Anda di halaman 1dari 2

MINGGU 1 ( 23 Julai 2012 27 Julai 2012)

Masalah: Pada minggu pertama, saya menghadapi masalah untuk mengingati nama murid di dalam kelas saya sekaligus ini agak membataskan saya dalam mengatasi tingkah laku yang tidak diingini dalam kalangan murid-murid. Analisis: Masalah ini timbul kerana murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada 36 orang (2 Cemerlang), 26 (3 Cemerlang) dan 31 orang (5 Cemerlang). Jumlah ini agak tinggi untuk saya terutama untuk saya mengingatinya dalam tempoh yang singkat ini. Jadi, jika terdapat masalah tingkahlaku yang dilakukan oleh murid, saya tidak dapat menegur murid tersebut secara terus. Sekaligus ini menyebabkan masalah tingkah laku yang dilakukan oleh murid kurang dapat diatasi. Cadangan untuk memperbaiki: Untuk mengingati nama murid-murid kelas saya, saya meminta mereka untuk meletakkan kad nama yang telah ditulis oleh mereka sendiri di atas meja semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Jika saya ingin menegur masalah tingkah laku yang ditimbulkan oleh murid, saya akan mendekatinya dan menegur perbuatannya. Selain itu, saya akan cuba menghafal sekurang-kurangnya 3 nama murid setiap kali saya memasuki kelas mereka dan akhirnya saya akan dapat menghafal kesemua nama mereka. Tempoh masa: Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin memandangkan tempoh saya berpraktikum hanya dua bulan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, ini pasti akan mendatangkan kesan yang tidak elok terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran saya pada masa-masa yang akan datang.

Penilaian kejayaan: Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dari rakan sebaya. Tindakan susulan: Saya akan cuba mengingati nama murid-murid saya kerana mereka akan merasakan ini sebagai suatu penghargaan terhadap mereka sekaligus dapat mengurangkan masalah tingkah laku yang dilakukan oleh murid-murid.