Anda di halaman 1dari 7

Berita Harian

Wan Jamak salahkan pengadil punca Kedah kalah


31/08/2012 - 03:45:11 AMCetakEmel Kawan

JURULATIH Kedah, Wan Jamak Wan Hassan menyalahkan pengadil yang membatalkan dua gol skuad Hijau Kuning pada separuh masa pertama sebagai punca pasukan tuan rumah gagal layak ke suku akhir Piala Malaysia. Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi kami dirompak oleh pengadil perlawanan menyebabkan gagal untuk mencari gol kemenangan untuk ke peringkat suku akhir. Pengadil membuat keputusan yang langsung tidak masuk akal, katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Perak dalam saingan Kumpulan A di Stadium Darulaman, malam kelmarin.

Saya mahu FAM dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu bagi memastikan tindakan dibuat pengadil itu betul atau pun tidak. - Wan Jamak Wan Hassan, Jurulatih Kedah Jaringan Baddrol Bakhtiar seawal minit ke-11 dan Mohd Faizal Abu Bakar pada minit ke-38 dibatalkan pengadil dengan alasan pemain Kedah berada dalam keadaan ofsaid dan Faizal mengganggu penjaga gol Perak, Kamarul Affandi. Saya mahu FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu bagi memastikan tindakan dibuat pengadil itu betul atau pun tidak, kata Wan Jamak. Keputusan kontroversi pengadil itu juga menyebabkan lebih 20,000 penyokong setia pasukan itu tidak puas hati sehingga ada segelintir bertindak agresif membaling objek ke arah pengadil ketika tamat separuh masa pertama.

Waktu solat KL & yang sewaktunya: Subuh 5:52 | Zuhur 13:16 | Asar 16:25 | Maghrib 19:21 | Isyak 20:31 SMS Waktu Solat

Jumaat , 31 Ogos 2012, 13 Syawal 1433 H

Android App

SUKAN

Faktor pemain

31/08/2012 - 04:14:40 AM Oleh Wan Fakhru BakarCetakEmel Kawan

84 Subkhiddin Mohd Salleh, bekas pengadil FIFA

Penyokong turut cipta situasi panas "TAK boleh nak salahkan pengadil semata-mata. Perlawanan itu sendiri sebenarnya yang tidak membantu pengadil berkenaan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik." Demikian firasat bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh ketika diminta mengulas tindakan pengadil, Mohd Nafeez Abdul Wahab melayangkan lima kad merah ketika Terengganu bertemu Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Rakan-rakan mereka yang lain juga tidak banyak membantu apabila menghangatkan lagi situasi tegang. Begitu juga dengan penyokong. Kalau nak kata pengadil emosi, pemain dan penyokong lebih emosi. - Subkhiddin Mohd Salleh, Bekas pengadil FIFA Menurut Subkhiddin, 45, bukan Nafeez sebenarnya yang beremosi, sebaliknya pemain serta penyokong kedua-dua pasukan yang lebih emosi sepanjang pertembungan panas dua musuh Pantai Timur itu. Pengadil menghukum pemain bukan kerana dia marah, tetapi pemain itu sendiri yang melakukan kekasaran. Bagi saya, kad merah kepada Daudsu Jamaluddin dan Shakir Shaari memang wajar jika dilihat tindakan mereka. Rakan-rakan mereka yang lain juga tidak banyak membantu apabila menghangatkan lagi situasi tegang. Begitu juga dengan penyokong. Kalau nak kata pengadil emosi, pemain dan penyokong lebih emosi, kata Subkhiddin ketika dihubungi, semalam

Sikap Terlampau Fanatik Punca Keganasan Penyokong Kelantan?


21:42 Jiwa Anak Kelantan No comments

Kebangkitan bola sepak di Malaysia telah menyumbang kepada jumlah penyokong yang semakin ramai ke stadium. Jika di Malaysia, penyokong-penyokong Kelantan dilabel sebagai penyokong yang paling fanatik.. Ini kerana penyokong Kelantan merupakan penyokong yang memenuhi setiap perlawanan di stadium keramat mereka, Stadium Sultan Muhammad ke-IV(SSMIV). Malah, sambutan kehadiran penyokong Kelantan di stadium lawan juga begitu memberangsangkan.. Boleh dikatakan semua stadium ni Malaysia ini pasti akan dihadiri penyokong Kelantan apabila ada perlawanan yang melibatkan pasukan kesayangan mereka ini walaupun di Sabah dan Sarawak sekalipun. Malah, penyokong Kelantan sanggup ke luar Negara seperti Vietnam dan Indonesia untuk memberi sokongan kepada pasuka ketika bersaing di Piala AFC.

Namun, sikap fanatik yang terlampau ini juga menyebabkan penyokong Kelantan dilabelkan sebagai penyokong yang ganas dan suka menimbulkkan kekecohan. Telah banyak kes-kes pergaduhan yang melibatkan penyokong bola sepak Kelantan sama ada di SSMIV mahupun di stadium lawan. Persoalannya, adakah sikap fanatik itu menjadi punca kepada keganasan dalam bola sepak? Dan adakah sikap fanatik yang terlampau ini perlu dibendung untuk mengelakkan berlakunya keganasan penyokong dalam bola sepak?

Penyokong Kelantan yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil

Yang pasti, sikap fanatik yang terlampau dalam bola sepak ini tentulah ada baik dan buruknya. Yang perlu diberi perhatian tentulah kebaikannya. Kita perlu akui yang fanatik itu penting dan perlu sebenarnya. Sikap fanatik boleh diibaratkan sebagai satu sumber tenaga kepada penyokong untuk terus datang ke stadium dan terus bersama pasukan tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.. Semakin fanatik penyokong itu, semakin bagus sebenarnya. Namun yang menjadi masalah ialah apabila sikap fanatik yang terlampau itu diterjemahkan dalam bentuk yang tidak betul.. Punca utama keganasan dan kekecohan dalam bola sepak adalah berpunca dari sikap fanatik ini.. Kita ambil contoh penyokongpenyokong bola sepak di Eropah. Penyokong mereka begitu fanatik dan kadang kala kancah bola sepak di Eropah juga tetap dicemari dengan keganasan penyokong. Namun kalau kita perhatikan, penyokongpenyokong di Eropah lebih mentaksirkan sikap fanatik mereka dalam bentuk yang profesional. Jadi, sikap fanatik itulah sebenarnya yang telah menghidupkan suasana bola sepak di sesuatu negara.

Ganas: Sebahagian penyokong Kelantan yang membakar trak Polis.

Penyokong bola sepak di Asia Tenggara ini pula mungkin boleh dikatakan sedang mengalami proses kematangan. Sikap fanatik terhadap pasukan sudah ada dan mungkin sudah standing dengan penyokong-penyokong bola sepak di Eropah. Kurang matang dan tidak profesional yang menyebabkan

sikap fanatik bertukar kepada keganasan. Jika dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara, fanatik penyokong bola sepak di Indonesia lebih kuat berbanding dengan penyokong bola sepak di Malaysia. Mungkin lebih fanatik dari penyokong The Red Warriors ini. Di Indonesia, pergaduhan antara penyokong adalah perkara biasa malah pembunuhan antara penyokong bola sepak juga perkara biasa. Bukan hanya di dalam stadium, permusuhan antara peyokong juga berlaku di luar stadium yang juga telah menyebabkan banyak nyawa terkorban. Dari sudut positifnya, fanatik yang kuat dari penyokong bola sepak di Indonesia telah menyebabkan sorakan dan sokongan mereka terhadap pasukan jauh lebih baik dari penyokong bola sepak di Malaysia.

Bilik tidur penyokong fanatik Kelantan

Bagi penyokong bola sepak di Malaysia pula boleh dikata telah semakin matang sebenarnya. Dengan jumlah penyokong ke stadium semakin bertambah dan kadar keganasan penyokong bola sepak di Malaysia juga semakin berkurang. Sikap profesional penyokong bola sepak diperlukan untuk kedua-dua pihak penyokong dalam sesuatu perlawanan. Setiap penyokong walaupun fanatik, perlulah sentiasa bersedia untuk menerima kekalahan. Kalah dan menang itu adalah adat permainan. Sikap penyokong pasukan yang menang juga penting untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan. Tidak perlulah melakukan provokasi yang boleh mendatangkan kekecohan. Sebetulnya, keganasan penyokong bola sepak di Malaysia bukanlah hanya melibatkan penyokong Kelantan kerana banyak juga keganasan penyokong pasukan lain yang tidak melibatkan pasukan Kelantan. Contohnya penyokong Sarawak ketika menentang Lions XII di Kuching, penyokong Negeri Sembilan ketika menentang Felda United di Paroi, dan penyokong Terengganu ketika menentang Negeri Sembilan di Kuala Terengganu(sekadar beberapa contoh). Mungkin kerana jumlah penyokong Kelantan yang sentiasa ramai menjadi punca kerapnya berlaku kekecohan yang melibatkan penyokong Kelantan. Kalau benar penyokong Kelantan ganas, kenapa penyokong Kelantan boleh duduk bersama tanpa sebarang jurang pemisah antara penyokong Kelantan dan penyokong Kedah di SSMIV dan Stadium Darul Aman. . Selain penyokong Kedah,

penyokong Lions XII, Terengganu, dan Selangor dapat duduk bersama-sama ribuan penyokong Kelantan di SSMIV tanpa sebarang masalah.

Jadi tidak salah sebenarnya terlampau fanatik dalam bola sepak. Malah sikap fanatik dalam kalangan penyokong bola sepak di Malaysia perlu lebih kuat lagi supaya bola sepak di Malaysia akan terus bernyawa dan semakin meriah. Kehadiran penyokong yang ramai ke stadium juga mampu menjadikan pemain lebih bersemangat dan mutu kualiti pemain juga pasti akan lebih berkualiti dan matang. Hanya usaha yang kuat dari pengurusan setiap pasukan, FAM dan pihak berkuasa yang paling bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan di stadium dalam setiap perlawanan. Tidak boleh dinafikan juga penyokong Kelantan merupakan pencetus kebangkitan kemeriahan bola sepak Malaysia. Suasana bola sepak yang begitu hidup di Kelantan menyebabkan stadium keramat mereka iaitu Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dipenuhi dengan lautan penyokong merah putih di setiap perlawanan. Kemeriahan bola sepak di Kelantan seperti memberi tempias kepada pasukan-pasukan lain di Malaysia yang dilihatkan penyokong yang datang ke stadium untuk memberi sokongan semakin ramai.

Anda mungkin juga menyukai