Anda di halaman 1dari 2

JURNAL Minggu: 5 Tarikh : 26 Februari 2012 hingga 1 Mac 2012

1. MASALAH Murid-murid tahun 3 Al-Amanah pada minggu ini agak agresif dan dan kelihatan tidak bersemangat untuk belajar. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mereka akan menyibukkan diri dengan kerja lain dan tidak mempedulikan guru mengajar di hadapan. Apabila guru memanggil murid untuk menjawab soalan

mereka tidak memberi sebarang respon sehingga dilaungkan dengan kuat nama mereka.

2. ANALISIS Murid yang dimaksudkan ialah murid tahun 3 Al-Amanah. Pada minggu-minggu sebelum ini mereka menunjukkan kesediaan belajar dengan baik dan mereka member kerjasama yang baik. Namun pada minggu ini disiplin mereka amat merosot dan mengecewakan beberapa orang guru.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI Tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini antaranya ialah:Mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada guru pembinbing, guruguru lama bagaimana saya dapat menghadapi murid ini khususnya dan murid 3 Al-Amanah amnya. Mendapatkan maklumat punca beberapa orang murid tahun 3 Al-Amanah ini bersikap sedemikian. Mengenali dan cuba mengatasi sikap dan tahap disiplin murid tahun 3 AlAmanah Menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan lebih tumpuan kepada murid yang betul-betul bersedia untuk belajar. Mendekati murid dengan mengetahui latar belakang murid.

Mempelbagaikan strategi pengajaran dan bahan bantu mengajar agar dapat menarik minat murid seterusnya dapat mengatasi masalah kawalan kelas.

4. TEMPOH MASA Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid tahun 3 Al-Amanah ini dari semasa ke semasa.

5. PENILAIAN KEJAYAAN Saya hampir berjaya mendekati murid yang bernama Khairul dan mengenali sedikit demi sedikit perangai pelik yang dimilikinya. Murid ini perlukan tumpuan dan lebih perhatian. Cara yang baik untuk mendekatinya ialah dengan cara lemah lembut.

6. TINDAKAN SUSULAN Saya akan terus berusaha melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan penuh yakin dan mengubah cara belajar murid dengan mengadakan pengajaran dan pembelajaran di luar kelas.

Disemak oleh guru pembimbing : Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh pensyarah penyelia : Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai