Anda di halaman 1dari 7

http://www.oocities.org/hypatia07/masha2/ilmiahstrategi.

html Sebelum sebarang strategi atau teknik boleh digunakan dengan berkesan, guru perlu terlebih dahulu menyedari beberapa perkara yang perlu ada pada seorang guru bagi membolehkan pendekatan ini digunakan untuk mengajar untuk kefahaman. Di antara keperluan yang perlu ada pada seorang guru adalah, dia perlu menguasai kandungan matematik yang ingin diajarnya. Kandungan yang dimaksudkan bukan sekadar bermaksud pengetahuan fakta seperti menyatakan a 2 + b2 = c2 bagi Teorem Pytogoras. Guru perlu mendalami konsep yang terlibat. Untuk itu, guru juga perlu masuk ke perpustakaan dan mencari buku-buku berunsurkan sejarah baik sejarah perkembangan ilmu matematik itu sendiri ataupun sejarah ahli matematik yang telah bertanggungjawab menemui fakta tersebut. Di samping itu, guru perlulah juga menguasai pengetahuan pedagogi untuk memudahkannya memahami pelbagai kerenah pelajar di dalam kelas. Pengetahuan sebegini perlu bagi menyedarkan guru bahawakesilapan pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah tidak bererti yang mereka mengalami pembelajaran sifar. Sebaliknya, kesilapan pelajar memberi klu kepada pemahaman pelajar pada masa itu. Pengetahuan pedagogi ini lazimnya diperkayakan dengan hasil-hasil penyelidikan. Justeru itu, wajarlah bagi seorang guru sentiasa mengikuti perkembangan semasa tentang pendidikan matematik. Sebagai contoh, guru perlu sedar bahawa kini dunia mengatakan bahawa pendidikan matematik perlu diintegrasikan dengan penggunaan teknologi.. Satu contoh yang lazim bagi pengintegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah penggunaan komputer. Guru perlu sedar bahawa buku sifir dihasilkan bagi memudahkan pengiraan pada masa yang lampau. Kini, kita sudah ada kalkulator dan komputer yang boleh mengambil alih fungsi buku sifir tersebut, iaitu memudahkan pengiraan. Menurut pengujian pilot yand telah dilakukan di Australia berkenaan dengan penggunaan komputer di bilikdarjah, penggunaannya dikatakan membawa kesan yang positif kepada pelajar dan pembelajaran. Senarai berikut meringkaskan kesan positif tersebut. 1. Pelajar boleh membiasakan diri dan yakin dalam menggunakan teknologi baru. 2. Motivasi pelajar didapati bertambah dengan pembelajaran berbantukan komputer. Ini adalah kerana komputer mampu menambahkan unsur keseronokan dan keasyikan di jiwa kanak-kanak. 3. Pengukuhan kemahiran dan konsep didapati berjalan dengan lebih lancar. 4. Penggunaan komputer juga didapati menggalakkan kemahiran sosial, teutamanya apabila pelajar terpaksa berkongsi komputer. 5. Ianya juga berupaya untuk meningkatkan kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah dan berfikir secara semantik (logik). 6. Pelajar mengawal pembelajaran mereka sendiri. Mereka tidak akan berganjak ke aras yang lain selagi mereka tidak berjaya melepasi rintangan yang terdahulu.

7. Justeru itu, persaingan yang negatif dialihkan kepada yang positif di mana pelajar bukan lagi bersaing sesama sendiri, tetapi bersaing dengan komputer ataupun diri sendiri. Maka, bagaimanakah caranya untuk mengajar untuk pemahaman ini? Shulman telah menyediakan beberapa cadangan ke arah itu. Beliau mengatakan bahawa mengajar untuk pemahaman, guru perlu menggunakan perwakilan yang berguna, ide yang saling berkait, contoh yang jelas, dan berguna, analogi yang membantu, perkaitan yang penting, dan perkaitan antara idea. Di sampng itu juga, dalam menyediakan contoh, guru perlu menyediakan atau bersedia dengan satu contoh berupaya penafian kepada konjektur yang dihasilkan oleh pelajar. Di dalam perbincangan di atas, ada disebut bahawa guru menggunakan perwakilan yang berbeza. Ini adalah kerana pelajar mempunyai kecerdasan yang berlainan; verbal-linguistik, logiko-matematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal. Lazimnya kecerdasan yang pelbagai ini diabaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara sebab-sebab yang menjurus kepada keadaan ini adalah ketiadaan masa untuk berbincang sesama guru semasa bertugas. Pernyataan ini mungkin ada benarnya kerana tugas guru bukanlah semata-mata mengajar sahaja, tetapi juga bertanggungjawab dalam urusan pekeranian, dan aktivitiaktiviti sosial yang lain, baik pasukan pakaian seragam, persatuan akademik, mahupun kelab sukan yang ada di sekolah. Selain daripada itu, kurikulum yang mempunyai tajuk yang banyak dengan skop yang luas juga didapati tidak menyokong. Justeru itulah, ramai di antara guru lebih gemar menghabiskan sukatan mereka sebulan dua lebih awal daripada tarikh peperiksaan awam. Perasaan guru itu sendiri juga menjadi sebab kepada pengabaian penggunaan pelbagai kecerdasan pelajar. Guru sebegini lazimnya tidak berasa selesa ataupun berminat dengan disiplin yang lain. Lebih teruk lagi, apabila guru sendiri enggan berkolaborasi. Walau ada sekalipun, mereka tidak selesa tentang bekerja secara kolaboratif sekiranya mereka tidak mempunyai panduan ke arah tersebut. Pendekatan konstruktivisme ini lazimnya dikaitkan dengan pembelajaran koperatif. Malah ada yang menyatakan bahawa strategi utama dalam pendekatan konstruktivisme adalah pembelajaran koperatif kerana ianya merangkumi pelbagai teknik pengajaran. Di dalam pembelajaran koperatif, pelajar bekerjasama dalam kumpulan yang kecil. Mereka akan bekerjasama dan saling bantu-membantu untuk memenuhi kehendak tugasan. Teknik yang digunakan termasuklah 'round-table', 'maths jigsaw' (JM), 'groupmaths-tournament' (GMT), dan 'learning together' (LT). Manfaat yang boleh diperolehi daripada pembelajaran koperatif adalah banyak. Ianya didapati sesuai untuk kelas yang mempunyai pelbagai kebolehan. Di samping itu juga, ianya juga mampu menggalakkan perasaan yang positive di mana pelajar dalam kumpulan masing-masing atau kelas masing-masing akan saling menghargai, menyokong, dan menghormati di antara satu sama lain. Situasi sebegini sudah tentu akan membantu perkembangan kemahiran sosial seperti komunikasi, interpersonal, interaksi kumpulan dan resolusi konflik. Hasil akhirnya adalah peningkatan pencapaian akademik, sosial, dan psikologikal. Pembelajaran koperatif mempunyai ciri-ciri tertentu. Senarai berikutnya meringkaskan ciri-ciri tersebut.

1. 2. 3. 4.

Strategi ini mementingkan pembelajaran aktif. Guru berperanan sebagai fasilitator Pengajaran dan pembelajran dialami oleh guru dan pelajar Pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri 5. Pelajar dikehendaki juga menyampaikan idea dalam kumpulan kecil 6. Strategi ini membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan semangat kerja berpasukan (team work) 7. Strategi ini membantu meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan terhadap sesuatu pengetahuan 8. Strategi ini mengambil kira kepelbagaian pelajar 9. Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial 10. Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik 11. Guru memantau, mendengar dan campur tangan dalam kegiatan kumpulan jika perlu, terutamanya dalam menjolok minda pelajar 12. Pelajar menghantar kerja atau menyampaikan hasil perbincangan kumpulan masing-masing pada akhir pelajaran untuk dinilai 13. Pelajar juga menilai prestasi rakan-rakan sekumpulan dengan dibimbing oleh guru. Ini menjurus kepada penilaian secara berterusan. 14. Tugasan direkabentuk agar ianya saling bergantungan 15. Proses pengajaran dan pembelajaran ditamatkan dengan aktiviti refleksi tentang tugasan akademik dan kemahiran koperatif yang telah digunakan. Satu lagi strategi yang berkaitan adalah pembelajaran masteri. Ianya telah diperkenalkan oleh Bloom pada tahun 60'an. Strategi ini menganggap bahawa semua pelajar boleh menguasai sesuatu konsep ataupun pengetahuan sekiranya mereka diberi masa yang mencukupi dan disediakan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Contoh yang sangat nyata adalah dalam bidang sukan. Seseorang pelajar boleh dilatih dan dibimbing menjadi seorang pemain bola keranjang yang baik walaupun pada mulanya dia sedikitpun tidak pandai melantun bola dengan harmoni, dengan syarat beliau diberi masa yang mencukupi dan latihan dan bimbingan yang berguna dan berkualiti. Sama seperti penguasaan kemahiran dalam permainan bola keranjang di mana pemainnya terlebih dahulu perlu mahir melantun bola secara statik, kemudian secara dinamik, kemudian diikuti dengan kemahiran menjaring dan sebagainya. Pembelajaran masteri ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai suatu bahagian dahulu daripada pengetahuan atau konsep yang sama sebelum pelajar itu berganjak ke bahagian yang lain. Dalam operasi tambah (+), pelajar dibiarkan berjinak dengan nombor satu digit, kemudian dengan dua digit, kemudian dengan tiga digit, dan seterusnya. Dalam pembelajaran masteri ini, ada empat langkah dalam perlaksanaannya. Empat langkah tersebut adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini. 1. Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai 2. Pengajaran dengan kaedah dan alat yang berkesan 3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan

4. Tindakan susulan berupa pemulihan kepada pelajar yang belum menguasai sesuatu unit, dan pengukuhan dan pengayaan kepada pelajar yang sudah menguasai sesuatu unit Di dalam senarai di atas, malah sudah menjadi satu rutin dalam proses pendidikan ada dinyatakan tentang penilaian atau lebih tepat diistilahkan sebagai pentaksiran. Adakah cara guru menilai pada hari ini denan menggunakan nombor bersesuaian dengan pendekatank konstruktivisme? Bagaimanakah caranya hendak menilai sesuatu yang bersifat abstrak seperti rajin dan malas melalui ujian bertulis? Perkara ini akan dibincangkan dengan ringkas pada bahagian seterusnya.

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009_07_01_archive.html Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain

keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya : Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut. Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia. Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur. Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan. Keperluan keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya:

i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. http://www.scribd.com/doc/56046233/5-teori-pembelajaran

Pembelajaran merupakan perubahan ke atas individu hasil daripada pengalamandan manusia mula belajar sejak lahir dan semua pembelajaran ini berkaitan denganpengalaman. Pembelajaran tidak terhad kepada sekolah sahaja tetapi pembelajaranberlaku dalam banyak keadaan iaitu formal dan tidak formal. Pembelajaran berlakumelalui pelbagai cara sengaja atau tidak sengaja.Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukumpembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melaluiteori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknikmengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pembelajaran berlakuapabila manusia, termasuk murid muda, dari semasa ke semasa mengubah kefahamandalaman mereka tentang dunia semasa mereka menemui bukti luaran yang bercanggahdengan kefahaman awal mereka.Lima teori pembelajaran iaitu teori behavioris, teori kognitif, teori pembelajaransosial, teori humanistik dan teori konstruktivisme. Lima aspek yang berkaitan denganproses pembelajaran iaitu kesediaan, corak pengamatan, persepsi, ingatan dan lupaanserta pemindahan pembelajaran. Di dalam kelas, murid tahun satu mempunyai tahap pemikiran yang masihrendah dimana mereka banyak mempelajari sesuatu secara formal atau tidakformal. Mereka akan melihat sesuatu melalui pemerhatian, kemudian mereka akan cuba mengekalkan maklumat dengan cuba mengikut dan menghasilkantingkah laku yang apa mereka lihat atau mereka pelajari. Oleh itu, guru perlumemahami cara pembelajaran murid dan setiap perbuatan murid, guru perlu melihat samada murid mengikut sesuatu pelajaran dengan cara yang baik atausebaliknya.Ma n a ka l t e o ri h um an ist ik d im a na m a nu sia se ba ga i in sa n ya n g u nik m em p un ya i p o t en si ya n g u n ggu l, me re k a b e ru sa h a sed a ya u pa ya u n t u km en ge mb a n gk a n po t en si t e r sebu t se p e nu h n ya . P en d e ka t a n h u ma n is t ikmenekankan keseluruhan murid dengan kata lain, aspek emosi dan sosialkehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasisecara semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalahbermakna.Pendekatan humanistik juga menekan kepentingan peranan guru dalamme mb e ri so kon ga n d an m en ga mb il b e r a t , se rt a b e rga n t u n g le b ih ke p ad a menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teoriini diamalkan didalam bilik darjah dimana guru perlu mengambil berat terhadapmurid khasnya murid tahun satu dimana mereka memerlukan perhatian guru danmereka masih banyak perkara yang perlu dipelajari contohnya cara menulisnota, cara melukis gambar, cara menjawab soalan serta aktiviti kumpulan atauaktiviti di dalam darjah.Oleh itu, guru perlu mengajar serta membimbing murid dengan melihatkelemahan murid contohnya bagi murid yang masih lemah dalam penulisan ataupemahaman, guru perlu mendekati murid dengan mengajar cara penulisan yangbetul,ejaannya serta bacaanya.Guru memerlukan perhatian yang lebih bagimu rid ya n g le m a h da n pe r la h an c a ra m em ah am i p em be la j a ra n d i d a la m kelas.Guru perlu menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu. Manakala teori konstruktivisme pula merujuk kepada pendapat bahawamurid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap muridmembina makna semasa mereka belajar. Namun, cara seseorang individum en imba ilm u p e n ge t a hu an ya n g t e rb a ik

d a n m en da la m, ada la h d e n ga nmembina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dansosial.M a n u s i a m e m e r l u k a n p e l u a n g u n t u k m e n e r o k a i d a n m e n g k a j i sep e rt im a na kan a k -kan a k ya n g t e r u s m e n ja t uh ka n p e rma in a n n ya . Ta np a disedari, kanak-kanak tersebut membuat uji kaji berkaitan dengan undang-u n da n g gra vit i. O le h it u , gu ru p e rlu m e n ye d i a ka n p e lua n g u n tu k m u rid n ya menguji pendapat baru, mengembangkan maklumat, menyelesaikan masalahharian dan mencipta respon baru terhadap sesuatu situasi.Menurut teori ini, pembelajaran adalah satu proses yang aktif dimanamurid mengguna input sensori untuk membinanya. Murid belajar cara belajar s e m a s a b e l a j a r . I a m e l i p u t i m e m b i n a m a k n a d a n m e m b i n a s i s t e m makna.Pembelajaran adalah aktiviti sosial dimana pembelajaran berkaitandengan manusia lain, guru, rakan sebaya dan lain-lain hubungan