertai CPR training course

1. PANGGIL BANTUAN Periksa samada mangsa tiada tindakbalas (unresponsiveness). Jika tiada tindakbalas, panggil bantuan kecemasan terdekat (hospital). Kembali kepada mangsa - jika

keadaan mendesak, anda perlu berikan bantuan CPR tanpa menunggu bantuan perubatan / ambulans. Cuba minta arahan menjalankan CPR melalui telefon. ( 999 / 991 / 994 )

2. HEMBUS Condongkan kepala mangsa ke belakang. Cuba dengar pernafasan si mangsa. Jika ia tidak bernafas dengan normal, lakukan yang berikut:

Picit hidungnya; lekapkan mulut anda kepada mulut si mangsa; Hembus nafas ke dalam mulut mangsa hingga anda lihat dadanya naik (kembang). Berikan 2 hembusan nafas. Setiap 1 nafas sebaiknya selama 2 saat. 3. TEKAN Jika mangsa masih tidak bernafas dengan normal, tidak batuk, atau masih tidak bergerak: Lakukan tekanan dada (chest compressions). Letakkan dasar tapak tangan anda ke atas dadanya di tengah - mula menekan dengan berat badan anda dipindahkan dengan tangan lurus ke bawah menekan (Lihat gambar 3-2). Tekan sebanyak 15 kali, pada kadar 100 tekanan seminit, iaitu 2 tekanan sesaat.

TERUSKAN

DENGAN:

HEMBUSAN

NAFAS

&

15

TEKANAN

DADA

- hingga bantuan sampai, atau si mangsa kembali bernafas normal dan sedar. CPR untuk kanak-kanak kecil (Umur 1 - 8 tahun): Jika anda berseorangan dan bantuan ambulans lambat: berikan CPR kepada mangsa dengan segera selama 1 minit, kemudian cubalah buat panggilan telefon untuk bantuan Gunakan sebelah tangan sahaja untuk menekan dadanya Tekan dada mangsa (victim's sternum - tulang dada) ke bawah sebanyak 1 atau 1.5 inci Berikan 1 HEMBUSAN NAFAS & 5 TEKANAN DADA Bantuan pernafasan CPR - lebih terperinci Untuk siapa patut bantuan CPR diberikan? Mangsa yang terputus pernafasan akibat: Lemas di air Serangan sakit jantung (heart attack) Terkena kejutan elektrik lalu pengsan dan nafas terhenti Terkena alahan atau keracunan

Anda dinasihatkan supaya menjalani latihan CPR dan bantuan kecemasan (first aid) yang dikendalikan oleh pihak hospital, Bulan Sabit Merah, atau pengendali kursus CPR bertauliah.