Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKAL 5: AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIK Tujuan: Untuk menyediakan garam ammonium.

Bahan-bahan/ alat radas: Larutan ammonia (2M), asid sulfurik cair (1M), bikar, rod kaca, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, corong turas dan kertas turas. Prosedur: 1. Tuangkan 30 cm3 larutan asid sulfurik cair ke dalam bikar. 2. Tambah larutan ammonia sedikit demi sedikit ke dalam bikar, pada masa yang sama kacau larutan tersebut. 3. Berhenti menambah larutan ammonia apabila larutan berbau ammonia. 4. Panaskan larutan terhasil sehingga menjadi 1/3 daripada isipadu asal. 5. Sejukkan larutan tersebut dalam air sejuk yang terdiri daripada campuran air batu dan air.Turaskan hablur garam terhasil. Soalan: 1. Tulis satu persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan pembentukan ammonium sulfat dalam eksperimen ini.(2m) 2. Bagaimana penambahan ammonium sulfat dapat mempengaruhi pH tanah? (2m) 3. Selain daripada baja, ammonium sulfat juga digunakan dalam semburan pertanian ajuvan (agriculture spray adjuvant) untuk racun perosak yang boleh larut dalam air. Terangkan fungsi ammonium sulfat dalam bidang ini. (2m) 4. Namakan tiga contoh baja semulajadi yang digunakan dalam penanaman. (2m) 5. Namakan tiga contoh baja buatan/sintetik yang digunakan dalam pertanian. (2m) 6. Tulis persamaan-persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan pembentukan: a. ammonium fosfat (2m) b. ammonium nitrat (2m) c. urea (2m) 7. Kira peratusan nitrogen dalam 1 mol baja tersebut di atas. (2m) [ Jisim atom relatif: H, 1; C,12; N,14; O, 16; P, 31; S, 32 ] 8. Yang manakah antara baja tersebut di atas adalah paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan? Jelaskan jawapan anda. (2m)

Rajah 1: Penyediaan garam ammonium