Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA BERKAITAN EKONOMI.

1.Sikit-sikit lama lama jadi bukit

Makna: sesuatu yang dilakukan dengan penuh kesabaran serta memerlukan masa yang lama untuk memperolehi hasilnya.

Contoh: Ali menabung sebanyak 50 sen setiap hari kerana ingin menyimpan wang nya ke dalam bank.Simpanan nya nanti akan digunakan untuk masa depan.

2. Angkat bendera putih. Makna: Menyerah kalah Contoh: Pasukan Hirman mengangkat bendera putih setelah penjaga golnya keracunan makanan.

3. Telur di hujung tanduk Makna: Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya. Contoh: Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka sperti di hujung tanduk.

PERIBAHASA SOSIAL

1.Bagai ayam naik ke surau. Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda. Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak mempelawanya minum. Sehinggalah ia membuat keputusan untuk balik, secawan air pun tidak dihidangkan. Keadaan yang dialami oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau

2 . Bagai bajak wangkang makan diangkat. Makna: Orang yang gemar dipuji. Sama erti: 1. Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka. 2. Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh beliau, pasti akan diheboh-hebohkan kepada semua rakan- rakannya. Tindakannya supaya ia mendapat pujian. Sikapnya bagai bajak wangkang makan diangkat.

3.Bagai balak terendam. Makna: Orang gemuk yang malas bergerak. Sama erti: 1. Seperti badak berendam. 2. Seperti sumpit abu ditegakkan. 3. Bagai sumpit dientakkan. Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkan oleh Tina kerana dia asyik tidur sahaja bila di dalam bilik. Badannya yang gemuk dan malas ini menjadikan ia digelar bagai balak terendam.

PERIBAHASA PENDIDIKAN 1 Bagai kambing dihalau ke air.

Makna: Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. Contoh: Walaupun mereka telah sampai ke pusat pengajian tinggi tetapi ada setengah daripada mereka yang menunjukkan tingkahlaku bagai kambing harga dua kupang.

2 Buta huruf Makna:tidak tahu membaca Contoh: Nenek dan datuk buta huruf kerana tidak mengenal huruf dan membaca.