Anda di halaman 1dari 2

Di negara ini terdapat berbagai jenis ilmu seni pertahanan diri yang dapat menarik minat remaja untuk

mempelajarinya. Huraikan kebaikan mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.

Pendahuluan : ( ayat umum tentang soalan) Di malaysia terdapat pelbagai jenis ilmu seni pertahanan diri. Setiap kaum mempunyai seni pertahanan diri tradisional seperti silat dalam kaum melayu dan kung fu atau wushu dalam kalangan masyarakat cina. ( definisi atau konsep) Walau bagaimanapun seni ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, agama, bangsa atau jantina. Setiap seni pertahanan diri mempunyai keunikannya yang tersendiri sehingga mampu menarik minat remaja untuk mempelajarinya dan menghayatinya. ( ayat penyata isi ) Pengamalan seni pertahanan diri mendatangkan pelbagai kebaikan. Isi yang berkesan : ( fakta/ayat isi ) Salah satu kebaikan yang dapat diperoleh remaja melalui pembelajaran dan pengamalan seni pertahanan diri ialah para remaja dapat mempertahankan diri jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti percubaan pencabulan. ( huraian dan contoh ) Kes ini sering berlaku dalam kalangan remaja perempuan yang merupakan golongan berisiko tinggi untuk menjadi sasaran perogol untuk memuaskan nafsu mereka. Dengan mempelajari seni pertahanan diri, remaja boleh melindungi dirinya menggunakan ilmu

yang diperoleh dari kelas seni pertahanan diri. Hal ini dapat membantu remaja untuk melepaskan diri daripada genggaman penjahat.