Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik.

Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13. Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah: Penggunaan ayat majmuk ala ayat Arab, ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit kerana menggunakan kata hubung.

Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang

Menggunakan bahasa istana seperti beradu (tidur), bersiram (mandi), gering (sakit), santap (makan). Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam (berbagai-bagai jenis permata), edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya (abdi,hamba), masyghul (bersedih), berahi (cinta), ceritera (cerita).

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti sebermula (pada mulanya), alkisah (ceritanya), hatta (sesudah itu), adapun (perihal), arakian, maka, syahadan (selanjutnya).

Banyak menggunakan partikel pun dan lah

Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dan nya. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

Pengauruh bahasa Arab khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam seperti Allah taala (Allah yang maha tinggi), daulat, dan wallahualam.

Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL), maka kemudian daripada itu (dari Amma badu); atau

pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teksteks bahasa Arab. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera: "Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."

C:\Users\pc\Desktop\New folder\WADAH BAHASA MELAYU Bahasa Melayu Klasik.mht C:\Users\pc\Desktop\New folder\RujukNota Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik.mht

Anda mungkin juga menyukai